Penghuni Awal Rumah 905
Salam,
Penghuni Awal Rumah 905 adalah merupakan nama sebuah pameran lukisan yang sedang berlangsung di RA Fine Art
Pameran ini menghimpunkan karya-karya daripada 6 artis iaitu A. Latiff Mohidin, Allahyarham Zulkifli Dahlan, Maryam Hj Abdullah, Mohd. Yusof Osman, Mustapa Hj Ibrahim dan juga Siti Zainon Ismail. Dah lama aku tak menghadiri perasmian pameran lukisan dan seingat aku, kali terakhir adalah di Art Village Kelana Jaya.
Seperti yang aku jangkakan, kami bertemu dgn kawan aku, Alina UPSI..aku panggil dia camty sbb masa kelas akrilik dulu, dlm kelas tu ada 2 Alina so since dia belajar n mengajar di UPSI kami pun panggil Alina UPSI. .Dia ni yang aku rasa rajin menghadiri mana2 aktiviti seni yang berlangsung di Malaysia nie..bukan setakat pergi tetapi turut serta pun byk gak...dah nama pun budak art dan bakal bergelar pensyarah art juga bila dia sambung belajar di US nanti pada tahun hadapan.
Aku lak, still baru di dunia seni visual di Malaysia ni dan cuba mencari tempat kosong di dalamnya..tapi bak kata sifoo aku, En Suzlee ; Aku tak nak jadi pelukis yang hanya hasil karya dan keuntungannya diperolehi setelah berada dlm 'tanah' tetapi sebaliknya menjadi seorang artis yg di kala hayatnya di hargai. So aku tak nak jadi Van Gough tapi Picasso tapi bukan meniru gaya hasil kerja mereka k....
Di malam tu ketika semua para hadirin menjamu selera..makanan yang disediakan sedapp..lupa ambil alamat caterer tu...Kopratasa mengjadi penghibur halwa telinga kami semua dan juga beberapa org artis menyumbangkan sajak mereka seperti Pian Habib, Siti Zainon dan sebagainya...Aku tak pernah berada dlm suasana begini sebelum ini dan aku rasakan ia sesuatu yang menarik..perihal seorang anak seni..keindahan seni...
Melihat kejayaan mereka, aku pun turut ingin menjejaki..merasai sendiri keindahan dunia bergelar anak seni yang mungkin masih mentah dlm diri aku..aku berdoa tahun hadapan 2009 aku akan dapat membuat pameran di dalam dan luar negara..Insyaallah
En Suzlee and the gang
Comments
tapi aku suka tgk style rambut baru ko. satu lagi bila nak kasik artwork ko untuk aku letakkan kat dinding umah aku sebagai hiburan. kesian kat aku dinding umah aku kosong. huhuhuhu