The Twelve


Salam,

The TWELVE by MIFA & MAXIS...yup u got it rite....Concept store baru oleh MIFA telah pun dibuka kepada org ramai pada 22hb April 2011 yang lepas. Adie rasa bertuah kerana dapat bersama semasa pelancarannya.. "The Twelve" adalah merupakan sebuah concept store fashion yg sungguh unik berikut daripada kesinambungan daripada portal fesyen - www.fashionista.my yang telah dilancarkan oleh Maxis semasa Minggu MIFA berlangsung November tahun lepas

Dengan wujudnya "The Twelve", ianya akan mempromosikan para pereka Malaysia dan menjadikan ia sebuah platform untuk bukan mempamerkan malah menjual hasil rekaan terbaru para pereka Malaysia kepada golongan    sasar yg baru. Konsep stor ini diilhamkan daripada konsep stor lain di seluruh dunia seperti Colette di Paris dan Dover Street Market di London


Seperti namanya, "The Twelve" mempamerkan rekaan daripada 12 pereka Malaysia iaitu

1. TAS Iman by Tom Abg Saufi
- koleksi pakaian moden Islamik seperti kaftan dan skarf

2. Zero to Ten 
- koleksi "ready-to-wear" yg penuh bergaya dan terkini untuk generasi muda

3. PU3
- koleksi "ready-to-wear" yg cukup bergaya dan terkini

4. uREKA
- barangan berupa alatan tulis, anak patung, barangan daripada barang guna semula

5. BDA
- rekaan daripada beberapa org pereka dibawah Bumiputra Designers Association

6. YODA
- rekaan yang lebih menjurus kepada golongan muda daripada beberapa pereka di bawah Young Designer Arena

7. Radzuan Radzwil
- koleksi "ready-to-wear" kaftan dan kemeja batik yg sungguh esklusif 

8. Key Ng
- koleksi "ready-to-wear" pakain kasual dan kerja untuk lelaki dan perempuan

9. Benson Chan
- koleksi kasut daripada sandal ke kasut yg bertahktakan Swaroski

10. Shasha Rowena
- koleksi barangan seperti tas tangan, sarung telefon dan Ipad, laptop dan banyak lagi

11. Shinju Pearls
- koleksi barangan perhiasan daripada permata berharga dan juga separuh berharga

12. JKhan
- koleksi pakaian wanita yg boleh dipakai dari siang ke malam dengan harga yg sungguh berpatutan

Pelbagai aktiviti telah diaturkan sepanjang tahun seperti pertunjukan fesyen bulanan oleh para pereka untuk mempromosikan koleksi mereka. Maxis juga akan meletakan sebuah kiosk fashinista.my di stortersebut bagi memudahkan pereka "log on" ke "website tersebut dan mempamerkan koleksi terbaru mereka secara online dan juga pelanggan boleh melihat koleksi2 para pereka secara online. Menarik bukan?

"The Twelve" ini adalah merupakan langkah pertama MiFA dan Maxis untuk membawa pereka tempatan ke satu tahap yg baru dan pada masa yang akan datang MiFA dan Maxis bercadang untuk membesarkan lagi "concept store" tersebut agar lebih ramai pereka tempatan akan terlibat dan mempamerkan/menjual koleksi mereka.


Pada awalnya, Adie dan partner Adie turut mempamerkan koleksi kami di sini tapi atas sebb yg tidak dapat dielakkan, kami terpaksa melepaskannya tapi InsyaAllah label kami akan dipamerkan di "The Twelve" suatu hari nanti... Partner Adie adalah merupakan seorang pereka fesyen, so kompeni Adie yg akan menguruskan label beliau di sini nanti..sambil2 tu Adie juga diberikan peluang untuk mencurahkan idea tuk koleksi ready-to-wear nanti...so tunggukan jela erk...disebbkan kami agak sibuk dengan beberapa komitmen yg lain, kami terpaksa KIVkan dulu koleksi tersebut....

Oh ya lupa nak ckp...anda semua boleh mencari "The Twelve" di Lot G-21 & G-22 Fahrenheit 88 KL k....so happy shopping uols


Salam sayang,







P/S : Nice to meet you Mr Kem Salleh

Comments

Popular Posts