Ada Apa Dengan Puti

Tajuk post aku kali ni dah macam tajuk movie "ADA APA DENGAN CINTA" lakonan Acha dan Irwansyah tu, tapi bunyi jer mcm tapi kisahnya jauh berbeza...Mesti ada yg tertanya2 apa PUTI tu, apa ke benda nya ek....FYI, PUTI itu adalah nama pertama yang digunakan oleh keluarga belah mak aku untuk anak2 perempuan mereka..Setiap adik beradik perempuan mak aku semuanya diberikan nama PUTI dan juga ianya turut diberikan kepada nama anak2 mereka...seperti nama kakak2 aku dan sepupu aku yang lain...

Orang selalu keliru apabila sebut PUTI..sure diorang akan repeat PUTERI ker....tapi aku lihat kerana keunikan nama tersebut, kakak2 aku senang dikenali di sekolah mereka dan juga bila mereka dewasa...setelah sekian lama aku menganggapkan bahawa nama PUTI itu tidak membawa sebarang makna sehinggalah pada raya 2 tahun yang lepas, kebenaran mengenainya terungkai sedikit..

Pakcik belah mak aku ada ckp yang kawan dia selalu pelik kenapa nama kakak2 Pakcik aku ni bermula dengan PUTI dan kenapa tidak PUTERI..dek kerana terlalulah tidak puas hatinya, kawan pakcik aku ni pun pergi ke JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)....Di sinilah terbongkarnya rahsia yang mana Pakcik aku sendiri tidak tahu ataupun tidak mahu ambil tahu....alkisahnya org kat JPN tu cakap bahawa PUTI=PUTERI, dan nama itu hanya boleh digunakan sekiranya sesorang itu adalah keturunan kerabat diraja..erk Kerabat Diraja....raja mana lak...so secara tak langsung ni keturunan belah mak aku ni adalah dari keturunan kerabat diraja..tapi aku masih tak pasti raja dari mana...nak ikutkan cerita kami ni adlaah dari keturunan tanah sberang jawa...nenek moyang kami melarikan diri kerana terjadi pergolakan atau jajahan di negara asal..aku pun tak pasti sgt...

Tapi bila aku fikirkan, mungkin benar yang kami ni ada darah daging kerabat...bila aku tgk adat yg pernah dilakukan oleh keluarga belah mak aku ni, ada persamaannya dgn kerabat2 diraja sekarang..misalnya ada jejak tanah bagi anak kecil yang mana kalau tak silap aku selalunya di lakukan oleh kerabat2 diraja sekarang....Lagi satu bukti yang mungkin kukuh, nama moyang aku aku bermula dengan Raja...Seperti diberitahu oleh pakcik dan makcik aku, arwah datuk aku tak mahu mengekalkan cara hidup diraja kerana di tidak mahu ada yang menyembah dan juga atas2 keselamatan....Keselamatan?....di gambarkan lagi bahawa arwah datuk aku ada berpesanan bahawa jgn la mencari salur galur keturunan kita biarlah mereka yang mencarinya...juga diberikatahu sekiranya keturunan kami di temui oleh org tanah seberang, kami akan dibunuh...ini juga berkemungkinan besar kerana perebutan tahkta....aku pun kurang pasti...lagi satu pakcik dan makcik aku ckp, ada sedara mara belah datuk aku ni yang ada menyimpan surat yang menyatakan bahawa kami ada menerima elaun sebagai kerabat seperti mana kerabat2 sekarang nie....ntahla aku kurang pasti semua tu sbb cerita ini lebih diketahui oleh org2 yang lama yang aku sendiri tak kenal....diberitahu lagi sekiranya kami pergi ke satu daerah di perak berdekatan dengan Lata Kinjang, org2 di sana masih membahasakan diri mereka dengan panggilan diraja untuk berbicara dengan keturunan kami....Lagi satu bukti yang boleh menyakinkan aku bahaw benar apa yang dikhabarkan adalah, pada raya aidilfitri tahun ini, kakak ipar kepada kak long aku ada bertemu seorang ustaz untuk bertanyakan kenapa kepala anak kakak aku yang baru lahir ini ada kerak dan keadaan nya agak teruk...kata ustaz itu, keturunan kami tidak digalakkan untuk diletakkan nama2 bunga...kata ustaz tu lagi darah yang mengalir dalam badan kami masih kuat dengan keturunan bangsawan or kerabat dari seberang Jawa...ustaz tu tanya sekiranya nak putuskan hubungan itu dia boleh untuk melakukannya..aku ckp kepada kakak aku takyah la nak putuskan, rugi..itulah yang kita ada untuk keturunan kita..lagipun bila besar kerak kepala tu akan hilang...aki kisahnya kakak ipar kepada kak long aku ni bertanya kat ustaz tu sbb dua2 anak kak long aku mengalami nasib yang sama..so tak tahula secara kebetulan atau tidak nama kedua2 anak kak long aku ada nama bunga iaitu ADRIANA JASMINE dan ADLIANA CEMPAKA.....bila kakak aku cerita pada adik beradik, aku terpikir macam mana ustaz tu tahu perihal keturunan kami..itu yang membuatkan aku yakin bahawa citer mengenai keturunan kami itu adlaah benar....byk juga perkara yang ada kaitan dengan susur galur kami, misalnya lagi semsa mak aku nak melahirkan aku, nenek aku suruh agar sehelai kain kuning dijadikan alas buat mak aku..alkisahnya kerana mak aku susah untuk melahirkan aku...katanya hampir menyebabkan kehilangan nyawa mak aku..tapi alhamdulillah selepas dilapikkan dengan kain kuning, aku pun selamat dilahirkan...aku pun tak pasti kesahihannya tapi aku pasti semua yg berlaku atas izinNYA....tapi masa kecil aku ingat lagi aku selalu memakai sepasang baju tido kuning, dan ada sehelai kain kuning baldu..even masa aku bersunat pun kain kuning tu dijadikan alas....apa kah ini semua kebetulan atau realiti...adakah aku merupakan anak raja...hanya TUHAN yang tahu..yang aku tahu aku kini menjalani kehidupan normal sebagai org biasa...tapi sekiranya aku ada anak nanti aku akan meletakkan nama PUTI itu...

Bila aku fikrkan kembali seronoknya,kerana aku adalah dari kerabat2 diraja...tapi masih tidak dapat disahihkan lagi...tapi jauh disudut hati aku agar ianya sesuatu yang betul..kerana ianya pasti akan menarik untuk diceritakan kepada anak cucu nanti kan..sekurang2nya kita tahu dari mana asalnya keturunan kita sendiri...

Comments

Tommy Alanzo said…
pendek kata KAMU KELUARGA ORG PUTI!
HWA3
WOW BEST!
Zakhiri said…
wah wah wah...nampaknya bole buat cerita the price diary ni..tapi dalam cerita princess diary, nama mia ru jadi panjang bila dia tahu dia keturunan raja...agak2 nya nama ko nanti akan jadi panjang gak ke? mungkin waridi sribayu wijoyo sutrawan madja dajat sudrajat?...hehehe (jangan mare arr..gurau jerr)
Zakhiri said…
(aku rewrite komen aku....)wah wah wah...nampaknya bole buat cerita the priNce diary ni..tapi dalam cerita princess diary, nama mia Tu jadi panjang bila dia tahu dia keturunan raja...agak2 nya nama ko nanti akan jadi panjang gak ke? mungkin waridi sribayu wijoyo sutrawan madja dajat sudrajat?...hehehe (jangan mare arr..gurau jerr)

Popular Posts