Selepas 10 tahun

Salam,

Uwaaaa....lately agak bz dan kepenatan..kerana itu tak update blog...masa diperuntukkan tuk tido..hehehe...(Adie kaki tido)..erm berbalik epada tajuk entri..mesti ada yg tertanya apa yg selepas 10 tahun?....Apa erkkk...apa yg Adie nak citer dlm ni adalah berkaitan dengan pemergian Adie ke Perlis atau lebih spesifik ke Kangar Perlis...

Jumaat yg lepas Adie dan biz partner pergi ke Perlis atas urusan kerja..kerja apa?..teruskan membaca nanti anda akan tahu...since kerja syarikat Adie berkaitan dengan hotel yg bakal kami diami, so Adie bercadang membaca ayah, mak dan abg long Adie sekali pergi ke sana...pada mulanya mereka tak jadi ikut tapi last minit setuju untuk ikut sekali...masatu Adie sungguh gembira la, sbbnya Adie dah lama nak bawa mereka berjalan2..selama ni Adie je yg ikut trip mereka...so kali ni mereka ikut trip Adie...nak jadikan cerita, abg ngah Adie dan famili dia pun ikut last minit setelah diberitahu...yg tak tahan tu siap ambil cuti emergency ok...yela, Adie pergi pada hari bekerja iaitu hari Jumaat...tak sangka pulak Abg Ngah Adie dan keluarga sanggup ambil cuti dan ikut...huhuu..sebegitu sekali kan...al maklumlah kami dapt bilik free..hehhe..sapa xnak kkan...

So pas solat Jumaat kami semua bertolak dua kereta ke Kangar Perlis...wah tak sangka, akhirnya Adie akan ke Perlis lagi sekali setelah lebih 10 tahun meninggalkan Perlis...kalau anda smeua nak tahu dulu Adie belajar di UiTM Arau Perlis (masa zaman ADie belajar UiTM masih dikenali sebagai ITM)....itu kisah 10 tahun yg lalu...wah begitu cepat masa berlalu dan Adie pun makin tua...hahaha...so itulah releveannya tajuk entri kali ini...setelah 10 tahun, Adie kembali semula ke Perlis...tak sabar nak tgk pembaharuan dan pembangunan di Perlis..adakah masih seperti dahulu?....

Perjalanan mengambil masa lebih 5 jam...Ni la 1st time Adie drive dari Ipoh ke Perlis...siap tanya kat kawan nak exit kat mana...huhuu..yela dulu zaman belajar naik bus dan train...so tau2 dah sampai jer..hehehe...anyway, perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat...kami semua tinggal di Hotel Seri Malaysia Kangar...hotel ni belum lagi beroperasi dan masih belum siap sepenuhnya...so kalau nak tahu hubung kaitnya Adie ngan hotel ini adalah syarikat Adie dipertanggungjawabkan membuat uniform baru untuk rangkaian Hotel Seri Malaysia di Malaysia...so sbb itulah Adie dan rakan biz Adie ke Perlis...sbb nak hantar unifrom yg telah siap...since hotel ni belum beroperasi lagi, so hanya keluarga Adie, rakan niaga dan Adie sahaja yg tido di hotel tersebut...erm 3 org staff dan juga Resident Manager, En Farid...Adie memng berterima kasih sgt kat En Farid dan KArtini kerana menyediakan 3 bilik kepada kami...

Malam pertama kat Kangar kami hanya pergi makan makanan laut kat kawasan baru iaitu Komalaut...terletak berhampiran dengan simpang ke Jeti Kuala Perlis...tempat ni menarikla ..sbb masih baru dan agak kemas dan teratur..terletak di tepi muara Kuala Perlis....terdapat lebih kurang 8 buah kedai...masa kami dtg, ada sekumpulan pelajar lepasan SPM yg membuat jamuan di situ..yelah dah kuar result SPM kan, so apalagi celebrate la..terinagt zaman Adie balajr dulu, bila dah akhir sem, kami ramai2 sewa kereta pergi makan kat Kuala Perlis, then lepak2 til subuh...yela zaman tu itu je aktiviti yg leh dilakukan....mlm tu hujan turun agak lebat menyebbkan pergerakan kami terbatas...so malam pertama hanya berkesempatan pergi ke Kuala Perlis..makan2...makanan kat Kedai Mona di Komalaut ni sedap...price boleh tahan gak la..mlm tu habis around RM200+ tuk 6 org dewasa makan....okla kot...janji sedap...

Oh Yayyan dihujung meja..baik2 tau

Jemput2 makan...

Hari kedua, Adie dan rakan niaga Adie sibuk agihkan uniform mengikut department..dan juga mengambil ukuran baju baru tuk staff yg baru masuk...kira ni 2nd batch la..sbb sebulan yg lepas, rakan niaga Adie dah pergi ke hotel ni ambil ukuran mereka...sementara Adie dan rakan niaga sibuk ngan urusan kerja, keluarga Adie pergi ke Padang Besar...apalagi kalau bukan shopping..biasa lah tu....dan hujan masih turun..pergerakkan agak terbatas...selesai kerja dlm jam 3 ptg...so rehat dulu sementara menati keluarga Adie balik....dlm jam 5 lebih, keluarga Adie balik hotel dan Adie pulak yg kuar ke Kangar...sbb ADie nak cari butang baju melayu...sbbnya mlm nanti ada sedikit majlis dilakukan di hotel ini....secara kebetulan sepasang baju melayu ada dlm kereta...majlis mlm tersebut kami memng tidak tahu menahu...

Pergi ke Kangar..jejalan kat pekan dia..masih seperti dahulu ..cuma ada beberapa kawasan baru...dan sekarang dah ada bowling centre kat Kayangan Square...Store masih lagi beroprasi sejak dulu...duduk kat Kangar ni memng takde aktiviti lain selain daripada makan...Adie rasa berat badan Adie dah naik..huhuhu...so petang tu Adie pergi makan ABC,pasembor dan mee goreng yg terletak bersebelahan Kayangan Square....ternyata sungguh sedap..so tak heran la ramai org yg berkunjung ke gerai tersebut...dan lagi satu harganya sungguh murah....Adie order 6 bungkus laksa dan bihun sup..dan harga tuk satu pek adalah RM2 jer...OMG harganya masih seperti 10 tahun yg lepas...kalau kat KL dah RM3 satu....mana tak mewah makan kalau duk kat Perlis ni....

Kayangan Square..tepi bangunan ni terletak gerai makanan yg menjual ABC, sup daging yg sedap



Malamnya, Adie, rakan niaga dan ayah Adie join majlis keagamaan yg diadakan iaitu solat Maghrib berjemaah, bacaan Yassin, solat Isya' berjemaah dan makan malam...majlis tersebut juga disertai oleh Datuk Speaker dan juga Resident Manager HSM Kepala Batas....ramai juga la yg hadir...majlis berlangsung sehingga jam 11mlm....balik bilik tgk famili lum makan lagi...so ajakla pergi Kuala Perlis lagi sekali, tapi kali g Lo'cheng (sebutan Lok Cheng)...tak tahula betul atau tidak ejaannya...Lo'Cheng ni ala2 mcm steamboat la tapi ianya di bakar...dan produknya adalah dari Thailand...opss jgn wat assumption cepat2...makanan stemaboat nya ada tanda halal kat plastik bungkusan ya....Lo'Cheng ni terletak di sepanjang tepi jalan sebelum simpang ke Kuala Perlis...anda akan nampak deretan kedai yg hanya berpayung dan lampu kalimantan di tepi2 jalan....steamboat yg disediakan terdapat dlm pelbagai jenis dan byk yg kita tidakpernah jumpa kat KL...dah rasanya pun sungguh lain ya..kalau kat Kl selalunya celur ngan air panas, kat sini dibakar..selain dengan steamboat bakar ni, terdapat juga jagung bakar...jagung bakar ni memng patut cuba sbb selain ianya dibakar, ianya juga disaluti dgn mayonis dan juga madu...waaaa...manyak sedap woooo...Adie sipa bungkus tuk makan kat hotel..hehehe...lepak till about 1am....

Pelbagai jenis steamboat bakar

Awek ni wat kelakar ..dia mengeluarkan statement " ..ni dari KL Lumpur ker?"...hahaha

Steamboat bakar...so spicy

Jagung bakar yg sungguh lazat

Keesokannya, kami berangkat pulang ke Ipoh...smpat breakfast roti canai kat Seriab....roti canai kat gerai ni memng terbaek la...sedap...

Ni la warung roti canai itu...hargapun masih murah

My roti sardin...kuahnya sedap sekali

Kerana terlalu sedap sehingga menjilat sudu...hahaha

perjalan pulang ke Ipoh kami singgah ke Pekan Rabu,..itu antara destinasi wajib la kalau lalu ALor Setar...apalagi shopping...huhu, Adie pun terbelilah juga walaupun ngah broke...hehehe...pas makan tengahari kat Pekan Rabu, kami pun terus balik ke Ipoh.....sampai Ipoh dlm jam 5 petang....ADie dan rakan niaga Adie meneruskan perjalan pulang ke Shah alam beberapa jam kemudiannya kerana keesokkan harinya kami perlu ke Rompin....erm dari utara ke selatan ...penatnya...

Apa2pun Adie gembira sbb dapat luangkan masa dengan kelaurga, walaupun ianya sebenarnya trip kerja tuk Adie tapi Adie anggap ianya juga satu percutian kepada Adie (walaupun tak dpt ikut kelaurga ke Padang Besar)....dan Adie sgt berterima kasih kepada rakan niaga Adie kerana PR dia kami dapat bilik percuma...hehehhe...terima kasih kepada En FArid, Resident Manager HSM Kangar, Kartini dan semua staff HSM Kanagar yg sungguh sempoi....layanan anda semua yang terbaek...next entri Adie akan wat pasal Hotel Seri Malaysia Kangar...nak tunjuk keadaan hotel yg sungguh cantik

Sila muntah kering tgk photo ADie...huhuhu


Salam sayang,


Comments

STM said…
Syoknya. Lama dah tak balik Perlis. Tunggu raya baru nak balik
Zakhiri said…
lamanya tak ke Perlis....lebih 10 tahun jugak....even dah sampai kedah, namun xlajak pon ke Perlis...huhuhu

Popular Posts