Tuesday, December 20, 2011

Selamatkan dunia dengan beli seluar dalam?



Salam,

Taraaaaa....dah lebih 9 hari menyepikan diri...sorry sebb kekangan kerja...wah sibuk sgt ker? ntahlah...biasalah mencari rezeki halal secara kerja sendiri memerlukan usaha yg lebih...hehehhehe...ok2 dah..terus je pasal entri kali ni..

Hah ambik ko tajuk entri yg agak...ermm x tau nak klasifikasi kan under apa...18Sx, U, 18PL...hehehhe...btw just nak bagitau kat pembaca2 blog Adie yg ala2sepi ni kan mengenai satu produk ni..Adie rasa produk ni dah lama dlm pasaran cuma Adie ni jer baru tahun ni mengetahuinya melalui website

Bagaimana Adie mengetahui pasal website dan produk ni...kaedahnya satu hari Adie nak beli seluar dalam dan Adie sgt la malas nak kuar g mall, so browse la dlm internet...tup tup terjumpa la produk NUKLEUS ni...the reason why Adie cari seluar dalam secara online sbb Adie nak cari seluar dalam & seluar renang yg takde kat dlm market kita...saja nak ubah angin...alih2 Adie terjumpa NUKLEUS nie...NUKLEUS ni memng ada kat mall kita tapi apa yg membuatkan Adie tertarik dengan produk ni adalah ianya adalah produk mesra alam dan secara tak langsung Adie turut membantu menyelamatkan bumi kita....bagaimana? sbb semua jualan daripada produk NUKLEUS, RM4 dari setiap satu barang yg kita beli akan didermakan kepada WWF-Malaysia untuk kerja2 konservasi...bukankah ianya sesuatu yg bagus....sbb ADie tahu ramai yg antara kita nak hidup secara hijau tapi malas nak melakukannya seperti tanam buahan2 secara organik, guna lampu yg jimat eletrik...dlm erti kata lain mempraktikkannya...tapi dengan membeli produk NUKLEUS ni secara tak langsung anda telah pun membantu...senang bukan..

Tapi bukan sbb itu sahaja, fyi Adie suka sgt produk ni sbb sgt selesa, lembut...sedap memakainya..yela bahagian kemaluan kita pun perlu keselesaankan...oppss terdirect lak ckp...hahahhaa...

That day Adie purchased 3 box iaitu 
1) Bromo Tanga - Fire Series - 95% viscose bamboo 5% spandex
2 ) Nicobar Shorties - Tree Series - 95% viscose bamboo 5% spandex
3) Tropika Trunk - Tree Series - 95% viscose bamboo 5% spandex

Bungkusan yg tiba dengan elok dan cepat 


The Bromo Tanga - The Fire Series (2pcs)

The Tropika Trunks - Tree Series (1pc)

The Nicobar Shorties - Tree Series (1 pc)

Recyclable and multipurpose box


Produk NUKLEUS datang dalam pelbagai koleksi seperti The Metal Series, The Plant Series, The Fire Series, The Water Series, The Leaf Series, The Earth Series, The Sea Series & The Tree Series. 

Produk ni sgt mesra alam kerana ia mengamalkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. Dimana 
1) Kotaknya lebih kecil berbanding kotak daripada jenama  lain. Pengurangan saiz ini bermakna pengurangan pengunaan material untuk membuat kotak tersebut
2) Kotaknya boleh digunapakai kerana ia direkabentuk untuk dipalbagai fungsikan seperti kotak duit atau kotak serbaguna. Sebahagian daripada kotak tersebut boleh digunakan sebagai poskad
3) Kotak diperbuat daripada barangan kitar semula..so dalam ertikata lain ianya 'recyclable"...bukan sahaja semua produk ia mesra alam,dakwat yg digunakan untuk pencetakan juga mesra alam...mereka menggunakan dakwat daripada soya yg mengandungi VOCs (volatile organic compounds) yg rendah

Menarik bukan secara x langsung keseluruhan produk keluaran NUKLEUS adalah mesra alam dengan menerapkan konsep 3R

So apalagi, jomla beli produk dari pada NUKLEUS ini...Barangan mereka tidak hanya terhad kepada seluar dalam lelaki tetapi juga wanita dan yg terbaru seluar dalam wanita - THE FLOWER SERIES.



so apalagi jom pakai hijau...hehehhe GO GREEN, WEAR GREEN

Untuk makluman lanjut sila layari


Salam sayang,


Sunday, December 11, 2011

Sepi lagi





Salam,

Nampaknya Adie kembali sepi daripada dunia "blogging"....mungkin kerana terlalu sibuk mencari rezekim, Adie tidak berkesempatan untuk "update" apa2 di sini...blog Adie yg Adie rasakan seperti jurnal kehidupan Adie...segala aktiviti, segala curahan rasa...Adie ceritakan di dalam blog ini...sedar x sedar hampir 2 bulan Adie tak "update' sebarang entri baru...sekali lagi Adie menyepi..

Di kala ini, hampir jam 6 pagi dan Adie masih berjaga...terasa hati ini ingin kembali meng"update" blog ini dengan entri yang baru...dan langkah pertama adalah dengan ter"publish"nya entri ini...entri yg sedang anda baca...

Adie berazam akan cuba meng"update" paling kurang 1 entri sehari...Adie akan cuba,,secara tak langsung Adie harus mendsiplinkan diri Adie sendiri...sepanjang hampir 2 bulan ni, byk perkara yg berlaku..kenangan manis, pahit berlaku dalam hidup Adie...memng Adie cuba untuk berkongsi dengan seua pembaca blog Adie kisah kehidupan Adie yg biasa ini....cuma kekadang Adie tidak berpeluang...dan bertapaAdie rindu sebenarnya nak "update" blog ini walaupun Adie tahu tiada yg membaca, tapi tidak menjadi masalah utama kepada Adie kerana tujuan Adie berblog adalah untuk meluahkan apa yg Adie rasa dan menceritakan perjalanan hidup Adie...sekurang2nya mampu meringankan kekabutan di fikiran Adie.......

