Adie Waridi & Voice Recital ASWARA



Salam,

Aktiviti : Voice Recital 2010
Tarikh : 22.10.2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan Orlestra ASWARA, KL
Masa : 8.00mlm

Mungkin ada diantara kekawan Adie yg sudah tahu bahawa Adie peminat muzik2 classical & orkestra..so pada yg baru tahu, ni adalah antara kegemaran Adie. Oleh kerana minat terhadap muzik2 sebegini, Adie cuba untuk tidak melepaskan peluang menonton pertunjukkan yang diadakan di sekitar Lembah Klang ni...pada Jumaat yg lepas Adie berpeluang menyaksikan sebuah pertunjukkan pelajar2 muzik ASWARA di Dewan Orkestra ASWARA. TQ to my Fairuz Zamani sbb jemput Adie ke sana...

Secara keseluruhannya, Adie cukup berpuas hati melihat persembahan para pelajar tersebut...Daripada 21 org pelajar, kebanyakkan adalah daripada semester awal Diploma..walaupun boleh dikatakan masih setahun jagung tapi dgn tunjuk ajar tenaga pengajar seperti Syafinaz Selamat, Dia Fadilla, Prof. Siti Chairani, Lilis Syafiza, Lilis Syafuza & Amri Zain, para pelajar tersebut berjaya menyerlahkan bakat mereka...

Dgn pemilihan lagu yg menarik, persembahan tersebut berjaya memberikan goose bumps kepada para tetamu...walaupun kehadiran para tetamu tidaklla begitu memuaskan tapi ianya tidak menjadi halangan kepada para pelajar untuk memberikan persembahan ygterbaik mereka..sepanajng persembahan, mereka di iringi dgn 2 org pemain piano iaitu Fairuz Zamani & Wong Chee Yean..

Khairul (tenor) ngan lagu Victoria, Mio Core..yg main piano tu la kawan Adie, Fairuz

Irsa (soprano)- Kasih & Pelukis, To This We've Come

Eddie Nazrin (tenor) - Derita

Rhowell (tenor) - Puisi Rumah Bambu

Jamie (soprano) - Sogno d'infanzia


Sepanjang persembahan itu, terdapat beberapa org pelajar yg menjadi kegemaran Adie seperti Jamie Ong (sopran0), Azahar Abdullah (tenor), Shaffiq erwin (tenor), Edie Nazrin (tenor), Rhowel Pagi (tenor), Irsa (soprano)....tapi keseluruhannya memberikan persembahan yg menarik....

Adie sentiasa menunggu untuk persembahan2 yg berbentuk begini tuk masa hadapan, sekiranya ada pasti Adie akan cuba untuk mengikutinya...sbb Adie suka....erm nak download lagu2 yg diorng nyanyi masa show tu terutamanya lagu2 indonesia seperti Derita, Kasih & Pelukis etc....

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan


p/s: TQ Fairuz, sbb inform pasal show ni dan u main piano ngan hebat sekali..dan juga catwalk terbaik pernah i tgk..hehhehee

Comments

Anonymous said…
thanks for coming to the recital adie!! this is Fairuz
p/s: penat tau catwalk 17 kali kuar masuk...kalah top model hahaha
Adie Waridi said…
@fairuz:
tq sbb bgtau...u kan supermodel..huuhuhu
Teringin nak pergi event cam nih tetapi selalu xde berita..

Love,
PojiePooh Abdullah

Popular Posts