Tuesday, March 29, 2011

Selepas 10 tahun

Salam,

Uwaaaa....lately agak bz dan kepenatan..kerana itu tak update blog...masa diperuntukkan tuk tido..hehehe...(Adie kaki tido)..erm berbalik epada tajuk entri..mesti ada yg tertanya apa yg selepas 10 tahun?....Apa erkkk...apa yg Adie nak citer dlm ni adalah berkaitan dengan pemergian Adie ke Perlis atau lebih spesifik ke Kangar Perlis...

Jumaat yg lepas Adie dan biz partner pergi ke Perlis atas urusan kerja..kerja apa?..teruskan membaca nanti anda akan tahu...since kerja syarikat Adie berkaitan dengan hotel yg bakal kami diami, so Adie bercadang membaca ayah, mak dan abg long Adie sekali pergi ke sana...pada mulanya mereka tak jadi ikut tapi last minit setuju untuk ikut sekali...masatu Adie sungguh gembira la, sbbnya Adie dah lama nak bawa mereka berjalan2..selama ni Adie je yg ikut trip mereka...so kali ni mereka ikut trip Adie...nak jadikan cerita, abg ngah Adie dan famili dia pun ikut last minit setelah diberitahu...yg tak tahan tu siap ambil cuti emergency ok...yela, Adie pergi pada hari bekerja iaitu hari Jumaat...tak sangka pulak Abg Ngah Adie dan keluarga sanggup ambil cuti dan ikut...huhuu..sebegitu sekali kan...al maklumlah kami dapt bilik free..hehhe..sapa xnak kkan...

So pas solat Jumaat kami semua bertolak dua kereta ke Kangar Perlis...wah tak sangka, akhirnya Adie akan ke Perlis lagi sekali setelah lebih 10 tahun meninggalkan Perlis...kalau anda smeua nak tahu dulu Adie belajar di UiTM Arau Perlis (masa zaman ADie belajar UiTM masih dikenali sebagai ITM)....itu kisah 10 tahun yg lalu...wah begitu cepat masa berlalu dan Adie pun makin tua...hahaha...so itulah releveannya tajuk entri kali ini...setelah 10 tahun, Adie kembali semula ke Perlis...tak sabar nak tgk pembaharuan dan pembangunan di Perlis..adakah masih seperti dahulu?....

Perjalanan mengambil masa lebih 5 jam...Ni la 1st time Adie drive dari Ipoh ke Perlis...siap tanya kat kawan nak exit kat mana...huhuu..yela dulu zaman belajar naik bus dan train...so tau2 dah sampai jer..hehehe...anyway, perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat...kami semua tinggal di Hotel Seri Malaysia Kangar...hotel ni belum lagi beroperasi dan masih belum siap sepenuhnya...so kalau nak tahu hubung kaitnya Adie ngan hotel ini adalah syarikat Adie dipertanggungjawabkan membuat uniform baru untuk rangkaian Hotel Seri Malaysia di Malaysia...so sbb itulah Adie dan rakan biz Adie ke Perlis...sbb nak hantar unifrom yg telah siap...since hotel ni belum beroperasi lagi, so hanya keluarga Adie, rakan niaga dan Adie sahaja yg tido di hotel tersebut...erm 3 org staff dan juga Resident Manager, En Farid...Adie memng berterima kasih sgt kat En Farid dan KArtini kerana menyediakan 3 bilik kepada kami...

Malam pertama kat Kangar kami hanya pergi makan makanan laut kat kawasan baru iaitu Komalaut...terletak berhampiran dengan simpang ke Jeti Kuala Perlis...tempat ni menarikla ..sbb masih baru dan agak kemas dan teratur..terletak di tepi muara Kuala Perlis....terdapat lebih kurang 8 buah kedai...masa kami dtg, ada sekumpulan pelajar lepasan SPM yg membuat jamuan di situ..yelah dah kuar result SPM kan, so apalagi celebrate la..terinagt zaman Adie balajr dulu, bila dah akhir sem, kami ramai2 sewa kereta pergi makan kat Kuala Perlis, then lepak2 til subuh...yela zaman tu itu je aktiviti yg leh dilakukan....mlm tu hujan turun agak lebat menyebbkan pergerakan kami terbatas...so malam pertama hanya berkesempatan pergi ke Kuala Perlis..makan2...makanan kat Kedai Mona di Komalaut ni sedap...price boleh tahan gak la..mlm tu habis around RM200+ tuk 6 org dewasa makan....okla kot...janji sedap...

Oh Yayyan dihujung meja..baik2 tau

Jemput2 makan...

Hari kedua, Adie dan rakan niaga Adie sibuk agihkan uniform mengikut department..dan juga mengambil ukuran baju baru tuk staff yg baru masuk...kira ni 2nd batch la..sbb sebulan yg lepas, rakan niaga Adie dah pergi ke hotel ni ambil ukuran mereka...sementara Adie dan rakan niaga sibuk ngan urusan kerja, keluarga Adie pergi ke Padang Besar...apalagi kalau bukan shopping..biasa lah tu....dan hujan masih turun..pergerakkan agak terbatas...selesai kerja dlm jam 3 ptg...so rehat dulu sementara menati keluarga Adie balik....dlm jam 5 lebih, keluarga Adie balik hotel dan Adie pulak yg kuar ke Kangar...sbb ADie nak cari butang baju melayu...sbbnya mlm nanti ada sedikit majlis dilakukan di hotel ini....secara kebetulan sepasang baju melayu ada dlm kereta...majlis mlm tersebut kami memng tidak tahu menahu...

Pergi ke Kangar..jejalan kat pekan dia..masih seperti dahulu ..cuma ada beberapa kawasan baru...dan sekarang dah ada bowling centre kat Kayangan Square...Store masih lagi beroprasi sejak dulu...duduk kat Kangar ni memng takde aktiviti lain selain daripada makan...Adie rasa berat badan Adie dah naik..huhuhu...so petang tu Adie pergi makan ABC,pasembor dan mee goreng yg terletak bersebelahan Kayangan Square....ternyata sungguh sedap..so tak heran la ramai org yg berkunjung ke gerai tersebut...dan lagi satu harganya sungguh murah....Adie order 6 bungkus laksa dan bihun sup..dan harga tuk satu pek adalah RM2 jer...OMG harganya masih seperti 10 tahun yg lepas...kalau kat KL dah RM3 satu....mana tak mewah makan kalau duk kat Perlis ni....

Kayangan Square..tepi bangunan ni terletak gerai makanan yg menjual ABC, sup daging yg sedap



Malamnya, Adie, rakan niaga dan ayah Adie join majlis keagamaan yg diadakan iaitu solat Maghrib berjemaah, bacaan Yassin, solat Isya' berjemaah dan makan malam...majlis tersebut juga disertai oleh Datuk Speaker dan juga Resident Manager HSM Kepala Batas....ramai juga la yg hadir...majlis berlangsung sehingga jam 11mlm....balik bilik tgk famili lum makan lagi...so ajakla pergi Kuala Perlis lagi sekali, tapi kali g Lo'cheng (sebutan Lok Cheng)...tak tahula betul atau tidak ejaannya...Lo'Cheng ni ala2 mcm steamboat la tapi ianya di bakar...dan produknya adalah dari Thailand...opss jgn wat assumption cepat2...makanan stemaboat nya ada tanda halal kat plastik bungkusan ya....Lo'Cheng ni terletak di sepanjang tepi jalan sebelum simpang ke Kuala Perlis...anda akan nampak deretan kedai yg hanya berpayung dan lampu kalimantan di tepi2 jalan....steamboat yg disediakan terdapat dlm pelbagai jenis dan byk yg kita tidakpernah jumpa kat KL...dah rasanya pun sungguh lain ya..kalau kat Kl selalunya celur ngan air panas, kat sini dibakar..selain dengan steamboat bakar ni, terdapat juga jagung bakar...jagung bakar ni memng patut cuba sbb selain ianya dibakar, ianya juga disaluti dgn mayonis dan juga madu...waaaa...manyak sedap woooo...Adie sipa bungkus tuk makan kat hotel..hehehe...lepak till about 1am....

Pelbagai jenis steamboat bakar

Awek ni wat kelakar ..dia mengeluarkan statement " ..ni dari KL Lumpur ker?"...hahaha

Steamboat bakar...so spicy

Jagung bakar yg sungguh lazat

Keesokannya, kami berangkat pulang ke Ipoh...smpat breakfast roti canai kat Seriab....roti canai kat gerai ni memng terbaek la...sedap...

Ni la warung roti canai itu...hargapun masih murah

My roti sardin...kuahnya sedap sekali

Kerana terlalu sedap sehingga menjilat sudu...hahaha

perjalan pulang ke Ipoh kami singgah ke Pekan Rabu,..itu antara destinasi wajib la kalau lalu ALor Setar...apalagi shopping...huhu, Adie pun terbelilah juga walaupun ngah broke...hehehe...pas makan tengahari kat Pekan Rabu, kami pun terus balik ke Ipoh.....sampai Ipoh dlm jam 5 petang....ADie dan rakan niaga Adie meneruskan perjalan pulang ke Shah alam beberapa jam kemudiannya kerana keesokkan harinya kami perlu ke Rompin....erm dari utara ke selatan ...penatnya...