Insyaallah selepas "publish"nya entri ini, akan menyusul entri2 yg baru daripada Adie.....kerana disinilah tepat Adie mencurahkan segala keresahan dan kegembiraan di hati ini...


Salam sayang,


Monday, October 17, 2011

Pantai Think Pink! 2011 Silent Auction Items



Salam,

Bulan Oktober adalah bulan  kempen Kesedaran Kanser Payudara dan sempena kempen tersebut pelbagai acara dan aktiviti dilaksanakan sepanjang bulan Oktober. Ini tidak terkecuali bagi pihak Pusat Perubatan Pantai..pada 7hb Oktober yg lepas Adie bersama rakan2 niaga Adie telah menghadiri satu acara iaitu "Pantai Think Pink! 2011 Silent Auction Items di Actors's Studio, Rooftop Lot 10, KL pada jam 10 pagi...

Sempena dengan majlis tersebut rakan niaga Adie, Bon Zainal telah memberikan satu jaket jenama beliau untuk dilelong dan hasil lelongan akan disalurkan kepada badan tertentu untuk mencegah kanser payudara. Baguskan...oh ya jangan pula ingat kempen Kanser Payudara ini hanay perlu diserta oleh kaum perempuan sahaja, bagi Adie kaum lelaki pun patut aware mengenai kanser payudara ni kerana kita juga dikelilingi oleh kaum wanita dalam kehidupan kita seperti ibu kita, kakak dan adik perempuan kita, kekawan perempuan kita dan sebagainya...so guys, start to alert about this matter k...at least knowing what it's all about...










Untuk makluman lanjut sila layari website Pantai Think Pink! atau 'Like" page mereka di FB


Salam sayang,


Album Terbaru Anuar Zain



Salam,

Ni entri terpendek..hanya nak berkongsi ngan semua pembaca blog Adie yg wat masa ini, tiap2 hari Adie mendengar lagu2 daripada album Anuar Zain yg terbaru...dulu masa dapt album Siti Nurhaliza yg baru, dok pasang selama seminggu...hehehe..sekarang turn Anuzr Zain lak...macam baisa tiada yg dapat disangkalkan kehebatan vokal anuar zain dan arrangement musik untuk album terbaru Anuar Zain...Adie suka semua lagu dalam album ini...paling suka Ajari Aku dan juga Sempurnakan...so apalagi kepada peminat2 Anuar Zain, pergilah beli album beliau yg terbaru...terbaek punya....


Salam sayang,



Tuesday, October 4, 2011

"All Your Love" Album Launching




Salam,

Erm dah masuk hari Selasa....masih belum mengantuk...mungkin sbb siang tadi sudah tido sbb siang tadi Adie migrain so Adie tido jer...so sekarang xleh nak tido lak...ermm so rasanya elok Adie isikan masa ni ngan update entri baru tuk blog Adie yg dah lama bersawang ni....nak citer pasal apa erk...oh ya..citer pasal perlnacaran album baru Dato Siti lah...



Minggu lepas Adie dan rakan niaga Adie yg lain telah menghadiri majlis pelancaran album English Dato Siti Nurhaliza yang bertajuk "All About Love" di Restoran Shoik! Starhill Gallery, KL....Secara jujurnya ini adalah merupakan kali pertama Adie menghadiri  pelancaran album Dato Siti dan agak teruja...bukan teruja jumpa Dato Siti or what tapi sbb Adie nak tgk keselurhan perancangan majlis tersebut...kata event planner so haruslah Adie menilai setiap majlis yg Adie hadiri...hahahha...ala2 pengkritik la ni...

Well, bercakap pasal Dato Siti nie, Adie rasa semua orang akan teruja ngan setiap apa yg beliau usahakan...daripada album, produk kecantikan, produk minuman....pasti peminat2 beliau memberi sokongan padu yg tidak terhingga...so tidak hairanlah kalau di majlis pelancaran album terbaru beliau ni, punyalah ramai orang yg datang....itu yg dijemput...penuh area restoran tu...yg x dpt kad jemputan pn turut hadir memberi sokongan ya..betapa hebatnya Dato Siti kita ni...



Pelancaran album "All Your Love" berlangsng dengan penuh ringkas...tiada gimik yg meng'wow'kan tetamu...just a normal album launching...dimulakan dengan turunnya Dato Siti daripada lift tingkat 4 dengan memakai busana berwarna merah yg sungguh menyerlah dan bertopi....sungguh cantik tapi sayangnya ketika beliau berada di pentas beliau kelihatan ditenggelami oleh 'curtain backdrop' yang turut berwarna merah...sekaligus membuatkan para penarinya lebih menyerlah...but again Adie rasa peminat2 beliau tidak kisah mengenai itu dan terpesona melihat Dato Siti...setelah menyanyikan beberapa buah lagu daripada album terbaru beliau, 'curtain backdrop" pun dibuka dan memaparkan backdrop berupa cover album terbaru Dato Siti....masa ini barulah nampak Dato Siti...but again masa tarik curtain tu pun ada sedikit teknikal problem...but again peminat tak kisah pun semua tu..and terus terpesona ngan Dato Siti....

