Wednesday, November 17, 2010

Adie waridi & Aidil Adha 2010



Salam,

Tuduhan : Menqurban seekor unta
Tarikh : 17.11.2010 Rabu
Masa : 8.00pg
Tempat : Rawang


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA Adie ucapkan kepada semua terutamanya keluarga Adie yg berada di Perak, teman2 sepembelajaran Adie, teman2 di laman sosial, pelanggan2 Adie dan juga kepada pembaca2 setia blog Adie ni..

Dah Raya Qurban...sekejap masa berlalu kan..rasa mcm baru jer sambung Raya Aidilfitri...tapi itulah hakikatnya dan kita semua dah menghampiri penghujung tahun 2010...

Raya Qurban tahun ni Adie tidak balik ke kg di Ipoh...tapi bukan Adie saja yg tak balik, kakak Adie yg duduk kat Rawang pun tak balik...so tahun ni Adie beraya bersama keluarga kakak kat Rawang...

Malam semalam semua rakan rumah sewa Adie balik kg masing..Pada mulanya mcm malas nak pergi rumah kakak pada waktu malam dan ingat nak dtg selepas solat raya jer pagi tadi, tapi rasa mcm lonely lak..so nasib baik hmate Adie tinggalkan kereta kat Shah Alam, so boleh juga Adie guna bawa balik ke Rawang dan akhirnya Adie mengambil keputusan balik Rawang pada sebelah malamnya...sampai rumah kakak, kakak masih lagi memasak rendang bagai..Adie pulak kepenatan sbb seharian dah kuar settlekan kerja..so jawapnya terus tido...

Pagi ni, solat sunat kat Masjid di Bandar Country Homes Rawang..nasib baik dekat jer ngan umah kakak..jalan kaki pun boleh..ramai sungguh orng..nyata ramai juga yg tak balik ke kg halaman..mungkin kerana cuti yg tidak mengizinkan...kerana dah terlambat dan orang ramai, Adie dan anak buah solat di satu sudut yg agak sempit kerana kepadatan orang...apapun selamat susah solatnya...

Akak masak nasi impit berkuah kacang, rendang daging & ayam, lemang dan sebagainya...rasa lain juga sbb selalunya adik beradik yg lain ada tapi kali ni kami berdua..Adie dan keluarga kakak..sempat la telefon mak masa makan wish raya kepada keluarga...keluarga Adie yg lain sepatutunya beraya kat Rawang ni tapi x jadi sbb keluarga mentua belah abg dtg Ipoh, so terpaksa la batalkan...kalau tak pasti meriah walaupun hanya sehari jer raya...

Raya qurban selalunya org pandang sebelah mata, tidak semeriah raya Aidifitri...tapi bagi Adie ianya sama penting...kita selalu di ingatkan dgn kisah Nabi Ismail a.s dan nabi Ibrahim a.s setiap kali pergi solat sunat Aidiadha, tapi sejauh mana kita menghayatinya..erti perngorbanan yang sebenar...

Adie masih tidak pasti sejauh mana tahap pengorbanan Adie terhadap agama, bangsa, negara dan juga keluarga tapi Adie pasti ada yg Adie telah lakukan mengikut tahap kemampuan Adie sendiri...tapi pengorbanan Adie mungkin tidak sehebat anda semua...tak kira ianya besar atau tidak, ianya tetap sebuah pengorbanan...bagi Adie, Adie masih berharap pengorbanan yang Adie lakukan selama ini akan Adie dapat hasilnya dlm masa terdekat ini...pengorbanan yg Adie lakukan terhadap masa depan Adie sendiri...InsyaAllah...

So dikesempatan ini sekali lagi Adie nak ucapkan SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua..Kepada yg bercuti panjang selamat bercuti dan kepada yang bakal pulang dari bercuti hari, diharapkan anda memandu/menunggang kenderaan anda dgn cermat dan selamat...


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdanz

Saturday, November 13, 2010

Adie Waridi & Catwalk Model


Salam,

Sekarang ni bz dgn beberapa perkara tapi yg paling Adie teruja adalah untuk Catwalk Model Open Casting minggu depan pada 20.11.2010...oh bukan Adie yg nak g casting jadi model..tinggi pun tak cukup ok...tapi modelling agency Adie yg akan adakan casting tuk..casting ni bertujuan tuk mancari model2 untuk catwalk pada 28 January 2011 sempena Magnifique Fashion Fair & Trade 2011 yang akan diadakan di PWTC.

