Thursday, December 30, 2010

MOVIE REVIEW : Death Bell 2 & Aku Masih Dara


Aktiviti : Menonton filem "Death Bell 2" dan "Aku Masih Dara"
Tarikh : 29 Disember 2010
Tempat : GSC One Utama & Cathay Cineleisure, eCurve
Masa : 9.00mlm & 11.30mlm

Salam,

Semalam Adie bertemankan 3 rakan yg lain iaitu Adam, Timmy dan Husni menonton preview filem horror Korea "Death Bell 2; Bloody Camp". kenapa berempat sbb Adie hanya Adie 4 tiket jer courtesy dari The Star dan RAM Entertainment...

Anyway tak ramai yg hadir tuk preview filem ni..thru out daripada 178 tiket yg disediakan tak sampai 20 org menonton filem tersebt..Mungin kerana ramai yg menonton perlawanan bola 2nd leg antara Malaysia dan Indonesia...btw tahniah kepada Malaysia kerana memenangi perlawan tersebut.

Sebelum Adie menulis mengenai filem "Death Bell 2" ni, anda semua boleh menontonnya mulai hari ini iaitu 30 Disember 2010 di pawagam berhampiran anda....

Filem "Death Bell 2; Bloody Camp" mengisahkan mengenai 30 org pelajar yg terperangkap di sekolah mereka semasa mereka menghadiri kelas lanjutan bagi pelajar2 cemerlang ketika musim cuti sekolah. Kejadian pembunuhana mula terjadi satu persatu yg menyebabkan keadan semakin genting dan para elajar tersebut harus mencari jawapan siapakah pembunuhnya sebelum mereka menjadi mangsa seterusnya...Filem ini bermula apabila seorang demi seorang yg terlibat dlm pembunuhan seorang pelajar yg merupakan perenang harapan sekolah mati dibunuh 2 tahun sebelumnya...

Bagi Adie filem ini simple dan mudah difahami cuma pada mulanya mungkin penonton akan agak keliru apabila watak See-he asyik teringatkan kisah lampau dan flashback muncul. Dan juga mungin terkeliru apabila 3 watak utama memiliki paras rupa yg hampir sama...almaklumlah org2 Krea ni style mereka hampir sama....si dinasihatkan teliti betul2 watak agar anda tidak terkeliru...

Adie adalah merupakan penggemar filem2 genre begini dan kisah2 horro daripada Koera dan Jepun adalah pilihan Adie walaupun Adie dah boleh baca cara garapan filem itu dan kesudahan filem2 dariada Korea dan Jepun...pada awal cerita akan dipenuhi dgn adegan yg sungguh menakutkan dan seram dan selalunya endingnya akan dipenuhi adegan air mata, sedih dan sayang...tidak juga terkecuali dgn fiem ini...endingnya membatkan kita agak sedih pabila mengetahui kebenaran pembunuhan seorang perenang sekoah tersebut...Lagi satu perkara yg selalu menarik perhatian Adie pabila menonton filem2 dari Korea dan Jepun yg bergenre sebegini, adalah perkaitan antara setiap watak yg dirungkaian sedikit demi sedikit dan adakalanya kita tidak menjangka bahawa watak tersebut juga terlibat sama...story boardnya menarik dgn memaparkan hubungkait antara satu sama lain...

Walaupun filem ini mungkin tidakla sehebat yg org mungkin harapkan tapi bagi Adie masih boleh untuk ditontonni dan bab yg paling Adie suka apabila salah seorang pelajar dibunuh dengan motosikalnya sendiri yg telah dilengkapi dgn blade yg tajam...sungguh seksa sekali

So enjoy the movie k...habis jer movie kat GSC One Utama, kami terus pula ke Cathay Cineleisure tuk tgk "Aku Masih Dara" sbb Adie ada 5 tiket free..hehehe...free je Adie ni kan..well seronok apa dapat benda free...jimat sikit...nak berhibur ena bijakkan...






"Aku Masih Dara"...sebenarnya Adie seniri pun tidak sangka akan tgk filem ni...sbb Adie kalau ikutkan kurang sikit nak tgk filem Melayu..tapi bergantung kepada pelakonnya...but sekarang Adie mula pandai tgk filem Melayu....

Filem ni, bagi Adie secara personally...sungguh menarik...ianya simple tapi membawa mesej yg sungguh baik berkaitan dgn Islam....Filem yg berkisarkan dengan ehidupan 3 remaja yg merupakan sahabat baik yg beragama Islam tetapi memiliki cara hidup dan amalan yg kebaratan...

Apa yg menarik mengenai filem ini adalah watakwatak utama iaitu Aleesya, Sofea dan Hani...dan bagaimana perkembangan watak mereka sungguh menarik...Honstly, Adie tersentuh dgn filem ini yg memaparkan kehidupan remaja Islam yg Islam pada nama sahaja...yg Adie rasakan ianya memng realiti kehidupan seakrang....bagaimana pengarahnya En. Ahmad Idham mengupas setiap karakter dgn permasalahan masing2 dan latar belakang masing2....bagi Adie ianya menarik...dan ternyata memberi kesan kepada diri Adie dan membuatkan Adie tertanya2 pada diri Adie sendiri...adakah Adie hanya Islam pada IC sahaja?..tapi secara jujur salah seorang watak tersebut begitu rapat dgn Adie..sbb tu Adie suka sgt...seolah2 itu adalah diri Adie...yup Adie tidak sesempurna kekawan seIslam dgn Adie....