Apa2pun Adie gembira sbb dapat luangkan masa dengan kelaurga, walaupun ianya sebenarnya trip kerja tuk Adie tapi Adie anggap ianya juga satu percutian kepada Adie (walaupun tak dpt ikut kelaurga ke Padang Besar)....dan Adie sgt berterima kasih kepada rakan niaga Adie kerana PR dia kami dapat bilik percuma...hehehhe...terima kasih kepada En FArid, Resident Manager HSM Kangar, Kartini dan semua staff HSM Kanagar yg sungguh sempoi....layanan anda semua yang terbaek...next entri Adie akan wat pasal Hotel Seri Malaysia Kangar...nak tunjuk keadaan hotel yg sungguh cantik

Sila muntah kering tgk photo ADie...huhuhu


Salam sayang,


Sunday, March 20, 2011

Kelas Mak Yung Yg Pertama


Salam,

Hari ni Adie pergi kek kelas tarian Mak Yung yg di kelolakan oleh Abg Rosnan....teruja pun ada, gelabah pun ada..teruja sbb tak sabar nak belajar tarian ini dan gelabah sbb satunya Adie terlewat dtg kelas dan riso sbb dah lama tak belajar menari..zaman2 muda dulu boleh la..ni dah masuk 3 series ni , masih mampukah...entahla kita nantikan jela kisah yg seterusnya k...wah dah macam telenovela lak...hehehe

Kelas dimulakan dengan warm up session by Arja Lee...ala pelakon utama filem "...dlm botol" tu...ingat?...hah, bagus...mula23 samapai Adie ingat silap tempat sbb Adie nampak Arja Lee ngah mengajar..tak perasan yg Abg Rosnan ada kat tepi....nasib baikla pemilik studio, Jay Jazuil Entertainment Studio nampak Adie kat luar kedai dan memangggil Adie...kalau tak mahu Adie balik jer...hehehhe....anyway, segalanya berjalan lancar, walaupun tergeliat tergeliat la masa mula2 belajar stepnya...but Adie agak fast learner, so alhamdulillah la...

So tgk jela photos yg sempat di ambil oleh rakan Adie





Nak tgk video clip sesi latihan Adie sila click disini



Yang terus menaip,

Penat Belum Habis...Makan Tetap Makan

Salam,

Semalam Adie dan rakan niaga Adie terlajak tido sampai jam 9.30pagi...mana taknya sampai rumah dari Rawang (wat gubahan bunga tuk majlis kawan sekolah Adie) jam 5 pagi....plan nak bangun keesokan harinya jam 9.oopagi sbbnya kami nak ke Pekan Pahang....ada urusan sedikit (mencari  peluang)...so if kuar awal sempat la sampai Pekan awal dan pergi kenduri sepupu kawan kami sambil bincang benda lain....lastly bergerak dari KL jam 11.30pagi....

Dengan tido yg tidak cukup (2 hari x tido wat keja) ADie gigihkan diri juga drive dari KL ke Pahang....hanya sampai di Temerloh, Adie suruh kawan Adie drive....bertukar jer pemandu terus mode berubah jadi tersangat la sleepy...tak tahu nak capa camna...sampai Pekan Pahang jam 4 ptg...

Ermm...sesuatu berlaku semasa di Pekan (urusan kerja) but rasanya malas nak diceritakan secara detail..biar Adie dan member Adie jer yg tahu....semasa kat Pekan, kami di bawa berjalan2 oleh ayah kepada rakan kami ni...well tidak la besar Pekan ini terutama bandarnya..but ianya okla...just nice jer placenya...planning nak pergi Kuantan kemudiannya tapi memandangkan kami kena balik Shah Alam semula (sbb Adie ada kelas mak yung hari Ahad)...so kami terus jer balik Shah Alam dan lupakan niat nak ker Kuantan...maybe next time InsyaAllah

Sebelum balik Shah ALam, sempat la kami merasa murtabak yg sungguh femes kat Pekan ni....Murtabak Mengkasar namanya....memng superb rasanya....sungguh lain...ada rasa rempah2 sikit...saiz yg besar dan mengenyangkan...suasana kedai....penuh org menunggu order tak kira sama ada makan sini atau pun bawa balik....tak tipu...ramai sgt...bisnes baik ni...harganya RM 8 sekeping..spesial punya...okla tu kan walaupun mungkin ada yg ckp mahal but berbaloi kot....




Sampai rumah jam 1 pagi...uwaaa dan pagi tadi (Ahad) kena bgn awal sbb Adie ada kelas Mak Yung pertama dengan Rosnan Rahman...wah teruja...x sabar....tapi tido masih tak cukup....nanti Adie ceritakan pasal kelas tarian Mak Yung lak k


Salam,






ps : 
* Tahukan anda bahawa nama Pekan adalah daripada nama sejenis bunga, Bunga Pekan atau "Brunfelsia latifolia"

* Murtabak Mengkasar mempunyai cawangan di  Seri Rampai, KL

Saturday, March 19, 2011

Masih berjaga

Salam,

Wah dah bersawang rasanya blog Adie ni...hehehe...maaf ler agak bz lately..bz ker?..entahla den pun susah nak pastikan...Adie sebenarnya tak tahu nak tulis apa but rasa mcm nak menulis kat blog ni..Kalau anda semua nak tahu, Adie ni dah nak masuk hari kedua tidak tido kerana duk menyiapkan hand bouquet, corsage dan beberapa flower arrangement tuk satu function kawan baik Adie zaman sekolah menengah dulu...

Adie jumpa kawan baik Adie ni pada hari Rabu yg lepas dan setelah berbincang Adie terus membeli barangan tuk majlis tersebut..majlis pada hari Sabtu malam, tetapi disebabkan Adie terlalu bz pada hari Khamis till Sabtu, so Adie dan biz partner Adie terpaksa siapkan segalanya pada hari Jumaat...jambangan bunga dan corsage, kami dah siapkan pada pagi Jumaat dan flowers arrangement pada malam hari Jumaat...

Setelah bertungkus lumus dari jam 12mlm ke 3 pagi ni, Adie rasakan amat berbaloi apabila flowers arrangement daripada company Adie mendapat perhatian dan pujian daripada rakan2 bff Adie ni...sonok rasanya...apabila org lain enyukai hasil tangan kami...balik rumah dari Rawang lebih kurang jam 4.30 pagi tadi, pas mandi cerah pulak mata ni, so on9kan diri sehinggalah entri terbaru ni dipublishkan...

Gambar tuk hasil tangan company Adie akan Adie publishkan pada entri yg akan datang...mata pun dah makin layu, sekarang dah nak jam 6pagi dan Adie ada masa kurang dari 3jam untuk melelapkan mata sebelum Adie bersama rakan niaga Adie ke Pekan, Pahang atas urusan kerja....sempat la google jap route ke Pekan , Pahang dan mendapati sesuatu yg menarik mengenai Pekan, Pahang....nanti Adie sharekan pada entri yg akan datang ok...so rasanya Adie better tido dulu..if not collapse la pagi nanti....


Yang terus menaip (walaupun mata ala2 stim),


Tuesday, March 15, 2011

Adie Menari Mak Yung Di Istana Budaya (IB) ?



Salam,

Hah mesti ada yg terkezut bila membaca tajuk entri Adie kali ni....Adie menari?...Mak Yung?...biar betul...Entri kali ni bukan propa ya....Wat makluman semua, Adie (InsyaAllah) bakal menghadiiri kelas tarian Mak Yung dibawah tunjuk ajar the only Pak Yung di Malaysia iaitu Abg Rosnan Rahman..

Adie sebenarnya minat menari tarian tradisional selain daripada tarian modern...sbb dulu masa belajar Adie pernah menari untuk UiTM Perlis dan pernah mewakili Malaysia ke Thailand...dan Adie juga bekas penari sambilan Taman Seni Budaya Selangor...tak lama setahun jer..tapi dlm tempoh setahun tu Adie berpeluang mewakili TSB Selangor ke Pertandingan Tari Kebangsaan dan kami berjaya menduduki tempat ke3....masih teringat Adie kena maki hamun dengan jurulatih sbb Adie ni boleh dikatakan budak baru dlm TSB masa tu, tak sampai sebulan Adie turut serta, Adie dah kena berlatih tuk pertandingan tersebut....tapi nasib baik Adie ni fast learner..wah puji diri sendiri ni...hehehe

Dan kini di usia nak menginjak 31, Adie ingin melakukan atau mempelajari sesuatu yg baru...Tarian Mak Yung..Adie memng berminat Mak Yung ni walaupun pergerakannya agak perlahan tapi tidak berkesempatan untukmengikuti mana2 kelas...Adie teraca dalam sebuah suratkhabar mengenai kelas tarian yang dikelolakan oleh Abg Rosnan...mas tu Adie rasakan ini peluang terbaik untuk Adie belajar sesuatu yg baru dan mencabar kebolehan diri Adie...

