Wednesday, September 23, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam,

Sebelum bermulanya Syawal, Adie tak sempat nak post entry tuk wish SELAMAT HARI RAYA kepada kekawan Adie...so sebleum adie bercerita pasal sambutan raya Adie di kg (taman perumahan leh consider kg ker) Adie ingin mengambil kesempatan ni (dah masuk Sywal 4) untukmengucapkan selamat Hari Raya AidilFitri kepada kekawan Adie terutamanya rakan kenalan dari Blogspot ni (followers,silent readers) nak sebut ramai (anda tahu sapa anda), kekawan Facebook, Myspace, Tagged, Friendster dan juga client2 Adie....Adie harap raya anda semua meriah yea dan gembira disamping keluarga dan insan tersayang..

Ok sambung kepada sambutan raya Adie di Ipoh...

1 Syawal 1430
1 Syawal yang ada kat umah; mak, ayah, kak long (Abg Am+Adriana Jasmine+Adriana Cempaka), kak ngah (Abg Halim, NurAzimah, Emir Daniel,Natasya,Farahana), abg lang dan Adie jer...abg uda takde balik Pahang...keluarga Adie tak ramai...anak2 buah pun baru 6 org...bakal masuk 7 akhir tahun ni....

Pagi 1 Syawal, Adie tak g solat..no reason why...so duk lepak kat umah jer...yg lain semua g...ahli keluarga balik dari masjid, baru lah start makan..tahun ni tak byk kuih mcm tahun lepas...about 6 jenis jer plus kerepek...semua tu kuih tunjuk jer..dah takde wat...opppss silap kecuali kuih tart nenas..abg lang yg wat..tu kuih wajib..sbb dia wat sedap...isi padat n lembut....kalau zaman2 kami adik beradik masih sekolah, yelah, mak wat kuih raya n kami akan tolon, but now masing2 dahbesar n takde masa nak balik awal so apalagi..tunjuk jela kat kedai mana pilihan kalbu...setiap tahun, Syawal pertama mak hidangkan nasi impit+kuah kacang, dan rendang ayam+daging, lemang...pilihan Adie adalah nasi impit...kalau g beryaa pun Adie akan cari nasi impit..suka sgt...

Dlm 3pm kami semua balik ker Tapah..kg belah ayah..my grandmom ada lagi...so melawat la dia asa usual...around 7pm balik semula ker Ipoh sementara kak long and kak ngah balik kg mentua masing...so kembalilah Adie berempat ngan mak,ayah n abg lang....kinda bored kan..so takde la meriah sgt..infact lampu l\kelip2 pun takde kat umah....ermmmm

2 Syawal 1430
Adie g tesco ngan abg lang beli barang tuk wat sphagetti, bihun sup dan cupcakes...cupcakes Adie yg wat...ni kali kedua cuba resipi dlm internet ni...Oreo Cream Cheese Cupcakes...huhuhu...pas siap semua, Adie teman abg lang g beryaa kat umah kawan dia di Seri Iskandar dan Batu Gajah...Malamnya, parent ngan Kak long g umah pakcik kat Tmabun, Adie n abg tak ikut since Adie ingat nak g reunion bebudak sekolah menengah, tapi pas mandi n bersiap semua, abg lang kata jgn pergi sbb dia tinggal sorang ngan maid kakak...ermmm kecewa sgt...malas nak argue Adie duk jela umah n suruh kawan Adie, Juani dtg beraya umah...nasib baik Juani dtg..sepatutunya dia temankan Adie g reunion, sinca tak jadi Adie suruh dia dtgberyaa jer..hehehehe...around 10pm parent n kakak balik, so ADie n Juani bertukar tempat n lepak kat OLDTOWN kat Medan Gopeng till 12.30pm..balik umah takleh tido till 4am..huhuhuhu

3 Syawal 1430
Hari ni balik semula ker Tapah..kali ni melawat umah adik beradik ayah...ni la aktiviti yg dah bertahun di lakukan sejak kami dah tak balik kg belah mak di Ulu Bernam Selangor sejak kematian arwah nenek....rindu nak balik beryaa kat Ulu Bernam tapi adik beradik mak pun dah tak balik umah pusaka tu, masing2 balik beraya umah mentua....rindu kat arwah nenek yg aku panggil Atok...aku pun dah tak ingat berapa lama arwah Atok tinggalkan kami....sedar tak sedar aku makin kehilangan visual rupa Atok aku...... rindu lak...semoga Atok berada di golongan org yg diredhai oleh Allah...

