Teater : DREAMGIRLS
Seperti mana yang ramai mungkin telah maklum, pementasan teater muzikal “DREAMGIRLS” (TMD) telah pun berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya KL bermula pada 14-24hb Julai 2011.
Adie tidak berpeluang menonton TMD ketika tayang media pada 13hb Julai yg lepas tapi Adie berpeluang menonton TMD pada 17hb Julai 2011 bersama-sama 13 rakan Adie yang lain ketika Tayangan Malam Gala Diraja yang dihadiri oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah bersama tetamu diraja yg lain.
Sepanjang pementasan TMD selama 2jam 15 minit tersebut ternyata ianya sebuah pementasan teater muzikal yang sungguh mengujakan.
Jika dibandingkan dengan filem “Dreamgirls” lakonan Jeniffer Hudson, Beyonce Knowles dan ramai lagi, tidak banyak perubahan dilakukan pada jalan cerita dan plot filem tersebut. Teater ini masih mengekalkan karya asal, dimana perjuangan 3 anak gadis yang menggelarkan diri mereka “The Dreams” mangharungi pelbagai cabaran demi mengejar impian untuk bergelar bintang.
Sepanjang berada di dalam panggung, Adie amat teruja dan terpseona dengan lakonan, nyanyian, prop dan kostum teater tersebut. Yang pasti pementasan teater muzikal ini sungguh mengujakan, sarat dengan emosi. Yang pasti hampir disetiap babak yg dipaparkan menerima tepukan gemuruh daripada para penonton.
Teater Muzikal “DREAMGIRLS” bagi Adie ternyata berjaya mencungkil bakat tempatan untuk menjayakan sebuah teater muzikal yg bertaraf antarabangsa ini. Sesungguhnya ianya merupakan sebuah “Broadway Musical” yg pasti membuatkan penonton tempatan meletakkan harapan yang sugguh tinggi, tapi apa yang Adie pasti harapan anda tidak dikecewakan.
Menyentuh dari segi nyanyian, ternyata kesemua pelakon memiliki kelantangan dan gemersik suara yang sungguh menghiburkan penonton. Pujian patut diberikan kepada Cheryl Samad, Dafi dan Azura Zainal kerana pementasan ini telah membuktikan bahwa mereka boleh menyanyi dengan lebih bagus dan membuktikan kemajuan mereka di dalam bidang nyanyian. Tetapi pujian hebat perlu di lontarkan kepada Elvira yang memegang watak Elfie White..keunikan, kelantangan,dan gemersik suaranya tidak perlu disangkalkan. Untuk pengetahuan anda semua, watak Elfie White didokong oleh dua orang pelakon iaitu Elvira dan juga Dina Malaysian Idol.
Sepanjang pementasan tersebut, mutu lakonan mereka cukup memuaskan. masing-masing berjaya membawa peranan yang sangat baik dan berkesan. Kesimpulannya, pementasan teater muzikal “DREAMGIRLS” ini berjaya memberikan kepuasan kepada para penontonnya termasuk Adie sendiri.
Sepanjang pementasan ini anda semua akandiperdengari dengan beberapa buah lagu seperti ‘Cadullac Car’, ‘Steppin to the Bad Side’, ‘Family’, ‘One Night Only’, ‘When I First Saw You” dan banyak lagi. Memandangkan Adie telah memonton filem “DREAMGIRLS’ beberapa kali, oleh itu tidak hairanlah sekiranya Adie juga turut bersama menyanyikan lagu-lagu tersebut.
Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan TEATER MUZIKAL DREAMGIRLS, Adie sarankan anda memndapatkannya dengan kadar segera kerana pementasan hanya akan berlangsung selama 10 hari sahaja. Tiket-tiket boleh didapati di http://www.airasiaredtix.com/Events/Dreamgirls/ atau hubungi talian AirAsia RedTix +603-87754666. Harga tiket dijual dengan harga RM48, RM88, RM128, RM168, RM228, RM288, RM353.
Matinee shows (3:30 PM shows)
RM353, RM248, RM208, RM148, RM108, RM68 and RM48.
RM353, RM248, RM208, RM148, RM108, RM68 and RM48.
Royal Gala Night (17 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103.
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103.
Charity night (16 & 24 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103
Selamat menonton…
Yang ikhlas menulis;
Comments