Adie sepatutnya mula pergike latihan tarian tersebut minggu lepas tapi disebbkan duit yuran yg Adie peruntukan untuk kelas tersebut terpaksa digunakan atas2 sbb yg tidak dpt dielakkan...so Adie takdela pergi ...so dlm hati Adie mungkin di lain waktu Adie akan belajar tarian ni..tak tahun ni tahun depan kata Adie...so semasa mengadap FB hari ni, tetiba Abg Rosnan tegur Adie bertanyakan kenapa tak pdtg kelas mak yung minggu lepas....tak caya?..ni bahan buktinya



Siap ada jawapan jujur lagi daripada Adie...Adie lately memng menghadapi financial crisis sikit..(bukan sikit tapi byk)....tapi lepas berbincang dgn Abg Rosnan mengenai pembayaran yuran dan mendapat kata putus, InsyaAllah Adie akan mula belajar kelas Mak Yung mulai minggu ini...yeahh tak sabar rasanya...apa yg membuatkan Adie lebih teruja adalah, selain daripada mendapat sijil penyertaan, Adie juga akan berpeluang mengadakan pertunjukan Mak Yung bersama Abg Rosnan pada bulan Julai ni di Istana Budaya....if Adie berjaya terpilih la...tapi sekiranya Adie terlibat sama nanti, tak dapat Adie bayangkan akan membuat pertunjukkan Mak Yung di pentas yg berprestij itu...selama ini hanya menjadi penonton, tapi kali ini Adie akan membuat persembahan di lantai itu....wah teruja sgt....

Adie tahu, Adie byk komitmen lain lagi dan Adie kena berusaha lebih lagi agar Adie dpt membayar semua yuran pengajian selama 3 bulan nanti...moga2 apa yg ada impikan akan terlaksana....tahun 2011 ni Adie perlu melakukan sesuatu untuk membuktikan kemampuan Adie sendiri....

Since Adie bakal belajar tarian Mak Yung ini (yang di iktiraf sebagai warisan dunia), kepada sesiap yg berminat untuk menyertai kelas tarian Mak Yung ini berikut adalah butirannya

Kelas Tarian Mak Yung
Tempoh : 3 bulan (Mac - Mei 2011)

Kanak-kanak 
Yuran : RM100/sebulan
Waktu latihan : SABTU 11pg -1 ptg

Dewasa
Yuran : RM130/sebulan
Waktu Latihan : AHAD 11pg - 1ptg

Alamat

JAY JAZUIL ENTERTAINMENT STUDIO

18-2 JALAN PERUBATAN 2, PANDAN INDAH
Kuala Lumpur, Malaysia
(berhadapan Steven Corner Restoran di Pandan indah, di tingkat atas Ambank)


So apalagi, marilah bersama2 Adie kita menari Mak Yung di Istana Budaya...yeahhh

Yang terus menaip,

Monday, March 14, 2011

Oh Berita Harian



Selamat tengahari,

Pihak anda memng patut minta maaf or sepatutnya berfikir sebelum publish kartun tu...yeah u can say that u had no intention of poking fun at the disaster that has befallen the nation of Japan and its people...but for me BH so "distasteful" and "insensitive"....


Yang terus menaip,







p/s : sy pembaca STAR dan bukan  BH (tahu ni pun sbb baca STAR)

Anda Tidak Boleh Memuaskan Hati Semua Pihak




Selamat pagi dan Salam 1Malaysia...

Wah sungguh politik sgt ucapan aluan Adie kali ni...hahahaha...sekali sekala apasalahnya kan...ingat korang je boleh 1Malaysia...Adie pun boleh....

Tajuk entri kali ni amboi aii panjangnya....adakah isinya sepanjang tajuknya...teruskan membaca ya...tetiba Adie nak tulis pasal ni...sbb Adie rasa Adie dah penat cuba memuaskan hati semua pihak...tak kisah la pihak itu adalah keluarga, kekawan, rakan niaga, mahupun pelanggan perniagaan Adie....walaupun telah melakukan yg terbaik, masih ada yg tidak berpuas hati...wat baik pun ada yg tak puas hati, wat jahat lagilah...baru nak berniat jer dah heboh 1 Malaysia....

Ermm Adie pasti kita semua tidak suka dengan penolakan atau bahasa omputihnya rejection..So jelas sekali kita tak suka rejection, so why we want to reject others? Ultimately, it comes down to one simple thing: you have to remember you can't please everyone.

