Adie Waridi & Bulan Syawal 2010 Part 1

Salam,

Wahhh lamanya tak update...huhuhu...terlalu bz ngan aktivit di bulan Ramadhan yg lepas..berniaga di tapak Ekspo Ramadhan Jalan TAR...pejam celik pejam celik dah masuk Syawal yg ke 17...cepat masa berlalu...byk jugabenda yg dah berlaku..

Raya tahun 2010?...Ermm masih mcm raya2 tahun yg lepas...serba serdahana sgt...masih tiada yg baru kecuali 2 pasang baju melayu dan sampin yg diperolehi masa berniaga di bulan Ramadhan...yg lain tetap mcm dulu...
Justify Full
Adie cuma nak update beberapa perkara yg berlaku sepanjang bulan Syawal ni...sian lak tgk blog Adie yg mula mendiamkan diri...sonyap jo...so ni ngah cuba gegehkan diri update entri..

1 Syawal
Segalanya jadi tidak seronok...Adie moody di pagi raya sbb dua benda
Pertama : Kamera Adie teritnggal dlm kereta kawan dan dia dah balik kg dia...
Kedua: Iron rambut Adie turut tertinggal dlm kereta kawan yg dah balik kg dia...

Kerana dua benda tu..pagi Raya Adie tak best...hahaha..overkan...tapi tetap pakai baju melayu putih yg sempat Adie jahitkan manik semasa berniaga di bulan Ramadhan..Selalunya raya pertama kami balik kg belah ayah kat Tapah then raya umah2 sedara dekat Tapah jer..dah jarang balik belah mak sbb datuk nenek belah mak dah takde...so kesimpulan awal minggu raya tiada apa yg berlaku sgt sbb raya kedua kakak2 n abg balik umah mentua..so tinggal adie ber4 jer kat umah parent..



Famili Adie


Adie yg konon2 happy padahal moody


4 Syawal

Adie pergi beraya rumah kawan Adie, si Timmy Iskandar (bukan nama sebenar..id FB) kat Taiping dan rumah housemate Adie, Am kat Selama...Kali ni abg lang Adie turut serta..so dari Ipoh kami bertiga iaitu Adie, Abg Lang dan senior Adie zaman sekolah rendah & menengah, faizal Adri...memang happening sepenajng perjalanan ker rumah kawan2 Adie...tambahan si Faizal ni byk lak citernya..huhuhu...so takdela bosan perjalanan pergi dan balik...

5 Syawal
Adie ada reunion tuk bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh. Reunion kali ni wat kat Restoran Simpang Tiga, Greentown Ipoh..well sambutan biasa2 jer..cuma 2 table jer..yg lain ramai cancel last minit..nak wat camna..kalau tak meriah gak..so reunion kali ni ada gak senior n cikgu...mungkin sbb dah masuk hari ke5, ramai yg dah bekerja semula..takpela janji dapat jumpa sapa yg ada..daripada tak berjumpa..betul tak..

Aktiviti pada hari itu tidak berakhir pada di situ saja..ADie dan 3 org member tgk wayang citer Piranha kat GSC Jusco Kinta City....dan kemudiannya lepak sehingga 2am..huhuhu..gegeh sgtkan...yg penting 3 org kawan Adie tu semua dah kawin, Adie jer yg single mingle..huhuu..nasib baikla laki n isteri diorng ni sporting...bagi diorang balik lewat...Btw Adie happy sgt jumpa mereka yg memng masa sekolah dulu sgt rapat ngan Adie...



Adie ngan shirt bunga2nya..aloha




7 Syawal
Rumah terbuka Kak Long Adie kat Kampar...so wat kali pertamanya Adie memberi hasil tangan Adie, Oreo Cupcakes kat org ramai...Kak Long Adie minta Adie watkan tuk majlis rumah terbuka dia..nak jadikan citer, Adie terlambat siapakn tempahan dlm masa yg diberikan menyebabkan kami sekeluarga pergi ke tumah kakak dlm jam 6 ptg sedangkan majlis bermula 4 ptg...hehehe..tapi walaupun terlewat, 40 biji cupcakes yg Adie sediakan itu habis dimakan...hehehe..suka sgt tiada pembaziran..dan ramai yg mmberikan feed back yg baik terhadap cupcakes Adie itu...

Oreo Cupcakes


9 Syawal
Rumah Adie diserbu oleh sedara mara iaitu adik beradik belah mak sbb pada hari tersebut Pak Long Adie wat majlis bercukur cucu pertamanya...pada mulanya, Adie nak juga pergi tapi atas sebab2 tertentu Adie dan Abg Lang Adie tak jadi pergi...melayan tetamu dari pagi samapi lah ke mlm...kawan FB Adie, Fairuz Zamani juga turut dtg beraya sementelaah dia beraya umah mak angkat dia....malah kami melepak bersama sehingga jam 4am di McD Medan Gopeng..huhuhu...


Timmy, Adie, Fairuz, Am & Abg Lang


10 Syawal

Adie bergerak pulang ke Shah Alam.....

15 & 16 Syawal
Adie dan 2 rakan lagi, Am & Boboi pergi ke Riverstone Eco Park, Ulu Yam...bukan pergi mandi manda tapi sbb wat dekor tuk raya sempena Reunion Raya Sekolah Seri Perak...ini adlah bekas sekolah ayah angkat Adie yg Adie kenal dlm FB..hehehe...so di minta Adie tolon watkan dekor tuk majlis itu...kerja2 dimulakan pada hari Jumaat dan kami bermalam di sana yg mana resort tersebut pada jam 12 mlm akan berhenti bekalan eletriknya..tapi disebbkan kerja masih tak siap lagi pada 2am baru generator dipadamkan...

Alang2 dah ada majlis tuk raya, so apalagi kami melaram la ngan berbaju melayu siap bersamping dan sempat la wat photoshot kat kawasan resort tu...























Planning asal, adalah untuk mengemas dekorasi jam 4ptg tapi memandangkan majlis masih berlangsung, kami sebulat suara meninggalkan barang dekorasi sehingga minggu depan...so pada jam 7pm, kami bertiga bergegas pula ke Bandar Sri Damansara tuk beraya rumah member Adie, Hadzul dgn tema biru....tak dapat lepak lama sbb ada lagi rumah terbuka yg perlu dikunjungi iaitu umah Abg Muhi di Kota Damansara pulak...sebenarnya ada 3 jemputan rumah terbuka tapi Adie hanya sempat pergi 2 jer sbb masa yg tidak mengizinkan....apa2pun memng meriah rumah terbuka diorang ni...rumah Abg Muhi adalah rumah terbuka yg dah 2 kali berturut Adie pergi...kira rumah wajib pergila....balik umah dan mengangkat barang dekor menyebabkan kami bertiga tido kepenatan....tapi Adie sempat gak update status kat FB dan upload pic masa wat dekor kat Riverstone tu...gegehkan..kul 4am baru Adie tido



Adie, Hadzul & Am


Adie & Abg Muhi

Duduk di belakang : Adie, Ardly, Am & Zizan
Duduk bawah: Dik Mie, Shahrul & Abg Muhi
Terbaring: LV



Kesimpulan tuk aktiviti sepanjang separuh Syawal ni, Adie tido lewat setiap hari....hehehehe..so tuk tgk pic2 Adie sepanjang bulan Syawal ni (sehingga 27 September) sila klik di sini. So nantikan entri Adie Waridi & Bulan Syawal 2010 Part 2 ya...hahahaha


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Comments

Popular Posts