Monday, January 31, 2011

Contest : Are U Fashionable?

Salam,

Dah beberapa hari tak update blog..ada jer citer tapi tak berkesempatan kerana kesibukan..btw nampakkan title entri kali ni..CONTEST...ya contest...rasanya Adie tak pernah menyertai mana2 contest yg di adakan oleh blogger lain....so untuk memecahkan tradisi, Adie nak mencuba nasib untuk menyertai contest yg telah dianjurkan oleh ONLY ONE...conestnya adalah mengenai fesyen diri anda...sungguh mudah contest tersebut, just upload beberapa gambar anda taktala memperagakan pakaian anda...senang bukan..so Adie pun nak cub alah nasib (padahal tak pandai bergaya pun..)


Eh tetiba gambar celebriti Channel [V] pulak...apa kaitannya...korang nak tahu kenapa Adie letak pic diorang ni...sbnya Adie pernah bekerja dgn mereka sebelumnya..bekerja sebagai apa?..hah ni yg nak citer..sebagai Fashion Stylist mereka...baju2 yg diorang pakai semasa korang tgk program Channel [V] tu antaranya adalah hasil sentuhan fesyen Adie...Adie mungkin terlibat dengan dunia fesyen tapi bagi Adie, Adie tidak begitu fashionable, coz Adie ni jenis yg lebih suka pakai short n tshirt jer...dress upkan org lain pandai la...hehehehe..Anyway, berbalik kepada tujuan asal entri ni, kat bawah ni Adie sertakan ebberapa gambar Adie berpakaian. Kalau rasa mual n loya2 tgk gambar2 kat bawah ni, harap maaf la ya.hehehe


Ini adalah antara style yg selalu Adie gayakan...simple t-shirt (sleeve or sleeveless) bersama short or jeans.. Adie jarang pakai kemeja dan long pant coz nature kerja Adie tidak memerlukan Adie memakainya selalu..

Ni antara gaya yg Adie selalu gayakan ketika menghadiri beberapa majlis yg smart casual...Jacket + top (collar or roundneck) + long pant

Ini pula adalah beberapa gaya yg ADie gayakan bersama vest..Samada ada dipakai dengan kemeja mahupun t-shirt biasa jer

Dan ini pula, apabila Adie menghadiri beberapa majlis yg agak formal dan menuntut Adie memakai fully suit..kekadang ADie just pakai shirt or tshirt bersama suit Adie

Banyak2 gaya berpakaian, pakaian yg ADie suka gayakan adalah berbaju melayu...walau bagaimanpun bergaya seseorang itu menggayakan pelbagai jenis pakaian, ia tetap akan nampak segak dengan baju kebangsaan masing2...betul tak?..Adie bila dah bosan berbaju melayu dengan samping, Adie akan gantikan samping dengan kain bercorak dan di ikat dengan perlbagai gaya..

Bagi Adie, sesiapa saja mampu untuk berfesyen..berfesyen itu terpulang kepada individu tersebut untuk menterjermahkannya...apa yg penting, pakai apa yg anda rasa selesa dan memperlihatkan personaliti anda bukannya memakai sesuatu itu hanya kerana anda nampak mannequin kat butik itu kelihatan cantik ketika memakai pakaian tersebut..dan yg penting jgn menjadi mangsa fesyen...dan perlu ingat bahawa gaya hidup anda juga memperngaruhi cara anda berfesyen...paling penting berfesyen biarlah mengikut tempatnya..dan yg paling penting juga less is more..berapa banyak penting laaaa...

Ermm okla..Adie rasa mamcam terlebih2 lak entri ni..dan la siap pelbagai gambar pastu main masuk contest ni tanpa ada yg tag..perasan sungguh Adie ni...hahaha...anyway, kepada sesiapa yg memasuki contest ni, ADie nak ucapkan good luck ok..sekurang2nya, ianya sedikit sebanyak akan membuatkan anda berfikir mengenai fesyen....