So pergilah menonton walaupun ketika anda menonton nanti anda akan nampak ada yg ketawa pada babak tertentu....sbbnya bagi Adie kita ketawa pabila melihat babak tersebut misalnya pergi kelab minum arak sbb kita tahu realitinya ianya benar dan kita ketawa kerana kita tidak mahu mengaku keadaan itu....fikir-fikirkan....

balik umah jam 3.00pagi..ayoo ngantuk sgt...hari ni penuh ngan aktiviti jumpa client...


Salam,
Adie Waridi Adanz Hamdanz

Monday, December 27, 2010

Transformasi Gaya


Salam,

Tahun 2010 pun bakal beberapa hari saja akan melabuhkan tirainya dan akan munculla Tahun 2011. Erm jap..intro yg Adie pun kurang pasti kaitannya..hehehe

Str8 to the point...tahun 2011, Adie bercadang untuk melakukan transformasi terhadap diri Adie \..transformasi dari segi apa? Tukar jantina..oh tidak..simpang malaikat 44..hehehe...tapi sebaliknya Adie akan ubah penampilan diri Adie dari segi pemakaian agar ianya sejajar dgn usia Adie yg akan meningkat ke 31 tahun hadapan...

Adie rasa ianya penting untuk diri Adie sendiri..Penampilan yg Adie inginkan adalah lebih kepada gentleman look..bukan kata selama ni Adie tak nampak gentleman tapi kebanyakkan pakaian Adie menampakkan Adie seperti kebudak-budakan..nampak remaja dari usia sebenar Adie..tapi nak wat camnakan...dah berwajah 'baby face'..hahaha puji diri sendiri...

So next year, Adie akan lebih kepada shirt, jacket, suit, jean, long pant...mix n match...terus terang selama ni Adie kurang kemeja sbb kerja Adie tidak memerlukan Adie sentiasa memakai kemeja dan juga seluar panjang...nampaknya tahun depan kenalah belajar untuk memakai baju2 kemeja...so dibawah ini adalah merupakan beberapa gaya penampilan yg akan Adie gayakan tahun depan...








Nampaknya banyak perbelanjaannya..hehehe...makan ribuan...jap nak seru duit dtg..hehehe...nampaknya dah mula kena wat koleksi baju kemeja, vest, suit, kasut kulit etc...dan jawapnya wardrobe Adie yg sedia ada akan di clearkan...ermm kena wat pemilihan/pengasingan baju2 Adie..kemudian sama ada bg kat kenalan yg masih mahukannya ataupun Adie dermakan ke kat rumah anak2 yatim ker nanti...nak kata byk sgt baju Adie takdela tapi kebanyakkan baju Adie jarang ADie pakai sbb Adie beli selalunya khas untuk sesuatu majlis jer..pastu simpan balik dlm almari (jap ada almari ker kat umah..bukan jenis open ker?..hehehe)..dalam erti kata lain tak selalu pakai...jenis Adie pulak, nampak jer bentuk baju mcm dah lari dari asal, Adie dahmula tak pakai or even ada stain sikit pun Adie dah tak berminat nak pakai...cerewet sungguh...lagi satu..Adie takde baju belasahan..i mean baju yg tuk pakai tido ker, baju tuk wat kerja2 kasar ker...Adie belasah jer baju2 yg ada...erm baru perasan...hehhee...

So kena kerja keras lagi tahun 2011...so baru lah leh shopping kat Pavi...susah2 Adie design jer baju sendiri..hahahaa...or rasa2 ada tak designer yg nak sponsor Adie selama setahun ker?..hahaha verangan artis jap...so nantikan jelah gaya tahun 2011 Adie nanti...


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

ANUGERAH SKRIN 2010



Salam,

Aktiviti : Anugerah Skrin 2010
Tarikh : 24 Disember 2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan Merdeka PWTC KL
Masa : 9.00mlm

Anugerah Skrin 2010 telah pun berlangsung Jumaat lepas dan kita semua dah tahu pemenangnya. So tahniah kepada semua yg memng pada malam tu.

Sempena Anugerah Skrin 2010, Adie dpt 3 tiket VIP yg diberikan oleh Bon Zainal dan juga kawan Adie, Hadzul..TQ so much...so tiket dah ada dlm tgn apalagi pergilah...

Bertolak dari rumah agak lewat sbb ada beberapa perkara yg perlu dilakukan tapi dgn adanya NPE, Adie dan Timmy sempat gak sampai dlm kul 8pm..nak cepat sgt pun nak wat apakan..bukannya Adie nak lalu red carpet pun walaupuna ada tiket VIP..hehehe

Malam anugerah tu ADie dan biz partner Adie, Adam memperagakan suit daripada Bon Zainal. Terima kasih bebanyak...sgt cantik suit itu ya...sesiapa yg nak tempah suit daripada Bon Zainal boleh la hubungi Adie kerana Adie adalah sebahagian daripada creative team Bon Zainal...

Mungkin ni adalah permulaan untuk Adie kembali menghadiri2 majlis2 seperti ini setelah sekian lama menyepikan diri...hope next year juga dpt penetrate masuk industri fesyen...ee bestnya kalau design Adie diperagakan di pentas peragaan nanti..Insyaallah..kena plan betul2...

Okla enjoy the photos k...tak byk pun sbb guna kamera fon kawan...lainlah ada photographer sendiri kan....hehhehe.

So here are the list of the winner for Anugerah Skrin 2010

Drama Terbaik - Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik - Simpang 3
Lakon TV Terbaik - Antara Garisan
Videografi Terbaik - Datang Bulan
Filem Terbaik: Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nor Fazura (Pisau Cukur)
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)
Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi (Astro Prima)
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV)
Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3
Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam


VIP tiket

Rob, rakan FB yg sempat Adie jumpa

Adie n my biz partner, Adam in Bon Zainal's suit

Adie ngan my unofficial PA, Timmy


Adie ngan designer, Amir Luqman...

