Geng : Pengembaraan Bermula

Salam,

Aku baru jer lepas tgk citer Geng : Pengembaraan Bermula di TGV Bukit Tinggi bersama housemate aku Am dan Sham..kira happy time penghuni rumah 403 la...huhuhu...kesimpluannya aku bagi semua bintang2 yg berkelipan di langit tu.....

Geng : Pengembaraan Bermula adalah merupakan sebuah filem animasi terbitan Les' Copaque yang mengambil masa 2.5 tahun untuk di siapkan...mungkin ada yg tak tahu lagi citer ni..sebagai ingatan kembali...korang tgk tak citer Upin & Ipin yg dulu ditayangankan pada bulan puasa..kalau korang ingat kat watak tersebut, korang leh gambarkan citer ni..tapi kalau yg tak tgk citer Upin & Ipin tu, tak dapat la den nolonnya....so filem ni bukanlah berkisar sgt tentang si upin & Ipin (kiranya bukan sambungan dari siri ke filem k), sebaliknya mengisahkan satu kejadian misteri yg berlaku di sebuah perkampungan yg dipanggil Kg Durian Runtuh....apa kisah misterinya?...kehilangan buah2 durian di setiap kali musim durian....pelik tak?..mestila pelikkan....walaupun pelik dan misteri tapi tiada sapa yg berani mencari kebenarannya sehinggalah kepulangan badrol dan Lim ke kg tersebut...dgn kepulangan Badrol dan Lim, bermulalah sebuah pengembaraan yg begitu menakjubkan bagi aku yg melihatnya...

Secara jujrnya, aku begitu teruja menantikan filem ini di pawagam, kerana aku peminat citer Upin & Ipin...bukan kerana hanya minat pada setiap karakter yg di tonjolkan tapi aku tertarik dgn penghasilan citer animasi tersebut dan juga plot citer...sejak dari itu, aku begitu yakin bahwa Les' Copaque mampu membawa perubahan baru dlm penghasilan filem animasi 3D di Malaysia ni....dan ia memang terbukti dgn terhasilnya filem Geng:Pengembaraan Bermula....semasa melihat citer ni, ia mengingakan aku pada citer Ice Age dimana ada watak sampingan di dlm filem Geng ini memberi impak...yang nyata impak kelakar yg berkesan seperti mana watak tupai dlm citer Ice Age yg taksub dgn buah dia..aku pasti semua org pasti ketawa giler bila watak tu kuarkan..begitu jugalah perasaan yg anda boleh rasai apabila menonton filem animasi Geng ini....ada satu scene dimana anak2 ayam ketwa sehingga tumbang...masa tu aku gelak tak hengat k...thru out the film, memang tak kering gusi...

Aku suka cinematografi filem animasi ni,,menarik....setiap detail di ambil kira....karakter2 yg ada dlm filem ini mempunyai kekuatannya tersendiri menyebabkan setiap karakter tu sentiasa di dlm ingatan kita....bagi aku yg bukan animation designer tetapi hanya peminat animasi 3D, aku cukup berpuas hati dgn hasil kerja Les' Copaque ni...so apalagi beramai2 lah kita ke pawagam untuk menyaksikan filem animasi Geng : Pengembaraan Bermula.....mana famili yg anak2 mereka dah kenal watak Upin & Ipin tu, dinasihatkan agar bawalah anak2 anda menyaksikan filem ini...sure jadi one big happy family nya.......






website: www.gengthemovie.com

blog: gengmovie.blogspot.com



Salam sayang,
I am ...."W"

Comments

nizam. said…
thank you so much sebab tengok GENG! Gembira penghuni 403 happy. Ajak penghuni 000 - 999 untuk tengok gak hehehe.

-Nizam LCP
AddamBlack said…
wah! u dah tgk GENG! happynyer. terima kasih la sebab u tgk and enjoyed. terharu kami di LCP.

spread the GENG love ya?

-AddamBlack dari LCP-
IdaMandarin said…
Terima kasih kerana menyokong usaha Les' Copaque untuk menaikkan lg industri animasi tempatan kita :) Jgn lupa tgk Geng : Pengembaraan Bermula!
Adie Waridi said…
Nizam, AddamBlack & Ida:
Thanks to uols sbb hasilkan citer yg best ...wat byk2 lagi..hahahaha...yeah spread the Geng love!

Popular Posts