Lagenda Budak Setan : Preview



Salam,

Ahad lepas (23 May), Adie dpt sms daripada Uncle Ajami;

"Jemputan pratonton filem LAGENDA BUDAK SETAN: Isnin 24 Mei, 10am, GSC Mid Valley..sila balas YA (datang) atau TIDAK (tak datang)-ajamihashim"

Dengan pantas tanpa berfikir, Adiepun terus balas "YA"...hahahaha...tanpa berfikir..pelik lak kan...berfikir la tu sbb bg jawapan YA...Adie ni...isshhh3x

So hari yg ditunggu sudah tiba...bergerak agak lewat iaitu dari Shah Alam jam 9.40am..so dgn pantasnya kawan Adiemembawa keta dan kami berjaya sampai ke Mid Valley jam 9.55am...erkkk pantas sungguh tu..nasib baik jalan tak jam..kalau tidak jgn harap k...mcmla tak tahu Federal tu asyik jam jer kan...

Well, wajah pertama yg jumpa adalah2 blogger gegeh iaitu Ray, Megat dan juga Adi Luqman...kalau nak jumpa diorang ni je mesti kat preview filem..huhuhu...susah nak jumpa diorang ni...but Adi dah jumpa hari Jumaat lepas masa wat deco tuk dinner Qarl ...pasal tu nanti tunggu kat entry yg lain ya...

Dah borak jap terus ke pendaftaran...mcm biasalah dah daftar tu apalagi the best part is dapat goodie bag...rasanya kat umah dah byk goodie bag ..bukan rasa, memng pun...takpe Adie suka barang2 free ni...tak semua org dpt...hahahaha

Byk lah Adie merapukan...str8 tu the point la...sebenarnya Adie tak tahu pun yg filem ni adlah adaptasi daripada novel terlaris kat Malaysia ni..yg ditulis oleh Ahadiat Akashah..patutla masa nak masuk pawagam Adie terserempak ngan Ahadiat Akashah..so mcm confuse la jap...rupa2nya filem ni daripada adaptasi novel dia...sori ya Abg Ahadiat...saya tak baca buku abg wlaupun saya dgr buku2 abg best2 giler...bukan nak bongkak kata tak baca buka Melayu, semua buka novel lain pun saya tak baca...hahahah..teruk giler...baca surat khabar jer...anyway back to the film...so kita dah sampai ke seyes part ...

So Adie wat kesimpulan lah ya ;-

1. Adie suka giler filem ni wlaupun Adie sebanrnya tak pernah baca novelnya...so Adie tgk as sebuah filem dan Adie tak membandingkan olahan yg dibuat dari novel ke filem...sbb kalau kita dah baca novel n tgk filem kemudiannya..sure kita akan rasa ada yg tak kenalah, tak cukuplah...kenapa tak smalah...susahlah kan..so Adie rasa elok tgk filem dulu baru baca novel dia..so pesanan wat Abg Ahadiat bersiap sedialah cetak lagi novel tu ya..sebb Adie rasa ramai yg akan mencari novel tu di kedai2 buku nanti...

2. Sinematografi filem ni sungguh cantik dan pergerakan kamera adlah berbeza daripada filem2 lain Malaysia..yg Adie perasan, shot close up adlah intipati dari segi pergerakan kamera..ehbetul ker Adie ckp ni..belasah jela..ertinya sepanjng korang tgk filem ni nanti..korang akan perasan yg kamera suka close up daripada full shot...which is Adie dapati sungguh menarik kerana agak bertepatan dgn apa yg cuba digambarkan kerana kebanyakan pelakon diuji dgn mimik muka untuk mengekspresikan perasaan seterusnya menggambarkan situasi...