Petang balik Ipoh semula then aku lepak jela,..tidak beraya kemana umah kawan..ntahla...bosankan...tapi macam tula raya Adie selalunya....sok 4 Syawal, Adie akan balik Rawang ikut abg lang....hari Jumaat akan datang Ipoh semula....

Tula crita 3 hari beraya Adie di Ipoh....pic masa raya tak leh nak upload, ada prob ngan memory card kamera....nantilah Adie upload k...till then Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin


Salam sayang,
I am.."W"

Wednesday, September 16, 2009

PAPADOM


Salam,


PAPADOM bagi Adie adalah sebuah filem yg penuh dgn nilai2 kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan dan perpaduan.ternyata percubaan Afdlin kali ini berhasil dan sesungguhnya intipati filem itu sendiri sesedap rasa seperti apabila kita memakan papadom.

Berkisahkan perihal seorang bapa, Saadom (Afdlin Shauki) yg begitu menyayangi anak perempuannya, Maisara (Liyana Jasmay) sehinggakan sanggup melakukan beberapa perkara yg diluar jangkaan (Saadom selalu berada di mana saja anak dia berada samaada di camping site, sekolah, party even sanggup menjadi pekebun di universiti anaknya.) hanya kerana mahu memastikan anak kesayangannya berada dlm keadaan yg selamat sekaligus cuba menunaikan janjinya kepada arwah isterinya, Munirah (Noor Khairiyah) untuk menjaga anak mereka. Transformasi watak Saadom yg pada mulanya begitu komited terhadap perniagaanya sehingga mengabaikan keluarga kepada seorang bapa yg terlalu sayang n protektif terhadap anaknya setelah kematian isterinya sungguh menarik.







10 minit pertama filem ini mampu membuatkan Adie terus berada di kerusi dan meneruskan tontonan Adie..tidak hanya mampu membuat Adie melekat di kerusi tetapi membuatkan Adie ketawa tak hengat dunia. ternyata ia sebuah filem komedi yg santai tapi penuh nilai2 murni dan ianya agak berlainan kerana memaparkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuannya yg jarang sekali ditonjolkan di layar perak..

Bagi Adie, filem PAPADOM berjaya membawa Adie melayari jalan citer yg simple tetapi disulami dgn perasaan..ada ketika gembira, sedih, kelakar dan sebagainya tapi ianya berjaya disulami dgn agak baiknya.

Dari segi lakonan, sapalah Adie untuk menghakimi mereka semua, tapi menurut pemerhatian Adie sepanjang melihat perjalanan para pelakon sejak menceburi dunia seni, Adie tidak nampak sgt perbezaan watak2 yg pernah mereka lakonkan sebelum ni..Afdlin masih dgn caranya yg selamba dan tidak ada bezanya dgn lakonan beliau dlm filem Sepi atau filem2 yg terdahulu (ada a few yg wataknya agak berbeza but almost like the same)...manakala Liyana still the old same Liyana since she started acting..but yet both of them won The Best Actor and Actress respectively during the 22th Malaysia Film Festival..so who am I to judge them..tapi Adie rasakan watak seperti Khairiyah dan Harum Salim Bachik byk membantu filem PAPADOM...Adie suka ngan karakter development Khairiyah (Munira) yg menjelma sebagai roh tapi dlm keadaan yg sungguh kelakar serta berpakaian mengikut keadaan..






but yet semua watak yg di bentuk untuk filem PAPADOM ni berjaya membantu perjalanan citer PAPADOM walaupun maybe ada yg ckp its kinda cliche to have character like playboy yg act macho, Hisham Hashim (Farid Kamil) n cheerleader yg gedik lagi jahat kan, Shasha (Scha)..

