"All Your Love" Album Launching




Salam,

Erm dah masuk hari Selasa....masih belum mengantuk...mungkin sbb siang tadi sudah tido sbb siang tadi Adie migrain so Adie tido jer...so sekarang xleh nak tido lak...ermm so rasanya elok Adie isikan masa ni ngan update entri baru tuk blog Adie yg dah lama bersawang ni....nak citer pasal apa erk...oh ya..citer pasal perlnacaran album baru Dato Siti lah...



Minggu lepas Adie dan rakan niaga Adie yg lain telah menghadiri majlis pelancaran album English Dato Siti Nurhaliza yang bertajuk "All About Love" di Restoran Shoik! Starhill Gallery, KL....Secara jujurnya ini adalah merupakan kali pertama Adie menghadiri  pelancaran album Dato Siti dan agak teruja...bukan teruja jumpa Dato Siti or what tapi sbb Adie nak tgk keselurhan perancangan majlis tersebut...kata event planner so haruslah Adie menilai setiap majlis yg Adie hadiri...hahahha...ala2 pengkritik la ni...

Well, bercakap pasal Dato Siti nie, Adie rasa semua orang akan teruja ngan setiap apa yg beliau usahakan...daripada album, produk kecantikan, produk minuman....pasti peminat2 beliau memberi sokongan padu yg tidak terhingga...so tidak hairanlah kalau di majlis pelancaran album terbaru beliau ni, punyalah ramai orang yg datang....itu yg dijemput...penuh area restoran tu...yg x dpt kad jemputan pn turut hadir memberi sokongan ya..betapa hebatnya Dato Siti kita ni...



Pelancaran album "All Your Love" berlangsng dengan penuh ringkas...tiada gimik yg meng'wow'kan tetamu...just a normal album launching...dimulakan dengan turunnya Dato Siti daripada lift tingkat 4 dengan memakai busana berwarna merah yg sungguh menyerlah dan bertopi....sungguh cantik tapi sayangnya ketika beliau berada di pentas beliau kelihatan ditenggelami oleh 'curtain backdrop' yang turut berwarna merah...sekaligus membuatkan para penarinya lebih menyerlah...but again Adie rasa peminat2 beliau tidak kisah mengenai itu dan terpesona melihat Dato Siti...setelah menyanyikan beberapa buah lagu daripada album terbaru beliau, 'curtain backdrop" pun dibuka dan memaparkan backdrop berupa cover album terbaru Dato Siti....masa ini barulah nampak Dato Siti...but again masa tarik curtain tu pun ada sedikit teknikal problem...but again peminat tak kisah pun semua tu..and terus terpesona ngan Dato Siti....

Overall pelancaran album berjalan dengan ok dengan kehadiran beberapa org selebiriti, VVIP dan juga peminat2 setia Dato Siti..cuma hari tu sistem bunyi tidak berapa dalam keadaan yg memuaskan...sunggh skema ayat itu ya...hehehe

Tu pasal perjalanan majlis tersebut...nak tau pendapat Adie mengenai album beliau....ermmm ooooo aaaaaa....thumbs up!....well album English beliau harus diberi pujian....keseluruhan lagu yg terdapat dalam album tersebut sungguh sedap di dengari...bermula dengan 'All your Love" sehinggalah "Remember You feat Sean Kingston"....kalau nak tau ketika Adie sedang membuat entri ni, Adie sedang mendengar lagu2 terbaru beliau sambil miming ya....

Album ini terhasil dengan kerjasama anak tiri beliau Adib menerusi syarikatnya What's Up Entertainment. Untuk menghasilkan album tersebut beliau telah bekerjasama dengan beberapa tenaga kerja professional seperti Richard Furch, sound engineer yang telah bekerjasama dengan artis yang memenangi anugerah Grammy seperti Whitney Housten, Macy Gray, Usher dll. Dato Siti juga menggunakan khidmat Eddie Schreyer, master sound engineer yang pernah bekerjasama dalam album artis antarabangsa seperti Lady Gaga, System of a Down, Kanye west dan banyak lagi. 



Untuk cover album pula, Dato Siti menggunakan pengaruh seni Andy Warhol yg memg terkenal dengan pop art beliau dimana warna2 asas dan terang digunakan pada potrait wajah Dato Siti...dan juga Dato Siti mendapat tajaan dari segi busana dan aksesori tuk cover album beliau seperti Just Cavali, Max Mara, Aigner, Swarovski, Alo by Amir Luqman, Fourskin, Hazwani Osman, Mori Pin, Diane von Furstenberg, Yves Saint Laurent, Zara, Hermes &Aseana. hambek ko...ko ado?

Sebenarnya, Adie fall in love with Dato Siti ( i mean her singing career) sejak album Tahajjud Cinta...agak baru gak kan..coz for me daripada album tersebut, beliau berjaya membuat benchmark baru dalam kareer nyanyiannya

So sebagai peminat baru Dato Siti, Adie leh kata bahawa album ini tidak akan mengecewakan anda semua...walaupun bila dengar lagu2 daripada album tersebut anda akan kaitan dengan lagu2 antarabangsa yg pernah anda dengar kerana ada diantaranya mempunyai irama yg seakan2 sama...but again mcm Adie cakap, peminat2 beliau tidak akan kisah itu semua....betul tak....setelah 13 tahun menghasilkan album berbhasa Melayu, kita beliau boleh berbangga dengan album berbahasa Inggeris sulung beliau...apa yg Adie mampu katakan adalah TAHNIAH DATO SITI....

So pada yg berminat leh la sebat album ni ngan hanya RM29.90 jerk...ooo Adie dapat free jer...ada dua lagi...hahahaha..ataupun leh download lagu2 tersebut di www.sitidigital.com..so selamat mendengar ya...



Salam sayang,








p/s : Adie memng tak ambil pic celebriti yg dtg..yg banyak pic Adie pose ngan kekawan Adie adala...hahahaha

Comments

Popular Posts