146

Salam,

Kembali lagi kita ke rancangan "Angka bertuah Anda"..hehehe..berangan ada show sendiri katanya...erm tak sangka lak lately ada beberapa org followers baru blog Adie ni...so no bertuah kali ini adalah 146

Pemilik no 146 ini adalah merupakan seorang jejaka dtgnya daripada Negeri Sembilan...Jejaka yg hanya dikenali sebagai SEKAMAR RINDU ni juga memiliki blognya yg tersendiri ..Blog beliau bersifat informatif yang selalunya setiap entri bersertakan gambar dan sedikit ulasan...kiranya simple dan berinformasi...Adie sempat menerjah blog beliau  dan Adie dapati blog ini tidak bersifat personal kerana anda tidak akan menjumpai entri yg  berkisarkan aktiviti harian pemilik blog tersebut...dah namapun blog informatif..apalah Adie ni...yg nyata jejaka yg dikenali sebagai SEKAMAR RINDU suka berkongsi pengetahuan yg diketahuinya dengan orang ramai..bak kata org putih "Sharing is Caring"...gitu...

Selain entri yg penuh ngan info2, kekadang blog tersebut di selang selikan dgn entri yg bersifat kepuitisan...kata2 yg indah...so melalui pemerhatian dan pembacaan Adie, melalui ayat2 yg puitis inilah satu cara untuk anda mengenali pemilik blog tersebut...Memiliki follower melebihi 2000 orang ternyata, ianya bukanlah blog2 picisan seperti Adie ini..boleh Adie katakan juga, pemilik blog ini adalah seorang blogger tegar yg kerap mengupdate blognya...bygkan sepanjang bulan Januari ini sahaja dah lebih daripada 100 entri yg dipublish...rajin kan...sedangkan Adie, seharipun lum tentu ada kuar entri baru..hehehehe

Adie pun xnak bebel byk2 so dibawah ni adalah header blog tersebut



Memandangkan Adie tak berjaya menjumpai gambar wajah pemilik blog tersebut so takdela diletakkan dlm entri ini seperti yg sebelum2 ni...Papaun ianya sebuah blog yg menarik, penuh informasi dan penuh kata2 puitis...layannnnnnnnnnnn

Salam sayang,

Comments

Popular Posts