Overall pelancaran album berjalan dengan ok dengan kehadiran beberapa org selebiriti, VVIP dan juga peminat2 setia Dato Siti..cuma hari tu sistem bunyi tidak berapa dalam keadaan yg memuaskan...sunggh skema ayat itu ya...hehehe

Tu pasal perjalanan majlis tersebut...nak tau pendapat Adie mengenai album beliau....ermmm ooooo aaaaaa....thumbs up!....well album English beliau harus diberi pujian....keseluruhan lagu yg terdapat dalam album tersebut sungguh sedap di dengari...bermula dengan 'All your Love" sehinggalah "Remember You feat Sean Kingston"....kalau nak tau ketika Adie sedang membuat entri ni, Adie sedang mendengar lagu2 terbaru beliau sambil miming ya....

Album ini terhasil dengan kerjasama anak tiri beliau Adib menerusi syarikatnya What's Up Entertainment. Untuk menghasilkan album tersebut beliau telah bekerjasama dengan beberapa tenaga kerja professional seperti Richard Furch, sound engineer yang telah bekerjasama dengan artis yang memenangi anugerah Grammy seperti Whitney Housten, Macy Gray, Usher dll. Dato Siti juga menggunakan khidmat Eddie Schreyer, master sound engineer yang pernah bekerjasama dalam album artis antarabangsa seperti Lady Gaga, System of a Down, Kanye west dan banyak lagi. 



Untuk cover album pula, Dato Siti menggunakan pengaruh seni Andy Warhol yg memg terkenal dengan pop art beliau dimana warna2 asas dan terang digunakan pada potrait wajah Dato Siti...dan juga Dato Siti mendapat tajaan dari segi busana dan aksesori tuk cover album beliau seperti Just Cavali, Max Mara, Aigner, Swarovski, Alo by Amir Luqman, Fourskin, Hazwani Osman, Mori Pin, Diane von Furstenberg, Yves Saint Laurent, Zara, Hermes &Aseana. hambek ko...ko ado?

Sebenarnya, Adie fall in love with Dato Siti ( i mean her singing career) sejak album Tahajjud Cinta...agak baru gak kan..coz for me daripada album tersebut, beliau berjaya membuat benchmark baru dalam kareer nyanyiannya

So sebagai peminat baru Dato Siti, Adie leh kata bahawa album ini tidak akan mengecewakan anda semua...walaupun bila dengar lagu2 daripada album tersebut anda akan kaitan dengan lagu2 antarabangsa yg pernah anda dengar kerana ada diantaranya mempunyai irama yg seakan2 sama...but again mcm Adie cakap, peminat2 beliau tidak akan kisah itu semua....betul tak....setelah 13 tahun menghasilkan album berbhasa Melayu, kita beliau boleh berbangga dengan album berbahasa Inggeris sulung beliau...apa yg Adie mampu katakan adalah TAHNIAH DATO SITI....

So pada yg berminat leh la sebat album ni ngan hanya RM29.90 jerk...ooo Adie dapat free jer...ada dua lagi...hahahaha..ataupun leh download lagu2 tersebut di www.sitidigital.com..so selamat mendengar ya...



Salam sayang,








p/s : Adie memng tak ambil pic celebriti yg dtg..yg banyak pic Adie pose ngan kekawan Adie adala...hahahaha

Monday, October 3, 2011

Genap 2 Bulan 2 Hari

Salam,

Apa yg genap 2 bulan 2 hari nie?...anniversary Adie ker?...anniversary apa lak nie...kawen pun idak lagi..hehehe...bukan apa sebenarnya, itu adalah merupakan tempoh proses hibernasi blog Adie ni...sedar x sedar dah 2 bulan lebih langsung x update entri baru dalam blog nie.....kennn

Ermmm 2 bulan...oh ya sebelum tu...hai Adie back on track again...rasa2 ada yg rindu entri terbaru dari Adie...jawapannya sah2 la tidak en Adie pun...verangan sgt la ko kan...kalau ada dah lama, ko terima msg atau komen dalam  chatbox, email, sms ko....ada? kau ada?...xdekan Adie....hehehehe

Ketiadaan entri baru tuk blog Adie ni disebabkan kesibukan kerja Adie...kekadang balik rumah pun dah lewat so tak sempat nak update apa2..plus malas...hahahaha...itu jawapan yg sebenarnya...well i'm tryin to back for good this time..try to share every single moment of my life with the rest of us...suka x? x suka?...ada Adie kesah..heheheh...anyway..insyaallah starting this moment, new entry will be updated...

Ok...short entry for today...hehehhe...

Photo taken during WW Mag Launching at Grand Ballroom Shangri-La Hotel KL on 30 September 2011


Till then ketemu la ya....daa

Salam sayang,


Monday, August 1, 2011

Ramadhan tiba lagi..



Salam,

Pejam celik dah tiba masanya kita umat Islam kembali berpuasa sempena bulan Ramadhan yg sungguh diberkati ini....sedar x sedarkan dan masuk Ramadhan...rasa mcm baru jer celebrate New Year 2011...rupanya2 dah masuk bulan Ogos...begitu masa berlalu dengan pantasnya walaupun masa tetap 24 jam sehari...

Tahun ni Adie bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk memulakan bulan puasa ni bermasa keluarga yang tercinta...mungkin 1st day of puasa, semua adik beradik adie tak dpt nak berbuka bersama sbb kan 1st day of puasa tu jatuh pada hari Isnin dan org bekerja...so kemungkinan besar hanya Adie bersama ibubapa, abg lang Adie jer tuk waktu berbuka nanti....but kemungkinan besar juga kak long + famili yg duk di Kampar akan balik umah ibubapa Adie di Ipoh nie...dan mungkin juga abg Uda + famili yg duk di Ipoh juga akan berbuka bersama...apa2punkena tgk esok nanti..if ada agak meriahla nanti waktu berbuka kami sekeluarga kecuali kak ngah Adie yg ada di Rawang.....sbb dah lama Adie tidak berbuka puasa bersama keluarga kerana tuntutan kerja di Shah Alam...but this year Adie cuba ambil kesempatan yg ada...

