Thursday, December 31, 2009

+2010 -2009


Salam,

Tinggal beberapa jam lagi akan bermulalah kehidupan baru kita pada tahun 2010. Sure ramai yg duk sibuk fikir kat mana nak celebrate n ngan sapakan? tak kurang juga yg lebih selesa duk rumah jer..

Munculnya tahun 2010 bermakna tahun 2009 akan berundur diri dengan meninggalkan pelbagai mcm kenangan. Bagi Adie, tahun 2009 tidak byk bezanya dgn tahun2 yg sebelumnya selepas Adie bukan lagi berstatus pelajar.....

Yang pasti pelbagai dugaan Tuhan berikan kepada Adie..terlalu byk sehingga Adie melarikan diri ke satu tempat hanya untuk menenangkan fikiran Adie,walaupun tidak seratus peratus...tapi itulah kali pertama Adie melarikan diri dari zon Adie...yg pasti ketika itu air mata menjadi peneman Adie....

Terlalu byk kisah duka dlm hidup Adie sehinggakan Adiehanya mampu berdoa agar kepayahan Adie ketika ini akan memberikan rahmatnya.

Adie berharap tahun 2010 mampu memberi ruang dan peluang untuk Adie mencapai impian Adie dan pada tahun 2010 ini juga Adie ingin sekali lagi membawa diri keluar dari Malaysia sekiranya diizinkanNYA...Adie harap ianya dapat dilakukan pada bulan dimana Adie akan berusia 30...InsyaAllah.AMIN

Pada July 2009 genaplah Adie berblog pasal kehidupan ADie dan dalam tempoh setahun lebih ini Adie ada 101 followers yg setia membaca blog Adie yg kadang kala sepi seketika. Oleh itu, Adie ingin ucapkan terima kasih kepada followers blog Adie dan juga pembaca2 silent blog Adie...terima atas2 komen yg pernah anda buat.

Dengan kesempatan ini, Adie ingin ucapkan


HAPPY HOLIDAY
&
HAVE A WONDERFUL NEW YEAR 2010



Salam sayang,
Adie Waridi

Wet dream always fun....


Salam,

Hahahaha....tajuk xleh blah...ermm best gakkan wet dream..ahakz...btw takde kaitanpun ngan entry kali ni..just nak share some pics masa Adie habiskan masa bersama keluarga kakak Adie kat Wet World Shah Alam...kiranya Adie jadi baby sitter tuk anak2 my sis..huhuhu...coz taman air tu lebih kepada kanak2...kawasan air yg paling dlmpun 1.9m...huhuhuhu..walaubagaimanapun Adie really had fun...pas puas mandi n main air,kami lunch sesama kat Sec9...anyway TQ akak blanja adikmu yg selalu sengkek ni













Salam sayang,
Adie Waridi

Xmas @ I-City









Malas nak citer byk...so malam tu kuar ngan my housemate..tgk2 hiasan Xmas kat I-City Shah Alam..betul2 berdekatan ngan area umah Adie...lama tak kuar ngan bertiga ngan semua hmate Adie.....



Salam sayang,
Adie Waridi

Friday, December 25, 2009

Tayang Perdana: Duhai Si Pari Pari



Salam,

kali ni Adie nak wat review filem Melayu terbaru terbitan tayangan Unggul Sdn Bhd, "Duhai Si Pari Pari". Rasanya dah lama kot Adie tak wat review dari mata kaca Adie mengenai filem yg Adie tonton..Tu tandanya Adie dah lama tak g pawagam nonton filem...huhuhu

So last Wednesday dapat invitation dari Abg Ajami as usual tuk press preview filem Duhai Si Pari Pari. Honestly masa dapat invitation tu, Adie tertanya2...citer apa nie/ tak pernah dgr pun..huhuhu..since Adie bukan lah penggiat seni yg aktif n nak ambil tahu sgt pasal industri filem (kecuali filem daripada beberapa pengarah yg Adie suka)..bla bla bla...

