ING TVC : Day 1





Semalam iaitu pada hari Jumaat, aku n partner aku ada job styling. Pada mulanya memng tak tau pun styling tuk apa..tak di bagi tau oleh kawan kami Abg Dino..yg pasti kami dikehendaki berada di Damansara Perdana jam 3.00 ptg.

Sesampai kat Damansara Perdana, ada fitting tuk tvc (iklan tv)..fitting tu wat kat THE OXYGEN CHANNEL..nice opis diorang..serba putih n moden..sampai jer kat meeting room tgk kat lantai penuh dgn pakaian...erm mcm biasalah..so bermula kerja kami..mencari pakaian mengikut kehendak client..menggagau la jugak...coz kami ni just wardrobe assistant..so takde briefing apa pun...so wat kerja on the dot...


Sepanjang fitting diadakan..aku tertarik ngan talent kecil ni..so comel giler...namapun ala2 pemain bola sepak...nama dia Zidane..kat bawah ni la pic dia..cute tak...si Ryan pun coeml gak...so petah bercakap..speeking jer..huhuhu..lebih lancar speaking English dia dari aku..camno tu...



Lebih kurang 2 jam kemudiannya, aku tetiba sakit...sakit dibahagian tengah dahi aku antara kening mata..ni adalah kejadian ketiga dlm tahun nie...mula2 masa kat Midvalley sehinggakan aku terpaksa berehat kat Carl's Junior Burger hampir sejam lebih..coz aku tak leh nak berjalan..aku tak leh nak stabilkan badan..kejadian kedua masa kat central Market..aku lepak kat restoran mamak sejam lebih juga tuk aku pulih semula walaupun bukan seratus peratus tapi tuk aku gagah berjalan balik...so semalam kejadian itu berlaku lagi...bila dah ada tanada2 camtu aku terus jer keluar dari opis tu cari panadol dan air...dan terus berehat dlm kereta..tinggalkan segala kerja..so kawan2 aku la yg menguruskan semuanya.. nak 2 jam gak aku rasa..tu pun aku tak pulih sgt..sakit sungguh..loya semua ada...dah macam org ngandung lak bila kat loya..huhuhuhu..yg nyata aku sakit sgt la...aku cuba gak merehatkan diri..bila aku dapat memeditasikan diri ok la jap tapi bila aku terjaga dek kerana bunyi bising kat luar, kepala aku sakit semula...mas atu aku asyik tanya bilalah nak habis kerja fitting nie..coz aku tak tahan ..nak balik umah jer n rehat..tapikan sakit2 tu sempat gak aku self captured pic aku masa ngah menidurkan diri..






Akhirnya dalam kul 8 fitting pun abis..but aku still tak ok..apapun balik shah alam..balik umah...dipendekkan citer..sampai umah aku zzzzzzzzz setelah hmate aku tolon sapu balm kat bdn aku n bagi aku makan..samapi makanpun kena suap..bayanglah sendiri keadaan aku mcm mana masa tu...lu pfikirlah sendiri..huhuhu ..ttiba trademark nabil la pulak...

Comments

Popular Posts