Menurut Afdlin beliau mendapat inspirasi membuat filem ni setelah melihat hasil kerja Yasmin Ahmad terutamanya filem "Talentime" di samping melihat dirinya yg selalu sibuk bekerja dan mengharapkan isterinya mnjaga anak2.So tidak hairan kalau ada yg terperasaan ada sedkit elemen yg akan membuatkan anda teringat hasil kerja arwah Yasmin Ahmad yang memang suka menerap kisah kehidupan org sekelilingnya yg penuh nilai kasih sayang, persahabatan dan perpaduan. Regardless lah ada elemn yg sama, yg penting mesej yg nak disampaikan dan Adie rasakan kita perlu filem2 begini kerana Adie rasakan masyarakat kita ni macam makin kureng jer ngan nilai2 begitu...at least takdela kalau masa genre seram jer, semua penggiat seni sibuk wat filem seram walaupun hampeh citernya begitu juga dgn genre lain...

Skrip yg begitu bersahaja n santai membuatkan kita berasa lebih dekat dgn jalan citer dan watak2 dalam filem ini. Oleh kerana itu tidak hairanlah sekiranya filem PAPADOM berjaya memenangi kategori Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 22 baru2 ini di Sabah dan sekaligus menggondol anugerah Filem Terbaik di festival yg sama.

Kesimpulannya, Adie masih berpuas hati menonton citer ni dan tidak kisah untuk menonton untuk kali kedua atau seterusnya. PAPADOM bagi Adie sebuah filem komedi untuk tontonan semua tak kira bangsa, agama, dan juga umur...kepada para bapa tunggal and maybe anak tunggal or anak2 yg ada bapa mcm Saadom ni, eloklah kiranya pergi ke pawagam menonton, kerana anda mampu mempelajari sesuatu dari filem PAPADOM ni...adakala kita tidak mampu melihat sesuatu dgn jelas walaupun ia berada di depan mata kita sendiri.

So nantikan tayangannya pada 08.10.09 di pawagam berhampiran anda k..Adie pasti anda akan ketawa dan enjoy citer ni...



Salam sayang,
I am.."W"

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Membatalkan Puasa..betulker?


Salam,

Bertemu lagi kita dalam blog Adie...dah mcm intro rancangan TV lak rasanya..hahahaa...so macam mana posa semua?..bagus...tinggalkanlah selalu..ahakz...kui2...so entry kali ini just nakupdate pasal majlis berbuka yg adie hadiri sejak minggu lepas....

10 September 2009 (Khamis)- Preview PAPADOM & Majlis Berbuka Puasa ASTRO Shaw

Dapat jemputan dari Uncle Ajami tuk tgk preview filem PAPADOM dan juga Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw...tempatnya KL Convention Centre...citer pasal PAPADOM nanti Adie review erk..yg penting citer tu memng layanzzzzzzzsessangat...suka watak Khairiyah...

So mcm biasa bertemulah blogger2 fofular ni seperti Karl, Ray, Uncle Ajami, Syazwana.ka. Wenkt (ngan anak2 ikan dia-2org k), Megat, Adi Luqman dan bebrapa blogger yg lain...mcm biaslah kalau dah berjumpa...potpetpotpet la jawapanya...so mlmtu Adie melantak dgn byknya...since tak pakai -shirt DONT FEED THE MODEL so belasahla makanan yg sedap2 sgttu...Adie makan nasi briyani kambing,nasi ayam, satay, kuih muih, kek, ais krim dan beberapa lagi sajian ....rasa rugi sgt kalau tak try semua...hehehehe...so lain kali ada jemputan majlis yg melibatkan makanan , ajak la ADie k...

Yang penting citer PAPADOM best and sesedap makanan berbuka kat KL CONVEC k....layanzzzzzzz


11 September 2009 (Jumaat)- Majlis Berbuka Puasa ngan Amir Rayyan

Erm sapa Amir Rayyan tu erk...huhuhu bagiyg takkenal..dia salah seorang blogger gak and merupakan adik angkat Adie(ramai adik)....kenal Amir ni dah 3 tahun lebih sejak dia masih balajar..sekarang dah kerja...dukpun dekat ngan umah...

Adie tido ptgtu so kiranya g berbuka kat umah dia ala2 last minute decission....so bgn tido terus bersiap ngan pakai short nv-neck jer...tup tup yg dtg semua berbaju melayu n berbajukurung...aduih rasa terasing jap..hehehee...sambut krismas kan...hehehee...anyway stil leh mingle AROUND NGAN kekawan Amir yg begitulahappening n sporting...

