Friday, October 31, 2008

Kedai Makan Fatimah, Kg Baru KL

Semalam aku gi ke KL sb nak survey beberapa perkara...mula2 g kat kedai bunga kat PS (Petaling Street ) tuk tanya quotation gubahan bunga, then g SSF kat Jalan TAR tuk survey new item n design...mostly barang2 kali ni lebih kepada tuk decor christmas dan NEw Year 2009....erm ckp pasal NEw YEar apa plan...g merayau or lepak umah...ermmm...kuar topik lak..ada juga design yang wat otak aku terangsang menghasilkan design baru tuk pelamin aku nanti....idea2..hehehe

Pada mulanya aku ingat since dah kuar g KL ni, ibaratnya cam alang2 balik lewat tapi bila dah sampai KL n pergi tempat yang aku nak pergi atas tujuan kerja...aku terus takde idea nak lepak kat ner...erm ternyata aku ni kurang bersosial...hahahahahaha...lastly aku g lunch kat Kg Baru...ni memang fav tempat aku tuk makan lunch la..bukan apa makanan dia sedap..mcm kita makan makanan yang dimasak tuk kita sendiri..maksudnya kalau kita nak masak tuk diri sendir sure kita masak sedap2 kan..so secara pukalnya masakan kat kedai ni sedap..hehehehe..saja jer aku ni tulis berbelit..kenapa tak cakap sedap jer makanan tu..hahahaha ..dan makanan akan dihidangkan kepada anda..tak ke rasa cam kat umah..dengan suasana kampungnya...

So tuk lunch , aku order ayam kampung goreng berempah, sambal udang dan daging masak lemak...manakala air pulak air jagung....menu yang aku order tu adalah menu yang paling famous..aku tak tahula famous tuk semua org yang datang tapi bagi aku n kawan aku itula menu yang akan kami order setiap kali bertandang ke sini....mcm aku ni,kalau sesuatu tu sedap aku pasti akan makan sampai habis n kekadang bertambah...dan makanan kat kedai ni berjaya membuat aku makan sampai abis...hingga menjilat jari2 ku termasuk jari kaki..huhuhuhuhu..giler aper...aku suka giler air jagung dia..ia bukan air biasa yang ietak jus jagung ker tapi sebaliknya jagung yang selalu org letak dlm abc tu diletakkan di dlm gelas dan kemudiannya ais yang dikisar di letakkan di gelas tersebut....ianya mcm ABC tapi hanya ada jagung sahaja....sedap sgt..manis dia just nice..yang penting diorang tak kedekut letak jagung tu..byk...harganya kalau tak silap RM2.80...tuk lunch berdua ni harganya semua RM22..so kepada sesiapa yang terbaca post ni dan tertanya dimana letaknya kedai ni, ianya terletak di Jalan Daud Kg Baru..so kepada sesiapa yang teringin mencuba masakan ala kampung silalah berkunjung ke sana k..erm aku rasa mcm blog Jalan Jalan Cari Makan lak cuma pengantaranya bukan Maria Tunku Sabri..ahakz...larikkkkk

Sambal udang, daging masak lemak, ayam kampung goreng berempah

Air jagung

Semua makanan dihidangkan di dalam belanga

Ni la nama kedainya Kedai Fatimah Selera Kampung


Salam sayang
Adie Waridi

Thursday, October 30, 2008

Me & Toasted Oat with Strawberry & Banana Crunch

Erm jam dah kul 5 pagi, aku still tak leh tido..mungkin sbb aku minum kopi tadi kot...since aku takleh tido, aku cuba bz kan diri dgn mencari idea tuk hiasan perkahwinan...boleh kata setiap hari kerja aku bila on9, wat survey pasal deko kawin, check email sampai 6 account (tu email tuk bisness jer..belum email yg lain..huhuhuhu)...sedar tak sedar dah kul 5 lebih...aku yang pada mulanya tak lapar tetiba jadi lapar...bila fikirkan, aku belum lagi dinner padahal hmte aku dah masak burung puyuh masak kicap...aku jer yg tak makan....dan kini kelaparan seh....