Salam sayang

P/S : Adie tidak mengtag sesiapa sbb Adie rasakan tak sempat sbb tarikh tutup adalah pada hari ini..jgn salah sangka lak ya..bukan Adie xnak bg diorng join contest ni










Thursday, January 27, 2011

Dugaan untuk Adie Berjaya?

Salam,

Semalam penuh dgn dugaan...My company sepatutnya hantaran pesanan barang kepada client tuk satu event mereka di Selayang Mall tapi malangnya, production embroidery tak sempat siap tuk topi..but t-hsirt dah siap...so my biz partner pergi hantr kat Selayang sementara Adie menunggu kat kedai sulam tuk sipkan topi tersebut...Hajatnya bila siap sulam opi tersebut Adie akan terus ke Selayang sebelum majlis bermula...Well dipendekkan citer, client tidak berpuas hati dgn sulaman kat t-shirt dan topi yg menyebabkan semua kena reject dan tidak dpt digunakan tuk majlis tersebut...my biz partner ke bambuu teruk la...but again agak bernasib baik coz the client is our kenalan juga so the solution is to reproduce dan akan digunakan pada 22hb februari nanti semasa perlancaran cawangan kedai tersebut di Perak....ini adalah kali pertama terjadi sejak Adie menerima tempahan sulaman untuk baju corporate dan juga topi...agak kecewa dgn diri sendiri sbb tak dpt perform for this task but learning new thing in business..

Perkara2 sebegini akan Adie jadikan sebagai iktibar dan pengalaman untuk Adie terus tabah menghadapi cabaran didalam dunia periagaan...selain sibuk dengan tempahan dekorasi majlis2 perkahwinan dan corporate events, Adie juga sedang sibuk untuk menyiapkan uniform bagi sebuah hotel seluruh Malaysia....sbb itu Adie dah mula kurang on9..on9 pun selepas selesai kerja dlm jam 11 mlm setiap hari dan keesokannya awal2 apgi dah bangun untuk sibukkan diri ngan kerja...ke sana ke sini...tu belum lagi kalau Adie mula start mempromosikan clothing line Adie sendiri....aduh...byk sungguh kerjanya...wat masa sekarang byk pelaburan dilakukan, hopefully within this year segala pelaburan akan berbaloi....AMIN


Salam sayang,

Wednesday, January 26, 2011

Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

Salam,

Isnin yg lepas, sekali lagi Adie teringin nak pergi kawasan yg berpantai..berlaut..so Adie publish kat wall FB tanya kat mana ada pantai yg dekat dgn Shah Alam since Adie menetap di Shah Alam...so ada few suggestions antaranya Pantai Jeram yg di cadangkan oleh Qarl...Adie tertarik untuk pergi sbb Qarl ckp cuma 20minit jer..so Adie pun google la mana Pantai Jeram ni terletak...cadang memng nak pergi waktu peang tapi hujan lebat...so mcm dah kira cancella masa tu..tapi pas jumpa client, kira2 jam 9mlm ketika tgh drive keta, akhirnya Adie dan 2 rakan Adie terus pergi Pantai JEram..kalau ikutkan bukan nampak apa dah mlm2 ni, tapi sbb Adie dah terniat sejak petang lagi..so akhirnya Adie ke sana juga walaupun Adie tidak ahu langsung mcm mana rupanya Pantai Jeram...Drive punya drive, lebih dari 30 minit gak la dan terasa jauh jer...perkara biasa la if itu merupakan pertama kali kit a kemana2..masa nak balik nanti rasa cepatlak kan...

Sampai kat Pantai Jeram, Adie dapati tempatnya menyerupai Umbai, Melaka..ala tempat yg terkenal dgn ikan bakarnya....well pantai Jeram pun tak kurang hebatnya dengan medan ikan bakar mereka..niat awal ke Pantai Jeram bukanlah untuk makan ikan bakar, tapi akhirnya kami makan ikan bakar gak...yela masa tu pun Adie dan kekawan belum lagi dinner...alang2 dah drive agak jauh..so makan jela...kami makan di Aroma Ikan Bakar...Restoran Ikan bakar yg Adie boleh kaakan sebagai yg femes kat Pantai Jeram ni..sungguh luas..dan terletak dipesisiran pantai....Aroma Ikan Bakar ni juga adalah tempat yg dicadangkan oleh Qarl..