So agensi Adie diberi peluang untuk memperkenalkan model2 di bawah agensi Adie untuk bekerja sempena event itu...walaupun Adie ada beberapa model yg sudah dlm simpanan Adie tapi Adie memerlukan beberapa lagi model untuk back up dan memenuhi kouta nanti. Kalau Adie tinggi sure Adie sendiri yg akan bekerja..hahaha..feeeling model jap...

Tak sabar pun ada, riso pun ada..coz masih tak tahu sambutan macam mana? yang paling mencabar lagi apabila client sendiri akan ada bersama masa pre casting tuk pemilihan model2 nanti...siapakah yang bakal mewakili agensi Adie untuk event ini nanti, kita nantikan bersama ya.





Kepada sesiapa yg berminat, sila baca informasi mengenai open casting ni di 123pose Model & talent Management

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Adie Waridi & Preview Filem "Skyline"


Aktiviti : Special Screening "Skyline"
Tarikh : 11.11.2010 Khamis
Tempat : GSC Tropicana Mall, Damansara
Masa : 9.00mlm

Salam,

Khamis lepas tgk tayangan khas filem "Skyline" kat Tropicana City Mall..nampaknya 2 hari berturut tgk preview filem..hehehe...bukan selalukan...

Setelah tgk keseluruhan filem "Skyline" ni Adie bagi 2.5/5 bintang dan Adie leh katakan citer ni ibarat sebuah cerita cinta agung di zaman moden...hah mesti pelikkan bila korang baca...Adie ada sbb mengapa Adie boleh anggapkan filem "Skyline " ni sebegitu rupa.

Seperti yang ramai tahu atau mungkin ada yang belum tahu, filem "Skyline" ni adalah merupakan sebuah cerita penaklukan mahluk asing ke atas dunia seperti citer2 lain yg selalu Hollywood keluarkan...so kepada sesiapa yg suka filem2 bergenre sci-fi ni, mungkin filem ini akan anda tontoni juga.

Honestly, special effects are excellent, but that is all this endurance has to offer..For me, the promo is better than the film!...ni promo dia kat bawah ni




Adie dapati plot citer yg agak lemah mengenai semua org di dunia dimakan dan di asimilasi oleh multi tentacled, lighted eyes, 'things' of various sizes that drop into Los Angeles from space. All humans are de-brained and eaten. No explanation, reason, or plot. End of story.

And the reason why Adie say this film is a modern sci-fi love film becoz at the end of the film where Jarrod and Elaine are trapped and realize that they are doomed, together, they both look into the blue light of an alien ship. They embrace as they are sucked into the ship. It is then showed that the entire world is being decimated by these aliens. On board the alien spacecraft, Elaine watches as Jarrod's brain is removed from his body. She is spared this fate, however, when the alien sorter realizes that she is pregnant. Instead, Elaine is transported to another chamber, where she is prepped for the aliens to steal her unborn baby from her womb. When Jarrod's brain is inserted into an alien body, the alien possesses his memories because he has been exposed to the aliens' toxin enough to be resistant to it. Recognizing Elaine, the alien with Jarrod's brain rescues her from the other aliens.

Thru out the film, it's more focusing on the relationship between Jarrod and Elaine. The up and down side of their relationship. The invasion is just an add on to the relationship. Maybe other see this film more to alien invasion, but for me, it's more to love story.

Erm malas nak membebel lagi coz akan ada lagi beberapa preview filem bakal dihadiri...hehehhe..oh ya ending citer ni menunjukkan ada lagi sequel...so kalau rasa ingin menonton pergilah menonton sekarang ya sbb dah berada di pawagam bermula 12.11.2010

Salam sayang,
Adie Waridi ADanz Hamdan

Thursday, November 11, 2010

Adie Waridi & Preview Filem "....Dalam Botol"


Aktiviti : Preview Filem "..dalam botol"
Tarikh : 10/11/2010 Rabu
Tempat : Finas, Ulu Kelang
Masa : 4.00 ptg

Kali ini sekali lagi Adie mendapat jemputan daripada Abg Ajami untuk hadir ke sessi pratonton khas tuk blogger & wartwan untuk filem "...dalam botol" yang dahulunya dikenali sebagai "anu dalam botol"...masa dpt sms daripada Abg Ajami terus Adie reply setuju tanpa berfikir panjang sbb filem ini yang pernah mendapat perhatian ramai ketika penggambaran lagi membuatkan Adie tidak mahu melepskan peluang..