Ok, walaupun tak pernah terdengar pun gossip pasal filem ni (maybe ada..Adie jer yg tak tahu), Adie pergi juga la nonton...so kesimpulannya as di bawah


Filem : Duhai Si PAri Pari
Terbitan : Tayangan Unggul Sdb Bhd
Arahan : Azmi Md Hatta
Durasi : 110 minit
Genre : Fairy tale comedy
Tarikh Pengambaran : 17 April - 17 May 2008
bajet : RM 1.4 juta
Klasifikasi : PG 13
Tayangan : 31 Disember 2009


Sinopsi :

Filem Duhai Si APri Pari berkisarkan kisah pari-pari yang turun dari Dunia Kayangan. mencari cinta sejati. Dia percaya cinta manusia lebih indah dan lebih sempurna daripada cinta dari dunianya. Selepas beratus tahun, Si Pari (Liyana Jasmay) masih belum mencari cintanya. Dalam usahanya untuk menemui cinta sejati, Si Pari minta untuk turun ke bumi maka, kisahnya bermula dengan teko ajaib yang secara tidak sengaja ditemui Syadon (Que Haidar). Pertama kali bersua muka dgn Syadon, Si Pari mengetahui itu adalah cintanya dan bermulalah episod cinta Si Pari. Bapa Si Pari pula merasakan bahawa Syadon adalah pemuda yg lurus bendul. Dengan tempoh singkat dan kedegilan Si APri dengan cintanya, Si pari nekad untuk mendapatkan Syadon. (nak tahu lebih lanjut g la tgk kat pawagam bermula 31 Disember ni k)

Para pelakon:

Liyana Jasmay (Si Pari)

Que Haidar (Syadon)

Harun SAlim Bachik (Bapak Si PAri)

Nabila Huda (Mala)

Remy Ishak (Budi)

Aziz SAtar


Belakang Tabir:







Scene CGI:








Scene :








Apa yang Adie rasa:

1. Pertama sekali Adie meng tidak mengenali siapa itu Azmi Md Hatta dan melihat dari bionya, beliau merupakan pengarah dari dunia telefilem, drama bersiri dan dokumentari..Byk gak cerita yg dia dah arahan tapi malangnya Adie tak pernah tgk satu pun (Adie secara jujurnya tidak gemar sgt menonton citer Melayu yg agak tipikal ni tapi tidak bermakna Adie langsung tidak menonton k)..dan ini adalah merupakan filem pertama arahan beliau. Secara jujurnya, filem ni tidak berjaya mengangkat nama beliau sebagai seorang pengarah filem...but tidak boleh salahkan seratus peratus kepada beliau lagipun ini adalah kali pertama beliau mengarahkan filem..tak gitu Senah?

2. Permulaan citer (intro filem) tidak berjaya menarik perhatian Adie walaupun intro credit tuk memperkenalkan tenaga pekerja agak menarik tapi terjejas dgn cara penyampaiannya...ada idea tapi tidak cukup bagus...

3. Secara jujur keseluruhan jalan citer ini sungguh membosankan dan mendatar..tiada turun naik citer ditambahkan dgn karakter Que yang rasanya agak berlebihan bendulnya sehingga lawak yg cuba diketengahkan agak annoying...

4. KArakter development dan lakonan Liyana pun rasanya sungguh membosankan kot...tak tahu la sama ada memng macm tu yg dikehendaki tapi rasanya lebih elok lakonan Liyana dgn watak yg hampir sama ketika beliau membawa watak pontianak remaja dalam telefilem "Ponti Anak Remaja"

5. Side kick dlm filem ni berjaya menarik perhatian dgn beberapa scene yg berjaya sampai ke perhatian penonton terutamanya Adie...misalnya watak Maya lakonan Nabila Huda dan watak bapak Si Pari (HArun Salim Bachik)...Karakter development yg menarik dan penampilan mereka dlm setiap scene boleh melekat dlm ingatan penonton...walaupun tak semua scene tapi overall berjaya...

6. Sebenarnya, filem ni ada idea yg menarik tapi olahan citer ini tidak begitu meyakinkan...tidak salah sekiranya rujukan lebih digunakan dari filem seperti "Enchanted, Bewitched, Sabrina the Teenage Witch, Stranger Tahn Fiction etc"

7. CGI yg digunakan boleh lah di banggakan walaupun ada yg Adie rasa macam kekurangan idea jer...kenapa masa watak Remy Ishak nak tumbuk bapak si Pari tidak ditukarkan tgnnya merupai sesuatu yg melucukan instead of tangan tu bertindak menumbuk tuannya sendiri...bosan kot....penggunaan CGI ketika Si APri cuba mengemas rumah Syadon pun biasa2 jer...(maybe sbb kos) tapi rasa mcm takde idea jer..langsung tidak impressed kan Adie..lagi satu alangkah bagus sekiranya masa watak Budi dan bapak Si Pari bertarung ala2 cowboy tu, Adie rasa agak menarik sekiranya ketika tembakan dari si Budi, bapak si PAri mengelak ala2 dlm filem Matrix tapi wat over gedix sikit...mungkin kita copycat tapi kerana scene yg org dah tahu ianya mampu membuat org ketawa dan berkatakan mengenainya..tak salahkan sedangkan kita tgk filem seperti Scary Movie, Date Movie sure kita ingat setiap scene yg diorang cuba adapt dari filem2 sebenar walaupun citer tu mengarut tahap dewa but yet still ada jalan citer n turun naik citer tu...tak gitu?