Aku ni agak pemalas sikit bila nak kena masak, lagipun aku bukan reti masak..tapi tahap kemalasan aku ni tahap dewa peringkat ke 10 la...sampai nak masak maggi yang segera tu pun malas....erm...sapa dapat aku jadi suami dia mahu nangis...hahahaha...ek lapar sgt aku baru teringat yang aku ada beli cereal...erm cereal ni sedap.aku beli kat sebuah kedai peralatan perkahwinan di Sec9 Shah Alam..naam kedai tu Contact Cash & Carry..(wah siap promote nie)...aku masa beli tu main beli jer, lagai pun sbb aku tgk cereal tu ada perasa banana....apa lagi belasah ler..

So verdict nya ak bagi 10 bintang dari 5 bintang..ahakzzzz..propar sgt aku nie kan...tapi bagi aku memng sedap sbb cereal oat tu ada banana & strawberi yang telah di keringkan....so bila makan tu ada manis2 masam...menyelerakan...and lagi satu kalau makan oat ni kenyang n berkhasiat apa...(kata2 org yang malas nak cari makanan lain or kuar umah gi beli makanan)..erm sedap lagi bila ia dimakan bersama dgn susu Dutch LAdy full Cream...enak nya hingga menjilat pinggang mangkuk aku...hahahaha..terlebih sudah...apappun aku kenyang dan kerana makan oat tu la aku ada idea tuk post nie..hahahaha (padahal takde idea nak tulis apa tapi tgn ni gatal gak nak memblog)...


Toasted Oat with Strawberry & Banan Crunch and Dutch Lady Full Cream Milk

Ni la rupanya bila dicampurkan dengan susu...yang merah tu la strawberry dan yang kuning tu pisang


Ni adalah last kopeknya oat coz dah habis..so aku kena la beli lagi pas ni..harga dia murah jer Rm10.50...sok nak beli



Salam sayang
AdieWaridi

Tuesday, October 28, 2008

Ada Apa Dengan Puti

Tajuk post aku kali ni dah macam tajuk movie "ADA APA DENGAN CINTA" lakonan Acha dan Irwansyah tu, tapi bunyi jer mcm tapi kisahnya jauh berbeza...Mesti ada yg tertanya2 apa PUTI tu, apa ke benda nya ek....FYI, PUTI itu adalah nama pertama yang digunakan oleh keluarga belah mak aku untuk anak2 perempuan mereka..Setiap adik beradik perempuan mak aku semuanya diberikan nama PUTI dan juga ianya turut diberikan kepada nama anak2 mereka...seperti nama kakak2 aku dan sepupu aku yang lain...

Orang selalu keliru apabila sebut PUTI..sure diorang akan repeat PUTERI ker....tapi aku lihat kerana keunikan nama tersebut, kakak2 aku senang dikenali di sekolah mereka dan juga bila mereka dewasa...setelah sekian lama aku menganggapkan bahawa nama PUTI itu tidak membawa sebarang makna sehinggalah pada raya 2 tahun yang lepas, kebenaran mengenainya terungkai sedikit..

Pakcik belah mak aku ada ckp yang kawan dia selalu pelik kenapa nama kakak2 Pakcik aku ni bermula dengan PUTI dan kenapa tidak PUTERI..dek kerana terlalulah tidak puas hatinya, kawan pakcik aku ni pun pergi ke JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)....Di sinilah terbongkarnya rahsia yang mana Pakcik aku sendiri tidak tahu ataupun tidak mahu ambil tahu....alkisahnya org kat JPN tu cakap bahawa PUTI=PUTERI, dan nama itu hanya boleh digunakan sekiranya sesorang itu adalah keturunan kerabat diraja..erk Kerabat Diraja....raja mana lak...so secara tak langsung ni keturunan belah mak aku ni adalah dari keturunan kerabat diraja..tapi aku masih tak pasti raja dari mana...nak ikutkan cerita kami ni adlaah dari keturunan tanah sberang jawa...nenek moyang kami melarikan diri kerana terjadi pergolakan atau jajahan di negara asal..aku pun tak pasti sgt...

Tapi bila aku fikirkan, mungkin benar yang kami ni ada darah daging kerabat...bila aku tgk adat yg pernah dilakukan oleh keluarga belah mak aku ni, ada persamaannya dgn kerabat2 diraja sekarang..misalnya ada jejak tanah bagi anak kecil yang mana kalau tak silap aku selalunya di lakukan oleh kerabat2 diraja sekarang....Lagi satu bukti yang mungkin kukuh, nama moyang aku aku bermula dengan Raja...Seperti diberitahu oleh pakcik dan makcik aku, arwah datuk aku tak mahu mengekalkan cara hidup diraja kerana di tidak mahu ada yang menyembah dan juga atas2 keselamatan....Keselamatan?....di gambarkan lagi bahawa arwah datuk aku ada berpesanan bahawa jgn la mencari salur galur keturunan kita biarlah mereka yang mencarinya...juga diberikatahu sekiranya keturunan kami di temui oleh org tanah seberang, kami akan dibunuh...ini juga berkemungkinan besar kerana perebutan tahkta....aku pun kurang pasti...lagi satu pakcik dan makcik aku ckp, ada sedara mara belah datuk aku ni yang ada menyimpan surat yang menyatakan bahawa kami ada menerima elaun sebagai kerabat seperti mana kerabat2 sekarang nie....ntahla aku kurang pasti semua tu sbb cerita ini lebih diketahui oleh org2 yang lama yang aku sendiri tak kenal....diberitahu lagi sekiranya kami pergi ke satu daerah di perak berdekatan dengan Lata Kinjang, org2 di sana masih membahasakan diri mereka dengan panggilan diraja untuk berbicara dengan keturunan kami....Lagi satu bukti yang boleh menyakinkan aku bahaw benar apa yang dikhabarkan adalah, pada raya aidilfitri tahun ini, kakak ipar kepada kak long aku ada bertemu seorang ustaz untuk bertanyakan kenapa kepala anak kakak aku yang baru lahir ini ada kerak dan keadaan nya agak teruk...kata ustaz itu, keturunan kami tidak digalakkan untuk diletakkan nama2 bunga...kata ustaz tu lagi darah yang mengalir dalam badan kami masih kuat dengan keturunan bangsawan or kerabat dari seberang Jawa...ustaz tu tanya sekiranya nak putuskan hubungan itu dia boleh untuk melakukannya..aku ckp kepada kakak aku takyah la nak putuskan, rugi..itulah yang kita ada untuk keturunan kita..lagipun bila besar kerak kepala tu akan hilang...aki kisahnya kakak ipar kepada kak long aku ni bertanya kat ustaz tu sbb dua2 anak kak long aku mengalami nasib yang sama..so tak tahula secara kebetulan atau tidak nama kedua2 anak kak long aku ada nama bunga iaitu ADRIANA JASMINE dan ADLIANA CEMPAKA.....bila kakak aku cerita pada adik beradik, aku terpikir macam mana ustaz tu tahu perihal keturunan kami..itu yang membuatkan aku yakin bahawa citer mengenai keturunan kami itu adlaah benar....byk juga perkara yang ada kaitan dengan susur galur kami, misalnya lagi semsa mak aku nak melahirkan aku, nenek aku suruh agar sehelai kain kuning dijadikan alas buat mak aku..alkisahnya kerana mak aku susah untuk melahirkan aku...katanya hampir menyebabkan kehilangan nyawa mak aku..tapi alhamdulillah selepas dilapikkan dengan kain kuning, aku pun selamat dilahirkan...aku pun tak pasti kesahihannya tapi aku pasti semua yg berlaku atas izinNYA....tapi masa kecil aku ingat lagi aku selalu memakai sepasang baju tido kuning, dan ada sehelai kain kuning baldu..even masa aku bersunat pun kain kuning tu dijadikan alas....apa kah ini semua kebetulan atau realiti...adakah aku merupakan anak raja...hanya TUHAN yang tahu..yang aku tahu aku kini menjalani kehidupan normal sebagai org biasa...tapi sekiranya aku ada anak nanti aku akan meletakkan nama PUTI itu...