Ketika ni dah jam 5.30pagi, tinggal beberapa jam lagi untuk Adie berpuasa..begitu juga dengan anda semua...Adie berharap agar puasa tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya...dan berharap Adie dpt byk beribadah dan mengharapkan yg terbaik buat diri Adie..moga puasa kali ini dapat memberikan Adie kelapangan dan hati yg tenang dalam menetukan perjalanan hidup Adie..InsyaAllah

Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni ya...

Monday, July 18, 2011

Kali kedua untuk tahun 2011



Salam,

Tetiba nak mencoretkan sedikit kisah hidup Adie di entri ni setelah Adie update entri pasal teater muzikal DREAMGIRLS yang Adie tgk bersama2 13 org rakan Adie yg lain semalam...

Kali kedua untuk tahun 2011...apa yg kali keduanya?...erm inaya adalah kali kedua CINTA Adie ditolak..faham?..x faham..meh Adie eja dlm English lak...R.E.J.E.C.T...ermmmm mungkin dah nasib badan...yang pertama dulu sekurang2nya lebih 3 bulan pengenalan yg sungguh erat akhirnya baru Adie tahu keputusannya tapi yg kedua ini tak sampai sehari dah tahu keputusannya walaupun perkenalan bermula selama 2 bulan lebih....ntahla, apa silapnya..mungkin Adie yg silap, menagih CINTA pada org yg sedang bersedihan kerana CINTAnya tidak kesampaian...dan mungkin kerana itu Adie dijadikan pengganti sementara...ntahla

Agak lama untuk Adie tidak merasa seperti mana yg Adie rasakan ketika itu...rasa betapa merindui seseorang sehingga segalanya urusan kerja tidak dptdilakukan dengan wajar...setiap kenangan bersama bermain difikran  setiap saat masa berlalu terus bermain difikiran....masa itu jelas sgt betapa Adie sayangkan dia...sayang sgt...tapi itu tidak mampu memenangi hati sidia...dan akhirnya CINTA Adie ditinggalkan begitu saja...tertarik dengan personalitinya....fizikal jauh sekali....Adie rasakan hatinya suci pabila dia bercerita dengan Adie mengenai kisah cintanya yg tidak kesampaian...saat itu CINTA Adie berputik....

Kini, segalanya berubah walaupun pada dasarnya, kami saling berkata bahawa kami akan tetap berkawan...tapi kini, kiriman sms makin berkurangan dan bila bertemu hanya sepi wujud antara kami....kemesraan sebagai seorang sahabat juga hilang bersama....ntahla..Adie tak faham...Adie tetap akan anggap di kawan Adie...i alwiz do...Adie tahu nak bezakan perasaan Adie bila org dah kata "Kita hanya kawan"....Adie mampu bersikap pro...membezakan antara kawan dan kekasih...so jgn la kamu risau pabila bertemu...hanya satu Adie pinta, tegurla Adie seperti biasa...itu sudah cukup membuatkan hati Adie gembira..

Masa berlalu, Adie cuba melupakan segalanya...mulanya agak sukar..teramat sukar..sehingga air mata akhirnya jatuh kebumi semula....pernah kerana terlalu fikirkan sidia, tanpa sedarAdie terduduk di bilik air sambil menangis....air mata mengalir bersama dengan pancutan air mandi....tapi terima kasih Tuhan kerana masih memberikan kekuatan kepada Adie untuk bangun meneruskan liku hidup Adie

Ketika bersedih itu, Adie doakan agar CINTA jangan hadir lagi dlm hati ini....tapi entahla...segalanya dengan izin NYA....sekiranya CINTA hadir lagi, Adie akan terima dengan seikhlasnya..

Untuk sidia...teruslah pencarian CINTA sejati mu...Adie tetap ada bersama mu sebagai kawan mu sekiranya hati mu dikecewakan lagi...telinga ini sedia memdengar segala rintihanmu...

Buat CINTA, hati ini tidak mahu menderita lagi walaupun seketika..tetapi sekiranya kamu hadir dalam hati ini, aku akan terima seikhlasnya...

"MENCINTAI SESEORANG ITU TIDAK SEMESTINYA HARUS DIMILIK"


