Penat Belum Habis...Makan Tetap Makan

Salam,

Semalam Adie dan rakan niaga Adie terlajak tido sampai jam 9.30pagi...mana taknya sampai rumah dari Rawang (wat gubahan bunga tuk majlis kawan sekolah Adie) jam 5 pagi....plan nak bangun keesokan harinya jam 9.oopagi sbbnya kami nak ke Pekan Pahang....ada urusan sedikit (mencari  peluang)...so if kuar awal sempat la sampai Pekan awal dan pergi kenduri sepupu kawan kami sambil bincang benda lain....lastly bergerak dari KL jam 11.30pagi....

Dengan tido yg tidak cukup (2 hari x tido wat keja) ADie gigihkan diri juga drive dari KL ke Pahang....hanya sampai di Temerloh, Adie suruh kawan Adie drive....bertukar jer pemandu terus mode berubah jadi tersangat la sleepy...tak tahu nak capa camna...sampai Pekan Pahang jam 4 ptg...

Ermm...sesuatu berlaku semasa di Pekan (urusan kerja) but rasanya malas nak diceritakan secara detail..biar Adie dan member Adie jer yg tahu....semasa kat Pekan, kami di bawa berjalan2 oleh ayah kepada rakan kami ni...well tidak la besar Pekan ini terutama bandarnya..but ianya okla...just nice jer placenya...planning nak pergi Kuantan kemudiannya tapi memandangkan kami kena balik Shah Alam semula (sbb Adie ada kelas mak yung hari Ahad)...so kami terus jer balik Shah Alam dan lupakan niat nak ker Kuantan...maybe next time InsyaAllah

Sebelum balik Shah ALam, sempat la kami merasa murtabak yg sungguh femes kat Pekan ni....Murtabak Mengkasar namanya....memng superb rasanya....sungguh lain...ada rasa rempah2 sikit...saiz yg besar dan mengenyangkan...suasana kedai....penuh org menunggu order tak kira sama ada makan sini atau pun bawa balik....tak tipu...ramai sgt...bisnes baik ni...harganya RM 8 sekeping..spesial punya...okla tu kan walaupun mungkin ada yg ckp mahal but berbaloi kot....




Sampai rumah jam 1 pagi...uwaaa dan pagi tadi (Ahad) kena bgn awal sbb Adie ada kelas Mak Yung pertama dengan Rosnan Rahman...wah teruja...x sabar....tapi tido masih tak cukup....nanti Adie ceritakan pasal kelas tarian Mak Yung lak k


Salam,






ps : 
* Tahukan anda bahawa nama Pekan adalah daripada nama sejenis bunga, Bunga Pekan atau "Brunfelsia latifolia"

* Murtabak Mengkasar mempunyai cawangan di  Seri Rampai, KL

Comments

Popular Posts