Bila aku fikrkan kembali seronoknya,kerana aku adalah dari kerabat2 diraja...tapi masih tidak dapat disahihkan lagi...tapi jauh disudut hati aku agar ianya sesuatu yang betul..kerana ianya pasti akan menarik untuk diceritakan kepada anak cucu nanti kan..sekurang2nya kita tahu dari mana asalnya keturunan kita sendiri...

Jejalan Dengan Anak2 Buah

Hari ni Hari Deepavali...eemmm ckp pasal Deepavali ni...aku samapai umah hari isnin pas dlm jam 10 dari Balakong..samapai2 aku terus tido..sbb masih penat ngan kerja wedding aritu...tido tak cukup...sedang sonok aku tido nak cukupkan 12 jam nie...tiba2 dlm kul 3pagi aku terdengra org berlari kuar dari dalam umah aku..mas atu heran gak sapa lak yg kuar..yg tinggal cuma aku n hmate aku jer tu...masa tu terpikir apa yg hmate aku nak wat pagi2 nie..so aku pun celik la kan mata yg berat giler ni...mas atu aku nampak berasap jer umah aku nie...tapi takdela syak apa lagi...so kuar umah tgk ramai org kat balkoni...alkisahnya ada kebakaran kat bawah rumah flat yg aku duduki ni....aduh apa jela diorang ni....kalau nak sambut Deepavali pun jgn la sampai membakar...heheheh..terover marah lak...dek kerana tak puas hati aku pun turun la kebawah melihat apa yg terjadi..rupa2nya motor terbakar..selidik punya selidik milik org India yg duk tingkat 3...yg bestnya kat bawah tu tgk jer moto tu terbakar dgr rileks nya....mungkin sbb nak tolon simbah air pun .nak dapatkan suber air susah sikt..kena naik level atas lak..jln terbaik menonton je show tu....termasuk la aku nie....blok aku ni memng macam hal belaku...geram pun ada....so pas tgk show kat bawah umah tu aku takleh tido..alih2 aku tgk hbo citer harry potter..nasib baik citer yg belum aku tgk..so aku tgkla sampai abis..hehehe last2 tertido gk pas abis citer tu dan bgn lewat..kul 12...hahahaha..giler...

So, Deepavali ni aku just g Kepong umah kakak aku tuk hantar barang...dah puas borak2 aku bawa 3 org anak buah aku ni g Jusco Kepong..tu pun sbb anak buah aku Si danial ni yg duk sibuk nak g sana sbb nak main (kat sana ada macam park tuk budak)...so aku pun bawa la budak2 ni g Jusco...memng susah nak jaga anak buah aku ni terutama si Danial ni...cakap pasal Danial ni, bagi aku dia ni jenis cepat tangkap apa yg berlaku n apa benda yg terjadi kat keliling kita...dan yg aku nampak dia ni suka sgt nak ambil tahu pasal gadget2...sikap ingin tahu dia memng tinggi...tapi malas nak belajar...so ni la pic2 yg smepat aku snap sementara bateri kamera masih ada.


Anak buah aku : dari kiri Azimah, Emir Danial dan Natasya




So sementara menunggu diorang main aku pun nak gak snap pic2 aku..hehehe..mana aci diorang jer bersuka ria..aku pun nak gak gak..heheheh




Setelah penat bermain..bukan aku yg penat tapi anak2 buah aku so kami pun soru lah kat KFC....ni adlah pilihan si Danial tu sbb dia nak dapat mainan dari KFC...layan jela...

Ni la kali pertama aku bawa mereka keluar jejalan...bukan apa selama ni aku jrg jumpa mereka...jumpa merkea pun bila ada hal ngan kakak aku if not mana ada aku nak jenguk diorang saja2...hope dgn cara ni aku dapat mendekati anak2 buah aku ni...tq kepada kawan aku Am sbb dia ni pandai melayan budak2 nie..budak2 ni pun sampai tersasul panggila ku Am..sapa nak jawap tu....Lu pk la sendiri (sori nabil ambil tagline ko...hahahaha)



Salam
AdieWaridi

Wedding Project at Stadium Titiwangsa KL

Yeah segalanya dah selesai setelah hampir 2 bulan lebih merancang perkahwinan si Jaja ni..Perkahwinan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa KL pada 25.10.08 memeberi aku 1001 perasaan...cuak, gelabah, penat semua adalah...tapi semua tu telah berakhir dan ia berakhir dgn sebuah perasaan yang cukup indah pabila melihat pasangan pengantin ini cukup gembira dengan hasil kerja aku and the geng (ADIEADLAN WEDDINGS).

FYI, aku tak kenal pun minah ni, dia mengenal aku (ADIEADLAN WEDDINGS) melalui internet di kala dia mencari wedding planner untuk perkahwinannya nanti...setelah menerima panggilan telefon dari Jaja, kami pun berjumpa..masa nak jumpa tu aku ni cuak gak la..sbb takut if pas tgk sketches yang aku wat tuk wedding dia dia terus reject aku..kalau ckp depan2 takpela...tapi kalau jenis yg ckp nanti akmi hubungi En Adie semula tu yang aku maleh nak dgr..kompem tak jadi la tu..so far takde lagi la.....tempat pertemuan kami di Old Town Kopitiam di Pelangi Damansara di mana Jaja tinggal...selalunya lepak lama..bincang aku rasa kejap jer tapi borak punya pasal..kalau ada partner aku si Am tu lagi lama la masa tusbb dia ni byk mulut sikit..tapi bagus gak sbb dia pandai nak close deal ngan client..sbb tu aku lantik dia bahagian marketing (bila tu jumpa org la) padahal aku yg wat marketing dlm internet semua..hahahahaa..aku yg giler kerja....kali pertama jumpa jer, dia terus berminat ngan design yg aku sedia khas tuk dia..masa tu happy sgt...

So pada 25.10.08 majlis pun berlangsung la kat stadium yg besar tu...kami unloading barang pada malam hari jumaat..sepatutnya ada org tunggu kat stadium tapi alih2 kami sampai stadium gelap gulita....tanya guard semua kata tak tahu no fon org yg bertanggungjawab...aku tension betul sbb semua brg dah unloading dari lori n lori pun dah belah..last2 partner aku wat keputusan tuk stay kat stadium tu jaga semua barang...terpaksa la dia tido kat luar stadium tu diteman ni nyamuk...aku lak balik ker Shah Alam bersama 2 org lagi pekerja yg lain....sian gak tapi terpaksa kalau tak sapa la nak jaga barang2 yg mahal tu..tak sia2 kena curi takde wedding la nanti..mengamuk la pengantin ngan aku..hehehehe...lariikkkk

