Saturday, October 30, 2010

Adie Waridi & Kempen SAVE THE DAY


Aktiviti :Kempen SAVE THE DAY
Tarikh : Bermula sekarang sehingga mati
Tempat : Di mana2 saja
Masa : Setiap detik


Salam,

Entri kali ni nak ajak kekawan blogger Adie tuk bersama melakukan kebaikan /kebajikan sosial...kita hidup ni bukan hanya bekerja, dapat duit gaji dan digunakan untuk diri sendiri dan keluarga saja....tapi kita juga ada tanggungjawab sosial bersama...

Adie dari dulu memng suka untuk menolon org atau pun apa saja bentuk kebajikan sosial.(bergantung pada tahap kemampuan la)...tapi entri ni bukan nak citer pasal melakukan kerja2 amal tuk manusia tapi pada alam sekitar dan juga haiwan...Adie cepat tertarik dgn hal2 yg berkaitan dgn alam sekitar dan juga pemeliharaan haiwan yg pupus..

Kali ini Adie nak bercerita mengenai WWF Malaysia..WWF ni bukan World Wrestling Federation ya adik2 tapi World Wide Fund For Nature yang mana sebelum ni dikenali sebagai World Wildlife Fund.Ianya sebuah organisasi yg bertanggungjawab dalam kerja2 konservasi seperti dari pada menyelamatkan haiwan2 pupus seperti harimau dan penyu, ke kerja2 perlindungan hutan tanah tinggi, sungai dan lautan..So WWF-Malaysia dah lakukan pelbagai projek berkaitan dgn pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan haiwan2 pupus...

Adie xnak bercara pjg lebar sbb semua info boleh di dapati di lama sesawang WWF-Malaysia. Tapi tuk entri kali ni, Adie nak promote mengenai satu kempen WWF Malaysia iaitu SAVE THE DAY. kempen kutipan derma ini adalah kerjasama antara WWF-Malaysia dan Mikeevent Sdn. Bhd untuk meningkatkan kesedaran mengenai ancaman dan isu yg berkaitan dgn Harimau Malayan dan Penyu Lautan yang semakin pupus.

Selain daripada tujuan kempen ini, apa yg menarikperhatian ADie adalah pin yg dijual oleh WWF-Malaysia sempena kempen ini sangat la cute ya....pin ini terdapat dlm dua bentuk iaitu bentuk harimau dan juga penyu...dan ianya dijual pada harga RM10 sahaja...murah bukan..selain daripada anda dpt pin tersebut (bila anda beli) anda juga telah membantu pihak WWF-Malaysia dalam proses menyelamatkan haiwan2 yg dlm keadaan merbahaya ini untuk generasi akan datang..tidak kah ianya menarik?..sekurang2nyananti anda leh bagitau cucu cicit anda yang anda turut menyumbang kepada kerja2 tersebut...



Ni la rupanya pin tersebut..cute kan..lagi cute kalau korang pakai


So kepada sesiapa yg berminat nak membeli pin tersebut sila layari laman sesawang WWF-Malaysia. atau click kat banner di bawah ni




So apalagi, marilah kita bersama2 menyelamatkan haiwan2 tersebut yg makin pupus...kalau tidaknanti sian cucu cicit kita tak dpt tagk secara live harimau ngan penyu kat Zoo Taiping...tetibakan...btul apa kata Adie ni..so jgn lupa lawati laman sesawang WWF-Malaysia dan juga klik "like" kat Facebook mereka untuk mengetahu lebih lanjut mengenai mereka...dan taklupa juga anda juga leh jadi sukarelawan...


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan


Nota kaki : Berminat tuk anjurkan sebuah event yg berkaitan seperti ini di masa hadapan..namapun wat bisnes event planning...InsyaAllah..kepada WWF-Malaysia, nanti kita bekerjasama ya

Thursday, October 28, 2010

Adie Waridi & Kawan dari Filipina

Salam,

Aktiviti : Kunjungan kawan Filipina
Tarikh : 27.10.2010
Masa : 12.30am
Tempat : LCCT-KL-SHAH ALAM

Dua hari lepas ada kunjungan kawan dari Filipina...actually dia adalah kawan kepada hmate saya...since dah hang out sesama, Adie anggap dia mcm kawan sendiri gak la...btw nama dia Bong..dtg Malaysia sbb ada presentation research kat USM pada 28 hb October...

Bong sampai kat LCCT jam 12.30 pgi 27.10.2010...jemput dia kat LCCT then terus bawa Bong g makan sbb dia lapar...masa tu mcm blur manalah kami nak bawa dia makan pada waktu2 mcm ni..lewat pagi dan pilihan kami area Kg Baru KL...sbb sana byk kedai yg masih buka...since dia nak makan nasi ngan sup, so kami memilih sebuah restoran kat Kg Baru....Adie lak cuma makan mee sup jer....nasib baik la Bong suka sup tersebut cuma sedikit pedas...dia takleh makan pedas sgt...samalh mcm Adie...nak jugak interframe kan...

Dah selesai makan, Bong nak sgt tgk Petronas Twin Tower sebelum kami ke Brickfields....Sepanjang perjalan ker Petronas Twin Tower, Bong dok asyik ckp yg tower tu cantik sgt dan begitu teruja untuk ke sana....masa tu bangga jap rasanya melihat org luar begitu bangga dgn apa yg kita ada...tapi kita org Malaysia sendiri, bangga ker?...tanyalah diri sendiri k...dah snappy2 gambar so terus balik ke Brickfields di mana Bong stay kat YMCA....dah check in semua Adie pun terus la balik Shah Alam...sampai umah buka semua baju kedebummm...zzzz


Bong & Adie di hadapan Petronas Twin Tower waktu mlm


Sungguh berselera


Siang harinya, Adie dan Adam pergi ambil Bong kat YMCA....lunch n lagi sekali ke Petronas Twin Tower..dia sekali lagi nak bergambar...nampak sgt betapa terujanya Bong ni...nasib baikla Adie ni tahu sedikit sebanyak pasal tower ni dptla gak menjawap persoalan daripada Bong...lebih kurang sejam kat KLCC, kami terus ke Stesen Lama KTM KL tuk beli tiket bus ADie balik ke Ipoh...dpt gak tiket balik Ipoh jam 4.50ptg...so lepak jap ngan Bong kat dlm KTM....biaslah dia snappy2 pic lagi....