Adie ngan Irma

Goodie bag yg penuh ngan produk Pantene...



Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

WORK : Dekorasi untuk Global Youth Symposium 2010 UM



Salam,

Segalanya dilakukan dalam masa yg singkat...Confirmation jon juga last minit beberapa hari sebelum majlis berlangsung but alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar.

Global Youth Symposium 2010 Universiti Malaya adalah merupakan kerja terbaru buat team ADIEADLAN Weddings. Kami dipertanggungjawabkan untuk mendekorasi Dewan Pendeta di Kolej 11 Universiti Malaya termasuk menyediakan table cloth, sarung kerusi dan reben kerusi untuk 100 guest, centrepiece tuk 10 meja..melihatkan dewan pada hari pertama, ianya sungguh mencabar dgn keadaan yg agak uzur...tapi itu tidak menjadikan alasan untuk team Adie tidak menerima tugasan berikut.

Berdasarkan illustrasi yg Adie sediakan kerja2 mentransformkan dewan tersebut bermula pada 14hb Disember..Ini adalah merupakan kali pertama kami menggunakan scaffolding atau pun perancah binaan dlm kerja2 dekorasi yg Adie lakukan..

Kerja2 dilakukan selama 2 hari tanpa berhenti..berhenti jap untuk tido..kami semua tido kat dewan tersebut,,tanpa kelengkapan tido yg cukup (katil, tilam, bantal etc) tidak menghalang kami...menarik gak tido kat dewan yg luas ni...hehehe...nyenyak...so dlm kata lain tido mandi kami semua kat dewan ni..tremasukla makan minum..nasib baik cafeteria berseblahan sahaja..so order suruh hantar masuk dewan jer...

Penuh dgn cabaran tapi Adie bersyukur kerana memilik crew2 yg sungguh berkebolehan...TQ kepada Adam (biz partner Adie), Aiman, Wan, Timmy, Azah dan juga Ain kerana menolong Adie..TQ sesangat...well we did have fun rite..kerja tak mau stress2..betul tak..stress ker kerja ngan Adie..takde kan...so far semua dijaga dengan baikkan..hehhehe

Apapun semuanya berjalan lancar dan Adie sekarang tgh menunggu gambar dari pihak GYS, sbb kamera Adie kan takde ..rosak...yg ada pun guna fon jer..so quality agak kureng ya...Btw, ada sedikit photo semasa kerja2 dekorasi berlangsung..so tgkla ya...


Illustrasi tuk main stage

Illustrasi tuk foyer


Ain, Adam & Azah

Tukang jahit ni import ok...hehhee

Draping setinggi 25kaki

Aiman dgn pose ala2 pekerja buruh kasar binaan..hehehe

Main stage yg hampir siap beserta dgn pencahayaan


Akhir kata. ADIEADLAN Weddings tidak terhadap melakukan dekorasi untuk majlis perkahwinan sahaja, kami juga menerima tempahan untuk majlis2 koporat dan juga majlis individu...just name it..we can make it...silalah layari website kami dan juga fanpage kat FB ya

SAlam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Dah bersawang lelabah blog Adie

Salam,

Lama giler tak update kat blog ni..sian lak tgk blog sendiri yg ala2 mati tak mahu hidup segan..eh betul ker..belasah jerla..sori coz bahasa Adie sungguh la lemah...ckp ikut sesedap mulut sahaja ok...

last entry pada Hari Raya Haji dan sekarang Xmas pun dah berlalu..kuranng dari seminggu dah nak Tahun 2011...kejap masa berlalu...

Erm takde idea sebenarnya just nak update nampak cam ada entry baru..hehhee..boleh..well Adie sekarang kat kg kat Ipoh...balik hari Sabtu lepas..tiada perancangan untuk balik sebenarnya..lastly tumpang member y balik ke Perak juga...so hari ni, dlm petang2 sikit Adie balik semula ke Shah Alam dan memulakan kerja harian Adie...

Sepanjang balik Ipoh ni..Adie tido dgn nyenyaknya...walaupun ada kerja nak wat or mcm nak wat tapi Adie biarkan jer..balik Shah Alam baru nak wat..so balik Ipoh ni rehat cukup2..duk umah jer..layan borak ngan mak ayah dan abg dan melayan anak buah Yayyan...dah pandai berjalan dah budak tu...malangnya kamera Adie rosak...itu adalah merupakan salah satu sbb kenapa Adie malas nak update blog..sbb Adie suka update blog entry ngan photo sekali...bilalah nak beli kamera baru ni...

Anyway, tgkla , kalau ada kesempatan nanti, adalah entry baru menceritakan xtvt yg lalu..kalau rajin..hehehe..okla..nak wat...erm nak wat apa erk..on9 jela sementara menunggu masa nak balik Shah Alam

Ok bye...

Salam sayang
Adie Waridi Adanz Hamdan

Wednesday, November 17, 2010

Adie waridi & Aidil Adha 2010



Salam,

Tuduhan : Menqurban seekor unta
Tarikh : 17.11.2010 Rabu
Masa : 8.00pg
Tempat : Rawang


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA Adie ucapkan kepada semua terutamanya keluarga Adie yg berada di Perak, teman2 sepembelajaran Adie, teman2 di laman sosial, pelanggan2 Adie dan juga kepada pembaca2 setia blog Adie ni..

Dah Raya Qurban...sekejap masa berlalu kan..rasa mcm baru jer sambung Raya Aidilfitri...tapi itulah hakikatnya dan kita semua dah menghampiri penghujung tahun 2010...

Raya Qurban tahun ni Adie tidak balik ke kg di Ipoh...tapi bukan Adie saja yg tak balik, kakak Adie yg duduk kat Rawang pun tak balik...so tahun ni Adie beraya bersama keluarga kakak kat Rawang...