Yang penting makanan di hidangkan ala2hotel k..siap ada senarai nama makanan...yang penting tetap ada nama artis seperti Tepung Pelita Nazam Lebaran,Air Bandunng Dingin Ziana etc....but salute tu Yus...sedap wei....suka2...lainkali ajak Adie k...hahahaha...

Malam tu rasa happy sgt dapat join diorang..so dapat jumpa kekawanblogger yg takpernah jumpa face to face..just di alam maya jer...iaitu Riz dan Pojie...nice knowing u guys...terharu bila korang ckp..."Ni ker ADie Waridinya"...hahaha tertiba rasa cam artis...berangan jap...hahahahaah...malam tu bertambah networking..dapat jumpa Yus, Aiman, Fariz, Abg Arm and ramai lagi...

Akhirnya aktiviti bersama Amir Rayyan berakhir dgnbersahur di KFC Federal Highway...mcm biasala camwhoring la pasbersahur....sonok sgt...TQ Adik..tak sabar naktunggu Open House korang lak..sure meriah...









12 September 2009 (Sabtu) - Majlis Berbuka Puasa Ngan Mak & Ayah Angkat

Dengan berpakaian Baju Melayu lengkap, aku n Am dan juga parent angkat aku berbuka puasa di Dewan Ar-RAHA Seksyen 7 Shah Alam...majlis ni sempena Alumni UiTM....dewan ni dewan peribadi ...dalam erti kata kayanya org tukan..hehehehe..the dewan so damn nice...the food also nice too...puas makan ada solat terawih 8 rakaat....kemudian kami berpindah ke rumah Auntie Syidah lak..diorangpuasa ada wat majlis berbuka posa n solat terawih kat umah...masa kami sampai diorang baruje selesai wat terawih..so apalaghi terus lamenjamu selera...makan lagi..ermmm aku ni memng kuat makan.,..badan jer kecik..nak wat camna, saka ADie lapar...hehehe...ni adalah geng2 line dancing yg Adie selalu join waktu hari minggu..sonok hang out ngan mereka ni..happening....btw TQ Auntie,sedap bihun sup dari utara tu....











13September 2009 ( Ahad) - Berbuka Puasa Ngan Aiman

Aiman ni salah seorang adik angkat aku...byknya..huhuhu...aku senang anggap kenalan yg bawah umur dari aku as adikangkat aku...sonok bila org panggil aku Abg..sbb aku anak bongsu..sorindu dipanggil Abg...heheheheh

So plan berbuka ni dah lama about 2minggu lepas masa dia balik bercuti dari Jakarta..so 12hb September dia balik bercuti raya...kami memng dah plan tuk berbuka puasa sesama..nilah kali pertama kami bertemu sejak berkenalan dalamdunia blog..ternyata melalui blog menemukan ngan org2 yg istimewa n jujur berkawan ngan aku...walaupun baru pertama kali bertemu..kami tak kekok malah agak mesra mcm adik n abg...sbbnya kami dah share pasal life kami dlm blog...melalui blog kami mula mengenali hatibudi masing2...

Pertemuan pertama berlangsung di Pavilion..dtg awal sbb ingat nak tgk movie tapi malangnya tayang akan habis etelah berbuka posa..so taknaklah berbuka puasadlm pawagam...akhirnya kami lupakan niat and wat tawaf kat Pavilion sampaikanaku dah leh ingat semua butiknya...hahahaha...

Kami berbuka puasa di Pizza Hut...ternyata ianya bukanlah pilihan bijak yg kami dan ianya mengurangkan graf pahala puasa kami...hehehee...ini bukan kali pertama aku makan di sini,ternyata management dia tetap tak berlajar dari kesilapan...malam tu kami hangin giler..aku listkan
1. Pekerja dia yg sungguhtidak mesra alam kecuali beberpa org.
2. Kami berbuka dgn sup saja sedangkan org yg dtg lambat dari kami dah dapat pesanan makanan mereka..LENGKAPya....
3. Permintaan kami untuk mendapatkan sos cili tidak diendahkan hingga habis makanan..
4. Pekrja dia tidak mengendahkan pelanggan yg terpaksa menungguhampir 15min sebelum diberi layanan...(aku saksikanbeberpa pellanggan kuar semula setelah lama menunggu untuk dilayan)
5. AKu heran sbb peralatan seperti gelas n mangkuk sup abis nterpaksa digantikandgn cawan kertas n bekas plastik tuk sup...pelik sbb jumlah perlatan akan sama dgn jumlah tempat duduk malah lebih lagi stoknya....
6. dan yg takleh blah pekerja Bangla dia yg jadi cashier leh wat tak tahu sedangkandan berdiri depan dia tuk byr bil n dia leh ckp..."Oooo nak bayar bil erk"...Hellooooooooooooo