Yang iklas menulis,


Teater : DREAMGIRLS



Seperti mana yang ramai mungkin telah maklum, pementasan teater muzikal “DREAMGIRLS”  (TMD) telah pun berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya KL bermula pada 14-24hb Julai 2011.
Adie tidak berpeluang menonton TMD ketika tayang media pada 13hb Julai yg lepas tapi Adie berpeluang menonton TMD pada 17hb Julai 2011 bersama-sama 13 rakan Adie yang lain ketika Tayangan Malam Gala Diraja yang dihadiri oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah bersama tetamu diraja yg lain.
Sepanjang pementasan TMD selama 2jam 15 minit tersebut ternyata ianya sebuah pementasan teater muzikal yang sungguh mengujakan.
Jika dibandingkan dengan filem “Dreamgirls” lakonan Jeniffer Hudson, Beyonce Knowles dan ramai lagi, tidak banyak perubahan dilakukan pada jalan cerita dan plot filem tersebut. Teater ini masih mengekalkan karya asal, dimana perjuangan 3 anak gadis yang menggelarkan diri mereka “The Dreams” mangharungi pelbagai cabaran demi mengejar impian untuk bergelar bintang.
Sepanjang berada di dalam panggung, Adie amat teruja dan terpseona dengan lakonan, nyanyian, prop dan kostum teater tersebut. Yang pasti pementasan teater muzikal ini sungguh mengujakan, sarat dengan emosi. Yang pasti hampir disetiap babak yg dipaparkan menerima tepukan gemuruh daripada para penonton.
Teater Muzikal “DREAMGIRLS” bagi Adie ternyata berjaya mencungkil bakat tempatan untuk menjayakan sebuah teater muzikal yg bertaraf antarabangsa ini. Sesungguhnya ianya merupakan sebuah “Broadway Musical” yg pasti membuatkan penonton tempatan meletakkan harapan yang sugguh tinggi, tapi apa yang Adie pasti harapan anda tidak dikecewakan.
Menyentuh dari segi nyanyian, ternyata kesemua pelakon memiliki kelantangan dan gemersik suara yang sungguh menghiburkan penonton.  Pujian patut diberikan kepada Cheryl Samad, Dafi dan Azura Zainal kerana pementasan ini telah membuktikan bahwa mereka boleh menyanyi dengan lebih bagus dan membuktikan kemajuan mereka di dalam bidang nyanyian. Tetapi pujian hebat perlu di lontarkan kepada Elvira yang memegang watak Elfie White..keunikan, kelantangan,dan gemersik suaranya tidak perlu disangkalkan. Untuk pengetahuan anda semua, watak Elfie White didokong oleh dua orang pelakon iaitu Elvira dan juga Dina Malaysian Idol.
Sepanjang pementasan tersebut, mutu lakonan mereka cukup memuaskan. masing-masing berjaya membawa peranan yang sangat baik dan berkesan. Kesimpulannya, pementasan teater muzikal “DREAMGIRLS” ini berjaya memberikan kepuasan kepada para penontonnya termasuk Adie sendiri.
Sepanjang pementasan ini anda semua akandiperdengari dengan beberapa buah lagu seperti ‘Cadullac Car’, ‘Steppin to the Bad Side’, ‘Family’, ‘One Night Only’, ‘When I First Saw You” dan banyak lagi. Memandangkan Adie telah memonton filem “DREAMGIRLS’ beberapa kali, oleh itu tidak hairanlah sekiranya Adie juga turut bersama menyanyikan lagu-lagu tersebut.
Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan TEATER MUZIKAL DREAMGIRLS, Adie sarankan anda memndapatkannya dengan kadar segera kerana pementasan hanya akan berlangsung selama 10 hari sahaja.  Tiket-tiket boleh didapati di http://www.airasiaredtix.com/Events/Dreamgirls/ atau hubungi talian AirAsia RedTix +603-87754666. Harga tiket dijual dengan harga RM48, RM88, RM128, RM168, RM228, RM288, RM353.
Matinee shows (3:30 PM shows)
RM353, RM248, RM208, RM148, RM108, RM68 and RM48.
Royal Gala Night (17 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103.
Charity night (16 & 24 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103


Selamat menonton…
Yang  ikhlas menulis;

Monday, May 16, 2011

Lama menyepi...

Salam,

Hai semua....apa khabar?..wah lama dah Adie tak wat entry baru dlm blog nie...dah hampir 20 hari blog Adie ni tidak ada entri baru...ish2..teruk betul ADie ni...nampak sgt tahap pemalasnya tu...hehehehe...ala kalau update blog pun lum tentu ada yg baca...hahahaha...betul tak?..x betul? ...alhamdulillah ada gak yg sudi baca cebisan blog Adie ni....

Erm as usual, ADie menyepikan diri kerana urusan kerja...agak sibuk...dari pagi hingga ke pagi...almaklumlah kerja sendiri....kalau entri asyik kuar jer, maknanya Adie memng ngah free dan ada di rumah...if not tandanya, Adie terlalu sibuk dan tiada dirumah....yelah hanya menggunakan pc yg ada rumah ni ladie duk update blog ni...lainlah kalau Adie ada iPad ker kan...mana2 Adie leh update (if line internet ada la)

Secara kasarnya..wah secara kasar...bahasa2...hehhehe....kehidupan Adie agak better walaupun kerja byk...sibuk tapi Adie happy...tahun ni Adie berharap segalanya mampu merubah masa depan Adie...Adie juga berharap agar sesibuk manapun Adie, Adie akan cuba update blog Adie walaupun dengan hanya post tajuk jer...leh?..hjehehehe

So entri yg akan kuar jap2 lagi ni, Adie akan citerkan serba ringkas apa yg dokberlaku sepanjang 20 hari selepas besday Adie....so tunggu k...kalau xnak tunggu pu takpe...takde kena marahnya...hehhehe

So ketemu lagi..insyaallah pada entri yg akan dtg..

Yang terus menulis,


Thursday, April 28, 2011

Confessions of Shopaholic :Bag Oh Bag.



Salam

Beberapa hari yg lepas setelah penat bekerja Adie telah meng'reward'kan diri Adie dengan shopping....wah dah lama kot Adie tidak pergi shopping...kebetulan pas habis settle kerja, Adie ke Bukit Raja Shopping Mall...tujuan asal adalah ingin membeli underwear yg baru...sbb semua underwear belum basuh dan Adie kehabisan stok...huhu...bukan sbb underwear Adie sikit tapi Adie tak sempat nak basuh hari2...so hampir 20 helai undewear Adie telah Adie gunakan...since lum sempat basuh lagi, Adie terus beli yg baru...pas beli jejalan dalam mall tu terjumpa la beg kat SEED dan kebetulan ada sale untuk pemegang kad SEED....belek punya belek Adie sambar 2 beg oversized daripada SEED (SEED jer yg Adie mampu)...sebenarnya nak beli beg design yg lain, yg agak kecik lastly beli beg oversized...xpela....




Dan beberapa hari kemudiannya pula Adie ke UNIQLO...sebenarnya hanya sesaja jalan....tetiba ternampak beg dan ianya tengah SALE.....aduh....sekali tgk dah berkenan...belek punya belek Adie terus ambil dan hantar ke kaunter....secara tak langsung terbang lagi wang ringgit Adie....yg ni pun oversized bag..hahhaha...



