Still I'm missing her


Salam,

Hari ni dah masuk hari ke-3 pemergian Yasmin Ahmad ke Rahmatullah...and yet aku masih rasa kehilangan..secara jujurnya, aku tidak mengenali beliau secara peribadi, tapi kenapa aku begitu terasa kehilangan beliau?

Secara sedar atau tidak, segala hasil kerjanya telah memberi kesan dlm hidup aku...paling ketara, kerana filem2 hasil beliau, aku mula meminati filem Malaysia terutama filem Melayu....secara jujurnya, filem2 melayu bukanlah pilihan utama untuk aku tontoni setiap kali ke pawagam tapi semenjak file Sepet, aku mula menghargai filem2 melayu yg berkualiti....

Aku mula mengenali Yasmin Ahmad semenjak org ramai mula heboh mengenai citer Rabun yg ditayangankan di TV3..tapi malangnya, aku tidak sempat menonton telefilem Rabun tersebut...apa yg aku tahu ianya memberi impak yg besar...sejak itu, aku mencari siapakh Yasmin Ahmad....

Sejak itu aku menjadi pembaca setia blog beliau..kerana bagi aku, beliau cukup ikhlas dlm setiap penulisan beliau dan kata2nya sungguh indah di baca...yg mana secara tak langsung membuat kan kita dekat dgn beliau...begitu jua dgn aku....jadi tidak heranlah, blog beliau adalah blog pertama yg aku link masa mula2 aku membuat blog......

Melalui blog beliau aku mengikuti perkembangan beliau dan jauh disudut hati aku, aku bangga dengan beliau...pernah juga aku meghantar komen di blog beliau tapi aku tak pasti sama ada beliau ada membcanya sbb setiap entry beliau akan menerima komen lebih dari ratusan komen...dan aku hanyalah peminat beliau yg memuja dari jauh....

Bagi aku, bermulanya dari filem Sepet, ia memberi satu horizon yg baru dlm industri filem malaysia dan i juga mengembalikan kembali keyakinan aku terhadap filem2 Malaysia terutamanya filem Melayu....kerana beliau aku memberi ruang kepada filem2 Melayu di dalam hati aku....aku memng tidak pernah kecewa dgn setiap hasil karya beliau...

Perginya beliau membuatkan aku tertanya, dapatkah aku menonton lagi filem2 yg berjiwa murni seperti filem beliau?..hanya masa akan menentukan....

Masa ura2 yg kata beliau sudah meninggal dunia n tersebar di internt, aku menerima sms dari seorang sahabat, aku tersentap, langkah ku terhenti dan tanpa aku sedari air mataku menitis.....itu adalah perasaan aku yg tidak pernah bertegur dan sempat mengenali beliau secara peribadi..bagaimana dgn org yg begitu rapat dgn beliau?..hanya tuhan je tahu akan perasaan mereka itu...

Masa beliau dlm koma, aku mengharapkan beliau terus bertahan, tapi apakan daya Allah lebih menyayangi beliau....akupun kebetulan sakit teruk masa beliau meninggal pada sebelah mlm dan aku hanya tahu selepas tengahari 26hb setelah aku diberitahu oleh rakan serumah...aku hanya mampu terdiam dan mennagis dlm hati....dan merdhakan pemergiannya.....


Al-FATIHAH


Salam sayang
Adie Waridi

Comments

Popular Posts