Classe de' Art


Salam...

Kalau anda semua masih ingat pada entry yg sebelum2 ini, Adie dan rakan niaga ada nak jalankan kelas art...masa tu Adie guna nama ARTISSENI...rasanya dlm tahun lepas...tapi malangnya, kelas tu tak dapat dimulakan atas sebab2 tertentu....

Pada tahun ni, En Suzlee, yg merupakan seorang pelukis dan juga kawan Adie menyatakan bahawa ingn memulakan semula kelas art tu...so Adie pun dgn penuh semangat membuat semula website dan apa yg patut selain daripada membuat promosi...so kali ni Adie menggunakan nama CLASSE DE" ART.....

Kelas art ni akan bermula pada bulan Mac 2010...untuk permulaan 2 kursus seni ditawarkan iaitu
1) Figure Drawing Class
2) Oil/ Acrylic Painting Class

Setiap kursus mengambil masa 4 bulan untuk dihabiskan dan setiap kursus dikenakan bayaran sebanyak RM200 setiap bulan bersama dgn RM 10 pendaftaran sekali.

So kepada rakan2 blogger yg berminat boleh la bertanyakan kepada Adie atau layari website kami http://classedeart.webs.com. Kami juga ada fanpage kat FB, just taip classe de art dan jadilah fan kami k..

Adie harap pembaca blog Adie ni ada yg berminat nak join..kalau tak nak join pun takpela, tapi tolonlah promote kelas Adie k..hhehehee...


Salam sayang,
Adie Waridi

Comments

Popular Posts