Bus Adie jam 4.50ptg...so Adie balik Ipoh dan Bong balik Shah Alam ngan Adam..Bong akan tido kat rumah flat Adie yg sempit tu tuk sehari...so nanti Adam akan hantar Bong ke LCCT seawal pagi pada 28.10.2010....




Adie pun x pernah tangkap pic berlatar belakangkan Petronas Twin Tower sebelum ni


Walaupun sekejap dpt luangkan masa bersama Bong...ADie rasakan sungguh menarik...Bong such a nice person...educated since dia adalah pensyarah kat Filipina....apa yg ADie leh rumuskan bahawa pertemauan sekejap ni membuatkan Adie tertanya pada diri sendiri, adakah cukup Adie mengenali mengenai negara Adie sendiri, sejarah negara Adie sendiri?....ternyata masih kurang...ada ketika Adie tidak dpt menjawap persoalan daripada Bong....so Adie rasa elok kita ambil tahu mengenai negara koita, sejarah kita, dan tempat2 pelancongan di negara kita...sbb kita tak akan tahu bila kita akan bertemua ngan org luar yang mungkin akan bertanya mcm2 pada anda....bukan apa, sedangkan Adie tgk org luar lebih menghargai negara kita berbanding koita sendiri...so apa kes kan....ternyata ia pengalaman yg baru bersama org luar dan berharap Bong akan kembali lagi....


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Adie Waridi & Green Card Pt. 2

Salam,

Hari ni ada hal kat DBI..semua dah settle...sign dokumen jer...itu jerk....huhu...dan hari ni Adie dpt Green Card Adie...ingat tak entry pasal Green Card yg sebelum ni?...so ni lah rupanya Green Card Adie


Sengal rupa Adie


Atas sbb tertentu, no kad ahli dan i/c Adie hilangkan separuh...so ginilah rupanya..namapun Green Card so warna pun hijau la...satu jer Adie xleh blah pic Adie yg begitula teruk..hehehe..masa g ambil pic ni, dlm keadaan yg tidak bersedia langsung...nampak cam buruh kasarkan..xpun rupa org Indon..hehehe..what ever...


Salam sayang,
Adie Waridi Adan Hamdan

Wednesday, October 27, 2010

Adie Waridi & Kanta Cermin Mata


Kanta yang dah terbelah dua


Salam,

Aktiviti : Kemurungan kerana kanta pecah
Tarikh : 27.10.2010 Rabu
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Brickfield

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......hati kecil Adie mampu menangis teresak2...

Kanta cermin mata Adie pecah terbelah dua...petang tadi kat Brickfileds....sedih sgt...bertambah rabun jauh la Adie...kenapa la tejadi dikala Adie ngan totally broke ni...Adie syg cermin mata ni walaupun designnya dah out dated...tapi syg sbb dah bertahun2 Adie guna....sedih..kecewa ngan kelalaian Adie sendiri...termenung memikirkan nak cari duit tuk wat yg baru...ermmm

Bila dah Adie akan ada cermin mata baru?


Salam sayang,
Adie Waridi ADanz Hamdan

Tuesday, October 26, 2010

Adie Waridi & Peraduan Obses Warna


Salam,

Aktiviti : Keobsesan warna putih
Tarikh : Sepanjang tahun
Tempat : Serata alam
Masa : Setiap saat

Entry kali ni Adie nak citer sikit peel Adie terhadap warna....betul ker ayat ni...sebenarnya saja nak share ngan pembaca blog Adie mengenai kesukaan tahap melampau Adie terhadap warna putih sejak kebelakangan ni...

Keobsesan Adie terhadap warna putih boleh nampak pada barangan yg Adie gunakan ini lebih bermaksud kepada pakaian dan aksesori untuk pemakain harian Adie...dulu Adie mempunyai obses warna kuning, merah, biru dan juga oren....boleh kata semua benda yg akan dipakaikan kepada badan Adie mesti merangkumi warna2 yg Adie suka...dan kini Adie beralih kepada warna putih...boleh kata setiap kali Adie menghadiri mana2 majlis Adie akan berpakaian serba putih..daripada baju, seluar, kasut, underwear, dan sebagainya...perkara ini pada mulanya Adie tidak perasan tapi lama kelamaan baru Adie sedaar sbb setiap kali kuar tuk shopping or window shopping Adie akan tertarik dgn warna putih...mata ni cepat jer tangkap warna putih yg ada kat sekeliling....

Bila Adie berpakaian warna putih rasa mcm ala2 suci katanya..hahaha....cuma ADie tahu jrg org yg suka tuk memiliki baarangan yg berwarna putih sbb ianya cepat kotor..so memerlukan penjagaan yg lebih...tapi bag Adie ianya tidak menjadi masalah...sekiranya dah malas nak jaga, beli jer yg lain,.,..hahahaha (ayat itu hanya boleh diguna pakai pabila ada duit berlebihan)....

Bagi pemakaian warna putih sebenarnya sungguh klasik dan sesuai dimana2 juga majlis sepanjang tahun...tidak ditelan zaman...oleh itu dinasihatkan milikilah sesuatu yg berwarna putih di dlm wardrobe anda...dan warna putih mampu membuatkan anda lebih outstanding sekiranya tahu cara penggunaannya dgn aksesori yg lain...org mudah memberii perhatian kepada anda...dan org juga leh nampak anda berkilo jauhnya sekranyaa nda dlm keadaan gelap terutamanya dlm club...hahahhaa....


