Promo : Rebab Berbisik



Salam,

Ni Adie nak promo sikit pasal seuah persembahan Mak Yung yang bertajuk "REBAB BERBISIK" oleh sifu Mak Yung Adie, En Rosnan Rahman.. So silalah baca dengan lebih lanjut dibawah ni k

Sinopsis

Mengisahkan kepiluan seorang tokoh makyung iaitu Paksu Mat yang dilupakan tentang sumbangan dan pengorbanannya terhadap seni warisan iaitu makyung. Tiada pewaris yang sanggup menerima dan menjadi penerus kepada kesenian ini termasuklah anak-anaknya sendiri iaitu Mimi dan Azri. Mimi dan Azri mempunyai latar peribadi yang berbeza. Kedua-dua mereka membawa haluan masing-masing.


Mimi seorang Mak Nyah yang jadi penghibur (Paper Dolls) Kelab Malam. Beliau lari meninggalkan kampung kerana tidak tahan dengan hinaan masyarakat di kampung terhadap dirinya yang “lembut”. Manakala Azri seorang Ustaz yang berpendidikan lulusan Universiti A-Azhar di Mesir menghadapi dilema untuk menasihati ayahnya Paksu Mat supaya meninggalkan kesenian makyung yang di anggap sebagai Syirik dan salah di sisi agama. 



Paksu Mat juga sering terkenangkan isterinya, Arwah Mek Ning iaitu seorang Primadona makyung yang cantik serta menjadi pujaan ramai semasa zaman kegemilangan makyung dahulu. Kasih dan cintanya kepada Mek Ning menyebabkan beliau sering terbayangkan saat-saat bahagia mereka berdua.


Pelakon:
Rosnan Rahman

Pengarah:
Rahimidin Zahari

Terbitan:
Jay Jazuil Entertainment

Tiket:
RM 32 & RM52



Promosi:
Diskaun sebanyak 20% ke atas tiket berharga RM32 & RM52 diberikan kepada pelajar sekolah/IPTS/IPTA dari seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-4026 5560 (En. Hairul) atau 03-4026 5557 (En. Ferdaus).

Maklumat lanjut:

Box Office,
Istana Budaya,

Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4026555

Trailer:
Sila klik kat link ini REBAB BERBISIK


So apalagi, jom beramai2 kita pergi menonton persembahan Mak Yong dalam REBAB BERBISIK ini...Adie InsyaAllah akan pergi pada 11/4/2011....jom menonton bersama2 Adie nak?...So jumpa di IB nanti ya


Salam sayang,


Comments

Popular Posts