8. Adie merasakan adalah bagus sekiranya olahan watak Si Pari dikembangkan...sekurangnya tunjukkan kisah Si Pari di dunia Kayangan dan bagaimana ia boleh berada di bumi to exact verada di tempat pembuangan sampah..bukankan sepatutnya filem ni lebih fokus kepada watak Si Pari kerana tajuk filem ni adalah "Duhai Si Pari Pari" dan bukannya "Duhai Si Syadon"

9. Overall, filem ni tidak berjaya menarik perhatian Adie tapi masih ada scene2 yg tertentu yg Adie rasa penonton leh enjoykan..kalau ikutkan Adie adalah jenis penonton yg sukakan genre seperti ini tapi ianya tidak berjaya mencapai tahap seperti yg Adie harapkan

10. Komen Adie ni adalah pandangan daripada seorang penonton filem biasa yang inginkan apa yg ditonton adalah berbaloi dgn wang yg dikeluarkan. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dgn Adie, itu adalah hak masing2...walaupun komen Adie ni tidak begitu memberangsangkan tapi anda semua ada hak untuk membuat pilihan masing2...tapi Adie rasa sekiranya Adie tidak menonton tayangan perdana filem ni dan filem ni keluar di pawagam, Adie rasa Adie akan pergi menontonnya since Adie penggemar citer ala2 fairy tale ni n suka tgk Liyana Jasmay yg comel tu..huhuhuu

So apa2 masih terpulang kepada pilihan masng2..ikut citarasa masing2...so jgn lupa saksikan "Duhai Si PAri Pari" di pawagam berhampiran anda pada 31 Disembber 2009 ini....














Salam sayang,
Adie Waridi


p/s:
1. Lately tension ngan kesesakan lalulintas yg melampau kat Mid valley...Adie dah dua kali lewat ke event yg Adie kena hadiri..benci...

2. Tak sangka jumpa Ihsan kat tayangan perdana tu...sempatla camwhore ngan dia pas bis tayangan

3. Kerana menunggu lama tuk tayangan bermula, Adie dah boleh hafal lagu tema filem ni nyanyian Liyana "Aku Jatuh Cinta"...sedap gak...suka Liyana....hahahaha

Santa Is Coming To Town



Salam,

Btw hari ni public holiday sempena X'mas..So dapat tak hadiah dlmstokin korang..hehehehe..btw just nak wish Merry Xmas kepada semua penganut Kristian. Peace no WAR.

SAlam sayang,
Adie Waridi


p/s:
nanti Adie upload pic Adie ngan decorations Xmas...1st kena recapture,coz my camera xD card kena format so semua pic ambil ngan deco Xmas hilangla...uwaaaaaaaa

Thursday, December 24, 2009

Hannah Tan X'mas CHarity Concert



Salam,

Pada mulanya mcm malas jer nak pergi sbb dah jam 2 lebih...tapi sebb rasa bosan kat umah so Adie bertemankan Am, Angah a.k.a Lee dan Hakim pergi ke konsert Hannah Tan di Hotel Gradens Mid Valley..as a token for the ticket, we bring gifts for the unprivileged children.

Btw kami sampai lewat sejam. start jam 4pm...sbbnya kesesakkan jalan raya yg sungguh melampau..benci tau..masa tu dah macam moody...so put in mind, kalau sempat, sempatla...so just went str8 to hotel ballroom at level 5...we were so lucky, that the concert just started at 5pm..huhuhu....so many peoples in the ballroom...and up there, i saw Hannah Tan..OMG.....she so beautiful....hehhehe...i like her so much k...

Btw, there were performances from Hannah Tan of course, Reefa, Fabulous Cat, Liang, Daphne Iking, Jojo Struys, Sam & Remy Innuendo, Meet Uncle Hussein, Peitro felix, Hazami, Atilia n many more...I dont watch the concert until the finale sbb member yg dah nampak cam bosan..huhuhu..yelah Adie jer yg excited nak tgk hannah Tan..so kitaorng lepak kat Mid Valley gak ....so enjoy the pics




Hannah Tan & masahiko Horie


Atalia

Ash Nair


Daphne Iking


Dennis Lau


Hazami


Sam & Remy Innuendo


Jojo Struys


Liang


Meet Uncle Hussein


Pietro felix


Reefa


Sasi The Don


Fabulous Cats and many more


Salam sayang,
Adie waridi


p/s : pas concert tu ada drama sikit yg wat Adie hilang mood...sorry guys