Antara barangan berwarna putih yg Adie sempat paparkan..nak letak semua tak dpt la







So apakah warna kegilaan anda tahun ni...memandangkan dah akhir tahun ni Adie pasti anda ada obses terhadap sesuatu warna...cuba periksa dan kumpulkan semua brg itu pada satu tempat....kat sini Adie ada berita baik tuk pembaca yg ada obses terhadap sesuatu warna...ADie nak wat contest sikit...wah ni 1st time nak wat contest ni...ada ker yg nak masuk?..huhuhu...apa yg anda perlu lakukan,
1)kumpulkan semua brg2 terutamanya barangan yg anda selalu pakai dan selalu anda berada dgn anda setiap kali anda kuar
2)ambil gambar anda bersama barangan tersebut
3) wat entry mengenai nya dan ceritakan mengapa anda obses ngan warna tersebut
4) berikan url entry anda kepada Adie
5) perhatian : warna hitam tidak diterima kerana Adie pasti ramai memiliki barangan berwarna hitam..heheheh

senangkan...memng senang...so entry yg menarik dan terbaik Adie akan berikan hadiah...apakah hadiahnya...takdelah mahal sgt tapi ianya ikhlas daripada Adie....hadiahnya berupa sebuah frame cermin kayu berkerawang berwarna putih seperti gambar di bawah ni....frame ni sebenarnya lama Adie beli tapi Adie x pernah buka bungkusannya...so sentiasa nampak baru...daripada membazir Adie tidak gunakan eloklah Adie hadiahkan kepada pembaca blog Adie yg bertuah yg setia membaca blog Adie ni....so apa tunggu lagi, cepat2 wat entry berkaitan...tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 31 October 2010....


Nila hadiahnya


Oleh itu cepat2 la wat entry pasal keobsesan korangterhadap sesuatu warna ya...ehh tak sabar lak nak tgk warna kegemaran korang...mesti ada yg suka pink...hahahhaa..mari kita lihat nanti...peraduan ni tuk suka2, so sapa yg Adie pilih nanti adalah muktamad keputusannya..so jgn la ada yg bergaduh2 lak nanti ya..huhuhu..k la..jgn lupa

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Monday, October 25, 2010

Adie Waridi & Thank You


Salam,

Adie cuma nak ambil kesempatan ni untuk ucapan terima kasih kepada follower2 baru Adie..terima kasih kerana membca blog Adie yg tidak seberapa ini dan follow blog Adie...last jumlah follower Adie adalah 132 dan sekarang dah 135..huhuhu...walaupun tidaklah ramai tapi Adie amat menghargai anda semua kerana meng'follow' blog Adie...teruskan membaca blog Adie dan terjah juga blog2 kekawan yg Adie follow k...

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Adie Waridi & Sam & Monkey


Salam...

Aktiviti : Cuba baju di SAM & MONKEY
Tarikh : 24.10.2010 (Ahad)
Tempat : Street Market, The Curve
Masa : 8.30mlm

Sam & Monkey..apalak kali ni...apakah bendanya tu..huhuhu...hah mungkin itu antara reaksi pembaca blog Adie ni bila tgk tajuk entry kali ni...Sam & Monkey ni bukan mengenai sesorang bernama Sam dan mempunyai seekor monyet...ooo tidak2 sama sekali...SAM & MONKEY ni adalah satu jenama baru pakaian lelaki dan pemiliknya adalah kawan kepada kawan abg Adie, Abg Shamsul....maknanya entri kali ni nak wat promosi bisnes kkekawan lewr...idak reti2 lagi...


Bersama dgn pemilik SAM & MONKEY



Berbalik kepada SAM & MONKEY ni....apa yg menarik minat Adie untuk bercerita mengenai jenama ni adalah kerana design,cutting baju dan palin penting harganya...so pada penggemar baju2 kemeja slim fit, ni ada lagi satu jenama yg boleh anda pergi terjah selain daripada baju2 kemeja kat SEED,PADINI, ZARA etc....

Semalam Adie singgah ke The Curve setelah bertemu ngan family kat umah kakak di Rawang...setelah membeli belah di Ikea, Adie terus mencari kedai kawan abg Adie ni...alang2 dah ada kat IKEA so singgah ler kan...Pertama sekali nak bgtau yg SAM & MONKEY ni hanya boleh ditemui di Street Market The Curve...so dlm erti kata lain hanya pada hari AHAD saja mereka akan beroperasi....pasti ramai yg tahu pasal Street Market The Curve ni...so senang je nak cari...kedudukan kedai ni sentiasa berubah2 sbb peniaga2 kat Street Market ni diperlukan untuk mencabut undi setiap minggu...alasannya agar tiada rungutan daripada peniaga bahawa mereka dpt gerai yg tidak menarik atau lokasi yg tidak bagus....so dgnadanya sistem rotasi ni, semua peniaga akan merasa setiap tapak niaga yg disediakan...oleh itu, untuk anda mencari SAM & MONKEY ni, anda perlulah melalui semua tapak niaga yg ada sehinggalag anda bertemu dgn SAM & MONKEY...

SAM & MONKEY adalah merupakan satu2nya peniaga yg menjual pakaian lelaki iaitu kemeja lelaki...Sedikit info yg perlu anda tahu mengenai SAM & MONKEY ni...Jenama ini adalah jenama sendiri Abg Shamsul dan rakan niaganya, dan mereka sendiri mereka bentuk kemeja tersebut...dan yg lebih menariknya, selain daripada cutting yg slim fit, setiap keluaran kemeja mereka adalah terhad...secara tak langsung ianya memberikan ke eklusifan kepada jenama tersebut...walaupun ianya baju ready to wear tapi tidak semua org akan boleh memilikinya kerana setiap design disediakan dgn kuantiti yg terhad agar ianya mampu mengekalkan mutu baju2 tersebut...menarik bukan..pastilah menarik sbb anda antara satu dlm seribu yg akan pakai baju kemeja tersebut...dan potensi untuk bertembung dgn org yg sama memilik rekabentuk yg sama adalah sgt nipis...