Malam semalam semua rakan rumah sewa Adie balik kg masing..Pada mulanya mcm malas nak pergi rumah kakak pada waktu malam dan ingat nak dtg selepas solat raya jer pagi tadi, tapi rasa mcm lonely lak..so nasib baik hmate Adie tinggalkan kereta kat Shah Alam, so boleh juga Adie guna bawa balik ke Rawang dan akhirnya Adie mengambil keputusan balik Rawang pada sebelah malamnya...sampai rumah kakak, kakak masih lagi memasak rendang bagai..Adie pulak kepenatan sbb seharian dah kuar settlekan kerja..so jawapnya terus tido...

Pagi ni, solat sunat kat Masjid di Bandar Country Homes Rawang..nasib baik dekat jer ngan umah kakak..jalan kaki pun boleh..ramai sungguh orng..nyata ramai juga yg tak balik ke kg halaman..mungkin kerana cuti yg tidak mengizinkan...kerana dah terlambat dan orang ramai, Adie dan anak buah solat di satu sudut yg agak sempit kerana kepadatan orang...apapun selamat susah solatnya...

Akak masak nasi impit berkuah kacang, rendang daging & ayam, lemang dan sebagainya...rasa lain juga sbb selalunya adik beradik yg lain ada tapi kali ni kami berdua..Adie dan keluarga kakak..sempat la telefon mak masa makan wish raya kepada keluarga...keluarga Adie yg lain sepatutunya beraya kat Rawang ni tapi x jadi sbb keluarga mentua belah abg dtg Ipoh, so terpaksa la batalkan...kalau tak pasti meriah walaupun hanya sehari jer raya...

Raya qurban selalunya org pandang sebelah mata, tidak semeriah raya Aidifitri...tapi bagi Adie ianya sama penting...kita selalu di ingatkan dgn kisah Nabi Ismail a.s dan nabi Ibrahim a.s setiap kali pergi solat sunat Aidiadha, tapi sejauh mana kita menghayatinya..erti perngorbanan yang sebenar...

Adie masih tidak pasti sejauh mana tahap pengorbanan Adie terhadap agama, bangsa, negara dan juga keluarga tapi Adie pasti ada yg Adie telah lakukan mengikut tahap kemampuan Adie sendiri...tapi pengorbanan Adie mungkin tidak sehebat anda semua...tak kira ianya besar atau tidak, ianya tetap sebuah pengorbanan...bagi Adie, Adie masih berharap pengorbanan yang Adie lakukan selama ini akan Adie dapat hasilnya dlm masa terdekat ini...pengorbanan yg Adie lakukan terhadap masa depan Adie sendiri...InsyaAllah...

So dikesempatan ini sekali lagi Adie nak ucapkan SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua..Kepada yg bercuti panjang selamat bercuti dan kepada yang bakal pulang dari bercuti hari, diharapkan anda memandu/menunggang kenderaan anda dgn cermat dan selamat...


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdanz

Saturday, November 13, 2010

Adie Waridi & Catwalk Model


Salam,

Sekarang ni bz dgn beberapa perkara tapi yg paling Adie teruja adalah untuk Catwalk Model Open Casting minggu depan pada 20.11.2010...oh bukan Adie yg nak g casting jadi model..tinggi pun tak cukup ok...tapi modelling agency Adie yg akan adakan casting tuk..casting ni bertujuan tuk mancari model2 untuk catwalk pada 28 January 2011 sempena Magnifique Fashion Fair & Trade 2011 yang akan diadakan di PWTC.

So agensi Adie diberi peluang untuk memperkenalkan model2 di bawah agensi Adie untuk bekerja sempena event itu...walaupun Adie ada beberapa model yg sudah dlm simpanan Adie tapi Adie memerlukan beberapa lagi model untuk back up dan memenuhi kouta nanti. Kalau Adie tinggi sure Adie sendiri yg akan bekerja..hahaha..feeeling model jap...

Tak sabar pun ada, riso pun ada..coz masih tak tahu sambutan macam mana? yang paling mencabar lagi apabila client sendiri akan ada bersama masa pre casting tuk pemilihan model2 nanti...siapakah yang bakal mewakili agensi Adie untuk event ini nanti, kita nantikan bersama ya.





Kepada sesiapa yg berminat, sila baca informasi mengenai open casting ni di 123pose Model & talent Management

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Adie Waridi & Preview Filem "Skyline"


Aktiviti : Special Screening "Skyline"
Tarikh : 11.11.2010 Khamis
Tempat : GSC Tropicana Mall, Damansara
Masa : 9.00mlm

Salam,

Khamis lepas tgk tayangan khas filem "Skyline" kat Tropicana City Mall..nampaknya 2 hari berturut tgk preview filem..hehehe...bukan selalukan...

Setelah tgk keseluruhan filem "Skyline" ni Adie bagi 2.5/5 bintang dan Adie leh katakan citer ni ibarat sebuah cerita cinta agung di zaman moden...hah mesti pelikkan bila korang baca...Adie ada sbb mengapa Adie boleh anggapkan filem "Skyline " ni sebegitu rupa.

Seperti yang ramai tahu atau mungkin ada yang belum tahu, filem "Skyline" ni adalah merupakan sebuah cerita penaklukan mahluk asing ke atas dunia seperti citer2 lain yg selalu Hollywood keluarkan...so kepada sesiapa yg suka filem2 bergenre sci-fi ni, mungkin filem ini akan anda tontoni juga.

Honestly, special effects are excellent, but that is all this endurance has to offer..For me, the promo is better than the film!...ni promo dia kat bawah ni




Adie dapati plot citer yg agak lemah mengenai semua org di dunia dimakan dan di asimilasi oleh multi tentacled, lighted eyes, 'things' of various sizes that drop into Los Angeles from space. All humans are de-brained and eaten. No explanation, reason, or plot. End of story.

