Movie Review : Hooperz



Salam,

Kepenatan hari semalam masih terasa...kesannya, Adie tido sampai jam 2ptg hahhaa...bangun2, bersiap dan pergi makan...pas g makan jumpa photographer yg tolon masa event semlm abis soft copy then terus g Jusco Bukit Raja tgk movie..citer Hooperz...ni citer Melayu k..title jer English..so jgn confused....malas nak celoteh pjg so meh Adie wat review sikit pasal movie yg Adie nantikan ni..(actually dapat tahu hal filem ni dari awal tahun bulan 2009 masa shooting filem, kebetulan kawan Adie wat make up tuk filem Hooperz..tu yg tahu)....

"Hooperz" mengisahkan kehidupan tujuh gadis dalam sebuah pasukan bola jaring - Atylia (Intan), Saidatul (Anita Baharum), Wan Zulaikha (Melissa Maureen), Nino, (Juliana Evans), AJ (Zazleen Zulkafli), Azwar (Akma Abdullah) dan Sue Lin (bekas pemenang tempat kedua Ratu Cantik Malaysia 2007/2008, Dawn Jeremiah). Pasukan mereka gagal beraksi dengan cemerlang di gelanggang dek kerana kesan daripada masalah peribadi yang dihadapi dan juga tiada sikap kerjasama antara mereka. Kehadiran jurulatih D (Adibah Noor) dalam pasukan tersebut adalah untuk membantu jurulatih Q (Amy Mastura) 'mengajar' dan mengubah nasib pasukannya itu.

Ini merupakan kali pertama kita dapat saksikan sukan bola jaring dipaparkan dalam drama atau filem tempatan. Mungkin kerana sukan ini lebih popular di kalangan pelajar sekolah dan kolej sahaja. "Hooperz" pasti mengembalikan nostalgia kepada penonton terutamanya kaum wanita yang pernah bermain dalam pasukan bola jaring sebelum ini. Mengetengahkan hubungan antara keluarga, teman dan juga semangat kerjasama, kita dapat saksikan bagaimana setiap watak berhadapan dengan konflik dan kesedihan masing-masing. Elemen komedi diselitkan agar ia lebih menghiburkan dan tidak membosankan. So since filem ini lebih tertumpu kepada kaum wanita sebagai 'target audience', tidak bermakna penonton lelaki akan dibiarkan begitu sahaja. Mungkin sesuatu yang bagus memberi sedikit pengetahuan buat penonton lelaki mengenai sukan bola jaring. Best apa...sbb leh tgk pompuan2 cantik dalam filem ni...heheheh..mode nakal jap..suka Melisa Maureen..sbb tu nak tgk filem ni..ahakz

Tula secara ringkas info pasal filem ni...bagi Adie ianya sebuah filem komedi remaja yg leh Adie consider "in" tahun ni...maybe akan menyebabkan satu fenomena dimana lebih ramai gadis ingin masuk kumpulan bola jaring...hehhehee...Adie suka ngan unsur humor yg ada dlm filem ni...semua berasas k unsur humornya...apa yg Adie suka adalah development setiap karakter gadis2 tersebut...bagus sgt dan kali ini Adie tak dapat nak agak or baca setiap karakter terlebih dahulu compare ngan filem Melayu yg lain dimana kita leh agak watak tu mcm mana..misalnya watak Azwa dimana pada mulanya Adie ingat dia ni jenis yg misteri n leh lihat mahkluk halus..rupanya2 dia berhalusinasi dgn sejarah hitam yg dia lalui...lagi satu adie suka hubung kait setiap krakter yg ditonjolkan...

Well somehow ada benda yg boleh kita pelajari dari filem ni seperti bersyukurla dgn apa yg kita ada walaupun pada mata kita org org keliling bahawa ia mungkin nampak seolah2 kekurangan pada kita tapi sebenarnya tidak..kerana tak semestinya yg sempurna sifat itu sempurna dlm segala hal..masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2.....

So adalah merupakan filem yg Adie rekomen tuk ditonton oleh semua org...bagi 4/5 bintang k...apa2 ini adlah pandangan Adie sendiri..so terpulang kepada pandangan anda masing2 setelah menontonya nanti erk..hope enjoy k...oh ya, Adie tak heran kalau filem ni akan dijadikan drama bersiri..sure Adie akan follow..coz karakter dlm filem ni sungguh menarik untuk dikupaskan lagi..


Salam sayang,
ADIE WARIDI ADANZ HAMDAN



Comments

Popular Posts