Dpat tempat duduk dan kmai terus order makan...Untuk makan bertiga, Adie telah order lala masak goreng bercili, ikan siakap masak 3 rasa, udang masak mentega dan sotong masak tepung...Ini adlah merupakan kali pertama kami ke sana dan sesungguhnya kunjungan kami kesana adalah berbaloi..berbaloi sbb apa?...sbb makanan yg Adie orderkan itu sunguh sedap sekali....memng taste Adie la..suka2...harga pulak agak berpatutan...malam tu habis dlm RM72.00....kira2 seorang RM24 hengget la...okla tu kan.itupun lala tak habis makan sbb dah kekenyangan...nasib baik tak order beberapa lagi masakan..

memng terbaekkkla makanan kat Aroma Ikan Bakar ni...suasana yg selesa..luas, ngan angin mlm pantai lagi..sungguh menarik....Adie sempat la jejalan kat tepi pantai tu memandangkan air laut mula surut...masa jalan kat pantai tu kedengaran desiran ombak yg sayup2 jer...before jam 12mlm kami pun balik Shah Alam dengan perut yg kekenyangan....Adie rasa ini bukan kali pertama dan terakhir Adie kesana..Adie pasti akan dtg lagi makan kat Aroma Ikan Bakar ni...sedap...

Ini belangkas ya adik2...masak apa erk?

ikan oh ikan....

gaya memegang belangkas untuk 1st timer..

kemuncungan...hiks

tadaa...terbaeeekkk..

uiks...dah clear...nampak tulang ikan siakap dah 

kekenyangan...burrp..

dah kenyang jejalan kat tepi pantai lak..

dah nak balik dah..pose jap..cover perut ...


Ok dah habis citer pasal jalan2 cari makan Adie.hiks..daa

Salam sayang,

Tg Harapan


Salam..

10 hari yg lepas di kala Adie tak jadi pergi ke Lawas Sarawak, Adie akhirnya melepak ngan kawan kat Tg Harapan Klang...Tg Harapan adalah antara tempat yg akan Adie pergi kalau nak tgk suasana petang di tepi laut dan juga makan ikan bakar bersama keluarga....so far tak pernah makan ikan bakar lagi kat sini bersama ngan kekawan...

Saja melepak sementara Adie nak tunggu flight biz partner Adie yg pergi Lawas sampai LCCT..Habis jer melepak bersama Ain dan Timmy, Adie terus ke LCCT...ermmm okla itu jer nak bgtau..hahaha...enjoy the pic yg tak seberapa ni k...








Salam sayang,







P/S: suka sgt kawasan pantai..hope nanti ada rumah yg berhampiran pantai

Monday, January 24, 2011

147

Salam,

Kita kembali lagi untukpusingan yg kedua "Angka Bertuah Anda"...hahahaha...adakah Adie tgh ting tong..maybe..hiks..btw no bertuah berikutnya adalah 147 dan dimilik oleh seorang jejaka lagi...Jejaka yg dikenali sebagai Ismail ni berasal daripada Teluk Intan Perak..ater org Perak juga katanya..Dengan membawa tagline "there's nothing like a good old", blog beliau lebih kepada personal blog, aktiviti seharian dan apa yg beliau rasakan...sama seprti blog adie juga..

Mula berblog sejak tahun 2008, setiap entri disertakan gambar2 yang agak menarik..seolah2 memiliki dslr...tidak seperti gambar2 di blog Adie, guna kamera digital sahaja tetapi sejak kamera digital rosak , tumpang kamera fon kawan..hahaha...boleh?  lum mampu nak beli kamera yg lain lagi...

Menariknya membaca blog seseorang yg bersifat personal ini, kita seolah2 kenal lebih rapat dgn pemilik blog walaupun kita tidak pernah menjumpainya...tapi harus juga beringat, ada juga blog2 yg palsu..so kena harus berhati2...okla mcm biasa header blog tersbut seperti dibawah ya..so click sahaja untuk ke blog Ismail ini


Dan iniadlaah jejaka yg bernama Ismail itu...