And the reason why Adie say this film is a modern sci-fi love film becoz at the end of the film where Jarrod and Elaine are trapped and realize that they are doomed, together, they both look into the blue light of an alien ship. They embrace as they are sucked into the ship. It is then showed that the entire world is being decimated by these aliens. On board the alien spacecraft, Elaine watches as Jarrod's brain is removed from his body. She is spared this fate, however, when the alien sorter realizes that she is pregnant. Instead, Elaine is transported to another chamber, where she is prepped for the aliens to steal her unborn baby from her womb. When Jarrod's brain is inserted into an alien body, the alien possesses his memories because he has been exposed to the aliens' toxin enough to be resistant to it. Recognizing Elaine, the alien with Jarrod's brain rescues her from the other aliens.

Thru out the film, it's more focusing on the relationship between Jarrod and Elaine. The up and down side of their relationship. The invasion is just an add on to the relationship. Maybe other see this film more to alien invasion, but for me, it's more to love story.

Erm malas nak membebel lagi coz akan ada lagi beberapa preview filem bakal dihadiri...hehehhe..oh ya ending citer ni menunjukkan ada lagi sequel...so kalau rasa ingin menonton pergilah menonton sekarang ya sbb dah berada di pawagam bermula 12.11.2010

Salam sayang,
Adie Waridi ADanz Hamdan

Thursday, November 11, 2010

Adie Waridi & Preview Filem "....Dalam Botol"


Aktiviti : Preview Filem "..dalam botol"
Tarikh : 10/11/2010 Rabu
Tempat : Finas, Ulu Kelang
Masa : 4.00 ptg

Kali ini sekali lagi Adie mendapat jemputan daripada Abg Ajami untuk hadir ke sessi pratonton khas tuk blogger & wartwan untuk filem "...dalam botol" yang dahulunya dikenali sebagai "anu dalam botol"...masa dpt sms daripada Abg Ajami terus Adie reply setuju tanpa berfikir panjang sbb filem ini yang pernah mendapat perhatian ramai ketika penggambaran lagi membuatkan Adie tidak mahu melepskan peluang..

Secara ringkasnya filem ini berdasarkan kisah benar yang berkisar mengenai kehidupan golongan homoseksual yang digambarkan oleh sepasang 'gay', Rubidin dan Ghaus yang sedang bercinta. Kerana cinta Rubidin sanggup melakukan pembedahan jantina. Namun pengorbanan Rubidin atau Ruby tidak dihargai oleh Ghaus dan dia dittinggalkan blablabla...ada lagi sambungannya tapi secara overall itulah kisahnya..

Ok masanya Adie nak mengomel berdasarkan apa yg Adie tonton dan Adie rasa mengenai filem ini..Adie pasti bila ada yg terbaca perkataan 'gay' di atas pasti ada yg mula mulut berkumat kamit mcm membaca mentera ntah apa2..mengalahkan makcik Markonah tukang cleaner kat opis tu...secara jujurnya, bila kita cuba menceritakan sesuatu yang berkaitan dgn seksualiti terutamanya homoseksual adalah merupakan suatu perkara yg agak sukar dipertontonkan dikhalayak ramai..ibarat mcm simpang malaikat 44lah..tapi tindakan Raja Azmi ingin menerbitkan filem ini hendaklah dilihat dan diterima dgn hati yang terbuka..Seperti Raja Azmi berkata, niatnya menerbitkan filem "...Dalam Botol" adalah untuk berdakwah kerana filem itu menyampaikan mesej yang baik kepada penonton berdasarkan kepada kisah benar seseorang yang diadaptasikan kepada filem...

Ulasan Adie akan bermula dgn apa yg Adie rasa mengenai filem ini. Apa kebaikan yang cuba ditonjolkan sedangkan kita tahu filem2 yg cuba mengangkat perihal homoseksual selalunya dikecam oleh orang ramai.

1.So apa yang Raja Azmi katakan Adie setuju dan ianya bakal menjadi point Adie yg pertama kerana setelah menonton filem ini apa yang Adie nampak adalah penceritaan mengenai hubungan dalaman dan luaran antara golongan normal dan homoseksual ini dan filem ini tidak terlalu menjurus atau memfokuskan kepada perlakuan/aktiviti seksualnya. So secara tak langsung adalah tidak wajar untuk dilabelkan filem ini cuba mengangkat/memartabatkan golongan homo ini.

2. Mesej kekeluargaan yang cuba diterapkan. Walaupun pada dasarnya ibubapa Rubidin lakonan Normah Damanhuri dan Jalil Hamid tidak merelakan apa yg telah anak mereka lakukan pada dirinya tapi tidak bermakna mereka menghukum Rubidin atas apa tindakannya. Mungkin kita terbiasa melihat filem yang akan memaparkan apabila anak melakukan sesuatu yg dirasakan menconteng arang dimuka ibubapa, tindakan drastik seperti menghalau, memukul mahupun sepak terajang akan menjadi intipatinya tapi tidak di dalam filem ini..yang mana pada mulanya Adie sangka..pasti kena tampar atau kena belasah teruk si Arja Lee ni ketika dia balik ke kampung untuk meminta bantuan kewangan..tapi nyata tanggapan Adie meleset...masih terdapat rasionaliti lagi dalam diri ibu bapa Rubidin. Siap wasiat wang simpanan lagi...dalam erti kata lain pembikin filem masih mahu menyakinkan penonton bahawa masih wujud sebuah institusi kekeluargaan.