Kita berbicara mengenai rekabentuknya pula....SAM & MONKEY menghasilkan rekabentuk2 yg terkini mengikut peredaran fesyen semasa...dlm ertikata lain baju2 kemeja SAM& MONKEY sentiasa up todate....kebanyakan reka bentuk kemeja SAM & MONKEY di inspirasikan daripada jenama2 pereka antarabangsa....kelaskan..bila ckp diinspirasikan daripada jenama2 antarabangsa, ada yg berfikir mungkin harganya mahal....ermm anda silap disitu kerana semua kemeja2 di SAM & MONKEY dijual pada harga RM49.90....murah bukan kerana selalunya baju yg direka dan dihasilkan sendiri pada jumlah yg terhad pastinya harganya mahal tapi tidak di SAM & MONKEY...segalanya RM49.90 untuk semua saiz....dan saiz yg terdapat bermula pada saiz S-XXL....

So kat bawah ni antara design terbaru mereka...yg cepat sold out..setiap design dinamankan dgn nama Raja2 di England

Philip

Richard

Leopald

Edward

James

Alfred

Albert

Henry

William


Mcm Adie ni susah nak cari baju kemeja yg aka fit ngan saiz petite Adie ni...so dgn adanya SAM & MONKEY leh la Adie menghabiskan duit nanti kat sana....semalam g cuma test saiz jer..ternyata S sesuai tuk Adie..huhuhu..ingat nak guna XS...selalau saiz XS..hehehe...tapi semalam saiz S tuk kebanyakan dessgn dah sold out...memng laris ya jualannya...

Untuk makluman lanjut anda boleh "like" SAM & MONKEY kat
FACEBOOK SAM & MONKEY ataupun layari website mereka

So selamat mencuba & membeli ya...


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

p/s: pabila anda membeli barangan SAM & MONKEY, packaging dia ala2 butik kat Pavi. Setiap kemeja akan di balut dlm kertas kajang dan diletakan label SAM & MONKEY...kelazzkan..

Adie Waridi & Voice Recital ASWARA



Salam,

Aktiviti : Voice Recital 2010
Tarikh : 22.10.2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan Orlestra ASWARA, KL
Masa : 8.00mlm

Mungkin ada diantara kekawan Adie yg sudah tahu bahawa Adie peminat muzik2 classical & orkestra..so pada yg baru tahu, ni adalah antara kegemaran Adie. Oleh kerana minat terhadap muzik2 sebegini, Adie cuba untuk tidak melepaskan peluang menonton pertunjukkan yang diadakan di sekitar Lembah Klang ni...pada Jumaat yg lepas Adie berpeluang menyaksikan sebuah pertunjukkan pelajar2 muzik ASWARA di Dewan Orkestra ASWARA. TQ to my Fairuz Zamani sbb jemput Adie ke sana...

Secara keseluruhannya, Adie cukup berpuas hati melihat persembahan para pelajar tersebut...Daripada 21 org pelajar, kebanyakkan adalah daripada semester awal Diploma..walaupun boleh dikatakan masih setahun jagung tapi dgn tunjuk ajar tenaga pengajar seperti Syafinaz Selamat, Dia Fadilla, Prof. Siti Chairani, Lilis Syafiza, Lilis Syafuza & Amri Zain, para pelajar tersebut berjaya menyerlahkan bakat mereka...

Dgn pemilihan lagu yg menarik, persembahan tersebut berjaya memberikan goose bumps kepada para tetamu...walaupun kehadiran para tetamu tidaklla begitu memuaskan tapi ianya tidak menjadi halangan kepada para pelajar untuk memberikan persembahan ygterbaik mereka..sepanajng persembahan, mereka di iringi dgn 2 org pemain piano iaitu Fairuz Zamani & Wong Chee Yean..

Khairul (tenor) ngan lagu Victoria, Mio Core..yg main piano tu la kawan Adie, Fairuz

Irsa (soprano)- Kasih & Pelukis, To This We've Come

Eddie Nazrin (tenor) - Derita

Rhowell (tenor) - Puisi Rumah Bambu

Jamie (soprano) - Sogno d'infanzia


Sepanjang persembahan itu, terdapat beberapa org pelajar yg menjadi kegemaran Adie seperti Jamie Ong (sopran0), Azahar Abdullah (tenor), Shaffiq erwin (tenor), Edie Nazrin (tenor), Rhowel Pagi (tenor), Irsa (soprano)....tapi keseluruhannya memberikan persembahan yg menarik....

Adie sentiasa menunggu untuk persembahan2 yg berbentuk begini tuk masa hadapan, sekiranya ada pasti Adie akan cuba untuk mengikutinya...sbb Adie suka....erm nak download lagu2 yg diorng nyanyi masa show tu terutamanya lagu2 indonesia seperti Derita, Kasih & Pelukis etc....

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan


p/s: TQ Fairuz, sbb inform pasal show ni dan u main piano ngan hebat sekali..dan juga catwalk terbaik pernah i tgk..hehhehee

Thursday, October 21, 2010

Adie Waridi & Preview filem R.E.D


Salam

Aktiviti : Preview filem R.E.D
Tarikh : 20.10.2010 Rabu
Tempat : GSC One Utama Damansara
Masa : 9mlm

Semalam dapat tiket free 4 keping tuk preview filem R.E.D kat GSC One Utama Damansara. So mlm tuk Ina dan bfnya dan Adie ngan kekawan...tapi malangnya 2 org kawan Adie tak jadi dtg so ada 2 tiket free lagi..since last minit cancel so Adie just mampu text kekawan yg berada dekat kat Damansara jer...so lastly cuma 1 seat jer yg dpt diisi oleh kawan Adie, Fairuz...rupanya fairuz ni dtg dari Aswara KL...walaupun sampai dlm 20 minit lewat dari waktu tayangan takpela...so instead of 6 people just 5 watching the movie...


