Berposa Di Bulan Ramadhan

Sedar tak sedar dah nak separuh bulan kita berposa..bagi aku ia pengalaman yg sungguh menarik..selain daripada menambahkan pahala (tambah ker?), waktu ni la akan dilihat traffic jam di jalan raya tertentu lagi teruk..semua org berpusu nak balik umah untuk berbuka...waktu nila semua nak beli ketika pergi bazaar ramadhan..lastly makan tak abis...tapi posa kali ni aku byk membuat pilihan yg bijak..aku kurang berbelanja tak macam dulu kalau beli kuih berjenis2 lastly end up kat tong sampah jer...in fact lately aku beli karipap 3 ketul pun aku tak makan lepas makan nasi...

Sepanjang bulan posa nie nampaknya aku takde job kawin, kerja2 styling...pening gak sbb takde income..tahun ni tak sempat nak plan tuk berniaga di bazaar ramadhan..tapi tgk la camna tahun depan...sedang2 dok pikirkan nak cari income, secara tak sengaja aku tertarik dengan sebuak kompeni wat hamper n kuih raya di Sec13 Shah Alam...setelah melihat websitenya aku terus berbincang dgn rakan niaga aku untuk terus berjumpa dgn pemilik kedai tersebut untuk menjadi dealernya....kebetulan lagi, a friend of mine ada minta carikan hamper exclusive tuk Maybank...katanya nak 100pcs...setelah melihat hamper yg ada di kedai tersebut , aku memilih beberapa sampel hamper tuk di presentkan kat Maybank nanti...

Walau bagaimanapun, projek ni bukanlah dibwah atas nama syarikat aku tapi syarikat kawan kami kerana ini adalah projek mereka dan aku hanya org yg wat ground work since diorang kerja...at the same time Maybank request souvenier items juga..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, mereka berkenan ngan barang yg kami dan yg mereka perlukan sgt adalah hamper raya..setelah kali kedua berjumpa membawa sample hamper dan sebut harga, akhirnya mereka bersetuju untuk menempah daripada kami...sebaik saja mereka kata setuju, aku bersyukur ke Hadrat Illahi kerana doa aku n bisnes partner aku termakbul...apa yg lebih menggembirakan kami semua adalah kerana kuantiti yg ditempah bukanlah 100 seperti yg dinyatakan pada awalnya tapi sebanyak 2570....untuk di hantar ke semua cawangan Maybank di selangor...Alhamdulillah..ada gak rezeki tuk raya nanti...selain hamper, barang2 gift juga mendapat tempahan....So semenjak posa ni aku sibuk ke hulu ke hilir untuk selesaikan perkara ni...sampai ada ketika tu terpaksa berbuka di luar sedangkan selalunya kami berbuka di rumah n masak...bukan aku yg masak tapi housemate merangkap bisnes partner aku...

Bercakap pasal berbuka di luar ni, tahun ni aku n bisnes partner aku berbuka di Chicken rice Shop, Giant Sec13,...kalau tak silap aku tu merupakan kali kedua di bulan posa kami berbuka di situ...and kalau tak silap menu pun still sama tuk set di bulan posa nie...Ermm..boleh la...bila sebut pasal buka posa ni teringat lak nak berbuka posa kat Intekma..buffet...heheheh..nak plan makan berbuka kat sana...nak rasa sedap atau tak...kalau sedap tahun2 depan leh g lagi..tak gitu cik kiah oooiii...tetiba jer masuk cik kiah lak kan...katanya...

Bila dah jadi projek tu, sonok la sikit tuk balik beraya kali ni, sbb dapat bagi mak bapak aku duit raya lebih sikit n beli keperluan umah apa yang patut dan tidak lupa juga memberi "duit raya" kepada kawan2 tertentu (hutang la...dah besar watper nak bagi duit raya)..hehehehe

Snce aku tgk prospek hamper di bulan perayaan ni menguntungkan, akan aku teruskan di tahun2 hadapan, cuma kali ni aku akan lakukan promotion lebih awal lagi...ni pun projek ngan Maybank kira last minute la...nasib baik la kak Siti (supplier hamper) leh nak cater..if not melepas $$$$$$$....huhuhuhuu

Selain kerja hamper ni, aku cuma sibuk wat persiapan untuk wedding bulan 10 ni di KL..kena ke hulu ke hilir cari material...dan juga ada kerja grafik..last minute gak...tapi aku grab jer..tu semua aku anggap rezeki di bulan Ramadhan nie....

Comments

Popular Posts