3. Filem ini turut menjelaskan bahawa dalam mana2 perhubungan samada lelaki perempuan atau sesama jantina, terdapat turun naiknya..terdapat masalahnya...tidak semestinya segalanya berakhir dgn kesempurnaan...ni jelas digambarkan ketika Dina menceritakan bahawa hubungan mak,Dina dan kakaknya yg tidak berakhir dgn happy ending..

4. Adie memuji dgn lakonan Normah Damanhuri, Jalil Hamid,Fauziah Ahmad Daud dan Diana Danielle..betapa pengalaman mampu membawa mereka ke kelas mereka tersendiri. Lakonan Diana Danielle makin menyakinkan. Adie suka dgn karakter dia yang seolah2 kelihatan seperti tomboi tapi sebenarnya memaparkan watak seorang wanita yg tabah, berdikari tapi ada kelembutan.

Kita beralih kepada apa yang Adie kureng berkenan
1. Secara jujur, Adie rasakan agak bosan melihat keseluruhan filem ini walaupun ianya penuh dengan mesej yg baik. jalan cerita yang agak mendatar. Tapi ia masih mampu membuat orang akan terus berada di kerusi di dalam pawagam kerana keinginan mengetahui apa yg bakal berlaku seterusnya..

2. Adie rasakan adanya cubaan seperti cuba menghasilkan sebuah filem yg menyerupai filem2 arahan arwah Yasmin dari segi pergerakkan kamera dan ada ketika Adie rasakan ianya seperti sebuah filem eksperimentasi pelajar2 jurusan perfileman sedangkan Adie rasa dan pasti tenaga kerjanya adalah orng yang cukup dikenali dan berkaliber..mungkin ingin mencuba sesuatu dari kebiasaan...mungkin...

3. Adie tidak rasa pemilihan Arja Lee adalah satu pilihan tepat..Arja tidak berjaya pada pandangan Adie untuk melakonan watak seorang lelaki 'gay' yang kemudian berubah menjadi 'wanita'...terlalu keras dan seperti di buat2 sedangkan kalau tak silap Adie, ketika kecil watak Rubidin digambarkan seperti seorang kanak2 lembut berdasarkan apa yg dicakapkan ketika scene Jalil Hamid memarahi watak Rubidin. Sekiranya betul apa yg Adie dengar, tidakh sepatutnya apabila watak Rubidin berubah menjadi perempuan, kelembutan dan lenggok perempuannya sepatutnya turut lebih dari sifat kesasaannya? Paling kurang mcm lakonan Ahmad Tarmimi dalam telefilem 'Wali'...sungguh berekesan wlaupun itu adalah merupakan kali pertama dia melakukan watak sedemikian walaupun dah berpuluh tahun berlakon. But Adie tak rasa layak tuk salahkan 100% kepada Arja kerana if tak silap Adie, ini adlah merupakan filem pertama dia memegang watak utama.

4. Pemilihan lagu latar...OMG honestly Adie tidak berapa suka, Adie rasakan ada scene2 yang tidak sesuai dgn lagu latarnya tidak kurang juga ada lagu latar yg Adie dengar tetiba rasa mcm pernah dgr sebelum ni..yg mana ianya hampir menyamai lagu latar yang ada dalam filem "Bukak Api" arahan Osman Ali (masih tidak boleh ditayangkan)..tapi byk2 lagu, lagu "buka pintu buka pintu wey, ada anjing lalala...." berjaya menarik perhatian Adie..sehingga seakrang masih terngiang ditelinga ni...

5. Watak Jem membuatkan Adie tertanya2...adakah watak itu cuba digambarkan sebagai seorang sahabat baik yg heteroseksual ataupun homoseksual? atau confused ngan identiti sendiri...Adie pun confused la...

Ooooucchhh....sori Adie terpicit jerawat kat belakang badan ni sementara duk nak cari idea tuk komen lagi ni...hehehe..iklan jap...sambung balik

6. Watak Rubidin...ermmm Adie tak pastila sgtkan pasal transgender ni tapi melalui apa yg Adie perhatikan selalunya pabila transgender ni wat pembedahan jantina, ianya adalah merupakan perkara terakhir akan dilakukan oleh mereka setelah mereka memiliki bentuk badan yang cantik, kulit yg licin dan juga buah dada..tapi watak Rubidin langsung tidak memiliki buah dada palsu/silikon/suntik yang Adie rasa merupakan aset bagi kaum transgender...rasa Adie la...so agak kehairanan la pabila watak Rubidin digambarkan sanggup membuat pembedahan jantina sedangkan Adie rasa ianya belum cukup 'sifat' sebagai 'wanita'...Jangan salah anggap pulak, cuma Adie rasakan alangkah bagus sekiranya watak itu dapat dikembangkan sedemikian rupa....

7. Gangguan audio ketika Jalil Hamid membebel kat watak Rubidin..adakah itu kesilapan teknikal kat pawagam mini Finas or?

So far itu jela yang Adie rasakan...matilah kena terjah ngan Raja Azmi nanti (berangan macam Raja Azmi baca jer blog Adie ni..hahaha)...but itula apa yg Adie rasa...Adie tidak mengkritik mana2 filem terutamanya filem Malaysia dgn sesuka hati...semua filem yg Adie tontotn pasti Adie akan kritik dari perspektif Adie sendiri...

Secara keseluruhannya...apa yg boleh di ceritakan mengenai filem ini?..apa yg Adie mampu katakan, filem ini ada sesuatau yang boleh diceritakan mahupun diulas seperti mana yang Adie ckpkan pada wartawan yang interview Adie selepas pratonton filem ini..Yes ianya filem 'gay' yang jelas dilihat melalui jalan citer dan watak2nya..so what? bagi Adie tidak salah untuk berkarya sekiranya nawaitu kita untuk kebaikan sbb dlm filem ni byk mesej yg cuba disampaikan walaupun cara penyampaiannya agak membosankan bagi Adie tapi Adie pasti ramai yang tertunggu2 untuk tayangan filem ni kerana nak tgk scene2 yang pernah di'provoke'kan sebelum ni...betul tak?...

