Me & Toasted Oat with Strawberry & Banana Crunch

Erm jam dah kul 5 pagi, aku still tak leh tido..mungkin sbb aku minum kopi tadi kot...since aku takleh tido, aku cuba bz kan diri dgn mencari idea tuk hiasan perkahwinan...boleh kata setiap hari kerja aku bila on9, wat survey pasal deko kawin, check email sampai 6 account (tu email tuk bisness jer..belum email yg lain..huhuhuhu)...sedar tak sedar dah kul 5 lebih...aku yang pada mulanya tak lapar tetiba jadi lapar...bila fikirkan, aku belum lagi dinner padahal hmte aku dah masak burung puyuh masak kicap...aku jer yg tak makan....dan kini kelaparan seh....

Aku ni agak pemalas sikit bila nak kena masak, lagipun aku bukan reti masak..tapi tahap kemalasan aku ni tahap dewa peringkat ke 10 la...sampai nak masak maggi yang segera tu pun malas....erm...sapa dapat aku jadi suami dia mahu nangis...hahahaha...ek lapar sgt aku baru teringat yang aku ada beli cereal...erm cereal ni sedap.aku beli kat sebuah kedai peralatan perkahwinan di Sec9 Shah Alam..naam kedai tu Contact Cash & Carry..(wah siap promote nie)...aku masa beli tu main beli jer, lagai pun sbb aku tgk cereal tu ada perasa banana....apa lagi belasah ler..

So verdict nya ak bagi 10 bintang dari 5 bintang..ahakzzzz..propar sgt aku nie kan...tapi bagi aku memng sedap sbb cereal oat tu ada banana & strawberi yang telah di keringkan....so bila makan tu ada manis2 masam...menyelerakan...and lagi satu kalau makan oat ni kenyang n berkhasiat apa...(kata2 org yang malas nak cari makanan lain or kuar umah gi beli makanan)..erm sedap lagi bila ia dimakan bersama dgn susu Dutch LAdy full Cream...enak nya hingga menjilat pinggang mangkuk aku...hahahaha..terlebih sudah...apappun aku kenyang dan kerana makan oat tu la aku ada idea tuk post nie..hahahaha (padahal takde idea nak tulis apa tapi tgn ni gatal gak nak memblog)...


Toasted Oat with Strawberry & Banan Crunch and Dutch Lady Full Cream Milk

Ni la rupanya bila dicampurkan dengan susu...yang merah tu la strawberry dan yang kuning tu pisang


Ni adalah last kopeknya oat coz dah habis..so aku kena la beli lagi pas ni..harga dia murah jer Rm10.50...sok nak beli



Salam sayang
AdieWaridi

Comments

Popular Posts