So keesokkan paginya aku n the staff gi stadium dan bermulalah kerja kami...aduh penatnya...aku kerja kau biasanya wat decor la..wat hiasan tuk meja makan n apa yg patut..kerja2 wiring n set up stage semua org..kira kerja2 berast ni aku tak dpaat lah nak menolong sgt coz aku ni bukan eh angkat benda2 berat..seprti yg dinasihatkan oleh doktor (alasan sebenarnya..hehehe)...masa berlalu dgn pantas dan di kala jam kul 5 masih byk benda yg tak siap lagi...so masa tu aku dah tension..muka stress..dan dikala itu juga la migrain aku dtg...so nak tak nak aku kena lawan gak sakit kepala tu tanpa ubat (ubat lupa bawa) dan curi2 masa gak tuk rest..if not aku collapse la jawabnya....sepanjang tu aku berdoa agar aku diberikan kekuatan untuk siapkan semua ni..dan dgn izinNya semuanya siap dlm kul 7 lebih..Alhamdulillah..so hasilnya seperti di bawah atau leh lihat kat FLICKR http://www.flickr.com/photos/29967192@N06/sets/72157606982094759/



Pelamin


Aisle Decoration


Main table


Reception table

Pintu gerbang


Bersama Pengantin Baru


Walaupun semua itu telah berakhir tapi aku masih kepenatan..capek seh...tapi berbaloi bila kedua2 pihak pengantin menyatakan bahawa mereka suka dgn hasil kerja kami.....YEaH 5 bintang..hahahaha..apapun terima kasih aku ucapkan kepada Jaja & Sai kerana bagi peluang kepada aku dan staff ADIEADLAN WEDDINGS....

Wednesday, October 22, 2008

Masalah Kesihatan

Erm nampaknya title post aku sama jer ngan sahabat baik aku Zakhiri (http://koboiresak.blog.friendster.com)..MASALAH KESIHATAN..sejak 3 hari ni aku selalu mengalami sakit kepala yang melampau..aku memang telah disahkan oleh doktor, aku mengalami tanda2 awal migrain...dulu aku cuma mengalami sakit kepala dimana hanya di belah kiri dan kanan kepala aku jer yg berdenyut tapi kali ini aku sakit di bahagian tengah dahi dan ia lebh menyakitkan...atas sebab itu aku hanya dapat melawan sakit ku pabila aku makan sejenis pain killer yang di panggil PONSTARN..akupun tak pasti betul aku eja atau tak...dulu aku hanya makan panadol tapi kita panadol tak dapat melawan sakit kepala ku yang melampau ni..

Kini aku makin kerap sakit kepala, 2 3 hari ni berturut2 aku sakit kepala..hari pertama aku sakit kepala semasa aku tgh membuat kerja persedian tuk majlis perkahwinan sabtu ini (26hb 10)..akibatnya aku terpaksa berehat dan tido sehingga berjam2 sehingga aku boleh tuk stabilkan diri aku..hari berikutnya aku diserang sakit kepala di kala aku sedang makan tengahari di Restoran Scene di PKNS Shah Alam...aku makin hairan kerana sakit kepala ku kini menyerang aku tanpa mengira waktu..dulu aku akan sakit kepala sekiranya aku terdedah lama kepada panas mentari n melakukan kerja yg berlebihan tapi kini dikala aku sedang dalam keadaan relaks pun ia terjadi...aku rasa sakit kepala ku kini makin teruk walaupun aku dah mengalaminya sejak aku kecil lagi...aku ingat nak wat pemeriksaan doktor juga nanti kat kepala aku ni...riso gak...bila aku fikirkan kalau begini lah keadaan kesihatan aku, macam mana sekiranya aku bekerja sebagai seorang jurutera..berpanas..ntahla...badan aku ni makin lemah aku rasakan seiring dengan usia aku yang meningkat..atau aku yg tak pernah menjaga badan aku sendiri...mana tahu aku yang memusnahkan diri aku sendiri..aku pun tak pasti yang pasti bila aku diserang sakit kepala..lupakan lah segala hal berkaitan kerja...nak berdiri pun aku tak mampu...ubat berkesan agak lambat..cara terbaik yang aku wat adalah cuba merehatkan kepala aku tanpa memikirkan apa...aku cuba kosongkan pemikiran aku...tapi di saat menunggu berkesannya ubat yang aku ambi itu bertindak hanya tuhan saja yang tahu kesakitan yang aku alami...aku kuatkan semangat dan selalu berkata...sakit yang aku alami ni adlah penghapus dosa2 kecil aku..(tula byk sgt wat dosa)..yang pasti dikala ini aku hanya ingatkan Tuhan sedangkan dikala sihat aku selalu melupakanNYA..itula manusia..aku sendiri sedih mengenangkan diri aku sendiri...di kala aku mencoretkan perihal aku ni untuk tatapan org ramai sekiranya membaca, aku masih merasa tanda2 awal sakit kepala bakal melanda sekiranya aku kerja berlebihan waktu dan tak cukup tido (sejak wat bisnes ni aku kena kerja lebih masa n tak menentu)