But again nasihat kepada mereka2 yg terlibat ngan hubungan sejenis begini, tak salah sekiranya anda pergi melihat filem ini...jgn cepat melatah tapi lihat kepada mesej yg cuba disampaikan...ianya adalah sebuah filem yang mengangkat realiti sebenar kehidupan kita dan sentiasa beringat sebelum membuat sebarang keputusan kerana tindakan yang kita ambil itu tidak hanya memberi kesan pada masa itu sahaja tapi sehingga hayat kita...renung2kan ya...

Ole2 daripada Raja Azmi

Daniel Adie dan Adie

Afzam, Daniel Adie, Hizami,, Aizul & Qarl


Aduh byk lak Adie membebel..meroyan apa sbb tak leh tido seharian...dah subuh rupanya..matilah awal2 pagi ni dah kena wat kerja dan pergi beberapa tempat tuk settlekan kerja...anyway sonok rasanya dpt jumpa kenalan2 lama dan blogger secara live..kalau tak asyik dok baca blog diorang jer...so kepada Adie, Afzam, Rahimi dan Aizul, nice meeting u guys for the 1st time..and to blogger picisan katanya, Qarl...jumpa lagi kat preview lain erk..sebb tak sah kalau Qarl ni takde....

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

p/s : Teringat yg Arja Lee ada hantar profile kat modeling agency Adie; 123Pose Model & Talent Management pada tahun 2008..huhuhu..leh la invite Arja g open casting pada 21/11/2010 tuk jadi catwalk model tuk event January 2011 nanti...

Wednesday, November 10, 2010

Adie Waridi & Halloween



Aktiviti : Red Fm Skool DAze Halloween Party
Tarikh : 30/10/2010 Sabtu
Masa : 7.00mlm - 3.00pg
Tempat : Zouk KL

Salam,

Lama tak update blog ni..so entry ni ringkas dan padan..enjoy the pic..if enjoy la..tq to my friend Hadzul "Boy" fot the pictures..Kamera Adie pada hari tu lensa dia pecah so dah rosak..tension gak sebenarnya hari tu tapi sabar jer..dugaan sgt..pas spek mata patah, lensa kamera pulak rosak..tapi tidakmematahkansemangat tuk bergembira..hehehe

ADie dapat jemputan daripada Red Fm tuk parti Halloween ni...bertempat di Zouk KL...so ADie invite 6 org kawan yg lain tuk join Adie..since Adie ada quota tuk ramai tu...well mcm2 game yg diadakan oleh Red FM dan best part lagi, Adie dan kekawan memang hadiah..huhuhu...mcm last event dulu ngan Red FM..memng hadiah...mcm2 gak la...

Well mungkn ada yg berkata sebb Adie join Halloween ni..1st of all semua ni tuk fun..so nothing harm i guess..so terpulang apa prg nak ckp tak..huhuhu...thru out 5 rooms inside the Zouk, Velvet is my thing..the songs..yeah..mari berdansa...

Anyway, walaupun byk dugaan menimpa but Adie still know hw to fun and the best is everything is for free...yeahhh


The crowd

Zouk Fun House Horror Halloween Party

Horror decor



Hadzul, Shahril, Adie, Jai & Am

Zam, Shahril, Jai, Am & Adie



Till then, c ya on next entry,,ada jemputan ke preview filem "Anu dlm botol.." petang ni..nantikan review


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdanz

Saturday, October 30, 2010

Adie Waridi & Kempen SAVE THE DAY


Aktiviti :Kempen SAVE THE DAY
Tarikh : Bermula sekarang sehingga mati
Tempat : Di mana2 saja
Masa : Setiap detik


Salam,

Entri kali ni nak ajak kekawan blogger Adie tuk bersama melakukan kebaikan /kebajikan sosial...kita hidup ni bukan hanya bekerja, dapat duit gaji dan digunakan untuk diri sendiri dan keluarga saja....tapi kita juga ada tanggungjawab sosial bersama...

Adie dari dulu memng suka untuk menolon org atau pun apa saja bentuk kebajikan sosial.(bergantung pada tahap kemampuan la)...tapi entri ni bukan nak citer pasal melakukan kerja2 amal tuk manusia tapi pada alam sekitar dan juga haiwan...Adie cepat tertarik dgn hal2 yg berkaitan dgn alam sekitar dan juga pemeliharaan haiwan yg pupus..

Kali ini Adie nak bercerita mengenai WWF Malaysia..WWF ni bukan World Wrestling Federation ya adik2 tapi World Wide Fund For Nature yang mana sebelum ni dikenali sebagai World Wildlife Fund.Ianya sebuah organisasi yg bertanggungjawab dalam kerja2 konservasi seperti dari pada menyelamatkan haiwan2 pupus seperti harimau dan penyu, ke kerja2 perlindungan hutan tanah tinggi, sungai dan lautan..So WWF-Malaysia dah lakukan pelbagai projek berkaitan dgn pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan haiwan2 pupus...

Adie xnak bercara pjg lebar sbb semua info boleh di dapati di lama sesawang WWF-Malaysia. Tapi tuk entri kali ni, Adie nak promote mengenai satu kempen WWF Malaysia iaitu SAVE THE DAY. kempen kutipan derma ini adalah kerjasama antara WWF-Malaysia dan Mikeevent Sdn. Bhd untuk meningkatkan kesedaran mengenai ancaman dan isu yg berkaitan dgn Harimau Malayan dan Penyu Lautan yang semakin pupus.

