Adie Waridi & CCTM2



Aktiviti: Cuci Cuci The Musical 2 with Diddy
Tarikh : 26 July 2010
Jam : 8.00pmg
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur

CCTM2adalah merupakan teater musikal pertama yg Adie dpt tgk tahun ni...huhuhu..sedihkan...well kali ni Adie diberi peluang oleh Abg Bad & Diddi Hirdy untuk menonton sekali...so seramai 65 org terpilih untuk menonton CCTM2 bersama Diddy. Housemate dan rerakan Adie pun turut sama.

Malam tu Adie. Am, Atif, Timmy dan Zailan menonton CCTM2. kami sampai agak lambat, so ingat tak sempat Adie siap sms Abg Bad, manager Diddy bagi tau tentang kelewatan Adie...tapi nasib baik teater bermula lambat...

Kami diberi peluang untuk menonton CCTM2 awal sehari sebelum tayangan rasmi pada 27hb July...so terima kasih kepada Astro dan juga Diddy...Adie tak tgk CCTM1 tahun lepas so Adie takleh nak komen lebih...yg pasti Adie cukup terhibur dgn CCTM2..CTM2 kedua kali ni menampilkan 2 muka baru iaitu Nabil dan Jac menggantikan AC Mizal dan Adibah Noor...pelakon utama CCTM2 memng tidak dinafikan hasil lakonan mereka...Bagi Adie, Afdlin dgn caranya tersendiri yg sentiasa berjaya menyakinkan penonton, Hans Isaac pun sama walaupun Adie rasakan lakonannya biasa saja dan Awie sentiasa membuatkan penonton teruja setiap kali Awie nyanyi...Nabil pulak agak boleh dibanggakan dgn cubaan pertamanya..Jac pada mulanya Adie rasakan agak terasda sedikit kejanggalan pada pat pertama persembahan walau bagaimana Jac, Adie rasakan berjaya mensesuaikan diri dan wataknya pada part kedua persembahan...Adie tidak mampu membezakan lakonan Nabil dan Jac dengan AC Mizal dan Adibah Noor kerana Adie tidak meononton CCTM1 tapi Adie yakin masing2 membawa watak dgn cara mereka tersendiri..

Kesimpulannya Adie happy melihat musikal itu walaupun Adie rasakan ianya tidak musikal manapun bcoz Adie rasakan CCTM2 adalah sebuah komedi yg cuba untuk di musikalkan...tapi apapun Adie pasti yg pergi menonton pasti gelak melihat gelagat para pelakonnya....







Sekali lagi terima kasih kepada Astro, Diddy & Abg Bad...

Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdanz



Comments

Popular Posts