Dan yang penting, di bwh blog beliau ada perkatan ISMAIL yg sungguh la comel...siap bunga2 ok..ko ado?..hiks



So semoga no2 bertuah akan muncullagi..hehhee..daaa..oh ya terima kasih kepada Ismail kerana mengikuti blog Adie...


Salam sayang,

146

Salam,

Kembali lagi kita ke rancangan "Angka bertuah Anda"..hehehe..berangan ada show sendiri katanya...erm tak sangka lak lately ada beberapa org followers baru blog Adie ni...so no bertuah kali ini adalah 146

Pemilik no 146 ini adalah merupakan seorang jejaka dtgnya daripada Negeri Sembilan...Jejaka yg hanya dikenali sebagai SEKAMAR RINDU ni juga memiliki blognya yg tersendiri ..Blog beliau bersifat informatif yang selalunya setiap entri bersertakan gambar dan sedikit ulasan...kiranya simple dan berinformasi...Adie sempat menerjah blog beliau  dan Adie dapati blog ini tidak bersifat personal kerana anda tidak akan menjumpai entri yg  berkisarkan aktiviti harian pemilik blog tersebut...dah namapun blog informatif..apalah Adie ni...yg nyata jejaka yg dikenali sebagai SEKAMAR RINDU suka berkongsi pengetahuan yg diketahuinya dengan orang ramai..bak kata org putih "Sharing is Caring"...gitu...

Selain entri yg penuh ngan info2, kekadang blog tersebut di selang selikan dgn entri yg bersifat kepuitisan...kata2 yg indah...so melalui pemerhatian dan pembacaan Adie, melalui ayat2 yg puitis inilah satu cara untuk anda mengenali pemilik blog tersebut...Memiliki follower melebihi 2000 orang ternyata, ianya bukanlah blog2 picisan seperti Adie ini..boleh Adie katakan juga, pemilik blog ini adalah seorang blogger tegar yg kerap mengupdate blognya...bygkan sepanjang bulan Januari ini sahaja dah lebih daripada 100 entri yg dipublish...rajin kan...sedangkan Adie, seharipun lum tentu ada kuar entri baru..hehehehe

Adie pun xnak bebel byk2 so dibawah ni adalah header blog tersebut



Memandangkan Adie tak berjaya menjumpai gambar wajah pemilik blog tersebut so takdela diletakkan dlm entri ini seperti yg sebelum2 ni...Papaun ianya sebuah blog yg menarik, penuh informasi dan penuh kata2 puitis...layannnnnnnnnnnn

Salam sayang,

Sunday, January 23, 2011

Website ADIEADLAN Weddings dlm pembikinan

Salam,

Hah ingat taklagi masa entri awal2 pasal header baru Adie..tak ingat? ermm takpela...kalau korang ingat pun bukan Adie bagi hadiah pun..hehehe...berbalik epada citer awal ya...kan Adie ada ckp yg Adie akan melakukan perubahan terhadap semua website2 biz Adie termasuk blog ni...so entri kali ni Adie nak tunjuk sedikit perubahan yg telah Adie lakukan terhadap website salah satu perniagaan Adie, iaitu ADIEADLAN Weddings

Mula2 kita tgk yg lama dulu...jen jeng...




Erm main topic tuk setiap page dan berubah fontnya...ada prob masa uploading...takpela..Dan ianya akan berubah kepada......


