Wedding Project at Stadium Titiwangsa KL

Yeah segalanya dah selesai setelah hampir 2 bulan lebih merancang perkahwinan si Jaja ni..Perkahwinan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa KL pada 25.10.08 memeberi aku 1001 perasaan...cuak, gelabah, penat semua adalah...tapi semua tu telah berakhir dan ia berakhir dgn sebuah perasaan yang cukup indah pabila melihat pasangan pengantin ini cukup gembira dengan hasil kerja aku and the geng (ADIEADLAN WEDDINGS).

FYI, aku tak kenal pun minah ni, dia mengenal aku (ADIEADLAN WEDDINGS) melalui internet di kala dia mencari wedding planner untuk perkahwinannya nanti...setelah menerima panggilan telefon dari Jaja, kami pun berjumpa..masa nak jumpa tu aku ni cuak gak la..sbb takut if pas tgk sketches yang aku wat tuk wedding dia dia terus reject aku..kalau ckp depan2 takpela...tapi kalau jenis yg ckp nanti akmi hubungi En Adie semula tu yang aku maleh nak dgr..kompem tak jadi la tu..so far takde lagi la.....tempat pertemuan kami di Old Town Kopitiam di Pelangi Damansara di mana Jaja tinggal...selalunya lepak lama..bincang aku rasa kejap jer tapi borak punya pasal..kalau ada partner aku si Am tu lagi lama la masa tusbb dia ni byk mulut sikit..tapi bagus gak sbb dia pandai nak close deal ngan client..sbb tu aku lantik dia bahagian marketing (bila tu jumpa org la) padahal aku yg wat marketing dlm internet semua..hahahahaa..aku yg giler kerja....kali pertama jumpa jer, dia terus berminat ngan design yg aku sedia khas tuk dia..masa tu happy sgt...

So pada 25.10.08 majlis pun berlangsung la kat stadium yg besar tu...kami unloading barang pada malam hari jumaat..sepatutnya ada org tunggu kat stadium tapi alih2 kami sampai stadium gelap gulita....tanya guard semua kata tak tahu no fon org yg bertanggungjawab...aku tension betul sbb semua brg dah unloading dari lori n lori pun dah belah..last2 partner aku wat keputusan tuk stay kat stadium tu jaga semua barang...terpaksa la dia tido kat luar stadium tu diteman ni nyamuk...aku lak balik ker Shah Alam bersama 2 org lagi pekerja yg lain....sian gak tapi terpaksa kalau tak sapa la nak jaga barang2 yg mahal tu..tak sia2 kena curi takde wedding la nanti..mengamuk la pengantin ngan aku..hehehehe...lariikkkk

So keesokkan paginya aku n the staff gi stadium dan bermulalah kerja kami...aduh penatnya...aku kerja kau biasanya wat decor la..wat hiasan tuk meja makan n apa yg patut..kerja2 wiring n set up stage semua org..kira kerja2 berast ni aku tak dpaat lah nak menolong sgt coz aku ni bukan eh angkat benda2 berat..seprti yg dinasihatkan oleh doktor (alasan sebenarnya..hehehe)...masa berlalu dgn pantas dan di kala jam kul 5 masih byk benda yg tak siap lagi...so masa tu aku dah tension..muka stress..dan dikala itu juga la migrain aku dtg...so nak tak nak aku kena lawan gak sakit kepala tu tanpa ubat (ubat lupa bawa) dan curi2 masa gak tuk rest..if not aku collapse la jawabnya....sepanjang tu aku berdoa agar aku diberikan kekuatan untuk siapkan semua ni..dan dgn izinNya semuanya siap dlm kul 7 lebih..Alhamdulillah..so hasilnya seperti di bawah atau leh lihat kat FLICKR http://www.flickr.com/photos/29967192@N06/sets/72157606982094759/



Pelamin


Aisle Decoration


Main table


Reception table

Pintu gerbang


Bersama Pengantin Baru


Walaupun semua itu telah berakhir tapi aku masih kepenatan..capek seh...tapi berbaloi bila kedua2 pihak pengantin menyatakan bahawa mereka suka dgn hasil kerja kami.....YEaH 5 bintang..hahahaha..apapun terima kasih aku ucapkan kepada Jaja & Sai kerana bagi peluang kepada aku dan staff ADIEADLAN WEDDINGS....

Comments

Zakhiri said…
aku bangga dengan ko..nampaknya kejayaan tu macam dah semakin hampir...keep it up...
Junx said…
Salam tuan. Maaf tanya. Kalu Wedding di stadium titiwangsa ni, untuk PA system, brapa speaker rasa2nya seswai untuk cover jemputan dalam 1000 org?

Thank you for ur attention.

Salam.

Razif- Putrajaya.

Popular Posts