123 POSE Model & Talent Management

Logo




Pada Rabu yg lepas, aku ngan biz partner aku telah mula mengiklankan pencarian model dan talent tuk agency kami..Kami berikan nama 123 POSE Model & Talent Management..Actually aku yg pilih..aku suka..yelah bila ada photoshoot misalnya, model akan di arah..123 Pose...so sebab tu aku ambilnya sebagai nama agency kami.

Bermulanya idea untuk menghasilkan model/talent agency sendiri apabila setiap kali kerja styling yg kami buat untuk iklan tv, pihak production ada bertanyakan sama ada kami ada menyediakan talent..sejak dari itu kami terpikir untuk membuat agency model/talent sendiri..

Sejak di iklan di group2, foreum2 dan kakiseni, ramai yg telah menghantar resume mereka..ada yg newbie dan ada juga yg telah mencipta nama..pada permulaannya kami akan lebih tertumpu menghasilkan talent untuk iklan tv, sekiranya applicant yg diterima layak tuk di masukkan ke kategori high fashion kami akan mula pasarkan mereka keada client yg berkaitan dgn fashion

Diharap cabang perniagaan kami ni akan berkembang maju. dengan itu 123 POSE Model & Talent Management adalah merupakan sister kepada STYLEBY2-Fashion & Wardrobe Stylist.







Print Screen




Untuk keterangan lanjut boleh la layari http://123pose.wordpress.com

Sekiranya sesiapa yg berminat untuk diketengahkan bakat modelling dan talent boleh la emailkan kepada styleby2@yahoo.com untuk mendapatkan borang.

Salam
Adie Waridi

Comments

Popular Posts