Tiket free..yeahh

Adie & Na


Nak review ringkas jer...citer ni pasal ex2 top CIA's agent iaitu Frank (Bruce Willis), Joe (Morgan freeman), Marvin (John Malkovich), dan Victoria (Helen Mirren) yg diperangkap atas rahsia yg mereka ketahui sebelum ini dan mereka telah dijadikan target CIA. Mereka bergabung semula dan cuba mendahului segala tindakan CIA dan cuba mengorak rahsia sebenar kenapa mereka diburu yang akhirnya terbongkar rahsia bahawa terdapat konspirasi antara CIA & juga kerajaan..

Apa yg menarik mengenai filem ini adalah gabungan senior2 yang sememngnya diketahui kualiti lakonan mereka..dan melihat mereka menjadi agen CIA yang telah pencen dan bergabung semula sedikit sebyk menggundangkan ketawa dan wow kerana kita melihatkkan aksi2 agen yg boleh dikategori 'datuk nenek' melakonkan watak mereka...penuh dgn aksi dan jalan citer yg senang dijangka....

Apapun Adie berpuas hati dengan filem ini walaupun masuk lambat...hehehe...secara keseluruhab Adie bagi 3.5/5 bintang...so kepada semua yg inginkan satu lagi filem aksi komedi bolehlah pergi ke pawagam yg berdekatan anda dan menonton filem R.E.D bermula pada hari ini 21.10.2010...oh ya sebelum terlupa kepada sesiapa yg tertanya maksud R.E.D itu ianya adalah Retiree Extremely Dangerous...wokeh..enjoy the movie

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Adie Waridi & Aktiviti di Ipoh


Salam

Aktiviti : Aktiviti ketika di Ipoh
Tarikh : 16/10-18.10.2010
Masa : Pagi - malam
Tempat : Merata Ipoh


Bila balik Ipoh selalunya Adie akan duk kat umah saja or kuar jejalan kat pekan Ipoh sorang2...maklumlah tak ramai kawan sgt kat Ipoh ni..Tapi sejak dah berjumpa semula ngan senior Adie masa sekolah rendah dulu, dialah jadi teman Adie setiap kali Adie balik Ipoh...teman tuk lepak2...

Lupalak, nama dia Faizal Adri...kami bertemu semula ketika menyertai Metro Men Search beberapa bulan yg lepas kat The Mines. Jai merupakan salah seorang peserta sama macam Adie..berbalik kepada story...

Macam Adie ckp awal2 tadi..Adie tak ramai kawan kat Ipoh..so byk habiskan masa kat umah jer layan keluarga dan Yayyan...kebetulan masa Adie balik Ipoh Yayyan ada kat umah...Yayyan ni anak buah Adie yg terbaru dlm keluarga kami...Adie suka sakat dia ckp dia rupa cam SinChan..huhuhu...biasalah bila lama x jumpa, Yayyan menangis tgk Adie tapi masih ada keberanian tuk berada dekat kat Adie, lama2 dah ok..dah leh nak gurau2 n dukung...sekarang dah pandai bertatih sikit2, emrangkak jgn ckp la..mcm lipas kudung...sekarnag semua brg kecil2 kat umah mak yg mana terletak kat bawah kena diletak kat tempat yg lebih tinggi, kalau tidak jawapnya masuk mulut la...tak pun tak kemana2 dicampaknya..hehehe..biasalah budak2 yg baru nak meningkat besar...Adie dulu pun mcm tu gak kot...hahahaha..gigi pun dah ada kat depan..gigi susu..so ligatla dia menggigit makanan sampai jari2 Adie pun kena gigit la...geram pulak rasanya...Adie suka geletek Yayyan ni sbb dia akan ketawa bagai nak rak...sian pun ada tgk dia sbb mcm penat jer..tapi suka sakat dia..huhuhu...

Yayyan & Adie

yayyan yg sedang nyenyak tido

Yayyan pas mandi

Balik Ipoh kali ni Adie tak kuar mlm sgt sbb kepenantan di siang harinya...habis kursus pada hari Ahad, Adie merayau sorang2 kat pekan Ipoh...mula2 ke Ipoh Parade jalan2 tgk apa yg menarik...Ipoh Parade ni mcm sungei wang la..ramai chinese and budak sekolah sbb sebelahan ngan sekolah...pusing2 lastly Adie terbeli dua beg....aduh ingat nak berjimat lastly terbeli gak...berkenan sgt...dah beli pastula huh....hehhee...xpela...bukan selalu....kemudiannya ker Jusco Ipoh...Jusco Ipoh antara tempat yg selalu Adie g bila balik Ipoh..sbb lebih selesa...Adie bukan wat apa..cuma beli donut sedozen kat Big Apple tuk mak..sbb mak suka makan...beli2 terus balik rumah..huhuhu...kekadang terasa bosan bila kuar sorang2 sedangkan dulu Adie dah biasa kuar sorang2..kenapa erk..mungkin faktor usia yg makin meningkat ni...huhuhu..statement berani mati...sedar tak sedar 2 jam lebih gak Adie merayau sorang2...balik umah jer terus mandi2 dan on9klan diri till lewat mlm...