Front page yg ada flash display previous decor

yang penting muka Adie n my biz partner ada ok..hahhaa...pasni tak kenal pemilik ADIEADLAN Weddings saja la..nak isi borang meminang pun leh gak


Ni adalah sebahagian layout website biz dekorasi majlis Adie...nanti dah siap sepenuhnya leh la diwar warkan nanti ...Okla..byk benda nak kena wat...so Adie kena organize betul2 masa Adie so that Adie tidak terlepas pandang segala tanggungjawab Adie


Salam sayang,

Komen terpanjang

Salam,

Yeah hari minggu...yeah sok kerja..x best x best..hiks...sepanjang bangun dan sekarang dahnak jam 12 tghari, Adie masih dirumah..baru pasa bfast ngan bebudak rumah....balik dari bfast terus on9 dan nak update blog la...sign up jer tgk2 ada 1 comment yg nak kena approve kan...klik jer terus la Adie ala2 tergamam jap..tergamam sbb apa? ni ygnak citer..ceciter ceciter...

Masa kuar comment tu Adie terus terkesima sambil berkata "Panjangnya kopek.." eh silap2..dushhh ...hiks..."panjangnya komen dia"...Ingat lagi entri sebelum ni Adie review pasal follower Adie yg ke 145...so dia telah mengomen ya dgn pjg lebar sekali...dan Adie leh bagi awardla kat dia sbb tula sepanjang 3 tahun Adie berblogging ni, komen dia yg paling panjang...hehhee...nak copy paste mcm tak best so Adie print screen terus komen dia untuk tatapan semua ya...hehehe



Panjangkan...tau takpe...btw siapa tahu buah keluak..habaq mai kat cek sikit...tak pernah dgr kot...huhuhu...ok lah nak g google jap..minah ni keturunan apa sebenarnya...Anyway TQ to Erika again sbb komen anda yg sungguh manis itu...daa


Salam sayang,

Saturday, January 22, 2011

145

Salam,

Hah..kembali lagi dgn nombor bertuah...pusing lagi Halim...wang besar wang besar..hehehehe...145 yeah...hahaha..Adie yg mereng jap...Ok2 nak citer..ceciter ceciter..(pengaruh Hantu Kak Limah)...pengikut blog ADie ygerikutnya yg memakai no 145 adalah merupakan seorang gadis...gadis?..yea gadis dan bukan gegurl..hiks...

Sebenarnya Adie tak sangka gadis ni akan jadi follower blog Adie...sbbnya, gadis ni berbangsa Cina...hah percayalah dia seorang gadis Cina yg comel dan petite orgnya...takdela bukan Adie tak suka tapi tak sangkalah ada bangsa lain yg baca blog Adie ni...wah terasa blog Adie ni ala2 blog 1Malaysia..hahaha...mampu?

Btw, Adie berterima kasih kepada Erika Toh or Lady Kaka...Adie dah pergi terjah blog lengloi ni...wah manyak menarik punya...macam2 ada..macam iklan Astro juga...tak caya? percayalah...bersesuaian dgn  concept blog beliau iaitu fashion, beauty, food and photography, blog beliau memang merangkumi semua ini...dan entri terbaru beliau adalah mengenai sebuah cafe yg penuh dgn desert2 yg sungguh menarik..terliur air liur adie..erm camna tu..hahahaha..apa2 jela..

So Adie sekali lagi ingin mengucapkan sebillion terima kasih kepada Erika Toh kerana sudi follower blog Adie..dan menghargai kesudian anda follow blog ADie, Adie pun dah follow blog Erika..lagi satu..erika ni ada fanpage FB tuk blog dia..korang mampu?..hahaha,..so jgn lupa join ya...opss Adie takleh nak like2 page kat FB dah sbb account Adie dah overlimit ok...so ampun...so nak tahu lagi pasal blog Erika ni sila lah klik kat header dia dibawah ini ya

Haus of Kaka..dah macam House of Gaga lak..ahaks


Dan ini piulak wajah pemilik Haus of Gaga..opss silap Haus of Kaka



Okla, selamat memblogwalking ya...daa

Salam sayang,

P/S : Rindu kat Lady Gaga...gagaga ulala...

144

Salam,

Mcam biasa kalau kuar entri yg berbentuk no ni adlah menunnjukkan angka follower blog Adie ni...erm pemilik no 144 ni agak misteri coz Adie tidak tahu siapakah beliau dan beliau juga tidak mempunyai link blog beliau..yang hanya ada, adlaah nick name dia iaitu YANGENCEMLAGIMACHO...ko mampu?..hehehe...so Adie takleh nak review or promote beliau...so kepada En. YANG ENCEMLAGIMACHO terima kasih Adie ucapkan kerana sudi mengikuti blog Adie ni...harap dapat kenal dgn lebih lanjut ya...