Kesakitan yang aku alami inilah membuat aku cuba menikmati hidup aku sepuas2nya...LIVE LIFE TO THE FULLEST..Aku berharap aku tidak perlu sakit....


Salam
AdieWaridi

Friday, October 3, 2008

Jahit Manik




Setiap tahun bila nak raya..kakak2 aku sure hantar baju diorang or baju anak2 diorang tuk aku jahit manik..tuk tahun nie aku jahit manik kat 4 org anak buah aku...since benda tu last minit..so takleh nak wat grand sgt..n sbb aku dah malas nak pk pasal designnya..aku merayau kat pkns n curi idea..hahahaha..senang kan..dan hasilnya adlaah seperti diatas



Salam
AdieWaridi

Thursday, October 2, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Yeah akhirnya menjelma juga hari raya setelah berposa selama sebulan (posa penuh ker..hahahaha)...Sedar tak sedar dah raya...aku macam bisa balik Ipoh la..umah parent kau..kat mana lagi kan...nak balik umah mnetua takde lagi..ahakz...

Tahun ni raya agak istimewa bagi aku coz tahun ni dapat gak aku beli2 barang tuk parent aku..rezeki di bulan posa...cuma tahun ni mak aku jatuh sakit..so takla dapat aku tgk mak aku pakai baju kurung yg aku beli untuk dia..tahun ni aku belikan abju melayu tuk ayah aku n baju kurung tuk mak aku warna ungu..aku pun pakai baju melayu warna ungu...

Tahun ni aku tak gi solat sbb aku sakit kepala sejak semalamnya...bangun pun lambat...tahun ni semua adik beradik aku ada beraya pada pagi raya pertama...selalunya pada raya kedua kakak n abg aku akan balik ke umah mentua masing2...so raya kedua jer lengang jap la pada sebelah paginya..tapi pada sebelah malamnya ada la balik...

Nak kata meriah sgt takde la..just dipagi raya sesudah solat raya (walaupun aku tak pergi) kami adik beradik bersalam-salaman..tahun ni aku raya kami semua mengis bila minta maaf ngan mak...mungkin sbb kami risokan keadaan kesihatan nya...mcm tak caya mak aku yg saiz xl tu kita dah bersaiz M...so kami riso sgt...bagi kami semua apa yg penting kesihatan mak kami...yg aku perasaan kak long aku paling emo..mungkin ada sbbnya....aku lak macma basa menitis gak air mata bila bersalaman ngan parent aku...sedih..mcm2 bermain di fikiran aku...



My big family...mak aku terlantar kat katil...sedih




Tahun ni lebih kurang 10 jenis kuih muih yg kami beli separuh darinya aku beli..hehehe..ikut apa yg aku sukalah...macm biasa bila raya aku tak makan byk..selalunya sampai hari ke 4 baru lah kami masak seperti biasa kalau tak makan jela nasi impit, rendang n kuih muih...sbb tu aku kurus sikit..coz aku bukan makan sgt..setakat sikit jela...plus sikap aku yg malas nak masak..so tak makan la...hehehehe

Apapun aku gembira pada raya kali ni atas sebb aku tersendiri...oleh itu aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada kekawan dan sesiap yg membaca blog aku ni (adaker yg baca..hehehe)



Salam Lebaran
AdieWaridi