Sakit hati jer...nasib baik diorang sorok form perkhidmtana..if not dah lama kitaorg isi...apapun aku stil sonok dapat jumpa adik angkat aku ni yg antara org yg selalu bagi semangat kat aku bila aku down...tq adik nTQ belanja abg..huhuhuhu...malam tu aku tak balik Shah ALam, bermalam kat umah kawan...


Tu la aktiviti berbuka posa aku tuk minggu lepas..minggu terakhir ni taktahu lagi...anyway selamat berpuasa di minggu terakhir ni....TQ kepada mereka yg menjemput Adie berbuka bversama



SAlam sayang,
I am.."W"

Thursday, September 10, 2009

Berbuka@ Abg Muhi's House




Salam,

Lama tak update ..last update 1hb September..sekarang dah 10hb..huhuhu..life still mcm biasa..hadapi bulan posa .....so sekarang baru terasa nak update sikit aktiviti yg dah adie wat sepanjang bulan posa ni...

Berbalik pada tajuk entry kali ni...dapat invitation dari Abg Muhi tuk berbuka posa kat umah dia melalui FB...tarikhnya 5hbSept..bertempat di Kota Damansara....so akupun bersetuju tuk hadir..since aku melalui fasa kehidupan yg agak sukar dlm hubungan lately,aku rasa aku perlu berjumpa kekawanlama dan juga baru..open new horizon...wat networking...yes networking..aku perlukan itu...

So hari tu,aku g ngan Syazwan a.k.a Wenkt...before that kami g hantar adik dia kat Sg Besi then terus pecut ke Kota Damansara..sebelum tu sempat la singgah bazaar Ramadhan kat pekan Sg Besi tuk beli sedikit juadah tuk top up juadah yg dah sedia ada....

Since masing2 blur tuknpilih jalanyg terbaik agar sampai ontime, kami beberapa kali tersalah jalan yet we finally arrived there...beberapa saat selepas azan Maghrib...Ni adalah kali pertama aku hadir ke aktiviti sosial yg Abg Muhi anjurkan sejak akukenal dia pada tahun 2007..akupun leh kira tak sampai 5 kali jumpa ngan dia sejak kenal..huhuhu..akuni memng sussah nakjumpa org sikit...byk barrier...

Well,aku ni pemalu ornya..soaku takbyk ckp..aku just berbualngan org yg dah aku kenal..selain Abg Muhi,aku bertemu kembali Abg Azimsetelah lama gak menyepikan diri..huhuu....then jumpa Dean...bilajumpa face to face takreti nak ckp byk,dlm FB reti lak..hehehe..biasalah kita ni kan..dlminternet rancak berbual....

Lebih dari 10 orgyg hadir, ternyata mereka semua memng rapat..suka tgk kemesraan mereka...secara taklangsung membuatkan aku gembira...aku mampu menggembirakan diri aku dgnhanya berada di keliling org yg sedang bergembira...

Makanan utama mee bandung n laksa johor...sedap sgt...akujrg makan mee bandung..tuyg wat aku terkesima...hehehehe...the highlight for that day was, pre-raya shooting..huhuhu..apalagi pose la mcm sambut raya katanya..bersalam-salaman...hehehe meriah sgt...n kekawan Abg Muhi ternyata jenis spesis mesra alam..aku suka..hehehehe..hope leh lepak lagingan diorang...

Mlm tu keta Syah Daniel tersangkut kat divider parking, so masing2 gegeh menolong..sianlak tgk Syah..tapi dgn izin Allah atas dugaanNya tu,semua nya selesai dgn bertemankanhujan yg lebat..hujan rahmat tu...aku lak tetiba sakit kepala..migrain..membuatkan aku terlantar sebentar di sofa...tq to kekawanyg ada masa tu jaga Adie....syg korang....u know who u r...about 3am aku dan Syazwan balik Shah Alam selepas hantar Shah balik umah dia....





