Histeria-The review


Salam,

Apa yg aku nak describe pasal filem Histeria arahan James Lee nie...let me put this way, ianya sebuah filen thriller/ horror yang boleh di predict storynya kerana jalan citer yg mudah untuk di fahami..org putih kata str8 to the point..gitu la senah..katanya...Apapun aku agak berpuas hati menontonnya...aku menonton citer ni last Friday ngan 2 org kawan kat Bukit Raja Klang..since citer ni dah kuar lebih seminggu so leh la aku citer secara penuhnya citer tu..hwa3


Petikan dari blog Amy Ikram, since aku malas nak naip..hwa3

‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Ladies, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta. Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental. Apakah benar Murni yang membunuh?...hwa tetap nak tinggalkan persoalan wlaupun pada penhuju8ng citernya aku rasa semua org leh wat ulasan yg konkrit


So kesimpulannya leh aku kata seperti berikut:

1. Sebuah citer horror yang menarik kerana scene suspen tu ada yang menjadi.

2. Aku suka suasana yang digambarkan di layar, cinematografi yang menarik sesuai ngan suasana sebuah filem horror

3. Aku tak faham what the hell in the world yg suasana dlm hospital tu gelap mcm tak bayar elektrik setahun or ngah dlm proses penjimatan elektrik?..mana ada hospital yg gelap kat koridornya...sapa nak jawap...

4. The title of the movie is Histeria but thru out the movie langsung takde kaitan dengan sindrom histeria (kecuali yg di perolok-olokkan)...yg ada hanya jeritan berpanjangan, mungkin jeritan+hantu=histeria....walaupun penuh dgn jeritan tapi ianya masih boleh diterima pakai oleh gegendang telinga kita semua (maksudnya jeritan yg sesuai ngan time dia la-tu pun aku gak kena terangkan) tak seperti satu cerita tu yang menjerit jer sepanjang masa sampai bingit telinga dengar ouls...tekalah filem apa

5. Aku patut bagi kredit kat tukang wat effect filem ni...suka tgk mayat minah dlm toilet tu (lupa nama watak tu..hwa3) and mayat cikgu Helmi (ingat lak namanya..sapa nak jawap..he3)

6. Permulaan citer bagi aku adalah agak membosankan sampai aku rasa nak tertido..uuiikk larikkk

7. Pemilihan pelakon leh kata 90% sesuai n aku suka lakonan Lyana, Scha, Ady Putra dan pelakon2 senior..huhuhu...but aku rasa Scha macam tak berapa sesuai untuk wataknya..bukan dari segi cara dia menjiwainya tapi fizikal diri yg aku rasa membuat kan dia kelihatan lebih tua dari student lain....salah kelas nie...atau mengulang kelas kot..hwa3

8. Ada unsur2 x-rated yg masih lulus dari pihak penapisan yg menarik perhatian iaitu skandal cikgu ngan anak murid (masa Cikgu Helmi berbisik ngan Ju tu aduh meremang siot) dan scene lesbo...wah mcm best jer tgk watak Alisa dan Zeta hampir bercium...kalau ada adengan meraba kat leher lagi bestkan.berangan....hwa3


Erm lagi..rasa nya aku tak tahu nak tulis apa..sbb aku ni bukannya penggiat seni n tahu selok belok pembikinan filem tapi hanyala penggemar citer2 horror (suka sgt sampai teringin gak nak tgk hantu...) dan pengunjung pawagam di Malaysia ni yang mengharapkan sesuatu citer yg berbaloi tuk duit yg telah dikuarkan...lain la kalau Abg Ajami invite tgk premier....hwa3...So itula pandangan aku terhadap filem arahan en James Lee kita ni yang sungguh berbakat dlm menghasilkan filem indie...apapun anda semua masih ada pilihan masing2; mahu menonton atau tidak


Salam sayang
AdieWaridi

Comments

Popular Posts