3. Dari segi pemilihan pelakon...overall ok...just
- Farid Kamil agak nampak berusia untuk dipotraykan as remaja..tapi mungkin kerana nak cari bakat remaja yg baru yg berkebolehan macam farid kamil tu susah so better playsafekan (oh ini bukan iklan durex ya..hahahaa)...
- Pemilihan Zoey pula untuk berada dlm geng budak setan tu mcm tidaklah sesuai kerana seperti yg semua org mungkin tahu wajah Zoey gerak geri gasing ni kan wajah budak2 baik yg comel2..so mcm kurng ngam tuk jadi budak setan..
- Que tidak boleh disangkalkan lagi kehebatan dia membawa watak2 dlm any lakonan dia..superb
- Lisa Surihani, Adie suka lakonan Lisa kali ni berbanding dlm filem2 or drama2 sebelum ni..kali ni lebih nampak neutral...thumbs up Lisa
- Fazura...si cantik ni tidak pernah mengecewakan Adie...tanpa dialog, Fazura mampu menyampaikan apa yg dirasa...suka kot ngan cara mimik muka dia..superbbb!
- Lakonan Shikin pula tidak mengecewakan...punya pakej yg menarik sperti Lisa dan juga Fazura
- Nubhan pula, artis realiti AF ni tidak kurang hebatnya...begitu juga dgn Raja Farah

4. Memandangkan citer ni cuba disampaikan sperti mana dlm novel itu, Adie rasakan plotnya terlalu byk senhinggakan setiap plot2 citer tersebut mempunyai klimak (bukan klimak yg itu ya...hehheeh) yg agak sekejap..cuba bygkan nak citer kisah seorng remaja yg nakal di zaman universitinya, kemudian bercinta, dan berubah perangai, kemudian berjauhan dgn kekasihnya, dan kekasihnya pula terpaksa berkahwin, dan kemudiannya mengalami kemalangan, bercerai dan bertemu dgn kekasih lama semula tapi malangnya hilang ingatan dan cuba untuk mengembalikan ingatan dan seterusnya...byk bukan...sehinggakan Adie rasa penghayatan itu tak kesampaian...ala2 potong stim la..but again what do u aspect nak letak semua dlm masa 1 jam 45 minit..ya idak? but again it was a nice romantic film

5. kalau nak dicakapakan dari segi detailing yg lain yg Adie dan rakan2 bincangkan selepas tayangan tu byk benda nak ckp..but kami letakkan ketepi kerna apa yg tlh di layar perakkan daripada sebuah novel terlaris ni adalah cukup bagus dan sempurna...sebuah cerita cinta agung remaja...sehebat cinta agung Puteri Gunung Ledang...

6. Soundtrack filem ni hanya 3 jer..jimatkan..hehehe..pada mula Adie dgr lagu Bila Cinta, permulaan lagu jer yg Adie suka..tapi lama2 sedap gak dgr lagu ni...semua runut bunyi filem ini adalah hasil karya org seberang...jiran kita Indonesia...teringat lagu tu mcm ala2 Ada Apa Dgn Cinta...

7. Satu benda lagi yg Adie suka bila tgk filem ni adlah kerana..pelakon utama perempuannya iaitu Lisa, Fazura dan Syikin...memukau Adie dgn kecantikan mereka...seyes Adie suka tgk diorang cantik kot...hahaha

Rasanya mcm pjg giler entry kali ni..so Adie malas nak berbicara pjg lebar lagi sedangkan dah memng pjg lebarpun , so Adie sendiri sarankan kepada semua peminat2 filem Melayu Mlaysia, dtglah beramai2 menonton filem LAGENDA BUDAK SETAN di pawagam berhampiran anda bermula pada 3 Jun ini...

Dgn ini Adie akhiri entry ni dgn ungkapan dlm filem tersebut

"Aku mencari CINTA, bukan perempuan"

Fikir2kan...hehehehe


Salam sayang,
Adie Waridi Adanz Hamdan

Comments

Bestnye..
Never nk ajak tau :(

Love,
PojiePooh Abdullah

Popular Posts