Selain daripada tujuan kempen ini, apa yg menarikperhatian ADie adalah pin yg dijual oleh WWF-Malaysia sempena kempen ini sangat la cute ya....pin ini terdapat dlm dua bentuk iaitu bentuk harimau dan juga penyu...dan ianya dijual pada harga RM10 sahaja...murah bukan..selain daripada anda dpt pin tersebut (bila anda beli) anda juga telah membantu pihak WWF-Malaysia dalam proses menyelamatkan haiwan2 yg dlm keadaan merbahaya ini untuk generasi akan datang..tidak kah ianya menarik?..sekurang2nyananti anda leh bagitau cucu cicit anda yang anda turut menyumbang kepada kerja2 tersebut...



Ni la rupanya pin tersebut..cute kan..lagi cute kalau korang pakai


So kepada sesiapa yg berminat nak membeli pin tersebut sila layari laman sesawang WWF-Malaysia. atau click kat banner di bawah ni




So apalagi, marilah kita bersama2 menyelamatkan haiwan2 tersebut yg makin pupus...kalau tidaknanti sian cucu cicit kita tak dpt tagk secara live harimau ngan penyu kat Zoo Taiping...tetibakan...btul apa kata Adie ni..so jgn lupa lawati laman sesawang WWF-Malaysia dan juga klik "like" kat Facebook mereka untuk mengetahu lebih lanjut mengenai mereka...dan taklupa juga anda juga leh jadi sukarelawan...


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan


Nota kaki : Berminat tuk anjurkan sebuah event yg berkaitan seperti ini di masa hadapan..namapun wat bisnes event planning...InsyaAllah..kepada WWF-Malaysia, nanti kita bekerjasama ya

Thursday, October 28, 2010

Adie Waridi & Kawan dari Filipina

Salam,

Aktiviti : Kunjungan kawan Filipina
Tarikh : 27.10.2010
Masa : 12.30am
Tempat : LCCT-KL-SHAH ALAM

Dua hari lepas ada kunjungan kawan dari Filipina...actually dia adalah kawan kepada hmate saya...since dah hang out sesama, Adie anggap dia mcm kawan sendiri gak la...btw nama dia Bong..dtg Malaysia sbb ada presentation research kat USM pada 28 hb October...

Bong sampai kat LCCT jam 12.30 pgi 27.10.2010...jemput dia kat LCCT then terus bawa Bong g makan sbb dia lapar...masa tu mcm blur manalah kami nak bawa dia makan pada waktu2 mcm ni..lewat pagi dan pilihan kami area Kg Baru KL...sbb sana byk kedai yg masih buka...since dia nak makan nasi ngan sup, so kami memilih sebuah restoran kat Kg Baru....Adie lak cuma makan mee sup jer....nasib baik la Bong suka sup tersebut cuma sedikit pedas...dia takleh makan pedas sgt...samalh mcm Adie...nak jugak interframe kan...

Dah selesai makan, Bong nak sgt tgk Petronas Twin Tower sebelum kami ke Brickfields....Sepanjang perjalan ker Petronas Twin Tower, Bong dok asyik ckp yg tower tu cantik sgt dan begitu teruja untuk ke sana....masa tu bangga jap rasanya melihat org luar begitu bangga dgn apa yg kita ada...tapi kita org Malaysia sendiri, bangga ker?...tanyalah diri sendiri k...dah snappy2 gambar so terus balik ke Brickfields di mana Bong stay kat YMCA....dah check in semua Adie pun terus la balik Shah Alam...sampai umah buka semua baju kedebummm...zzzz


Bong & Adie di hadapan Petronas Twin Tower waktu mlm


Sungguh berselera


Siang harinya, Adie dan Adam pergi ambil Bong kat YMCA....lunch n lagi sekali ke Petronas Twin Tower..dia sekali lagi nak bergambar...nampak sgt betapa terujanya Bong ni...nasib baikla Adie ni tahu sedikit sebanyak pasal tower ni dptla gak menjawap persoalan daripada Bong...lebih kurang sejam kat KLCC, kami terus ke Stesen Lama KTM KL tuk beli tiket bus ADie balik ke Ipoh...dpt gak tiket balik Ipoh jam 4.50ptg...so lepak jap ngan Bong kat dlm KTM....biaslah dia snappy2 pic lagi....

Bus Adie jam 4.50ptg...so Adie balik Ipoh dan Bong balik Shah Alam ngan Adam..Bong akan tido kat rumah flat Adie yg sempit tu tuk sehari...so nanti Adam akan hantar Bong ke LCCT seawal pagi pada 28.10.2010....




Adie pun x pernah tangkap pic berlatar belakangkan Petronas Twin Tower sebelum ni


Walaupun sekejap dpt luangkan masa bersama Bong...ADie rasakan sungguh menarik...Bong such a nice person...educated since dia adalah pensyarah kat Filipina....apa yg ADie leh rumuskan bahawa pertemauan sekejap ni membuatkan Adie tertanya pada diri sendiri, adakah cukup Adie mengenali mengenai negara Adie sendiri, sejarah negara Adie sendiri?....ternyata masih kurang...ada ketika Adie tidak dpt menjawap persoalan daripada Bong....so Adie rasa elok kita ambil tahu mengenai negara koita, sejarah kita, dan tempat2 pelancongan di negara kita...sbb kita tak akan tahu bila kita akan bertemua ngan org luar yang mungkin akan bertanya mcm2 pada anda....bukan apa, sedangkan Adie tgk org luar lebih menghargai negara kita berbanding koita sendiri...so apa kes kan....ternyata ia pengalaman yg baru bersama org luar dan berharap Bong akan kembali lagi....


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan