Adie Waridi & Preview Filem "....Dalam Botol"


Aktiviti : Preview Filem "..dalam botol"
Tarikh : 10/11/2010 Rabu
Tempat : Finas, Ulu Kelang
Masa : 4.00 ptg

Kali ini sekali lagi Adie mendapat jemputan daripada Abg Ajami untuk hadir ke sessi pratonton khas tuk blogger & wartwan untuk filem "...dalam botol" yang dahulunya dikenali sebagai "anu dalam botol"...masa dpt sms daripada Abg Ajami terus Adie reply setuju tanpa berfikir panjang sbb filem ini yang pernah mendapat perhatian ramai ketika penggambaran lagi membuatkan Adie tidak mahu melepskan peluang..

Secara ringkasnya filem ini berdasarkan kisah benar yang berkisar mengenai kehidupan golongan homoseksual yang digambarkan oleh sepasang 'gay', Rubidin dan Ghaus yang sedang bercinta. Kerana cinta Rubidin sanggup melakukan pembedahan jantina. Namun pengorbanan Rubidin atau Ruby tidak dihargai oleh Ghaus dan dia dittinggalkan blablabla...ada lagi sambungannya tapi secara overall itulah kisahnya..

Ok masanya Adie nak mengomel berdasarkan apa yg Adie tonton dan Adie rasa mengenai filem ini..Adie pasti bila ada yg terbaca perkataan 'gay' di atas pasti ada yg mula mulut berkumat kamit mcm membaca mentera ntah apa2..mengalahkan makcik Markonah tukang cleaner kat opis tu...secara jujurnya, bila kita cuba menceritakan sesuatu yang berkaitan dgn seksualiti terutamanya homoseksual adalah merupakan suatu perkara yg agak sukar dipertontonkan dikhalayak ramai..ibarat mcm simpang malaikat 44lah..tapi tindakan Raja Azmi ingin menerbitkan filem ini hendaklah dilihat dan diterima dgn hati yang terbuka..Seperti Raja Azmi berkata, niatnya menerbitkan filem "...Dalam Botol" adalah untuk berdakwah kerana filem itu menyampaikan mesej yang baik kepada penonton berdasarkan kepada kisah benar seseorang yang diadaptasikan kepada filem...

Ulasan Adie akan bermula dgn apa yg Adie rasa mengenai filem ini. Apa kebaikan yang cuba ditonjolkan sedangkan kita tahu filem2 yg cuba mengangkat perihal homoseksual selalunya dikecam oleh orang ramai.

1.So apa yang Raja Azmi katakan Adie setuju dan ianya bakal menjadi point Adie yg pertama kerana setelah menonton filem ini apa yang Adie nampak adalah penceritaan mengenai hubungan dalaman dan luaran antara golongan normal dan homoseksual ini dan filem ini tidak terlalu menjurus atau memfokuskan kepada perlakuan/aktiviti seksualnya. So secara tak langsung adalah tidak wajar untuk dilabelkan filem ini cuba mengangkat/memartabatkan golongan homo ini.

2. Mesej kekeluargaan yang cuba diterapkan. Walaupun pada dasarnya ibubapa Rubidin lakonan Normah Damanhuri dan Jalil Hamid tidak merelakan apa yg telah anak mereka lakukan pada dirinya tapi tidak bermakna mereka menghukum Rubidin atas apa tindakannya. Mungkin kita terbiasa melihat filem yang akan memaparkan apabila anak melakukan sesuatu yg dirasakan menconteng arang dimuka ibubapa, tindakan drastik seperti menghalau, memukul mahupun sepak terajang akan menjadi intipatinya tapi tidak di dalam filem ini..yang mana pada mulanya Adie sangka..pasti kena tampar atau kena belasah teruk si Arja Lee ni ketika dia balik ke kampung untuk meminta bantuan kewangan..tapi nyata tanggapan Adie meleset...masih terdapat rasionaliti lagi dalam diri ibu bapa Rubidin. Siap wasiat wang simpanan lagi...dalam erti kata lain pembikin filem masih mahu menyakinkan penonton bahawa masih wujud sebuah institusi kekeluargaan.

3. Filem ini turut menjelaskan bahawa dalam mana2 perhubungan samada lelaki perempuan atau sesama jantina, terdapat turun naiknya..terdapat masalahnya...tidak semestinya segalanya berakhir dgn kesempurnaan...ni jelas digambarkan ketika Dina menceritakan bahawa hubungan mak,Dina dan kakaknya yg tidak berakhir dgn happy ending..

4. Adie memuji dgn lakonan Normah Damanhuri, Jalil Hamid,Fauziah Ahmad Daud dan Diana Danielle..betapa pengalaman mampu membawa mereka ke kelas mereka tersendiri. Lakonan Diana Danielle makin menyakinkan. Adie suka dgn karakter dia yang seolah2 kelihatan seperti tomboi tapi sebenarnya memaparkan watak seorang wanita yg tabah, berdikari tapi ada kelembutan.

Kita beralih kepada apa yang Adie kureng berkenan
1. Secara jujur, Adie rasakan agak bosan melihat keseluruhan filem ini walaupun ianya penuh dengan mesej yg baik. jalan cerita yang agak mendatar. Tapi ia masih mampu membuat orang akan terus berada di kerusi di dalam pawagam kerana keinginan mengetahui apa yg bakal berlaku seterusnya..

2. Adie rasakan adanya cubaan seperti cuba menghasilkan sebuah filem yg menyerupai filem2 arahan arwah Yasmin dari segi pergerakkan kamera dan ada ketika Adie rasakan ianya seperti sebuah filem eksperimentasi pelajar2 jurusan perfileman sedangkan Adie rasa dan pasti tenaga kerjanya adalah orng yang cukup dikenali dan berkaliber..mungkin ingin mencuba sesuatu dari kebiasaan...mungkin...

3. Adie tidak rasa pemilihan Arja Lee adalah satu pilihan tepat..Arja tidak berjaya pada pandangan Adie untuk melakonan watak seorang lelaki 'gay' yang kemudian berubah menjadi 'wanita'...terlalu keras dan seperti di buat2 sedangkan kalau tak silap Adie, ketika kecil watak Rubidin digambarkan seperti seorang kanak2 lembut berdasarkan apa yg dicakapkan ketika scene Jalil Hamid memarahi watak Rubidin. Sekiranya betul apa yg Adie dengar, tidakh sepatutnya apabila watak Rubidin berubah menjadi perempuan, kelembutan dan lenggok perempuannya sepatutnya turut lebih dari sifat kesasaannya? Paling kurang mcm lakonan Ahmad Tarmimi dalam telefilem 'Wali'...sungguh berekesan wlaupun itu adalah merupakan kali pertama dia melakukan watak sedemikian walaupun dah berpuluh tahun berlakon. But Adie tak rasa layak tuk salahkan 100% kepada Arja kerana if tak silap Adie, ini adlah merupakan filem pertama dia memegang watak utama.

4. Pemilihan lagu latar...OMG honestly Adie tidak berapa suka, Adie rasakan ada scene2 yang tidak sesuai dgn lagu latarnya tidak kurang juga ada lagu latar yg Adie dengar tetiba rasa mcm pernah dgr sebelum ni..yg mana ianya hampir menyamai lagu latar yang ada dalam filem "Bukak Api" arahan Osman Ali (masih tidak boleh ditayangkan)..tapi byk2 lagu, lagu "buka pintu buka pintu wey, ada anjing lalala...." berjaya menarik perhatian Adie..sehingga seakrang masih terngiang ditelinga ni...

5. Watak Jem membuatkan Adie tertanya2...adakah watak itu cuba digambarkan sebagai seorang sahabat baik yg heteroseksual ataupun homoseksual? atau confused ngan identiti sendiri...Adie pun confused la...

Ooooucchhh....sori Adie terpicit jerawat kat belakang badan ni sementara duk nak cari idea tuk komen lagi ni...hehehe..iklan jap...sambung balik

6. Watak Rubidin...ermmm Adie tak pastila sgtkan pasal transgender ni tapi melalui apa yg Adie perhatikan selalunya pabila transgender ni wat pembedahan jantina, ianya adalah merupakan perkara terakhir akan dilakukan oleh mereka setelah mereka memiliki bentuk badan yang cantik, kulit yg licin dan juga buah dada..tapi watak Rubidin langsung tidak memiliki buah dada palsu/silikon/suntik yang Adie rasa merupakan aset bagi kaum transgender...rasa Adie la...so agak kehairanan la pabila watak Rubidin digambarkan sanggup membuat pembedahan jantina sedangkan Adie rasa ianya belum cukup 'sifat' sebagai 'wanita'...Jangan salah anggap pulak, cuma Adie rasakan alangkah bagus sekiranya watak itu dapat dikembangkan sedemikian rupa....