Bila anda berbuat demikian,you’ll be more comfortable with being authentically you and remembering what you stand for. It’s easy to get caught up with what you think you “should” do or be. It’s easy to compare yourself to others and think what you are isn’t good enough.

Bila anda berada dalam situasi begitu, cuba baca beberapa kata2 di bawah yang mana Adie juga baca pabila mengalami rasa begitu


“I don’t wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone.” — Javan
“Believe nothing, no matter where you read it, or who said it, no matter if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense.” –Hindu Prince Gautama Siddharta, the founder of Buddhism, 563-483 B.C.
“I am Me. In all the world, there is no one else exactly like me. Everything that comes out of me is authentically mine, because I alone chose it — I own everything about me: my body, my feelings, my mouth, my voice, all my actions, whether they be to others or myself.
“I own my fantasies, my dreams, my hopes, my fears. I own my triumphs and successes, all my failures and mistakes. Because I own all of me, I can become intimately acquainted with me. By so doing, I can love me and be friendly with all my parts.
“I know there are aspects about myself that puzzle me, and other aspects that I do not know — but as long as I am friendly and loving to myself, I can courageously and hopefully look for solutions to the puzzles and ways to find out more about me. However I look and sound, whatever I say and do, and whatever I think and feel at a given moment in time is authentically me.
“If later some parts of how I looked, sounded, thought, and felt turn out to be unfitting, I can discard that which is unfitting, keep the rest, and invent something new for that which I discarded. I can see, hear, feel, think, say, and do.

So what do you think? Are you a "pleaser"...Fikir2 kan

Yang terus menaip,

Saturday, March 12, 2011

Film Review : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



Salam,

Rasanya beberapa minggu ni org akan dok bercerita pasal filem terbaru KRU STUDIO iaitu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA....sejak kuarnya trailer filem ni, ramai yg tak sabar2 untuk menontonnya pada 10/3/2011 yg lepas...ini tidak terkcuali kepada Adie...Adie telah mengambil kesempatan untuk menontonnya pada hari pertama filem ini di tayangkan...since Adie tahu ramai yg akanpergi menonton, so Adie pun menontonnya di sebelah pagi...ermm ingatkan pagi tak ramai..leh tahan jugaklag ramainya...ramai yg pontoeng kerja ker?..hehehe

Apa nak ckp ya pasal filem ni...nak citer sinopsis, semua leh google jer...hehehe...overall filem ini sebuah filem Melayu yang boleh dibanggakan seperti mana filem komersial PGL....so 4.5 bintang Adie bagi...dari segi jalan citer 3.5 bintang, segi lakonan 4 bintang, ke flawless an CGI, 3.5 bintang, musik  4 bintang (1st filem malaysia yg bekrjasama dgn Malaysian Philharmonic Orchestra mcm filem Hollywood selalu wat)

Filem ini bagi Adie mampu meletakkan Malaysia di mata dunia dan tidak hairan sekiranya ia akan ke Festival Filem Cannes seperti mana PGL....dan tidak hairan juga sekiranya filem ini akan di jadikan teater musikal di IB...hahahaha....

So kepada sesiapa yg belum lagi bekesempatan menonton HMM ini, pergilah menonton di pawagam berhampiran anda sekarang....sokong industri perfileman negara kita...Selamat menonton


Salam sayang,


Wednesday, March 9, 2011

Film Preview Screening : Unknown




Salam,

Kali ni Adie nak citer secara ringkas pasal filem yang bakal di tayangkan pada hari Khamis ni 10.3.2011 di semua pawagam berhampiran anda..Adie dan teman2 telah pergi menonton filem UNKNOWN semasa tayangan khas 2 hari sebelum tayangan umum di GSC One Utama.

UNKNOWN pada dasarnya merupakan sebuah filem aksi yg mempunyai jalan citer yg sungguh menarik...mungkin tidak tertlalu banyak aksi di dalam filem ini tetapi ianya tidak menjejaskan perjalanan filem tersebut. Walaupun filem ini bercorak aksi, ada beberapa scene yg mampu membuatkan penonton ketawa misalnya scene di mana Dr Martin berada di dalam bilik Gina, tetiba kedengaran suara org yg sedang dlm "kepuasan" daripada rumah sebelah iaitu jiran Gina...satu pawagam ketawa...ia mungkin kelihatan agak lucah tapi ianay berjaya memecahkan keseriusan cerita tersebut....

