Pantai Think Pink! 2011 Silent Auction Items
Salam,
Bulan Oktober adalah bulan kempen Kesedaran Kanser Payudara dan sempena kempen tersebut pelbagai acara dan aktiviti dilaksanakan sepanjang bulan Oktober. Ini tidak terkecuali bagi pihak Pusat Perubatan Pantai..pada 7hb Oktober yg lepas Adie bersama rakan2 niaga Adie telah menghadiri satu acara iaitu "Pantai Think Pink! 2011 Silent Auction Items di Actors's Studio, Rooftop Lot 10, KL pada jam 10 pagi...
Sempena dengan majlis tersebut rakan niaga Adie, Bon Zainal telah memberikan satu jaket jenama beliau untuk dilelong dan hasil lelongan akan disalurkan kepada badan tertentu untuk mencegah kanser payudara. Baguskan...oh ya jangan pula ingat kempen Kanser Payudara ini hanay perlu diserta oleh kaum perempuan sahaja, bagi Adie kaum lelaki pun patut aware mengenai kanser payudara ni kerana kita juga dikelilingi oleh kaum wanita dalam kehidupan kita seperti ibu kita, kakak dan adik perempuan kita, kekawan perempuan kita dan sebagainya...so guys, start to alert about this matter k...at least knowing what it's all about...
Untuk makluman lanjut sila layari website Pantai Think Pink! atau 'Like" page mereka di FB
Salam sayang,
Comments