Salam sayang,

Thursday, January 20, 2011

Happy Holiday : Thaipusam




Salam,

Just wanna wish Happy Holiday to all of u and for those who celebrating Thaipusam, Happy Thaipusam. And for this Thaipusam, i would like to present u tis awesome animation series called "Little Krisha"



Salam sayang,

143

Salam

Wah dah bertambah lagi seorang follower Adie menjadikan 143...so sempena Thaipusam ni, Adie akan publish mengenai follower 143 di blog Adie ni...hehehehe...ambik ko keluaran khas Thaipusam..ko mampu? 143 satu nombor yg Adie rasakan agak istimewa...istimewa mcm mana..coz kalau dlm term2 bercinta ni 143 mewakili sebuah ucapan yg sungguh bermakna dan keramat...nak tahu apa dia...ni la huraiannya 1(I) 4(LOVE) 3(YOU)....

So kepada follower yg ke 143 ni memamng Adie 143..sebab apa? Adie 143 dia sebab dia follower blog Adie dan ia juga seorang kawan Adie yg sungguh baik..(mengikut firasat hati Adie)...Pemilik no 143 ini adalah ADY SOLEH...erm ramai tul kenalana nama Adie/Adi/Ady ni..confuse bila nak mention dlm satu perkara senretak...well Adie kenal Ady ni tahun lepas kalau tak silapp Adie...segalanya ngan dgnkuasa FACEBOOK..memng jarang kami bermsg or chat dlm FB tapi ada kesempatan kami akan komenkat wall masing...setelah beberapa bulan berkenalan, kali pertama Adie berjumpa Ady ni semasa Adie nak pergi ambil tiket free citer Back Up Plan...masa tu la baru jumpa...

Ady ni kerja kat Media Prima...dulu dlm tahun 2006 Adie rajin gak g sana sbb hmate Adie kerja kat sana..Masa jumpa kat OU tu kami tak sempat nak lepak bersama, Ady tgh makan ngan kekawan dia dan Adie pulak in hurry..so just ambil tiket jer then terus blah...hehehehe...Ady ni agak petite orgnya..hehehe..petiti yg comel ok..dan dia dah berkawin ada anak sorang yg sungguh comel (kalau dia tipu Adie so semua org yg bca ni kena tipulah ya..hehehe)

Ady mula berblog t ahun 2009..blog Ady lebih kepada kehidupan beliau yg penuh dengan dugaan...Ady lebih byk berceritakan mengenai kesihatannya kerana Ady tidak berapa sihat..something to do with his lung...baca blog dia memng emo la...for me, ia membuatkan Adie lebih menginsafi dri Adie sendri...Adie ni sensitif orgnya, so bila baca benda2 yg sedih2 ni hati Adie cepat tersntuh..dan tak heran kalu Adie boleh menangis pabila baca blog org lain...blog ADY simple jer..Ady bukan lah seorng blogger yg rajin update blog dia sbb kerjanya membuatkan Ady tidak berkesempatan untuk mengupdatekan blognya but Adie yg yakin melalui blog dia lah , Ady meluahkan segala kekusutan dan perasaan nya...dan lagi satu wat masa ni lagu latar blog beliau sungguh sedih ya..seolah2 menggambarkan keadaan beliau sekarang..apa yg beliau rasakan...

ok2 tak mau ssedih2..so nilah heade blog beliau dan wajah sebenar tuan tanah


Macho tak?Ni la Ady Soleh


Okla...apapun Adie ucapkan terima kasih kepada Ady Soleh kerana sudi follower blog Adie...to Ady "ADIE 143 ADY"..Ceria2 selalu k...


Salam sayang,







P/S; Bila nak bawa Adie panjat Broga dan jumpa si comel di Melaka?