Secara ringkasnya filem ini berdasarkan kisah benar yang berkisar mengenai kehidupan golongan homoseksual yang digambarkan oleh sepasang 'gay', Rubidin dan Ghaus yang sedang bercinta. Kerana cinta Rubidin sanggup melakukan pembedahan jantina. Namun pengorbanan Rubidin atau Ruby tidak dihargai oleh Ghaus dan dia dittinggalkan blablabla...ada lagi sambungannya tapi secara overall itulah kisahnya..

Ok masanya Adie nak mengomel berdasarkan apa yg Adie tonton dan Adie rasa mengenai filem ini..Adie pasti bila ada yg terbaca perkataan 'gay' di atas pasti ada yg mula mulut berkumat kamit mcm membaca mentera ntah apa2..mengalahkan makcik Markonah tukang cleaner kat opis tu...secara jujurnya, bila kita cuba menceritakan sesuatu yang berkaitan dgn seksualiti terutamanya homoseksual adalah merupakan suatu perkara yg agak sukar dipertontonkan dikhalayak ramai..ibarat mcm simpang malaikat 44lah..tapi tindakan Raja Azmi ingin menerbitkan filem ini hendaklah dilihat dan diterima dgn hati yang terbuka..Seperti Raja Azmi berkata, niatnya menerbitkan filem "...Dalam Botol" adalah untuk berdakwah kerana filem itu menyampaikan mesej yang baik kepada penonton berdasarkan kepada kisah benar seseorang yang diadaptasikan kepada filem...

Ulasan Adie akan bermula dgn apa yg Adie rasa mengenai filem ini. Apa kebaikan yang cuba ditonjolkan sedangkan kita tahu filem2 yg cuba mengangkat perihal homoseksual selalunya dikecam oleh orang ramai.

1.So apa yang Raja Azmi katakan Adie setuju dan ianya bakal menjadi point Adie yg pertama kerana setelah menonton filem ini apa yang Adie nampak adalah penceritaan mengenai hubungan dalaman dan luaran antara golongan normal dan homoseksual ini dan filem ini tidak terlalu menjurus atau memfokuskan kepada perlakuan/aktiviti seksualnya. So secara tak langsung adalah tidak wajar untuk dilabelkan filem ini cuba mengangkat/memartabatkan golongan homo ini.

2. Mesej kekeluargaan yang cuba diterapkan. Walaupun pada dasarnya ibubapa Rubidin lakonan Normah Damanhuri dan Jalil Hamid tidak merelakan apa yg telah anak mereka lakukan pada dirinya tapi tidak bermakna mereka menghukum Rubidin atas apa tindakannya. Mungkin kita terbiasa melihat filem yang akan memaparkan apabila anak melakukan sesuatu yg dirasakan menconteng arang dimuka ibubapa, tindakan drastik seperti menghalau, memukul mahupun sepak terajang akan menjadi intipatinya tapi tidak di dalam filem ini..yang mana pada mulanya Adie sangka..pasti kena tampar atau kena belasah teruk si Arja Lee ni ketika dia balik ke kampung untuk meminta bantuan kewangan..tapi nyata tanggapan Adie meleset...masih terdapat rasionaliti lagi dalam diri ibu bapa Rubidin. Siap wasiat wang simpanan lagi...dalam erti kata lain pembikin filem masih mahu menyakinkan penonton bahawa masih wujud sebuah institusi kekeluargaan.

3. Filem ini turut menjelaskan bahawa dalam mana2 perhubungan samada lelaki perempuan atau sesama jantina, terdapat turun naiknya..terdapat masalahnya...tidak semestinya segalanya berakhir dgn kesempurnaan...ni jelas digambarkan ketika Dina menceritakan bahawa hubungan mak,Dina dan kakaknya yg tidak berakhir dgn happy ending..

4. Adie memuji dgn lakonan Normah Damanhuri, Jalil Hamid,Fauziah Ahmad Daud dan Diana Danielle..betapa pengalaman mampu membawa mereka ke kelas mereka tersendiri. Lakonan Diana Danielle makin menyakinkan. Adie suka dgn karakter dia yang seolah2 kelihatan seperti tomboi tapi sebenarnya memaparkan watak seorang wanita yg tabah, berdikari tapi ada kelembutan.