Bagi Adie permulaan citer ini makin menarik pabila Martin (Liam Neeson) mengalami kemalangan dan setelah sedar daripada koma, beliau dapati identiti dirinya telah diambil alih oleh orang lan....bermula daripada itu jalan cerita filem ini semain menarik yg membuatkan Adie terus berada di tempat duduk kerana ingin mengetahui jalan cerita yg seterusnya dan cuba mengetahui apakah yg sebenarnya berlaku....persoalannya makin terjawap di akhir filem.....apakah kisah sebenarnya, nantikan tayangan umum yang bermula pada hari Khamis ini 10.03.2011 di apwagam berhampiran anda...

Secara keselurahan, Adie puas dan suka jalan cerita filem ini....harap anda juga begitu...so apalagi, pergilah menonton ada hari Khamis ni iaitu hari yg sama filem Hkayat Merong Mahawangsa mula ditayangkan di pawagam..




Yang terus menaip,

Thursday, March 3, 2011

Jogging & Line dancing




Salam,

Jogging dan line dancing...lama dah Adie tak wat aktiviti ni..kebiasaannya setiap hujung minggu Adie akan pergi ke Tasik Shah Alam tuk melakukan aktiviti tersebut...dengan berjogging seluruh Tasik Shah Alam yg lebih kurang 5km pusingannya dan di akhiri dengan aktiviti line dancing bersama makcik2 dan mak angkat Adie...so pada minggu lepas iaitu di akhir bulan Februari, Adie bangun awal sbb pergi hantar kawan Adie di MSU...kerana dah bangun awal dan masih jam 6.30pg, Adie pun terus ke Tasik Shah Alam..suasana masih gelap lagi dan hanya ada 3 kereta je kat parking...since kasut semua dah ada dlm kereta, so Adie pun memulakan aktiviti berjalan keliling tasik....ternyata suasana pagi ini sungguh menyegarkan (kali pertama pergi tasik seawal 6.30 pgi..selalunya jam 8pagi bar sampai tasik..hehehe)

Nampak masjid tu..hah..bukti Adie jogging...psstt jgn tgk bontot pakcik tu lak..hiks

Menarik tasik ni...ni tempat Adie lepak kat gazebo yg ada batu refleksologi

Kat seberang tasik tu a tempat Adie join makcik2 line dancing...masa ni diorng still wat taichi lagi

Dah pusing 2 kali tasik tu Adie pun berehat la cuba menghilangkan kepenatan...sambil2 tu gk la kawasan yg selalu Adie lakukan line dancing bersama makcik2 tasik dulu....jam dah 8.00 pagi ternyata mereka masih belum lagi habis latihan tai chi..so sementara tu Adie pun cuba2 la jejalan atas batu2 reflex ni...nak memudahkan perjalanan darah katanya...hehhee

Batu2 tajam

Tgh duk jalan atas2 batu yg tajam ni, tetiba mak angkat Adie perasan Adie walaupun Adie berada di seberang....dari jauh dah memnggil Adie tuk join line dancing...tak pergi serba salah lak...lagipun dah lama st kot Adie berlatih line dancing ni.....kalau nak tahu line dancing nie selaunya golongan wanita jer yg join, tapi Adie belasah jer...kan Adie suka menari..hehe..lagipun Adie diterima oleh mereka semua...dah 2 tahun Adie join mereka....yg lebih semangat mak angkat Adie la sbb Adie ni cepat belajar step...

So kalau tak g club, kat sini la Adie melepaskan gian menari...hahahhaa...semua bertanya kenpa Adie dah lama tak dtg...ooo tak sangka ada yg kisahkan pasal Adie..nak wat camna..agak sibuk....lama gak menari kali ni till 10am....walaupun Adie takdela sgt menari kali ni sbb mood masih lum ada sgt, biasalah bila dah lama tinggalkan..ambil masa sikit nak warm up...

Kita rehat dulu....

Pas habis semua line dancing dan hantar parent angkat Adie balik umah mereka, Adie pun balik umah jemput kawan Adie tuk breakfast....lapar kot...hehehe...so apalagi belasah nasi dagang kat Restoran Molek....kat sinilah kalau nak makan nasi dagang yg sedap....terasa ke 'Terengganu'annya....rosak bahasa...hehehehe

Dah makan separauh baru teringat nak snap 

Anyway Adie just enjoy sgt sbb dah lama tak bangun seawal tu dan bertemu semula ngan makcik line dancing ni...hehhee..hope Adie dapat kembali lakukan aktiviti tersebut setap minggu.....