Ternyata, berada dalam suasana yg menggembirakan, mampu membuat diri n hati kita ceria...merubah mood yg tak ceria kepada ceria....dan aku sukakan mood ketika itu....aku memng suka hang out ngan kekawan,just wat masa ini, pergerakkan aku agak terbatas atas beberapa sbb tertentu....Anyway TQ Abg Muhi forthe invitation...and kepada semua kekawan baru yg akukenal, salam persahabtan aku hulurkan.....



Salam sayang,
I am.."W"

Tuesday, September 1, 2009

PadaMU Aku Bersujud




AFGAN
- PADAMU KU BERSUJUD -

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Reff:
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Back to *, Reff
repeat reff

pada-MU

ZAkAT : Rukun Yg 5

Salam

Minggu lepas masa pergi ke bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam Sec13, aku telah selamat menjalankan ibadah berzakat FITRAH aku...aku rasa ni kali kedua bayar zakat kat bazaar ni dgn org yg sama...tahun ni zakat fitrah bernilai RM7 dan aku membayar tuk diri sendiri. So bagi yg belum membayar zakat tu persilakanlah ya...dgn rasa tanggungjawab, aku berikan sedikit info berkaitan dgn zakat ini...walaupun aku pasti ramai yg dah arif...SELAMAT BERZAKAT


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)



"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)




Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zakat sila click perkara di bawah

PENGERTIAN ZAKAT

SIAPA YG WAJIB

HARTA YG WAJIB

ASNAF ZAKAT



Salam sayang,
I am .."W"

Berbuka Posa Ngan Schoolmate Yg Ting Tong

Salam,

Puasa ke 9 aku berbuka puasa bersama rakan2 sekolah menengah aku...semua ini adalah perancangan kawan aku a.k.a kekasih gelap ku dulu iaitu Watie....since aku pun balik Ipoh, apasalahnya aku menjoinkan diri....

Tempat yg dipersetujui adalah Chicken Rice Shop, Tesco Extra, Ipoh.....Aku sampai agak awal since katanya kyul 6pm ada kat sana...masa sampai tu sorang pun takde lagi sehinggalah aku bertemu ngan Jue n Asfa..tak lama kemudian Watie pun menjelma dgn lambaian diva dia...hahaha...since baru 6.30pm n tak tahu nak g mana kat Tesco ni, so kami lepak lah kat dlm restoran tu....so kamila the fantastic 4 yg dtg awal....apalagi..bergosip la 3 dara pingitan ni ngan teruna....eh silap 2 mak org , 1 anak dara n 1 teruna...huhuhuhu...

Dok seronok berbual mengenang kisah lama dan bergossip di kala bulan posa nie...tetiba dlm 6.40pm pekerja restoran ni dah start hidang makanan depan kitaorng semua...wah mencabar iman betul dgn bau2an yg sungguh enak itu....kita org ni tak habis2 membebel kenapa awal sgt....lastly kitaorg put a side semua makanan tu....n sambung bergosip sehinggalah kelibat Syikin dan anak2nya dan Shanna yg tidak berubah2 penampilannya sejak sekolah menengah lagi

So sekarang jumlahnya 1 lelaki dan 5 pompuan sehingga ianya bertambah kepada 3 lelaki dan 7 pompuan....akhirnya cuma aku, Fariz, Ikhwan, Watie, Jue, Asfa, Syikin,Shahriliza n Shana jer yg dapat dtg...anyway, aku belasah cukup2 makanan kat restoran tu...yg lain semua cam cover..aku?..ada aku kesah...hahahaha....

Dapat penat menyumbat perut ngan makanan yg sedap2 tu, si Syikin ni ajak kami semua berkarok kat umah dia...huhuhu..bukan ajak g terawih ke..kakakaka....since takde apa nak wat so semua setuju kecuali Ikhwan yg ada hal....tapi sebelum ker rumah Syikin, dia g beli mic kat Tesco since mic dia rosak katanya....tapi sebelum tu lagi dia sempat lagi cuba main game bola ni...gegeh hot mama ni...beriya2 but aku salute kat dia...memng brutal n sempoi walaupun dah ada anak 4 yea..but yet perangai ting tong doe.



