Maut - Review (Updated)



Salam,

Selasa lepas iaitu pada 6/1/09, aku dan memember gi tgk preview filem Maut kat Midvalley...peluang ni disebabkan oleh Abg Ajami..tq abg...so kami berlima (aku, Am, Wan, Ello dan Is) pun gi la tgk.. this is my first time g tgk preview (selalunya cuma dapat tiket free jer). Sebelum filem dipertontotnkan, kami semua di jamu selerakan oleh penganjur di Amarin Thai sekaligus mendaftar diri kat situ la....so kami semua daftar as blogger..siap dapat goodie bag dari tayangan Unggul lagi...takpe tak penting sgt..hwa3..janji makan dulu....hehehehe...aku bab makan ni silaplahhh...anyway aku suka gile ayam daun pandan dia..sedapnya...ok berbalik kepada citer Maut arahan Bade ni....

Ok kita ke part yg serius

Cerita 1:

Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya.

Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah?


Pelakon :

Liyana Jasmay, Raja Farah, Danny X-Factor, Reza ERA, Zack Taipan



Liyana Jasmay

Reza & Zack taipan

Raja Farah

Danny





Komen aku:

1. Aku suka mood dan suasana dlm citer ini. Watak Fadilah sungguh menarik manakala Sue lakonan Liyana mcm biasa..ntahla mungkin kerana ni masa mula2 dia berlakon dulu coz lagipun citer ni dah 2 tahun yg lepasnya. tapi apapun aku suka Liyana, comel


Cerita 2:

Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan?


Pelakon:

Sabrina Hassan, Mohamad Bathich, Diana Danielle, Noniswara, Fauziah Ghoush

Bathich & Sabrina

Diana Danielle

Noniswara & fidz



Komen Aku:
1. Agak mengjengkelkan..betulker perkataan tu, pabila cara hidup bebas yg cuba digambarkan berlebihan..sekali dua ok la kot
2. Lakonan Sabrina tuk watak Farah agak tidak berkesan dan aku rasa patut di ganti dengan pelakon seperti Ida Nerina ker, ellie ker coz they got feeling
3. CGI pasal alam barzarkh tu menarik tapi yg menjadi tanda tanya aku, adalah kita boleh menvisualkan seksaan di neraka..correct me if i'm wrong..walaupun aku tahu niat Bade adalah untuk kesederan umum dan bukan memperkotak katikan suasana alam barzarkh tu sendiri
4. Ada masa intermission yg aku lost jap..one time si Farah tu drive then tetiba kat masjid pakai telekung bagai..pelik gak..kerana digambarkan dia ni mengamalkan gaya hidup bebas yg terlampau tetapi ada simpan telekung dlm keta erk...hehehe...kalau betul at least watak farah tu taklah lupakan Tuhan 100 %
5. LAgi satu ,masa farah tu ceritakan pengalaman dia kena seksa tu alahai mcm nak taknak jer..takde rasa takut pun..at least menggigil ker...gigit kuku ker...



Cerita 3:

JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya?


Pelakon:

Que Haidar, Awal Ashaari, Nana ERA, Syarizad, Eja, Hasnul Rahmat, Fauziah Nawi, Riduan Hashim, Rabecca Ahmad


Hasnul Rahmat

Hamidah Wahab

Fauziah Nawi

Eja

Awal, Sherry, Nana, Que



Komen aku:
1. Lakonan Que, rawkkkk..excellent ngan tatu dia tu
2. Awal as one of the Balck Metal member? Erkkkkk
3. Aku tak boleh blah ngan make up Eja..waktu tido pun make cantik punya...sapa nak jawap




Kesimpulan aku yg bersimpul2 ni:
1. Tak berapa menarik sgt olahannya...hanya seperti cerita drama yg di gabung jadi filem
2. Aku rasa satu kerugian apa bila setiap permulaan citer baru, imej daun gugur tu di biarkan begitu saja..alangkah bagus kalau ada penerangan sedikit misalnya seperti...Kehidupan manusia ini digambarkan seperti sephon pokok, tak kala gugurnya sehelai daun , beerti berakhirla sebuah kehidupan...gitu katanya...
3. Aku lebih suka kalau 3 citer yg berlainan tu ada sedikit kesinambungan seperti citer Sepi, Cinta, Berbagi Suami, just to name a few...
4. Tapi tindakan berani membawa citer yg membawa mesej sebegini..besar pahala kalau ada yg insaf....
5. Aku bagi 3/5 bintang
6. Walaupun komen aku yg berbagai ni, tapi itu adalah dari pandangan au dan citarasa aku..so aku rasa korang juga perly tgk sendiri tuk merasainya dan komen la sendiri
7. Supportla industri filem Malaysia
8. Nak citer Muallaf ditayangkan di Malaysia..tetiba


Sbb apa korang kena g tgk sendiri dan lupakan komen aku:
1. kalau nak musabahkan diri sekejap ker, eloklah korang g tgk...seeloknya kekal la dlm hati
2. Kalau rasa nak tahu camna rupa seksaan kat alam barzarkh (seperti yg dinyatakan) silalah tgk Maut ni
3. Kalau korang nak tgk Reza AF lain dari kebiasaan dia, menontonlah kerana member aku pun tak cam dia masa tgk aritu
4. Kalau korang nak tgk dialog Que yg begitu menyentapkan berkaitan kekuasaanNYA, eloklah g wayang tgk citer ni...aku tersentap dgr dialog tu..tak tahulah korang



Salam sayang,
Adiewaridi

p/s : entry dah lama terperap

Comments

theblabber said…
ada gak eh p preview hari tuh?

good message movie ni :)
lavidalabelle said…
cik belle ader tertengok dvd 'SEPI'. it is not bad. maut ni dari segi watak mcm kureng jer, sebab dari pilihan pelakon tu tak best sgt. yang ado jer.
Ejaylicious said…
Ph ghitu citernya..thanks sebab bagi ulasan
Adie Waridi said…
miezi:
ada g masa preview tu..miezi g gak ya?yup msg yg baik

sis belle:
sis tgk la sendiri..mo komen

ejay:
no prob..hope puas hati tapi better g tgk sendiri la
vidadarisakura said…
hmm...
best ka ni???
ka aku patut tunggu tayangan ari raya jak..
hee
Adie Waridi said…
sakura:
sebenarnya citer tu menarik..memberi keinsafan..bagi adie the best part bila permulaan citer dimana sebuah surah dibacakan...apakat sakura tgk then bg tau adie apa komen sakura
can't wait to watch d movie..thk 4 sharing...
Adie Waridi said…
hafiz:
yeah beramai2 g tgk citer tu..sokong filem kita..hehehe
thezaila said…
eemm.. terfkir juga part yg menunjukkan visual pasal balasan di akhirat tu.. but then, kt situ dier ada mention, apay yg divisual kan itu adalah pengalaman mereka ketika koma.. apa yg bakal terjadi pada hari akhirat esok, tiada siapa yg tahu..
Adie Waridi said…
zaila:
memng la..tapi still rasa mcm takleh..hehehe..ntahla..adiepun bukan bijak sgt pasal agama ni..klau camtu leh la di visual dlm buku then tag : pengalaman benar sesorang ketika koma
Ophe said…
Yupp.. setuju, aku juga terkejut dengan keberanian que mmengungkapkan dialong seumpama itu walaopun hanya untuk lakonan semata2... huhuhuhu
Adie Waridi said…
Koishie:
tahu takpe...

Popular Posts