ZAkAT : Rukun Yg 5

Salam

Minggu lepas masa pergi ke bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam Sec13, aku telah selamat menjalankan ibadah berzakat FITRAH aku...aku rasa ni kali kedua bayar zakat kat bazaar ni dgn org yg sama...tahun ni zakat fitrah bernilai RM7 dan aku membayar tuk diri sendiri. So bagi yg belum membayar zakat tu persilakanlah ya...dgn rasa tanggungjawab, aku berikan sedikit info berkaitan dgn zakat ini...walaupun aku pasti ramai yg dah arif...SELAMAT BERZAKAT


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)



"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)




Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zakat sila click perkara di bawah

PENGERTIAN ZAKAT

SIAPA YG WAJIB

HARTA YG WAJIB

ASNAF ZAKAT



Salam sayang,
I am .."W"

Comments

wak, just nak tanya, bazar amdhan s. alam tuh kat stadium ker? ada lagi tak kebab tuh..? just teringin nak mkn..
Adie Waridi said…
EAA: masih lagi ada..nn ramai org

Popular Posts