Sunday, December 28, 2008

Al Fatihah kepada Tuanku Jaafar


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar di sini pagi ini , 27 Disember 2008.

Almarhum sebelum itu dimasukkan ke hospital tersebut setelah mengadu sakit dada.

Ketika ini jenazah masih lagi berada di Hospital Tuanku Jaafar dan akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.

Difahamkan jenazah almarhum akan dikebumikan esok.

Bersamalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada almarhum.

Amin

No comments: