Monday, July 18, 2011

Kali kedua untuk tahun 2011



Salam,

Tetiba nak mencoretkan sedikit kisah hidup Adie di entri ni setelah Adie update entri pasal teater muzikal DREAMGIRLS yang Adie tgk bersama2 13 org rakan Adie yg lain semalam...

Kali kedua untuk tahun 2011...apa yg kali keduanya?...erm inaya adalah kali kedua CINTA Adie ditolak..faham?..x faham..meh Adie eja dlm English lak...R.E.J.E.C.T...ermmmm mungkin dah nasib badan...yang pertama dulu sekurang2nya lebih 3 bulan pengenalan yg sungguh erat akhirnya baru Adie tahu keputusannya tapi yg kedua ini tak sampai sehari dah tahu keputusannya walaupun perkenalan bermula selama 2 bulan lebih....ntahla, apa silapnya..mungkin Adie yg silap, menagih CINTA pada org yg sedang bersedihan kerana CINTAnya tidak kesampaian...dan mungkin kerana itu Adie dijadikan pengganti sementara...ntahla

Agak lama untuk Adie tidak merasa seperti mana yg Adie rasakan ketika itu...rasa betapa merindui seseorang sehingga segalanya urusan kerja tidak dptdilakukan dengan wajar...setiap kenangan bersama bermain difikran  setiap saat masa berlalu terus bermain difikiran....masa itu jelas sgt betapa Adie sayangkan dia...sayang sgt...tapi itu tidak mampu memenangi hati sidia...dan akhirnya CINTA Adie ditinggalkan begitu saja...tertarik dengan personalitinya....fizikal jauh sekali....Adie rasakan hatinya suci pabila dia bercerita dengan Adie mengenai kisah cintanya yg tidak kesampaian...saat itu CINTA Adie berputik....

Kini, segalanya berubah walaupun pada dasarnya, kami saling berkata bahawa kami akan tetap berkawan...tapi kini, kiriman sms makin berkurangan dan bila bertemu hanya sepi wujud antara kami....kemesraan sebagai seorang sahabat juga hilang bersama....ntahla..Adie tak faham...Adie tetap akan anggap di kawan Adie...i alwiz do...Adie tahu nak bezakan perasaan Adie bila org dah kata "Kita hanya kawan"....Adie mampu bersikap pro...membezakan antara kawan dan kekasih...so jgn la kamu risau pabila bertemu...hanya satu Adie pinta, tegurla Adie seperti biasa...itu sudah cukup membuatkan hati Adie gembira..

Masa berlalu, Adie cuba melupakan segalanya...mulanya agak sukar..teramat sukar..sehingga air mata akhirnya jatuh kebumi semula....pernah kerana terlalu fikirkan sidia, tanpa sedarAdie terduduk di bilik air sambil menangis....air mata mengalir bersama dengan pancutan air mandi....tapi terima kasih Tuhan kerana masih memberikan kekuatan kepada Adie untuk bangun meneruskan liku hidup Adie

Ketika bersedih itu, Adie doakan agar CINTA jangan hadir lagi dlm hati ini....tapi entahla...segalanya dengan izin NYA....sekiranya CINTA hadir lagi, Adie akan terima dengan seikhlasnya..

Untuk sidia...teruslah pencarian CINTA sejati mu...Adie tetap ada bersama mu sebagai kawan mu sekiranya hati mu dikecewakan lagi...telinga ini sedia memdengar segala rintihanmu...

Buat CINTA, hati ini tidak mahu menderita lagi walaupun seketika..tetapi sekiranya kamu hadir dalam hati ini, aku akan terima seikhlasnya...

"MENCINTAI SESEORANG ITU TIDAK SEMESTINYA HARUS DIMILIK"


Yang iklas menulis,


Teater : DREAMGIRLS



Seperti mana yang ramai mungkin telah maklum, pementasan teater muzikal “DREAMGIRLS”  (TMD) telah pun berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya KL bermula pada 14-24hb Julai 2011.
Adie tidak berpeluang menonton TMD ketika tayang media pada 13hb Julai yg lepas tapi Adie berpeluang menonton TMD pada 17hb Julai 2011 bersama-sama 13 rakan Adie yang lain ketika Tayangan Malam Gala Diraja yang dihadiri oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah bersama tetamu diraja yg lain.
Sepanjang pementasan TMD selama 2jam 15 minit tersebut ternyata ianya sebuah pementasan teater muzikal yang sungguh mengujakan.
Jika dibandingkan dengan filem “Dreamgirls” lakonan Jeniffer Hudson, Beyonce Knowles dan ramai lagi, tidak banyak perubahan dilakukan pada jalan cerita dan plot filem tersebut. Teater ini masih mengekalkan karya asal, dimana perjuangan 3 anak gadis yang menggelarkan diri mereka “The Dreams” mangharungi pelbagai cabaran demi mengejar impian untuk bergelar bintang.
Sepanjang berada di dalam panggung, Adie amat teruja dan terpseona dengan lakonan, nyanyian, prop dan kostum teater tersebut. Yang pasti pementasan teater muzikal ini sungguh mengujakan, sarat dengan emosi. Yang pasti hampir disetiap babak yg dipaparkan menerima tepukan gemuruh daripada para penonton.
Teater Muzikal “DREAMGIRLS” bagi Adie ternyata berjaya mencungkil bakat tempatan untuk menjayakan sebuah teater muzikal yg bertaraf antarabangsa ini. Sesungguhnya ianya merupakan sebuah “Broadway Musical” yg pasti membuatkan penonton tempatan meletakkan harapan yang sugguh tinggi, tapi apa yang Adie pasti harapan anda tidak dikecewakan.
Menyentuh dari segi nyanyian, ternyata kesemua pelakon memiliki kelantangan dan gemersik suara yang sungguh menghiburkan penonton.  Pujian patut diberikan kepada Cheryl Samad, Dafi dan Azura Zainal kerana pementasan ini telah membuktikan bahwa mereka boleh menyanyi dengan lebih bagus dan membuktikan kemajuan mereka di dalam bidang nyanyian. Tetapi pujian hebat perlu di lontarkan kepada Elvira yang memegang watak Elfie White..keunikan, kelantangan,dan gemersik suaranya tidak perlu disangkalkan. Untuk pengetahuan anda semua, watak Elfie White didokong oleh dua orang pelakon iaitu Elvira dan juga Dina Malaysian Idol.
Sepanjang pementasan tersebut, mutu lakonan mereka cukup memuaskan. masing-masing berjaya membawa peranan yang sangat baik dan berkesan. Kesimpulannya, pementasan teater muzikal “DREAMGIRLS” ini berjaya memberikan kepuasan kepada para penontonnya termasuk Adie sendiri.
Sepanjang pementasan ini anda semua akandiperdengari dengan beberapa buah lagu seperti ‘Cadullac Car’, ‘Steppin to the Bad Side’, ‘Family’, ‘One Night Only’, ‘When I First Saw You” dan banyak lagi. Memandangkan Adie telah memonton filem “DREAMGIRLS’ beberapa kali, oleh itu tidak hairanlah sekiranya Adie juga turut bersama menyanyikan lagu-lagu tersebut.
Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan TEATER MUZIKAL DREAMGIRLS, Adie sarankan anda memndapatkannya dengan kadar segera kerana pementasan hanya akan berlangsung selama 10 hari sahaja.  Tiket-tiket boleh didapati di http://www.airasiaredtix.com/Events/Dreamgirls/ atau hubungi talian AirAsia RedTix +603-87754666. Harga tiket dijual dengan harga RM48, RM88, RM128, RM168, RM228, RM288, RM353.
Matinee shows (3:30 PM shows)
RM353, RM248, RM208, RM148, RM108, RM68 and RM48.
Royal Gala Night (17 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103.
Charity night (16 & 24 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103


Selamat menonton…
Yang  ikhlas menulis;