Kita beralih kepada apa yang Adie kureng berkenan
1. Secara jujur, Adie rasakan agak bosan melihat keseluruhan filem ini walaupun ianya penuh dengan mesej yg baik. jalan cerita yang agak mendatar. Tapi ia masih mampu membuat orang akan terus berada di kerusi di dalam pawagam kerana keinginan mengetahui apa yg bakal berlaku seterusnya..

2. Adie rasakan adanya cubaan seperti cuba menghasilkan sebuah filem yg menyerupai filem2 arahan arwah Yasmin dari segi pergerakkan kamera dan ada ketika Adie rasakan ianya seperti sebuah filem eksperimentasi pelajar2 jurusan perfileman sedangkan Adie rasa dan pasti tenaga kerjanya adalah orng yang cukup dikenali dan berkaliber..mungkin ingin mencuba sesuatu dari kebiasaan...mungkin...

3. Adie tidak rasa pemilihan Arja Lee adalah satu pilihan tepat..Arja tidak berjaya pada pandangan Adie untuk melakonan watak seorang lelaki 'gay' yang kemudian berubah menjadi 'wanita'...terlalu keras dan seperti di buat2 sedangkan kalau tak silap Adie, ketika kecil watak Rubidin digambarkan seperti seorang kanak2 lembut berdasarkan apa yg dicakapkan ketika scene Jalil Hamid memarahi watak Rubidin. Sekiranya betul apa yg Adie dengar, tidakh sepatutnya apabila watak Rubidin berubah menjadi perempuan, kelembutan dan lenggok perempuannya sepatutnya turut lebih dari sifat kesasaannya? Paling kurang mcm lakonan Ahmad Tarmimi dalam telefilem 'Wali'...sungguh berekesan wlaupun itu adalah merupakan kali pertama dia melakukan watak sedemikian walaupun dah berpuluh tahun berlakon. But Adie tak rasa layak tuk salahkan 100% kepada Arja kerana if tak silap Adie, ini adlah merupakan filem pertama dia memegang watak utama.

4. Pemilihan lagu latar...OMG honestly Adie tidak berapa suka, Adie rasakan ada scene2 yang tidak sesuai dgn lagu latarnya tidak kurang juga ada lagu latar yg Adie dengar tetiba rasa mcm pernah dgr sebelum ni..yg mana ianya hampir menyamai lagu latar yang ada dalam filem "Bukak Api" arahan Osman Ali (masih tidak boleh ditayangkan)..tapi byk2 lagu, lagu "buka pintu buka pintu wey, ada anjing lalala...." berjaya menarik perhatian Adie..sehingga seakrang masih terngiang ditelinga ni...

5. Watak Jem membuatkan Adie tertanya2...adakah watak itu cuba digambarkan sebagai seorang sahabat baik yg heteroseksual ataupun homoseksual? atau confused ngan identiti sendiri...Adie pun confused la...

Ooooucchhh....sori Adie terpicit jerawat kat belakang badan ni sementara duk nak cari idea tuk komen lagi ni...hehehe..iklan jap...sambung balik

6. Watak Rubidin...ermmm Adie tak pastila sgtkan pasal transgender ni tapi melalui apa yg Adie perhatikan selalunya pabila transgender ni wat pembedahan jantina, ianya adalah merupakan perkara terakhir akan dilakukan oleh mereka setelah mereka memiliki bentuk badan yang cantik, kulit yg licin dan juga buah dada..tapi watak Rubidin langsung tidak memiliki buah dada palsu/silikon/suntik yang Adie rasa merupakan aset bagi kaum transgender...rasa Adie la...so agak kehairanan la pabila watak Rubidin digambarkan sanggup membuat pembedahan jantina sedangkan Adie rasa ianya belum cukup 'sifat' sebagai 'wanita'...Jangan salah anggap pulak, cuma Adie rasakan alangkah bagus sekiranya watak itu dapat dikembangkan sedemikian rupa....

7. Gangguan audio ketika Jalil Hamid membebel kat watak Rubidin..adakah itu kesilapan teknikal kat pawagam mini Finas or?

So far itu jela yang Adie rasakan...matilah kena terjah ngan Raja Azmi nanti (berangan macam Raja Azmi baca jer blog Adie ni..hahaha)...but itula apa yg Adie rasa...Adie tidak mengkritik mana2 filem terutamanya filem Malaysia dgn sesuka hati...semua filem yg Adie tontotn pasti Adie akan kritik dari perspektif Adie sendiri...