Kalau nak tau, Adie ni penggemar beg...Adie ada beberapa koleksi beg..Adie ni pantang tgk beg....dah mengalahkan pompuan...nasib baik Adie kureng sikit bab kasut...so takdela giler sgt kalau tgk kasut...tapi kalau beg..fikiran jadi kurang waras sikit terutama bila ngah ada duit....hahhaa

Dalam seminggu jer Adie dah mengeluarkan wang ringgit yg agak byk untuk beg2 itu...bila fikir takpela sekali sekala...lagipun selama duk asyik kerja kerja, Adie takpernah reward diri Adie atas apa yg Adie usahakan..so tak salah la untuk naikkan semngat Adie agar berusaha lebih (ayat tuk sedapkan hati yg dah kuar byk duit)...

So, sekarang Adie dah pindahkan semua brg2 yg selalu Adie bawa dlm beg dulu ke beg yg baru...huhuhu...ila beg dah besar, mcm2 yg Adie bawa...ish2..apapun Adie suka sgt ngan beg2 tu....so itulah CONFESSION OF SHOPAHOLIC...hehehe

Salam sayang








P/S: Kalau ada yang tambahkan koleksi beg Adie sempena besday Adie bulan ni bagus gak kan...berangan jela ko Adie...hehehe

Wednesday, April 27, 2011

The Twelve


Salam,

The TWELVE by MIFA & MAXIS...yup u got it rite....Concept store baru oleh MIFA telah pun dibuka kepada org ramai pada 22hb April 2011 yang lepas. Adie rasa bertuah kerana dapat bersama semasa pelancarannya.. "The Twelve" adalah merupakan sebuah concept store fashion yg sungguh unik berikut daripada kesinambungan daripada portal fesyen - www.fashionista.my yang telah dilancarkan oleh Maxis semasa Minggu MIFA berlangsung November tahun lepas

Dengan wujudnya "The Twelve", ianya akan mempromosikan para pereka Malaysia dan menjadikan ia sebuah platform untuk bukan mempamerkan malah menjual hasil rekaan terbaru para pereka Malaysia kepada golongan    sasar yg baru. Konsep stor ini diilhamkan daripada konsep stor lain di seluruh dunia seperti Colette di Paris dan Dover Street Market di London


Seperti namanya, "The Twelve" mempamerkan rekaan daripada 12 pereka Malaysia iaitu

1. TAS Iman by Tom Abg Saufi
- koleksi pakaian moden Islamik seperti kaftan dan skarf

2. Zero to Ten 
- koleksi "ready-to-wear" yg penuh bergaya dan terkini untuk generasi muda

3. PU3
- koleksi "ready-to-wear" yg cukup bergaya dan terkini

4. uREKA
- barangan berupa alatan tulis, anak patung, barangan daripada barang guna semula

5. BDA
- rekaan daripada beberapa org pereka dibawah Bumiputra Designers Association

6. YODA
- rekaan yang lebih menjurus kepada golongan muda daripada beberapa pereka di bawah Young Designer Arena

7. Radzuan Radzwil
- koleksi "ready-to-wear" kaftan dan kemeja batik yg sungguh esklusif 

8. Key Ng
- koleksi "ready-to-wear" pakain kasual dan kerja untuk lelaki dan perempuan

9. Benson Chan
- koleksi kasut daripada sandal ke kasut yg bertahktakan Swaroski

10. Shasha Rowena
- koleksi barangan seperti tas tangan, sarung telefon dan Ipad, laptop dan banyak lagi

11. Shinju Pearls
- koleksi barangan perhiasan daripada permata berharga dan juga separuh berharga

12. JKhan
- koleksi pakaian wanita yg boleh dipakai dari siang ke malam dengan harga yg sungguh berpatutan

Pelbagai aktiviti telah diaturkan sepanjang tahun seperti pertunjukan fesyen bulanan oleh para pereka untuk mempromosikan koleksi mereka. Maxis juga akan meletakan sebuah kiosk fashinista.my di stortersebut bagi memudahkan pereka "log on" ke "website tersebut dan mempamerkan koleksi terbaru mereka secara online dan juga pelanggan boleh melihat koleksi2 para pereka secara online. Menarik bukan?

"The Twelve" ini adalah merupakan langkah pertama MiFA dan Maxis untuk membawa pereka tempatan ke satu tahap yg baru dan pada masa yang akan datang MiFA dan Maxis bercadang untuk membesarkan lagi "concept store" tersebut agar lebih ramai pereka tempatan akan terlibat dan mempamerkan/menjual koleksi mereka.


Pada awalnya, Adie dan partner Adie turut mempamerkan koleksi kami di sini tapi atas sebb yg tidak dapat dielakkan, kami terpaksa melepaskannya tapi InsyaAllah label kami akan dipamerkan di "The Twelve" suatu hari nanti... Partner Adie adalah merupakan seorang pereka fesyen, so kompeni Adie yg akan menguruskan label beliau di sini nanti..sambil2 tu Adie juga diberikan peluang untuk mencurahkan idea tuk koleksi ready-to-wear nanti...so tunggukan jela erk...disebbkan kami agak sibuk dengan beberapa komitmen yg lain, kami terpaksa KIVkan dulu koleksi tersebut....

Oh ya lupa nak ckp...anda semua boleh mencari "The Twelve" di Lot G-21 & G-22 Fahrenheit 88 KL k....so happy shopping uols


Salam sayang,







P/S : Nice to meet you Mr Kem Salleh

Yang kedua pun sama?

Salam,

Wah dah lebih seminggu tak update blog....maaf2 sbb penuh dengan aktiviti kerja...ke hulu ke hilir...kuar pagi balik pagi...aduh ...penat sungguh...so masa yg ada digunakan untuk zzzzzzzzzzzzzz...tidolah....sbb tu agak tidak gegeh nak update blog ni...

