Preview Filem : SENJAKALA



Salam,

Adie rasakan terlalu lama duduk di dalam panggung wayang itu menanti kesudahan filem tersebut...hati kecil berkata "Bila nak habis nie...."...boleh wat intro macam ni?...hehehe

Awal  bulan April, Adie mendapat jemputan ke pratotnton filem "SENJAKALA" arahan pengarah Ahmad Idham. di Latus Five Star Petaling Jaya. "SENJAKALA" merupakan filem horror yg ke5 arahan AHmad Idham.dibawah syarikatnya sendiri iaiatu EXCELLENT PIXTURES.

Bagi Adie filem ini tidak lah seseram filem arahan beliau iaitu "JANGAN PADANG BELAKANG"...dan mengikut sumber, filem ini diperlakukan sedemikian kerana Ahmad Idham tidak mahu hasil karyanya masih ditakuk lama, tidak mahu diberikan pengisian yg sama sebaliknya mahukan sesuatu yg segar....mungkin betul apa yg beliau katakan tapi kalau yg baru itu tidakla sehebat yg dahulu apa gunanya kan....

SENAJAKALA cuba memperlihatkan satu lagi bahagian di dalam filem horror selain daripada hanya memaparkan mengenai hantu itu sendiri. Kisah cinta...erm terasa seperti filem Twilight....SENJAKALA - TWILIGHT...erm adakah kebetulan? anda tentukan sendiri bila menontonnya...

Filem ini menggandingkan Zahiril Azim dan Liyana Jasmay sebagai tonggak utama filem ini. Gabungan keduanya agak serasi dan lakonan Zahiril Azim sungguh tidak mengecewakan...ADie pasti ramai gadis2 diluar sana akan pergi menonton filem ini kerana Zahiril Azim tambahan pula kebanyakan scene di dalam filem ini memaparkan ZAhiril dalam keadaan tidak berbaju...pasti ada yg woooooowwww...oooohhhh....hehehe




Secara ringkas mengisahkan tentang Karlisa lakonan Liyana Jasmay yang kematian tunangnya. Karlisa pulang ke kampung dan bertemu dengan Armand (Zahiril) yang mempunyai saka. Armand jatuh cinta pada Karlisa dan tidak mahu memulangkan saka tersebut kepada Karlisa walaupun pada asalnya saka tersebut memang diwarisi oleh keluarga Karlisa.



Saka itu sebelum ini hanya menumpang pada Armand kerana emak Karlisa tidak mahu mewarisi saka tersebut. Akhirnya, Armand menyerahkan saka tersebut kepada Karlisa dengan harapan saka tersebut dapat dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz. Selain Liyana dan Zahiril, turut membintangi Senjakala, Faezah Elai, Ruminah Sidek, Roslan Saleh, Aida Aris, Erin Malek, Den Wahab, Eizlan Yusof dan Shahronizam Noor.

So nantikan kemunculan filem SENAJAKALA di pawagam berhampiran anda bermula 17 April 2011 nanti. Sebelum tu tgklah trailer filem SENJAKALA ini



Salam sayang,


Comments

Popular Posts