Keesokan harinya iaitu Isnin, Adie plan tuk balik Shah Alam naik ETS lagi..sbb mcm ras selesa walaupun harganya mahal berbanding ngan naik bas...so pagi tu ajak la Jai ni tuk temankan Adie beli tiket...kuar dlm kul 11 lebih ngan alasan ajak Jai g bfast, padahal Adie dah bfast kat umah...dah ambil Jai terus bawa kereta tanpa hala tuju dan akhirnya Jai ajak lunch kat McD Jusco...kan Adie dah kata..balik2 Jusco..huhuhu...coz convenient...Adie just order Mc Slurrpy jer..coz masih rasa kenyang...sudah puas makan dan bergosip sana sini Siti, so jejalan2 la dlm Jusco...akhirnya siap leh main bowling 2 game lagi..huhuhu..segalanya tanpa plan...sedar tak sedar dah jam 4 petang...planning nak beli tiket balik awal lastly Adie beli tiket ke KL jam 6.30ptg iaitu tiket terakhir ETS ke KL....

Jai ngan pose Peace uols!

terror ke main bowling?

Sampai umah dalm 4.30ptg, ada lagi dlm sejam lebih sebelum g Stesen Keretapi Ipoh....yg penting on9 jap dulu sebelum mandi..gegeh katanya...mandi2 dan dinner siap2...agak kelam kabut sbb jln sesak tapi bernasib baik sampai kat stesen lagi 5 minit sebelum tren bergerak..fuhhh lega rasanya...parent Adie hantar, abg tak berapa sihat so duk umah...well part nak say farewell ni yg Adie lemah...setiap kali nak balik KL pasti hati Adie sayup..bila dah cium tgn mak ayah rasa sedih sgt...rasa jer nak nangis...tgk mak & ayah bila tren bergerak sedih sgt...tapi Adie tahan jer hati ini menangis dan menanam semangat untuk berusaha lebih dan pulang ke Ipoh dgn secepat mungkin...Adie na pastikan bisnes Adie stabil dan berjaya dan berharap Adie tidak perlu selalu kat KL lagi ataupun Adie bawa jer parent Adie pindah KL nanti duk sesama..itula niat Adie...sian tgk diorang tinggal berdua walaupun abg ada, tapi bila abg g kerja mereka berdua jer...sabar ya mak ayah, Adie akan pastikan segalanya berjalan lancar dan ok, masa tu Adie akan tunaikan janji dan niat Adie tu...sedih lak hati ni bila sentuh hal yg berkaitan ngan parent n family....sabar je...Adie pasti berjaya..PASTI!

............................(stop jap..tetiba emo..huhuh)

Ok dah...Adie nak balik petang sikit sbb nak spend masa lama sikit kat Ipoh dan nak tgk suasana petang bila naik ETS nanti...memng menarik view nya...masa dlm tren Adie takdela order makan sbb dah kenyang kecuali Nescafe panas...bukan apa sbb sejuk sgt dlm tren ni..dah la pakai short..lainla Adie ni byk lemak..huhuhu..no offence ya...sbb terlalu kurus...dok sonok layan perasaan dlm tren tetiba dtg la pramugari tren ni...bukan nak ngorat Adie tapi nak bg kertas survey...tetiba rasa cam exam lak...hahaha..nasib baik ada pen kalau tak jawapannya bagi kertas ajer la semula...biasa la survey pasal perkhidmatan dan harga..overall Adie bagi ok jer tuk service ETS..maklumlah benda baru...cuma Adie siap perbetulkan ejaan dlm survey form tu..hahaha..kekwat sgt...yela baik Adie betulkan sekarang daaripada diorang dok print byk2 borang tu dan ada spelling mistake katanya...

Pemandangan ketika senja

Ni la borang kaji selidiknya

Alamat lengkap ETS


Sampai kat KL Sentral dlm 8.45mlm...pada mulanya hmate Adie kata nak ambil kat komuter Shah Alam jer, so Adie kena naik komuter dari KL Sentral ke Shah Alam, lastly dia ckp nak ambil kat KL Sentral..so tak jadilah naik komuter...masa nak naik escalator dari platform, adalah 2 orng makcik ni duk angkat 3 beg yg besar dan nak jadikan masalah bagi dua org makcik ni, escalator tu rosak..so bykkanlah escalator yg setinggi 3 tingkat tu n makcik2 tu nak bawa barang..mula2 Adie tgkla jer makcik2 ni angkat..mula2 ok jer pastu half way tgk mcm susah jer..lagipun makcik2 tu telah membuatkan yg org2 belakang takleh bergerak pantas, lastly Adie menggofferkan diri tuk angkat beg mereka sedangkan Adie pun bawa dua beg yg besar...tapi lantaklah dgn penuh yakin Adiepun tolonglah...sebenarnya Adie bukan nak citer apa sgt pasal tu tapi Adie nak citer mengenai perasaan Adie ketika menolong makcik2 tu...Ya Allah tak dpt nak gambarkan betapa gembiranya hati Adie dpt tolon mereka...rasa mcm ketika itu adalah saat yg paling gembira bagi Adie....betul x tipu...so kalau anda tgh sakit2 kepala tension ker, bawa2 lah g tolon sesiapa dgn cara yg anda termampu ya...wah siap wat pesanan penaja jap...tapi cubalah, anda pasti rasa lain sgt...

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Sunday, October 17, 2010

Adie Waridi & Green Card


Salam,

Aktiviti : Kursus Green Card
Tarikh : 17.10.2010 (Ahad)
Masa : 9pg
Tempat : Ipoh


Salam,

Green Card? Apakah itu? Card kredit kah?...hahahaha...ni yang nak habaq mai kat sesiapa yg mungkin x tahu...Green Card atau juga dikenali dgn bahasa Malaysianya Kad Hijau... Green Card ni adalah kad yg merupai kad pengenalan and tapi ianya hanya dikeluarkan kepada org2 yang terlibat atau bakal terlibat dgn kerja2 di tapak pembinaan. Selaian sebagai pass tuk memasuki kawasan site ianya melindungi pemilik kad dgn insuran. So intulah dia Green Card...