Secara keseluruhannya...apa yg boleh di ceritakan mengenai filem ini?..apa yg Adie mampu katakan, filem ini ada sesuatau yang boleh diceritakan mahupun diulas seperti mana yang Adie ckpkan pada wartawan yang interview Adie selepas pratonton filem ini..Yes ianya filem 'gay' yang jelas dilihat melalui jalan citer dan watak2nya..so what? bagi Adie tidak salah untuk berkarya sekiranya nawaitu kita untuk kebaikan sbb dlm filem ni byk mesej yg cuba disampaikan walaupun cara penyampaiannya agak membosankan bagi Adie tapi Adie pasti ramai yang tertunggu2 untuk tayangan filem ni kerana nak tgk scene2 yang pernah di'provoke'kan sebelum ni...betul tak?...

But again nasihat kepada mereka2 yg terlibat ngan hubungan sejenis begini, tak salah sekiranya anda pergi melihat filem ini...jgn cepat melatah tapi lihat kepada mesej yg cuba disampaikan...ianya adalah sebuah filem yang mengangkat realiti sebenar kehidupan kita dan sentiasa beringat sebelum membuat sebarang keputusan kerana tindakan yang kita ambil itu tidak hanya memberi kesan pada masa itu sahaja tapi sehingga hayat kita...renung2kan ya...

Ole2 daripada Raja Azmi

Daniel Adie dan Adie

Afzam, Daniel Adie, Hizami,, Aizul & Qarl


Aduh byk lak Adie membebel..meroyan apa sbb tak leh tido seharian...dah subuh rupanya..matilah awal2 pagi ni dah kena wat kerja dan pergi beberapa tempat tuk settlekan kerja...anyway sonok rasanya dpt jumpa kenalan2 lama dan blogger secara live..kalau tak asyik dok baca blog diorang jer...so kepada Adie, Afzam, Rahimi dan Aizul, nice meeting u guys for the 1st time..and to blogger picisan katanya, Qarl...jumpa lagi kat preview lain erk..sebb tak sah kalau Qarl ni takde....

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

p/s : Teringat yg Arja Lee ada hantar profile kat modeling agency Adie; 123Pose Model & Talent Management pada tahun 2008..huhuhu..leh la invite Arja g open casting pada 21/11/2010 tuk jadi catwalk model tuk event January 2011 nanti...

Wednesday, November 10, 2010

Adie Waridi & Halloween



Aktiviti : Red Fm Skool DAze Halloween Party
Tarikh : 30/10/2010 Sabtu
Masa : 7.00mlm - 3.00pg
Tempat : Zouk KL

Salam,

Lama tak update blog ni..so entry ni ringkas dan padan..enjoy the pic..if enjoy la..tq to my friend Hadzul "Boy" fot the pictures..Kamera Adie pada hari tu lensa dia pecah so dah rosak..tension gak sebenarnya hari tu tapi sabar jer..dugaan sgt..pas spek mata patah, lensa kamera pulak rosak..tapi tidakmematahkansemangat tuk bergembira..hehehe

ADie dapat jemputan daripada Red Fm tuk parti Halloween ni...bertempat di Zouk KL...so ADie invite 6 org kawan yg lain tuk join Adie..since Adie ada quota tuk ramai tu...well mcm2 game yg diadakan oleh Red FM dan best part lagi, Adie dan kekawan memang hadiah..huhuhu...mcm last event dulu ngan Red FM..memng hadiah...mcm2 gak la...

Well mungkn ada yg berkata sebb Adie join Halloween ni..1st of all semua ni tuk fun..so nothing harm i guess..so terpulang apa prg nak ckp tak..huhuhu...thru out 5 rooms inside the Zouk, Velvet is my thing..the songs..yeah..mari berdansa...

Anyway, walaupun byk dugaan menimpa but Adie still know hw to fun and the best is everything is for free...yeahhh


The crowd

Zouk Fun House Horror Halloween Party

Horror decor



Hadzul, Shahril, Adie, Jai & Am

Zam, Shahril, Jai, Am & Adie



Till then, c ya on next entry,,ada jemputan ke preview filem "Anu dlm botol.." petang ni..nantikan review


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdanz