Masih berjaga
Salam,
Wah dah bersawang rasanya blog Adie ni...hehehe...maaf ler agak bz lately..bz ker?..entahla den pun susah nak pastikan...Adie sebenarnya tak tahu nak tulis apa but rasa mcm nak menulis kat blog ni..Kalau anda semua nak tahu, Adie ni dah nak masuk hari kedua tidak tido kerana duk menyiapkan hand bouquet, corsage dan beberapa flower arrangement tuk satu function kawan baik Adie zaman sekolah menengah dulu...
Adie jumpa kawan baik Adie ni pada hari Rabu yg lepas dan setelah berbincang Adie terus membeli barangan tuk majlis tersebut..majlis pada hari Sabtu malam, tetapi disebabkan Adie terlalu bz pada hari Khamis till Sabtu, so Adie dan biz partner Adie terpaksa siapkan segalanya pada hari Jumaat...jambangan bunga dan corsage, kami dah siapkan pada pagi Jumaat dan flowers arrangement pada malam hari Jumaat...
Setelah bertungkus lumus dari jam 12mlm ke 3 pagi ni, Adie rasakan amat berbaloi apabila flowers arrangement daripada company Adie mendapat perhatian dan pujian daripada rakan2 bff Adie ni...sonok rasanya...apabila org lain enyukai hasil tangan kami...balik rumah dari Rawang lebih kurang jam 4.30 pagi tadi, pas mandi cerah pulak mata ni, so on9kan diri sehinggalah entri terbaru ni dipublishkan...
Gambar tuk hasil tangan company Adie akan Adie publishkan pada entri yg akan datang...mata pun dah makin layu, sekarang dah nak jam 6pagi dan Adie ada masa kurang dari 3jam untuk melelapkan mata sebelum Adie bersama rakan niaga Adie ke Pekan, Pahang atas urusan kerja....sempat la google jap route ke Pekan , Pahang dan mendapati sesuatu yg menarik mengenai Pekan, Pahang....nanti Adie sharekan pada entri yg akan datang ok...so rasanya Adie better tido dulu..if not collapse la pagi nanti....
Yang terus menaip (walaupun mata ala2 stim),
Comments