So pada hari Ahad 17.10.10 ni, Adie telah di hantar oleh Sinar Aswan Enterprise iaitu sebuah syarikat pembinaan yg dimiliki oleh ayah kawan baik Adie untuk menghadir kursus sehari Green Card Program di Ipoh...(sbb tu balik Ipoh naik ETS)..

Program tersebut bermula jam 9pg dan berakhir pada jam 4ptg...Adie tak sempat breakfast sbb dah terlewat ke tempat kursus..cuma minum teh panas jer...Ramai juga yg dtg menghadiri kursus tersebut daripada pelabagai kaum, agama, dan juga kewarganegaraan...mesti heran kenapa ada warganegara lain ker?...yup...kan sepeerti yang anda lihat di dlm sektor pembinaan ramai warganegara lain turut terlibat, so mereka juga tidak terkecuali untuk menghadiri kursus ini untuk mendapat kat Green Card.

Penceramah adalah penceramah separauh masa dan bukannya org CIDB (Construction Industrial Development Board) iaitu En. Aziz Abas. Kursus satu hari ini lebih menekankan perkara asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan...Segalanya diceritakan...walaupun Adie rasa ramai yg hadir agak kebosanan sbb dari air muka nmpak diorang tak ambil peduli sgt hal2 keselamatan...mcm sepeeerti biasa kita ambil endah tak endah...majority yg hadir adalahyg dah berusia...maklumlah kebanyakkan yg wat bisnes sendiri..bos la katakan....

Tiada apa yg byk Adie boleh komenkan pasal program ni...Sebenarnya program ini adalah penting, sbb selalaunya kontraktor akan ambil langkah mudah dalam segala aspek..asalkan dapat cut kos...tapi bila difikirkan apalah untungnya kalau ada yg mati kerana benda2 yg disebabkan kecuaian pihak tertentu...Kursus hari ini sedikit sebnyak mengrefreshkan Adie mengenai kepentingan faktor penjgaan keselamatan dan kesihtana di tapak pembinaan...lama tak dgr term2 civil engineering...almaklumlah dari civil engineering ke wedding & event decorator..idak ke jauhnya tu...huhuhu...

Habis kursus, setiap peserta diberikan sijil dan borang kembali untuk dihantar ke pejabat CIDB Ipoh....so esok pagi Adie akan kembalikan borang tersebut untuk dptkan Green Card Adie...untuk membuat kad ini, dikehendaki membayar RM50...Ketika memdengar ceramah yg diberikan ada beberapa perkara yg menarik perhatian Adie dimana pabila memliki Green Card nanti, Adie berpeluang untuk menghadiri kursus kemahiran yang dikelolakan oleh CIDB samada secara percuma ataupun separuh harga....menarik bukan...pasti Adie akan lakukan untuk menambah skill dan pengetahuan Adie...


Sijil yg Adie dapat

ANyway, ianya pengalaman baru bagi Adie ....nak tunggu Green card Adie siap lak


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Adie Waridi & ETS


Salam

Aktiviti : Balik Ipoh naik ETS (Electric Train Set)
Tarikh : 16.10.2010 (Sabtu)
Masa : 2.ooptg
Tempat : KL Sentral - Ipoh


Wah lamanya Adie tak update blog ni....sian kat follower adie walaupun baru 134org..hehehe...maaf deh agak bz...walau apapun ADie cuba gak nak update pasal diri Adie..pasal life Adie yang penuh dgn drama..penuh drama ker?...ntahla...

Kali ni just nak share pasal trip Adie balik ke Ipoh guna perkhidmatan terbaru dlm keluarga KTM iaitu ETS (Electric Train Set)...ala yang ala2 keretapi laju kat oversea tu....ni merupakan kali pertama Adie naik perkhidmatan ini..so memandangkan Adie ada urusan di Ipoh pada 17.10.2010, so Adie mengambil kesempatan untuk menggunakan ETS balik ke Ipoh...lagi satu sbb kerana Adie malas nak turun naik tren tuk ke Bukit Jalil naik bas balik Ipoh...ok tak alasan tu...

Adie beli tiket ETS ni pada hari Jumaat..beli kat mana?..kat KL Sentral...erm kenalah travel dari Shah Alam ke KL Sentral jap...mesti ada yg tertanya tak cuba beli kat stesen komuter ker?...hah jawapannya, memng xleh beli daripada stesen komuter..Adie dah pergi tanya kat stesen komuter Shah Alam Seksyen 19 sbb ingat leh la dpt beli tiket n x perlu ke KL tapi hampa jawapannya...Adie dikehendaki membeli tiket ETS di KL SEntral ataupun Stesen Keretapi KL....tiket ETS tuk bbalik Ipoh pula berharga RM30 sehala...so kalau dua hala RM60 ler...mahalkan..boleh tahanla...tapi kalau nak tahu itu adalah harga promosi selama 6 bulan bermula daripada bulan Ogos 2010....kalau tak silap Adie harga asalnya nak cecah RM60 sehala...sure ada yg ternganga dgr or baca....well dgn RM30 ni pun mulut org ramai dah berbunyi sbb kalau orang bijak pandai wat kira2...kalau 4 org naik ETS kena byr RM120 sedangkan kalau mereka naik keta sendiri tidak mencecah byk tu...alasannya itu peengangkutan awam so harga patut rendah...erm tapi Adie rasa itu adalah harga yg paling rendah tuk perkhidmatan seangkatan di dunia ni...erm ntahla..masing2 ada hak bersuara..bagi Adie senang je..kalau rasa tak mampu tak yah naik ETS bawa jer kereta sendiri...abis citer..tak gitu Senah...oo membebel lak en Adie kita ni...


