PAPADOM


Salam,


PAPADOM bagi Adie adalah sebuah filem yg penuh dgn nilai2 kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan dan perpaduan.ternyata percubaan Afdlin kali ini berhasil dan sesungguhnya intipati filem itu sendiri sesedap rasa seperti apabila kita memakan papadom.

Berkisahkan perihal seorang bapa, Saadom (Afdlin Shauki) yg begitu menyayangi anak perempuannya, Maisara (Liyana Jasmay) sehinggakan sanggup melakukan beberapa perkara yg diluar jangkaan (Saadom selalu berada di mana saja anak dia berada samaada di camping site, sekolah, party even sanggup menjadi pekebun di universiti anaknya.) hanya kerana mahu memastikan anak kesayangannya berada dlm keadaan yg selamat sekaligus cuba menunaikan janjinya kepada arwah isterinya, Munirah (Noor Khairiyah) untuk menjaga anak mereka. Transformasi watak Saadom yg pada mulanya begitu komited terhadap perniagaanya sehingga mengabaikan keluarga kepada seorang bapa yg terlalu sayang n protektif terhadap anaknya setelah kematian isterinya sungguh menarik.







10 minit pertama filem ini mampu membuatkan Adie terus berada di kerusi dan meneruskan tontonan Adie..tidak hanya mampu membuat Adie melekat di kerusi tetapi membuatkan Adie ketawa tak hengat dunia. ternyata ia sebuah filem komedi yg santai tapi penuh nilai2 murni dan ianya agak berlainan kerana memaparkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuannya yg jarang sekali ditonjolkan di layar perak..

Bagi Adie, filem PAPADOM berjaya membawa Adie melayari jalan citer yg simple tetapi disulami dgn perasaan..ada ketika gembira, sedih, kelakar dan sebagainya tapi ianya berjaya disulami dgn agak baiknya.

Dari segi lakonan, sapalah Adie untuk menghakimi mereka semua, tapi menurut pemerhatian Adie sepanjang melihat perjalanan para pelakon sejak menceburi dunia seni, Adie tidak nampak sgt perbezaan watak2 yg pernah mereka lakonkan sebelum ni..Afdlin masih dgn caranya yg selamba dan tidak ada bezanya dgn lakonan beliau dlm filem Sepi atau filem2 yg terdahulu (ada a few yg wataknya agak berbeza but almost like the same)...manakala Liyana still the old same Liyana since she started acting..but yet both of them won The Best Actor and Actress respectively during the 22th Malaysia Film Festival..so who am I to judge them..tapi Adie rasakan watak seperti Khairiyah dan Harum Salim Bachik byk membantu filem PAPADOM...Adie suka ngan karakter development Khairiyah (Munira) yg menjelma sebagai roh tapi dlm keadaan yg sungguh kelakar serta berpakaian mengikut keadaan..






but yet semua watak yg di bentuk untuk filem PAPADOM ni berjaya membantu perjalanan citer PAPADOM walaupun maybe ada yg ckp its kinda cliche to have character like playboy yg act macho, Hisham Hashim (Farid Kamil) n cheerleader yg gedik lagi jahat kan, Shasha (Scha)..

Menurut Afdlin beliau mendapat inspirasi membuat filem ni setelah melihat hasil kerja Yasmin Ahmad terutamanya filem "Talentime" di samping melihat dirinya yg selalu sibuk bekerja dan mengharapkan isterinya mnjaga anak2.So tidak hairan kalau ada yg terperasaan ada sedkit elemen yg akan membuatkan anda teringat hasil kerja arwah Yasmin Ahmad yang memang suka menerap kisah kehidupan org sekelilingnya yg penuh nilai kasih sayang, persahabatan dan perpaduan. Regardless lah ada elemn yg sama, yg penting mesej yg nak disampaikan dan Adie rasakan kita perlu filem2 begini kerana Adie rasakan masyarakat kita ni macam makin kureng jer ngan nilai2 begitu...at least takdela kalau masa genre seram jer, semua penggiat seni sibuk wat filem seram walaupun hampeh citernya begitu juga dgn genre lain...

Skrip yg begitu bersahaja n santai membuatkan kita berasa lebih dekat dgn jalan citer dan watak2 dalam filem ini. Oleh kerana itu tidak hairanlah sekiranya filem PAPADOM berjaya memenangi kategori Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 22 baru2 ini di Sabah dan sekaligus menggondol anugerah Filem Terbaik di festival yg sama.

Kesimpulannya, Adie masih berpuas hati menonton citer ni dan tidak kisah untuk menonton untuk kali kedua atau seterusnya. PAPADOM bagi Adie sebuah filem komedi untuk tontonan semua tak kira bangsa, agama, dan juga umur...kepada para bapa tunggal and maybe anak tunggal or anak2 yg ada bapa mcm Saadom ni, eloklah kiranya pergi ke pawagam menonton, kerana anda mampu mempelajari sesuatu dari filem PAPADOM ni...adakala kita tidak mampu melihat sesuatu dgn jelas walaupun ia berada di depan mata kita sendiri.

So nantikan tayangannya pada 08.10.09 di pawagam berhampiran anda k..Adie pasti anda akan ketawa dan enjoy citer ni...



Salam sayang,
I am.."W"

Comments

Qarl said…
yezza

cite ni best2

pling best

nurkhiriah
Adie Waridi said…
ijad:
selamathariraya gak

karl:
betul tu..tak rugi tgk
azli said…
Salam Ramadan dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Salam lembaran Aidil fitri Maaf zahir Batin sesungguhnya aku ade buat salah terkasar bahasa harap di ampun... salam kenalan…….

Lemang lontong ketupat laksa,
kuih semprit kuih koya,
Sebulan sudah lama berpuasa,
Tiba masa untuk merayakannya,

"Ramailah orang memasang pelita,
berbaju melayu cantik ceria,
Salam dihulur kemaafan dipinta,
Menyambut aidilfitri hari mulia"

Maaf kerana lama tak berkunjung dib log korang kerana aku kesibukan disaat kerja-kerja-akhir di bengkel.. sorry.. aku tetap mengingati kalian semua.. my friends.. sincere azli…
IT'S Me N.a.N.a said…
YEAY! Cerita nie mmg sgt best!!! saya dah pergi tgk semalam..

Popular Posts