Monday, January 17, 2011

Trip ke Sarawak cancelled

Salam,

Ermm, entry ni sepatutnya dah kuar pada minggu lepas, sbb agak terlalu bz ngah entah pun Adie tak tahu...hehehee

Berbalik epada tajuk entri kali ni...yea Adie tak jadi pergi ke Lawas, Sarawak...sepatutnya Adie bersama biz partner Adie, Adam ke Lawas, Sarawak atas urusan kerja., tapi yg pergi hanyalah Adam saja...Adie terpaksa berada di Semenajung Malaysia...segalanya atas2 sbb tertentu yg tidak dpt dielakkan...takpela bukan rezeki Adie nak ke Sarawak lagi kot...

Erm..jap2..korang pernah ker dgr nama tempat tu..Lawas?...ramai yg tak pernah dengarkan termasuk la Adie sendiri...tahunya pasal Lawas ni apabila company Adie bersama dgn rakan perniagaan ADie yg lain telah mendapat sebauh projek disana...projek apa?..hah..tukena rahsiakan atas sbb2 tertentu..tapi if dah siap projek kat Lawas tu baru ADie boleh reveal sedikit demi sedikit....sebenarnya Lawas, adalah tempat pertama yg akan kami pergi so ada lagi berbaki 24 tempat di seluruh Malaysia akan Adie pergi...semuanya atas urusan kerja...sbb alhamdulillah,kami diberi kepercayaan oleh pihak HSM untuk mengendalikan sebuah projek satu Malaysia..bukan projek 1Malaysia ya tapi projek di seluruh Malaysia....

So tahun ni insyaallah ADie dan rakan2 niaga akan sibuk sepanjang tahun....AMIN Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki kepada Adie dan rakan niaga Adie yg lain....kerana projek ini jugalah Insyaallah juga, Adie ada perancangan untuk terlibat semula dlm industri fesyen...so nantikan je apa yg akan Adie lakukan terhadap industri fesyen ini...moga2 tercapailah. (sambil pose mcm cover album Tahajud Cinta Siti Nurhaliza...ahakz)

Erm, semasa browse pasal Lawas ni terjumpa lak website tuk Daerah Lawas ni..ada erk..Adie pun tak sangka..hahaha...so kalau nak tahu lebih lanjut boleh la layari web ni http://www.lawasdc.org...selepas ni Adie insyaAllah akan ke Mersing pula dan seterusnya ke Kangar...yeah jalan2 kerja..hehehe bukan jalan2 cuti 1Malaysia....bagi Adie kira terus bercuti la tu..maklumlah Adie tak sempat nak bercuti mcm kawan2 yg lain...sibuk jer memanjang tapi duitnya kemana erk?...entahla...

Salam sayang,







p/s : Sentiasa lah berjimat cermat dgn duit anda ya...mari melabur...dan lagi satu langsaikan hutang PTPTN secepat mungkin...

1 comment:

Hersaiful Herwan said...

Nama tempat Lawas tak pernah dgr la. Kalau Lawin tu dkt Grik.
Lawas tu aku rasa mcm tak puas atau tak habis. Kira mcm buang air kecil/besar yg tak lawas. Huhu...