STYLO Fashion Grand Prix 2011



Salam,

Perhatian kepada semua penggemar fesyen, STYLO Fashion Grand Prix 2011 kini kembali! Miggu fesyen ini bersempena dengan 13th Petronas Malaysia Formula 1 Grand Prix. STYLO Fashion Grand Prix 2011 kali ini di dipersembahkan oleh Mercedes Benz dengan kerjasama Sepang International Circuit dan The Ford Models Supermodel of World Search, Malaysia 2011. Festival iniakan berlangsung daripada 3-10 April 2011 di 3 tempat yg berasingan termasuk "Scarlet Theater" 

Untuk pengetahuan semua "Scarlet Theater" adalah gelaran yg diberikan kepada sebuah bangunan post-World War II yg terletak di Kuala Lumpur yang mana tempatnya masih dirahsiakan (tapi Adie dah tahu...hehe). Bangunan ini telah ditransformasikan kepada "Scarlet Theatre" selaras dengan tema festival kali ini iaitu "FAshion Theatre" 

Festival kali ini selain daripada dihadiri oleh fashionista, supermodels, socialites, pemandu F1 ianya turut dihadiri oleh org2 penting dalam industri fesyen dan teater samada dalam negara mahupun antarabangsa. Antaranya adalah pelakon teater West End Boys seperti Stephen Rahman Hughes dan Ramin Karimloo. Pada festival kali ini juga, pelancaran jenama F&F dan juga kemunculan Ara Jo, one of emerging designer dalam London Fashion Week yg telah mereka pakaian antaranya untuk Lady Gaga dan Leona Lewis.

Antara event yg utama sempena festival ini adalah Mercedes-Benz STYLO Fashion Awards, Visa's Theatrical Aladdin's Harem Gala, the Tourism Ministry's Glass Slipper Gala dan STYLO Grand Opening Ball yang akan menampilkan finalist Ford Models Supermodel of the World Search 2011.

Finale STYLO FAshion Grand Prix adalah kemuncak pengumuman Ford Models Supermodel of the World Search pada 10 April yang berlangsung di Sepang yang mana ianya juga merupakan acara pemulaan sebelum bermulanya konsert Korean Superstar RAIN....




Rasanya tahun ini akan lebih menarik...tahun ini Adie akan berada di bebrapa event sempena STYLO Fashion Grand Prix ini....sebagai tukang sibuk jer...hahaha...tahun ini Adie akan cuba mengenali dan menyibukkan diri menghadiri festival2 fesyen yg diadakan sebagai langkah awal sebelum Adie cuba mempertaruhkan design Adie dan cuba mencabar kemampuan Adie sebagai designer pulak....InsyaAllah...dengan doa, usaha dan tawakal InsyaAllah...dan tidak juga dengan kenalan yg betul....Chaiyok Adie...dan sebagai permulaan, Adie akan memakai beberapa pakaian daripada design Adie sempena STYLO ini....moga2 malam ni baju2 Adie sempat siap..huhuhu


Salam sayang,



Comments

Popular Posts