Ermmm....mesti ada yg tanya (or tidak tertanya?) apa yg kedua pun sama?....hah ni yg nak ceciter ni....bukan apa sgtpun....spek mata Adie yg kedua telah pun rosak menerima nasib spek mata yg pertama....fyi, awal tahun ni Adie telah membeli 2 pasang spek mata setelah spek mata yg bertahun2 Adie guna akhirnya telah tamat riwayatnya akibat kelalaian Adie sendiri....tak sangka pulak jangka hayat spek mata yg seterusnyapun menerima nasib yg sama..tapi lebih pendek jangka masanya....tidak sampai setengah tahun, kedua2 spek mata Adie yg baru di tempah telah patah dan rosak.....

Ni link entry pasal spek mata Adie yg bertahun guna tu patah

Mcm ADie ckp selepas beli 2 pasang spek mata baru, tak sangka dua2nya patah dan rosak dlm masa yg sungguh singkat tempoh penggunaannya. Yang satu tu patah sbb masa nak buka spek mata, Adie terkangkangkan kakinya lebih sangat sehingga terpatah....dan yg terbaru pulak, housemate Adie tercicirkan spek mata Adie kat parking kereta rumah flat kami...the next day tgk spek mata Adie terdampar di tengah jalan, dengan kesan calar dan patah....uwaaaaaa....sungguh sedih..nak wat mcm manakan....sesungguhnya jodoh Adie dgn spek mata itu tidak lama seperti yg dulu..Adie suka pakai spek mata tersebut sbb gripnya yg kuat...even menari terkinja2 kat clubpun tak perlu risau untuk spek mata tu tercabut dan melantun....tapi apakan daya....riwayatnya kejap jer

Ni la keadaan spek mata Adie



So adakah lepas ni Adie akan membeli spek mata yg baru lagi 2-3 pasang, kita nanti kan jela kat entry yg baru nanti erk...wah dah mcm telenovela lak..to be continued.....hahahaha


Salam sayang,








P/S : erm xde ker sesiapa yg nak sponsor belikan spek mata tuk Adie sempena ulang tahun kelahiran Adie esok?...hehehe

Tuesday, April 19, 2011

Walaupun tak sihat, ku gegehkan jua....

Salam,

Dah 19 April...last entri kalau tak silap pada 9 April...tu pun curi2 update walaupun masih demam...actually almost a week Adie berada dlm keadaan yg tidak sihat infact sekarang pun....nanti Adie citer kan...just Adie nak wat quick entry tuk rangkul semua aktiviti yg Adie lakukan semasa Adie demam....wahh..demam pun masih wat aktiviti lagi....nak wat camna..tu namanya gegeh....dan kerana itu juga Adie masih lum sihat2 lagi

Kelas Mak Yung
Pandan Indah
10 April 2011
11.00pagi - 2.00 petang

Masa ni ADie sebenanrnya masih demam, tapi Adie tetap pergi kelas mak yung Che Nan...kalau ikutkan Adie memng tak larat tapi kebetulan pada hari tu , demam Adie agak berkurangan so Adie ingat nak peluhkan badan...kalau menari sure berpeluhkan....yup masa menari tu berpeluh lebih dari biasa...masa tu ADie rasa agak sihat..or lebih sihat...dan masuk bulan April ni, kelas mak yung dah belajar tarian yg kedua...menarik lagi...and Adie still lum catch up..maklumlah dah tua...hehehe..so enjoy the photos k





Finale Ford Models Search Supermodel of the World 2011 & RAIN Concert
F1 Circuit Sepang
10 April 2011
6.00 petang - 1.00 pagi

Habis kelas Mak Yung, Adie dan rakan niaga Adie duk sibuk settlekan hal berkaitan dengan kerja..dan settle terus ke Sepang tuk tgk Final Ford Models Search 2011 dan konsert RAIN....kewlkan...for me yeahhh...dengan VIP pass dan VIP treatment kat STYLO tent, semuanya memeng menarik....dah lama tak tgk konsert kot...been ages...at first, Adie tak berapa excited sgt nak tgk RAIN, coz definitely Adie takkan faham single thing yg dia nyanyikan tapi setelah melihat opening, Adie terpaku melihat tariannya...yeah ternyata RAIN memng hebat menari dan nyanyiannya agak bagus juga...kebetulan under STYLO, kami memng ada access ke hadapan pentas, so ianya memberikan view yg sungguh cantik....dapat tgk RAIN dgn lebih dekat lagi....sepanjang konsert tu memang Adie lihat org ramai sungguh enjoy dan yg perempuan pula terjerit2 setiap kali RAIN memulakan langkahnya....yelah tak heran la sbb RAIN tu handsome kot.....Adie lihat ramai juga golongan Melayu yg turut hadir....cuma sepanjang konsert ini, RAIN tidakpun membuka bajunya...nak kata rule & regulation mungkin juga tapi bila ADie tgk susuk badan RAIN sekarang dgn dahulu, ternyata RAIN sudah berisi sedikit dan Adie tak rasa perutnya masih berketul2...hehehee..mungkin sbb tu sedikitpun tidak dibuka bajunya...cover perut kot..hehehe...anyway Adie really enjoyed the show...
just part yg tak bestnya...rite after the show and on the way back to Shah ALam, Adie demam semula....yup Adie hanya demam pada belah malam....tension tul masa tu











Medical Check up
Shah Alam
11 April 2011
10.00 pagi

Pagi esoknya, Adie pergi ke klinik di area rumah...masa tu masih terasa panas..tapi masa jumpa doktor, doktor cakap Adie tak demam..coz my temperature ok...what?....pelikla pulak....kat badan Adie ada bintik2 merah...riso la juga if kena denggi tapi doc ckp bukan tanda2 denggi dan doc ckp maybe sbb alahan kepada demam sendiri....yeah ada betulnya juga....Adie kalau badan telalu panas akan ada tanda2 merah kat badan...dah mcm love bite bila tgk...kalau love bite best gak kan...hehehee...tapi bukan....but doc ckp if till 3 days masih demam dia suruh dtg tuk buat blood test lak....nak jadi cerita..after 3 days , demam Adie hilang pas makan ubat tu...saja jer badan ni...tau2 jer...takut kena cucuk ambil darah la tu...


Mono drama Rebab Berbisik
Lambang Sari, Istana Budaya
11 April 2011
8.30 mlm

Pada belah malamnya pulak, Adie dan rerakan ADie pergi tgk show Monodrama Rebab Berbisik yg diterajui oleh Che Nan, cikgu Mak Yung Adie....ni kali pertama ADie menonton show yg ada kaitan dengan Mak Yung...dan ternyata ADie sangat menyukainya...ni bukan kes nak bodek Che Nan tapi memng Adie suka..

Rebab Berbisik ini mengisahkan emosi Pak Su Mat, seorang pencita seni Mak Yung. Pak Su dan isterinya Mek Ning merupakan seorang primadona Mak Yung dizaman kegemilangan Mak Yung dulu2. Setelah Mek Ning tiada, Pak Su terpaku memikirkan siapakah yg bakal diwariskan seni tersebut. Pak Su dan Mek Ning ada 2 org lelaki iaiti Ustaz Azri yang tidak mahu memahami dan Azmi @ Mimi yang jauh terpesong dirinya. Kalau anda nak tahu keempat-empat watak ini didokongi oleh Rosnan Rahman sendiri...hebat bukan?...yeah memng hebat...

Pada malam persembahan itu, Adie telihat Fauziah Nawi dan keluarga, Uwei, Wan Maimunah, Arja Lee dan keluarga turut memberikan sokongan terhadap Che Nan...seperti biasa apabila persembahan yg begini kehadirannya tidakla sehebat pabila persembahan komersila yg lain...tapi bagi Adie walaupun ianya dipersembahankan di Lambang Sari dan bukannya Panggung Sari, ianya cukup memberikan kesan ...setiap kata2 yg diperkatakan membawa maksud yg tersurat dan tersirat...dan persebahan menjadi lebih menarik pabila karakter Ami a.k.a Mimi mula dipertonjolkan....dengan lawak yg bersahaja dan skrip yg sungguh bagus...ternyata ianya sebuah persembahan yg sungguh menarik untuk ditontoni..



 Pemain Rebab

 Patra - Emcee 

Watak Pak Su

 Watak Ustaz Azri

Watak Mek Ning

 Watak Mimi a.k.a Azmi



 Adie dan rakan2 kelas Mak Yung bersama Che Nan,Frank (penyanyi) dan Armand (model)


Yang pasti, selepas ini, sekiranya ada lagipersembahan begini Adie akan cuba pergi menontonnya....dan mcm biasa, selepas pulang dari persembahan itu, Adie demam kembali....kegembiraan yg dikecapi hanyalah untuk seketika.....Adie kembali demam


Dekorasi Majlis Pertunangan & Berendoi
Pekan, Pahang
14 April - 17 April 2011

Pada hari ni, ADie dah kembali sihat sedikit cuma ulser dan gusi bengkak dan berdarah...tapi kerana urusan kerja, Adie gegehkan juga....bersama Timmy dan Am, kami pergi ke Pekan Pahang untuk kerja2 dekorasi sempena majlis pertunagan dan berendoi....bermula dari jam 5 petang sehingga 4pagi barulah segalanya siap...maklumlah tenaga pekerja tak ramai so lambat la sikit siapnya...tapi everything turn up to be so good...the client really satisfied with ADIEADLAN Weddings team...kami tidokat rumah client yg merupakan rumah kawan kami....Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, semua berpuas hati termasuk dengan tetamu yg datang....dan Alhamdulillah, ramai juga yg bertanyakan perkhidmatan ADIEADLAN Weddings dan ada juga yg telah kompemkan deal ngan kami....Amin











Selepas majlis bersurai, Adie dan team Adie pergi ke Kuantan jap...saja jejalan wlaupun perjalanan mengambil masa 45 minit....kalau ikutkan plan byk tempat Adie nakpergi tapi malangnya selepas ADie kuar dari Muzium Seni Pahang, kepala Adie tertiba sakit yg teramat dan badan panas sejuk....kebetulan Teluk Cempedak tidak jauh dari situ, kamipun ke sana....yg lain makan petang, Adie cuma minum air kelapa...supaya sakit Adie reda....tapi malangnya tidak reda dan semakin teruk...masa perjalanan ke parking, Adie muntah...segala apa yg Adie telan hari ni, terkeluar semula....Adie muntah dengan teruknya....segalanya keluar bagai air paip sampai ada ketika, dada Adie terlalu sakit....masa tu dah tak kisah pasal org keliling...menangis juga la Adie menahan kesakitan...akibat daripada itu, kami hanya meneruskan perjalan pulang ke Pekan....tak jadi untuk berjalan2 lagi....dan appointment kami dengan seorang Dato' tuk bincang pasal majlis perkahwinan anak dia pun terpaksa ditangguhkan....dan sekali lagi Adie ingat Adie sudah sembuh tapi ternyata tidak....ermmmm

balik jer dari Pekan, Pahang, ADie terus tido sehingga petang.....totally tak larat....dan sekarang Adie rasa agak ok...sbb rasa mcm ok tu yg update blog ni....cuma ulser dan gusi berdarah masih lagi ada...kerana itu juga Adie tak makan benda yg keras..more to bubur thing....

Okla...takat ni jela...dah nak kul 3 pagi...daa


Salam sayang,