7. Gangguan audio ketika Jalil Hamid membebel kat watak Rubidin..adakah itu kesilapan teknikal kat pawagam mini Finas or?

So far itu jela yang Adie rasakan...matilah kena terjah ngan Raja Azmi nanti (berangan macam Raja Azmi baca jer blog Adie ni..hahaha)...but itula apa yg Adie rasa...Adie tidak mengkritik mana2 filem terutamanya filem Malaysia dgn sesuka hati...semua filem yg Adie tontotn pasti Adie akan kritik dari perspektif Adie sendiri...

Secara keseluruhannya...apa yg boleh di ceritakan mengenai filem ini?..apa yg Adie mampu katakan, filem ini ada sesuatau yang boleh diceritakan mahupun diulas seperti mana yang Adie ckpkan pada wartawan yang interview Adie selepas pratonton filem ini..Yes ianya filem 'gay' yang jelas dilihat melalui jalan citer dan watak2nya..so what? bagi Adie tidak salah untuk berkarya sekiranya nawaitu kita untuk kebaikan sbb dlm filem ni byk mesej yg cuba disampaikan walaupun cara penyampaiannya agak membosankan bagi Adie tapi Adie pasti ramai yang tertunggu2 untuk tayangan filem ni kerana nak tgk scene2 yang pernah di'provoke'kan sebelum ni...betul tak?...

But again nasihat kepada mereka2 yg terlibat ngan hubungan sejenis begini, tak salah sekiranya anda pergi melihat filem ini...jgn cepat melatah tapi lihat kepada mesej yg cuba disampaikan...ianya adalah sebuah filem yang mengangkat realiti sebenar kehidupan kita dan sentiasa beringat sebelum membuat sebarang keputusan kerana tindakan yang kita ambil itu tidak hanya memberi kesan pada masa itu sahaja tapi sehingga hayat kita...renung2kan ya...

Ole2 daripada Raja Azmi

Daniel Adie dan Adie

Afzam, Daniel Adie, Hizami,, Aizul & Qarl


Aduh byk lak Adie membebel..meroyan apa sbb tak leh tido seharian...dah subuh rupanya..matilah awal2 pagi ni dah kena wat kerja dan pergi beberapa tempat tuk settlekan kerja...anyway sonok rasanya dpt jumpa kenalan2 lama dan blogger secara live..kalau tak asyik dok baca blog diorang jer...so kepada Adie, Afzam, Rahimi dan Aizul, nice meeting u guys for the 1st time..and to blogger picisan katanya, Qarl...jumpa lagi kat preview lain erk..sebb tak sah kalau Qarl ni takde....

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

p/s : Teringat yg Arja Lee ada hantar profile kat modeling agency Adie; 123Pose Model & Talent Management pada tahun 2008..huhuhu..leh la invite Arja g open casting pada 21/11/2010 tuk jadi catwalk model tuk event January 2011 nanti...

Comments

Qarl said…
bgai dipam pam pipiku!

hehe

kuih seri muka sedapla!
Hizami Li said…
wah.
wah.
wah.
panjangnye review !
XD
Adie Waridi said…
Qarl:
kannzzz...tula sedap kuih tu..karipap tak sedap...teh terlalu manis..kaedahnya
Adie Waridi said…
@hizami:
tula..pjg samapirasanya malas org nak baca kot...hahaha..nice meeting u there at finas yesterday
DanieL AdiE said…
wah2..mcm kenal kn pic2 tu...

latest entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/review-filem.html
Wow thanks for the review.. Suka baca review semua org yg pi aritu sebab sedih xdapat pi ;p

Apa2 pun mmg dari dulu pk Arja Lee cam kureng utk watak tuh berbanding Kifli dan Ashraf sebab dia tlalu sasa kann? Apa² pun dari pembacaan sorang2 blogger Pojie rasa selayaknya diberi 2 bintang maybe?? What do u think? Is it worth to watch? Or 2 Alam is better?
**matilaa

Love,
PojiePooh Abdullah
Adie Waridi said…
@daniel adie:
huhuhu..lupa nak cakpa..pinjam ya pics yg comel dari blogger yg comel en daniel adie..jgn marah..heheheh

@pojie:
2.5 kot...but itu pandangan abg adie..kalau nak rasa sendiri n lihat pergila nanti ya

@aleaf:
hahahaha...confused..hehehe

Popular Posts