The Chicken Rice Shop - Chicken Rice....and more


Yummy...emmmm


Ada aku kesah....korang tak nak makan aku makan...hehehe


Kekawan ku yg ku syg...



Aku, watie, fariz, jue n Asfa sampai umah Syikin awal...rupanya keta Shahriliza rosak jap kat Tesco tu....so sementara menunggu tuan tanah sampai , kami melepak kat koridor umah Syikin n mula wat perangai ting tong...pose n snap...hehehhe...terutama si Asfa, Jue n Watie...meroyan gamaknya diorang ni...sbb laki bagi kuar mlm2 nie...hahahhaa

Ngah sonok menanti, tetiba fariz ckp dia kena balik ngan isteri n anak dia...sbb anak dia dah start meragam....so itu tandanya aku jer sorang lelaki yg tinggal...mulanya segan lak tapi since aku ni yg memng selalu di kerumuni pompuan sejak sekolah..heheheh..so ada aku kesah...lagipun diorang ni otak tak betul..so leh la aku join....tak lama kemudian tuan tanah sampai...

Tanpa lengahkan masa terus ke bilik karok n start melalak...but yg melalak hanyalah tuan tanah, jue n asfa...yg lain layan sembang...yela lama tak jumpa lebih 12 tahun.....aku pun turut la layan perangai diorang ni yg tak rupa mak budak.....masih mcm sekolah memengah dulu....terutamanya Syikin...yg tak tahan ni siap suruh wat photoshoot mcm2 style ni n yg paling aku tak leh blah...aku di dragkan....ayoo...tapi aku layan jer...sbb pakai rambut palsu jer...konon2 jadi rocker la....tuk diorang aku sanggup wat apa jer agar kami gembira bersama....hehehheeh...akhirnya kami lepak samapi kul 12 lebih n dlm erti kata lain kami sambut Merdeka kat umah Syikin di dalam bilik karok dia secara umumnya....












Plan tuk lepak kat mamak di Tambun tak jadi since member kami yg lai takleh nak kuar coz anak dia tak tido lagi...so kamipun berambus la dari umah Syikin walaupun minah ni pelawa lepak sampai sahur...huhuhuhu..nice of u..atau tu ayat nak halau....hehehehe....

Aku lak mengambil keputusan ke batu Gajah bertemu kawan lama untuk bersahur....since aku takleh nak tido lagi....kami lepak kat kedai mamak di Station 18 til 3am....pas hantar dia balik umah, aku terus balik umah, tapi sebelum tu aku sempat singgah kat cc berdekatan umah aku untuk upload pic masa gathering tadi dlm fb....around 5.30am aku balik umah....aku tak balik awal sbb aku tak bawa kunci umah, so aku malas nak kejut parent aku...so aku balik la waktu diorang ngah bersahur....

Apapaun, aku cukup gembira dpat bertemu semula kawan2 lama....rindu saat sekolah dulu..byk kenangan...aku rasa, aku bersyukur sbb kami dapat bertemu semula kerana Facebook....if not aku rasa susah la....so aku telah mengusulkan agar gathering yg berikutnya kat Lost World of Tambun since semua dah ada anak2...apasalahnya kita gtahering sekali anak dan suami/isteri masing2.....aku memng mengharapkan usul aku tu dapat di laksanakan.....kepada kawan2 aku...aku happy banget bertemu kamu semua, n aku happy tgk kejayaan kalian.....rindunya......



Salam sayang,
I am .."W"

Happy Birthday To my Sweet talker, Aliph



Salam

Tanggal 30hb Ogos adalah merupakan tarikh lahir kepada seorang kenalan internet aku yg mana aku kenal melalui blog juga...aku kenal dlm bulan February, so almost 7 month usia persahabatan kami....walaupun sekarang aku dah kurang berwebbie ngan dia (since dia dah ada new clown..hehehe)..aku tetap ingat birthday dia...so here (hope dia baca blog aku), i just want to wish him


HAPPY SWEET 18
TO
MY LIL BRO
ALIPH






Semoga apa yg ingin dicapai , tercapai and moga dipanjangkan umur n sihat selalu..n ceria selalu....


Salam sayang,
I am.."W"