Ni lah Adie yg kepenatan...sorila sbb ala2 ternampak nipple lak..hehhe


Yang menaip,







P/S : kalau ada yg nak join leh la roger2 Adie

Film Preview Screening : Beastly




Salam,

Korang suka citer The Beauty and the Beast ?...kalau suka citer tu korang leh la tgk citer BEASTLY ni...BEASTLY ni adlah ibarat citer Beauty and The Beast dalam versi moden dan lebih kepada golongan remaja la...Seronok ke citer ni?...Yupp bagi Adie...penuh ngan kisah cinta yg romantik, dan juga kelakar..seyes ada part yg kelakar..even Adie masa tgk preview filem ni kat GSC One Utama pada 2/3/2011, Adie dan kekawan Adie tergelak2 dengan watak2 dm filem ni...

Filem ini yg dibintangi oleh Vanessa Hudgens, Aex Pettyfer, Mary kate Olsen, Neil Patrick  dan Lisa Gay berksarkan kepada watak Kyle (Alex) iaitu seorng pemuda yg encem, (kalau tidak takdela awek cina sebelah Adie haritu dok wow wow masa mamat ni buka baju dia..) tapi memilik sifat yg agak keji la ince dia ni encem, anak org kaya, dan ana kepada pembaca berita yg terkenal yg telah di sumpah oleh Kendra (Mary kate) menjadi seorang yg sungguh hodoh (hodoh ker.nampak cam more to ..apa ya word tu..xpela..lupakan jer). Untuk dia kembali pulih, dia kena mencari cinta sejait..klise sgtkan...api tu yg org suka tgk...

Kerana kehodohannya itu, di dipindahkan oleh bapanya kesemua rumah dan tinggal bersama org gaji dan seorang tutor...yela daripada rupa se gojes ni 


bertukar ke rupa ni


confirm kena sorokkan diri..hiks

Dalam tempoh penyembunyian diri itu, Kyle mula mengenal diri dan jatuh cinta ngan se jelitawan..tak lain tak bukan si cantik Vanessa


Cantikkan....angkat tangan sapa rasa dia secantik Vanessa

Citer ni memng simple dan santai...bg Adie okla..daripada tgk citer yg complicated pastu tak faham kan...well dlm citer ni Adie suka watak Kendra oleh Mary Kate Olsen...suka ngan look dia. fesyen witch modern dia...nice sgt...suka2 (tick like)


with smoky eyes...memng nice la..terbaekkk...So kepada yg suka citer bergenre romance ni tgkla sekarang ya..sbb BEASTLY sudah berada dipawagam bermula hari ini 3/3/2011


Yang menaip,

Film Preview Screening : The Fighter




Salam,

Quick info mengenai filem THE FIGHTER yg Adie tgk semasa preview screening kat GSC Tropicana City Mall, Damansara pada Selasa, 1/3/2011 yg lepas. Adie berpeluang melihat filem ni 2 hari sebelum tayangan diseluruh negara pada 3/3/2011 Khamis.

Filem THE FIGHTER adalah merupakann sebuah filem biografi sukan yg diarah oleh David O. Russell. filem ini dibintangi oleh Mark walhberg, Christian bale dan Amy Adams. Filem ini berkisarkan kehidupan peninju profesional "Irish" Micky Ward (wahlberg) dan abangnya Dicky Eldund (Bale)....filem ini mengupas pelbagai onak duri yg dihadapi oleh Micky Ward sebelum beliau berjaya menjadi Juara Dunia Welterweight..

Bagi Adie cerita ini sungguh menarik dengan lakonan hebat Mark Walhberg, Bale dan Amy Adam. Mungkin pada awal cerita agak membosankan memandangkan Adie langsung tidak tahu mengenai peninju Micky Ward ni..so agak clueless la masa menonton filem ni...but half way, ianya sesuatu yg menarik pabila Micky mengambil langkahnya sendiri untuk menentukan perjalanan beliau sebagai seorang peninju....

So kepada sesiapa yg berminat menonton filem yg bergenre sebegini..silalah pergi menonton...THE FIGTHER kini telah berada di pawagam berhampiran anda...

Yang menaip,

Tenaga -ve mengelilingi ku

Salam,

Kebelakangan ni rasa diri ini kesepian, jiwa kosong (kurang iman la tu..hehehe), kecewa, segala rasa yg negatif bermain di fikiran dan secara tak langsung mempengaruhi segala tindak tanduk. Ntahla..Adie sendiri tak tahu apa yg terjadi...dah mcm hilang pedoman un ada gak...sejak itu juga, segala status FB dan entri blog agak kaku...tidak di update..ternyata hilang semangat...tapi Adie berusaha tuk mencari semangat Adie yg hilang itu..


Yg menaip,






P/S: Ada kesempatan Adie akan update entry yg sebelum2 ni...chayok2 Adie