Contest : Are U Fashionable?

Salam,

Dah beberapa hari tak update blog..ada jer citer tapi tak berkesempatan kerana kesibukan..btw nampakkan title entri kali ni..CONTEST...ya contest...rasanya Adie tak pernah menyertai mana2 contest yg di adakan oleh blogger lain....so untuk memecahkan tradisi, Adie nak mencuba nasib untuk menyertai contest yg telah dianjurkan oleh ONLY ONE...conestnya adalah mengenai fesyen diri anda...sungguh mudah contest tersebut, just upload beberapa gambar anda taktala memperagakan pakaian anda...senang bukan..so Adie pun nak cub alah nasib (padahal tak pandai bergaya pun..)


Eh tetiba gambar celebriti Channel [V] pulak...apa kaitannya...korang nak tahu kenapa Adie letak pic diorang ni...sbnya Adie pernah bekerja dgn mereka sebelumnya..bekerja sebagai apa?..hah ni yg nak citer..sebagai Fashion Stylist mereka...baju2 yg diorang pakai semasa korang tgk program Channel [V] tu antaranya adalah hasil sentuhan fesyen Adie...Adie mungkin terlibat dengan dunia fesyen tapi bagi Adie, Adie tidak begitu fashionable, coz Adie ni jenis yg lebih suka pakai short n tshirt jer...dress upkan org lain pandai la...hehehehe..Anyway, berbalik kepada tujuan asal entri ni, kat bawah ni Adie sertakan ebberapa gambar Adie berpakaian. Kalau rasa mual n loya2 tgk gambar2 kat bawah ni, harap maaf la ya.hehehe


Ini adalah antara style yg selalu Adie gayakan...simple t-shirt (sleeve or sleeveless) bersama short or jeans.. Adie jarang pakai kemeja dan long pant coz nature kerja Adie tidak memerlukan Adie memakainya selalu..

Ni antara gaya yg Adie selalu gayakan ketika menghadiri beberapa majlis yg smart casual...Jacket + top (collar or roundneck) + long pant

Ini pula adalah beberapa gaya yg ADie gayakan bersama vest..Samada ada dipakai dengan kemeja mahupun t-shirt biasa jer

Dan ini pula, apabila Adie menghadiri beberapa majlis yg agak formal dan menuntut Adie memakai fully suit..kekadang ADie just pakai shirt or tshirt bersama suit Adie

Banyak2 gaya berpakaian, pakaian yg ADie suka gayakan adalah berbaju melayu...walau bagaimanpun bergaya seseorang itu menggayakan pelbagai jenis pakaian, ia tetap akan nampak segak dengan baju kebangsaan masing2...betul tak?..Adie bila dah bosan berbaju melayu dengan samping, Adie akan gantikan samping dengan kain bercorak dan di ikat dengan perlbagai gaya..

Bagi Adie, sesiapa saja mampu untuk berfesyen..berfesyen itu terpulang kepada individu tersebut untuk menterjermahkannya...apa yg penting, pakai apa yg anda rasa selesa dan memperlihatkan personaliti anda bukannya memakai sesuatu itu hanya kerana anda nampak mannequin kat butik itu kelihatan cantik ketika memakai pakaian tersebut..dan yg penting jgn menjadi mangsa fesyen...dan perlu ingat bahawa gaya hidup anda juga memperngaruhi cara anda berfesyen...paling penting berfesyen biarlah mengikut tempatnya..dan yg paling penting juga less is more..berapa banyak penting laaaa...

Ermm okla..Adie rasa mamcam terlebih2 lak entri ni..dan la siap pelbagai gambar pastu main masuk contest ni tanpa ada yg tag..perasan sungguh Adie ni...hahaha...anyway, kepada sesiapa yg memasuki contest ni, ADie nak ucapkan good luck ok..sekurang2nya, ianya sedikit sebanyak akan membuatkan anda berfikir mengenai fesyen....

Salam sayang

P/S : Adie tidak mengtag sesiapa sbb Adie rasakan tak sempat sbb tarikh tutup adalah pada hari ini..jgn salah sangka lak ya..bukan Adie xnak bg diorng join contest ni










Comments

DanieL AdiE said…
wah..adie pon join ya..
bagus2..

sure adie waridi nie seorang yg bijak berfashion....

keep it up..
Adie Waridi said…
@daniel adie:
dah buka2 blog jer adie.w tgk kekawan adie.w join so mcm best lak nak join..hehhee
bijak berfashion? ntahla..pakai apa saja janji looks nice

@only one:
tq sbb terima last minit nya join

Popular Posts