Fund needed for my solo exhibition!


Salam,

Pagi tadi setelah penat berline dancing ngan makcik2 kat Taman Tasik Shah Alam, aku ke Galeri Shah Alam bersama dgn hmate aku Am...kebetulan Karnival Nasi Lemak Kopi 'O' TV9 sedang berlangsung di situ bermula hari ini sehingga esok 5hb April 2009...sempat lah juga merasa nasi kerabu dan minum air jambu batu...breakfast aku la tu...penat ooo menari..dah sebulan lebih tak menari....

Setelah berpusing melihat apa yg menarik di karnival tersebut (ternyata tidak menarik minat aku..hahahaha), kami pun masuk la area galeri Shah Alam....melihat persiapan tuk 1st Mail Art Festival Malaysia yang bakal berlangsung dari 7hb April ni sehingga 30hb April...aku terlepas peluang untuk menyertai festival tersebut dek kerana terlalu sibuk dengan pengambaran filem Dimensi Cinta...kalau tak leh letak dlm profile aku...huhuhuhu..nak wat camno...sedang merayau, terserempak la dgn Pengarah Galeri, Tuan Said Abu..lama sungguh aku tak ketemu samanya...sejak kami tamat kelas akrilik tahun lepas...lama erk...huhuhu..so malu alah gak nak jumpa dia..adalah sbbnya...anyway dia sedang membuat sibuk menghasilkan karyanya bersama dengan anak lelakinya, Dr Adi....makin maju mereka...bersemangat waja..aku pun pada satu masa dulu excited sgt tapi aku berhenti wat sementara waktu kerna aku kekrangan fund...ongkos la..bukan murah nak beli barang melukis nie....tapi aku sanggup berhabis tuk melukis kerana ia adalah salah satu passion aku dlm cabang seni ni...dan aku bersyukur kerana aku pernah berada di bawah tunjuk ajarku sifoo, En Suzlee Ibrahim....atas pertolongan dia, karya aku telah memasuki beberapa pameran di dalam dan juga luar negara...

Bila melihat Tuan Haji (panggilan manja kami kepada Tuan Pengarah) dan anaknya begitu berdungguh menghasilkan karya masing2, membuatkan semangat aku kembali bergolak....untuk menyambung hasrat aku untuk melakukan pameran solo..sebenarnya aku dan kawan aku telah diberikan peluang untuk membuat pameran solo di Concorde Hotel,Shah Alam tapi dek kerana kami selalu kekurangan uang katanya, hasrat tu kami pendamkan....tapi jauh disudut hati aku yg murni ini 9ayat meraih simpati), itulah impian aku sejak di bangku sekolah lagi....dan au sentiaa yakin aku akan melakukannya....

Entry aku kali ni bukan sekadar entry semata2 tapi ada udang di sebalik sudu dan grafu nya....sekiranya ada sesiapa yg membca entry ni dan juga penggemar seni..aku sebenarnya mencari funder tuk aku terus berkarya....dan adalah perjanjiannnya nanti....anda bukan fund semata2 tapi akan turut mendapat hasilnya...yg penting yakin (entry ni khas tuk org2 yg terlalu byk duit dan tak tahu nak wat apa ngan duit tu).....sekarang ni aku telah diberi jalan tuk berkarya tapi aku kekurangan ongkos....

Aku pun tak suka sgt mendapatkan bantuan org tapi untuk mempercepatkan proses ,aku perlukan bantuan, tapi sekiranya tak ada sesiapa yg akan membantu aku, aku tetap akan teruskan niat aku tuk menjayakan pameran solo aku..so dlm erti kata laian aku kena la kumpul duit berdikit2 walaupun sesen....


Dr Ady & En Suzlee berdiskusi tentang karya


En Suzlee & Tn Haji berdiskusi lagi


Antara karya2 yang dihasilkan oleh pelajar2 kelas akrilik bersama En Suzlee


Dulu karya aku pernah juga d gantung di dinding itu ( aku bekas pelajar kelas tersebut)




Apapun chayok to myself........YEAH!


p/s : kak belle, adie dah ubah title entry



Salam Sayang,
I am .."W"

Comments

lavidalabelle said…
adie. u can do it. chayok! chayok!

adalah lebih baik kalau posting title tu adie letak fund diperlukan untuk apa. jadi lebih jelas dan cepat org google ;>

cheers beb!

Popular Posts