Tiket ETS Perjalanan KL Sentral - Ipoh

Stesen2 yg akan dilalui

Harga tiket mengikut destinasi

Berbalik kepada citer asal...Adie memng menunggu saat ni sbb Adie dah lama melihat rupa bentuk tren ni di billboard kat Slim River di mana di situlah site office tuk double track ni...so teruja la ngan designnya ala2 bullet tren gitu...ETS ni ada 6 gerabak iaitu A,B,C,D,E,F dan Adie dapat koc C....kebetulan dlm koc C tuk ada kantin...ooh betapa sukanya Adie, sbb ADie sgt kelaparan kerana tak sempat lunch...nanti Adie citer pasal makanan dia...Adie citer pasal interiornya...secara keseluruhan hiasan dalamannya sama dgn komuter yg sedia cuma biasala benda baru segalanya nampak fresh dan menarik...yela barang baru katakan...dgn kemasan tempat duduk berfabrik warna merah berwarna warni macam seat kat pawagam, kerusi yg boleh dilaraskan dan tempat meletak makanan...segalanya sempurna...yang Adie perasan setiap koc terdapat dua skrin yang sentiasa memaparkan tempat2 menarik di Perak dgn kerjasama virtualmalaysia.com.my...menarik sungguh info dan visualnya...apa yg menarik perhatian Adie lagi adalah setiap koc ada pramugarinya tersendiri..so ada 6 koc ada 6 jelitawan....siap berpakain uniform lengkap yg berwarna hitam kuning dan beg sandang kecil 4segi ala2 mcm pramugari...apa yg Adie perasan sepanjang perjalanan tersebut, tugas mereka adalah memastikan spara penumpang berada dlm keadaan yg selesa, mereka sentiasa membantu sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan mereka juga yg check tiket kita nanti....yang penting senyuman tidak pernah lengkang daripada bibir mereka...dgn make up yg simple dan bersanggul sungguh menambah tarikan pemandangan yg ada...cuma diorang takde la wat demo keselamatan ketika tren bertolak seperti dlm kapal terbang....masa tren mula bergerak, Adie membayangkan juga kalau2 pramugari tren ni akan wat demo keselamatan...hehehhe...manalah tau kan...tidakkah ianya menarik...



Kemasan dalaman koc


Pramugari sedang membantu


Cantik tak I?

Sedikit info lagi mengenai ETS ni...ETS ni boleh mencapai kelajuan sehingga 160km/j dimana average kelajuan adalah 110-120km/j...kelajuan yg paling laju akan dicapai oleh ETS semasa perjalanan itu adalah 145km/j ketika menghampiri Tg Malim & Kampar..kalau anda tak percaya, naik ETs dan tgk meternya di tempat yg Adie sebutkan...oh ya pasti Adie yg tertanya mcm mana pulak Adie leh tahu kelajuannya...camna erk...sbbnya kelajuan ETS akan dipaparkan pada 2 skrin yg terdpaat dlm setiap koc....so Adie tidak propa ok..fakta dan bukan auta...


Salah satu skrin yg ada dlm setiap koc. Memaparkan visual tempat2 menarik dan juga halaju tren

Berbalik kepada makanan....Adie pada hari itu sungguh la lapar..tapi Adie cukup malas nak bangun daripada tempat duduk dan bergerak ke kaunter kantin yg sebenarnya hanya dalam 10 langkah jer..hahahha...kekwatkan...memng pun...so ADie duk asyik tgk jela akak2 yg bertugas kat kantin tu sehingga pada satu masa iaitu lebih kurang sejam selepas tren bergerak salah sorang pekerja itu berhenti di kerusi Adie dan bertanya " Nak order apa2?"..masa tu Adie rasakan mata Adie bersinar2 happy...macam2 tau jer Adie ngah lapar masa tu...so apalagi terus order...dalam erti kata lain, penumpang boleh order makanan hanya dari tempat dudk mereka saja....apa Adie order?...Adie order nasi goreng, nescafe panas dan air mineral....harga?...cuba teka berapa?..sama mcm dlm flight ker?...anda rasa?...well makanan Adie pada hari itu berharga RM9 jer...sedap?...anda rasa?...ok2 Adie buat penilaian tanpa mengira perut yg sgt lapar ketika itu...nasi goreng sesedap rasa tapi better makan masa ngah panas, dan air nescafe mestilah sedap sbb guna Nescafe 3 in 1...ko gila tak sedap...hehehhe..overall ADie berpuas hati...habisla Adie makan...

Lunch Adie

Secara keseluruhannya, Adie berpuas hati dgn perjalanan balik ke Ipoh menggunakan ETS, cukup selesa dan mengambil masa 2jam 16minit dan berhenti di 9 stesen. Lagi satu kepada sesiapa yg nak balik Ipoh naik ETS, kalau anda dapat seat C,D tuk setiap koc anda akan menikmati pemandangan yg cantik terutamanya bila menghampiri Gopeng dan seterusnya...kerna terdapat banyak tasik2 dan lombong selain daripada pemandangan yg serba hijau...anda akan melihat sekawan kerbau dan lembu malah kambing dan juga burung2....selain daripada kawasan perkampungan...


Antara pemandangan yg akan anda lihat

Isnin ni InsyaAllah Adie akan balik ke KL menggunakan ETS lagi kali ni nak tangkap pic depan ETS dan sebelum masuk pintu ETS or ngan pramugarinya..hehhehe..sbb masa balik Ipoh Adie sorang so camno nak tangkap gambar ngan pose2 yang menarik...

Seperti biasa gambar pemilik blog mesti ada...Chak ingat Adie?


Pesanan terakhir kepada Kak Heze, boleh la kita balik Ipoh ramai2 naik ETS yek akhir bulan ni..nak jumpa blogger Nemo kan...dan kepada Amier, harap penjelasan serba sedikit mengenai pengalaman Adie menaiki ETS membuatkan anda mungkin teruja untuk naik saja2...huhuhuhu


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan