Friday, June 26, 2009

Adie to Adie

Salam,

Dah lama rasanya tak kena tag..last tag rasanya aku tak sempat buat sampaikan aku dapat tag yg terbaru dari si Adie ni...suka kan korang tag mentag ni..hehehehe...since aku takde entry terbaru so aku merajinkan la menjawap tag ni....


1. Anda rase anda HOT ?
Erm let me see..adakah HOT yg anda maksudkan seperti berikut?

In music:


So pilih la ek...hehehehe


2. Upload photo kegemaraan anda





3. Mengape anda suke photo ini ?
Kenapa erk...maybe sbb itulah diri aku...hargailah diri kita sendiri..hehehehe

4. Bile kali terakhir anda makan pizza ?
Lebih 2 tahun kot...lama erk sampai dah takingat rupa pizza camno...segitigakan?

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
Yo Te Amo by Chayanne




6. Selain dari name sendiri, anda suke di panggil dengan name ape ?
Just Wadi or Adie...tapi yg rapat akan panggil Wadi...familypun panggil nama tu..so kalau sapa nak jadi famili Adie kena lah panggil Wadi...larikkkkkkkkkkkk


7. Tag lagi enam orang

1. Kak Belle
2. Aliph
3. Z
4. Dd
5. Ejay
6.Ryzal
7. Adik Ariq


8. Sape no satu bagi anda ?
Kekasih gelap ku...bila nak belanja Adie?..hehehehehe

9. Kate sesuatu berkenaan dengan no lima ?
Penari yg vogue..huhuhu

11. Bagi pesanan kepada orang no enam ?
Kekwat....ada kat area umah Adiepun taknak jumpa....larrriiiiikkkkkkkkkk



Habis dah? Ala nak jawap lagi..hahahaha.....


Salam sayang,
I am.."W"

24 June - Nadzree a.k.a P.A.K.W.E's Birthday

Ni la orgnya...Nadzree a.k.a P.A.K.W.E




Salam,

24 June yg lepas besday kawan blogger aku yg fofulartu...Nadzree a.k.a P.A.K.W.E....yg ke berapa? yang ke 27...tapitetap maintain muka awal 20-an k..awet muda katanya...hehehehe

Anyway, so masa besday dia tu, aku mms la besday wish kat dia...since aku tak belikan apa2, tu jela yg termampu aku berikan sebagai seorang teman...pas je mms dia, aku tak pernah menyangka dia akan call aku balik...aku tahula Maxis bagi panggilan percuma selama seharian,tapi aku betul2 tak sangka...sbb aku tahulah akuni sapa di mata org yg aku panggil kawan, sbb aku bukan pilihan pertama mereka...so aku tidak mengharapkan sebarang balasan..tapi bila terima panggilan dari dia, membuatkanaku agak tergamam...tapi aku happy sbb dia kol...n happy dengar suara dia yg ceria...aku tahu byk benda yg dia lalui lkately, so bila dgr suara diayg happy, aku tersenyum gembira....yg penting dia suruh aku nyanyikan lagubesdaykat dia....siap nyanyi 2kali k...hehehehe

Tapi....aku mungkin terlepas ckp pada besday dia dan membuatkan sehingga kini aku rasa terkilan nbersalah...so aku nak minta maaf katdia walaupun aku dah sms dia...aku tak bermaksud apa yg aku katakan..MAAF YA

Once again HAPPY BIRTHDAY TO YOU...SWEET 27....


SAlam sayang,
I am.."W"


Hilang Ide Kerna Terlalu Lama Menyepi

Salam,

Dah lama tak memblog..nak kata bz tak gak ada jer kat umah tu..erm maybe sbb internet katumah dah kena potong..hehehehe....bukan maybetapi sbb tu la sebenarnya...

Well byk yg berlaku tapi aku takdapat nak abadikan citer tudlm blog sehinggakan kini aku dah lupa...so biarlah ia berlalu...

So entry berikutnya, apa yg aku sempat recall la..hehehe..

DAh lama tak memblog ada kala membuatkan aku malas...tapi aku rindu tuk luahkan apa yg aku rasa mengenai kehidupan aku...sbb tu aku terus memblog walaupun kekadang lama menyepi...

Till thennjoy k...


Salam sayang,
I am .."W"

Wednesday, June 10, 2009

Down Memory Lane : Part 1

Salam,

Semasa di Ipoh, aku berfikir mengenai hala tujuku...berseorangan mebuatkan aku byk berfikir...seamsa di Ipoh membuatkan aku teringat kembali zaman persekolahan aku..so pada satu petang aku dgn membawa keta Iswara ayah aku merayau ke sekolah2 lama ku...

Sekolah Kebangsaan Sg Rokam, Ipoh...adlah merupakan sekolah rendah aku...aku bersekolah daripada darjah 1-6..aku tak pernah masuk tadika seperti kebanyakkan budak lain..so aku ni agak lembap semasa darjah 1...

Selama bersekolah di sekolah ni, aku ditempatkan di kelas2 Melur..kelas2 kat sini semuanya diberi nama atas nama bunga..kelas Melur leh dikatakan kelas ke2 terbaik...terbaik ker?ntahla...tak byak perkara yg aku ingat semasa di sekolah rendah ini tapi ada bberapa perkara yg betul2 melekat di fikiran aku semasa belajar di sini...

Antaranya:-
1. Aku telah dicederakan oleh seorang guru wanita yang sentiasa berkebaya ketika darjah 1...dia selalu pulas telinga aku pabila aku tak dapat jawap soalan Matematik..aku ni lembap sikit hal kira2 nie..aku tak kisah dipulas telinga tapi yg tak best dia pulas sampai telinga aku berdarah n luka bagai sbb kukunya yg panjang...walaupun aku diperlakuan sedemikian, aku tak pernah bgtau famili aku tapi aku selalu takut untuk ke sekolah..kerana itu hampir sebulan aku tak ke sekolah...mak aku dah hangin ngan aku samapi dia pukul aku dgn senduk sampai patah n siap wat personal lesson lagi ngan aku....akhirnya famili aku tahu hal sebenar pabila semasa tido kakak aku ternampak telinga aku yg luka..dan barulah aku bercerita kepada famili....akibatnya parent aku ke sekolah dan tak lama kemudian cikgu tu di tukar sekolah...aku tak pernah tahu ke mana...yg aku ingat nama dia Cikgu Azizah...memng garang pun...nampak tak aku tetap berdiam walaupun org tu melampau tapi itulah aku....

2. Salah seorang kawan aku telah melarikan diri kerana salah faham yg berlaku antara kami..ala biasalah masa kecil2 kita selalu kenakan kekawan..bila kita ckp ayah kita kuat, kita pun akan tak nak mengalah dan mengatakn sesuatu yg lebih hebat mengenai ayah kita..lebih kurang la kisahnya aku ngan kawn aku nie...tapi perkara ini menjadi campur tangan sekolah bila kawan aku mengadu kat cikgu...kisahnya aku ckp kat kawan pompuan aku ni yg kawan laki aku ni ckp babi kat aku..seenarnya aku cuma nak citer kat kawan pompuan aku yg bernama Nurul ni..just saja tuk cerita tapi tak sangka dia g citer kat cikgu kelas...so cikgu kelas kami yg pada masa tu bernama Pn Fatimah telah memanggil kami berdua..belum sempat berbuat apa2, kawan aku yg laki tu bernama Hanif terus melarikan diri ke tandas..aku lak terpinga-pinga dan duk kat kerusi seperti tanpa ada sebarang yg berlaku...semua org ke tandas...yg si Hanif ni siap bagi kertas yg diconteng ngan kod rahsia (mas sekolah rendah kan kita selalu ada kod rahsia)..kertas tu berbunyi .."Aku tak bersalah"...memng ko tak bersalah pun tapi kenapa ko emo lari dulu sebelum kita sempat berbicara ngan ckgu....ntahla...tanpa kami sedari, Hanif ni telah melarikan diri menuju ke pintu utama sekolah..kami semua berlari cuba mengejar dia..aku tetap duduk kat tempat aku sambil melihat apa yg berlaku...tapi kesduahannya, Hanif berjaya keluar dari sekolah tu....akibat dari itu, aku nyaris di tampar oleh guru displin...tapi aku heran kenapa nak tampar aku lak..aku yg jadi mangsa..betul tak..nasib baik tak kena, if not aku sue cikgu displin tu....

3. Aku pernah flyin kick seorang budak pompuan yg merupakan kelas mate aku gak..aku tak berpa ingat sbbnya tapi aku tak sangka aku leh flyin kick dia..sian lak bila aku fikirkan sbb dia terpelanting ke dinding kelas dan aku hanya wat bodoh jer...boleh?..aku rebel gak kan..napak jer muka baik...apapun sorilah Wati aku terajang ko betul2 kat perut...

4. Aku melarikan diri dari org2 yg cuba rogol aku...hahahaha..takde la..saja jer wt caption gitu..sure mata korang cerahkan baca blog aku yg panjang nie...kisahnya aku melarikan diri dari 2 org budak pompuan yg nak jadikan aku adik angkat diorang..alasannya aku ni cute giler..(memng aku cute masa kecil..hwa3)..yang aku takleh blah..diorang tu sebaya ngan aku..ada ati nak jadikan aku adik angkat?...sori erk Rahayu kerana menolak permintaan mu....

5. Sepanjang belajar di sini ada bebrapa cikgu yg aku sukar giler...mulanya cikgu kelas aku Pn Siti Fatimah..cikgu ni baik giler..susah nak dgr dia menjerit marah tapi dia ckp slow n steady but sentap k ayat dia..so fefaham sendiri....tapi aku memng salute dia sbb kebaikan dia tu membatkan kami sanjung tinggi ngan dia..dia tahu cara mengajar dan mendidik kami..bukan setengah cikgu yg hanya tahu guna rotan untuk mengajar...kemudiannya cikgu bahasa Inggeris aku, Miss Wong..aku suka sbb aku suka bahasa Inggeris..terutama bab spelling..berebut angkat tangan tu jawap sampai dia malas nak tanya aku..sbb sure aku leh jawap..dia tak dapat nak rotan tanga..but she really nice n one more thing selalu dtg kelas ngan skirt pendek dia..lawa sgt...aku masih ingat masa kelas dia, dia ajak satu kelas g kat assembly hall n kami menari..tu salah satu cara pembelajarannya....masa tu aku rasa seronok sgt...kemudian cikgu kelas darjah 6 aku, Pn Rohaya...dia ni rajin n baik orgnya sbb sanggup korbankan masa cuti dia ngan mengajar kelas tambahan kepada kami..dia dia begtu ambil berat ngan setiap anak murid dia..dgn berkat kejujuran dan kegigihan dia mengajar kami hampair 90% bebudak kelas aku dapat 3A dan 4A termasuklah aku nie....

6. Masa sekolah rendah, aku lebih berkawan ngan bebudak pompuan sbb aku ni tak ganas sgt ..tu yg diorang suka...so aku ni senang tuk didampingi oleh bebudak pompuan..mostly membuatkan bebudak lelaki lain jeles ngan aku..hwa3...spa suruh korang ganas..tgk cam aku main batu seremban kat belakang kelas ngan diorang..siap juara ya..hehehe..aku ni suka indoor aktiviti dari outdoor sbb aku ni selalu sakit masa kecil...

7. Aku selalu mendapat jawatan dlm kelas, baik dari Ketua Kelas hinggalah AJK semua aku rasa...

8. Rahsia terbesar yg aku nak citer ngan korang adalah masa darjah 1 aku terbrak dlm kelas sbb aku terlalu takut nak minta izin kat cikgu masa tu..kelakr bila fikirkan....malulah gak aku masa tu..tapi so far nasib baikla bebudak kelas aku tak ejek aku sebaliknya tolon aku..dan masa tu abg2 aku juga turut bersekolah di sekolah yg sama..so abg aku la yg tolon bawakan seluar lebih..hehehehe


Tula seba sedikit yg aku ingat pasal sekolah rendah aku...betapa aku rasakan aku juah berubah dari zaman aku kecil dan bertapa cepas sebenarnya masa berlalu...next entry nak citer pasal sekolah memngah aku lak...tunggu...masihkah aku terberak dlm seluar lagi? kita nantikannya..chewah dah macam montaj citer tv lak...


Slam sayang,
I am .."W"

Back for Good

Salam,

Aku kini dah berada di Shah Alam...dan aku balik dgn harapan baru..kalau ikutkan nak jer duk Ipoh tu lelama n tak nak balik Shah Alam..tapi aku takleh terus menerus melarikan diri dari dugaan yg aku hadapi ini....aku rasa cukupla aku selama ni jadi pelarian yg tidak berkesudahan kisahnya..

Aku mungkin akan berubah mngikut keadaan..aku akan cuba lebih tegas dalam segala hal..cukup la aku mengikut telunjuk org dan cukuplah aku cuba memuaskan hati org keliling aku..kali ni aku akan lebih selfish..aku akan utamakan diri aku dulu then baru org keliling ku...

So korang rasa wajar atau tidak?


Salam sayang,
I am .."W"

Monday, June 8, 2009

Dari Shah Alam - Seremban - Ipoh

Salam,

Setelah apa yg aku lalui, aku membawa diri ke Seremban dan Ipoh..Jumaat lepas aku ke Seremban jumpa seseorang yg aku kenal sejak 5 tahun yg lepas tapi tidak pernah aku jumpai..dia adalah adik angkat aku..aku ni suka wat adik angkat sbb aku ni bongsu..so seronok rasanya dapat curahkan kasih syg sebagai seorang abg...

So aku pas solat jumaat aku naik komuter dari Shah Alam dan terus beli tiket ke Seremban...ni adalah merupakan perjalan paling jauh pernah aku g menaiki komuter...tak aku sangka ramai rupanya org dari Seremban yg bekerja di Kuala Lumpur...sepanjang perjalanan tu takde benda yg menarik kecuali aku meinikmati permandangan sepanjang trip sambil memikirkan hala tuju hidup aku ni..dah mcm terlewatkan memikir hala tuju hidup adie nie...tapi yg menarik perhatian adie masa dlm tren satu kejadian membuatkan adie terfikir...salah seorang penumpang komuter telah diserang sawan..dan org keliling tak tahu nak wat apa..nak call siapa..ini membuatkan adie terfikir bahawa, perlunya CCTV di dalam perkhidmatan pengankutan awam terutamanya komuter dan lrt...bukan takde ni perkhidmatan pelanggan yg disediakan di dlm komuter tapi masalahnya diletak di tempat yg salah..agak tidak strategi n no tu lak ada had masa tuk di panggil...camno tu..tapi nasib baik sawan org tu tak teruk...sampai KL Sentral org tu ok...

So back to my trip..sampai KL Sentral kena tukar komuter laluan Seremban...masa tu org mula balik kerja so packed giler la..kena lah berdiri..sampai serdang baru dapat tempat duk...perjalanan yg mengambil masa 1 jam 30 minit memungkinkan org yg berada di Seremban bekerja di KL dan sebaliknya...

Smapi d Seremban, Kimie jemput aku dgn keta Saga BLM Hitam dia tu..ni lah kali pernah jumpa dia..selama ni hanya bersms dan YM jer..since dah lama kenal membuatkan kami tak kekok sesama sendiri...

Esoknya, aku, Kimie, Adan & Hazrul (diorang ni housemate Kimie yg sporting giler) g Seremban Parade main bowling..lama giler tak main..so kami main 3 game..aku pun turut serta walaupun baru kenal diorang ni...kat sana 2 org lagi kawan Kimie turut join iaitu Khairul dan Zaki....so far dioarang ni byk mulut gak...aku yg mulanya diam akhirnya bersuara gak masa main bowling tu...apapun aku secara overallnya memenangi game tu..hahaha...

Then g makan kat food court..pastu tu Kimie hantar aku kat stesen komuter ygterletak seberang jalan dari Seremban Parade ni...kalau ikutkan nak stay lama tapi Kimie ada hal, so akupun plan terus balik Ipoh..balik kg la..mana lagi....

Sampai KL dalm 3.30pm, ingat nak naik tren tapi tren ke Ipoh jam 9.45pm..so aku bergegas ke Pudu..dapat tiket jam 6.30pm..ada masa dlm sejam lebih , aku pun g KLCC naik LRT Putra...saja jejalan..jejalanla akhirnya aku terbeli baju kat Isetan..kan tgk sale..tension tul...nasib baik takde duit if not abisla...

Smapi Ipoh dlm kul 9pm..abg ambil..mandi n borak ngan my mum then tido..huhuhuhu...kul 4am eletrik putus..aku sedar tapi sbb kemalasan yg melampau walaupun ngah panas au tetap tido cam biasa..teruk giler..yelah aku capek...

Pagi Ahad, kami sekeluarga g Tambun sbb sepupu aku kawin..so bertandang umah lelaki..aku pun tak tahu..so kebetulanla aku balik Ipoh ni...so aku ajak kawan lama Z untuk turut serta ngan famili aku...aku g ngan dia, famili aku terpaksa gerak dulu sbb dah lambat...then famili aku terus k Gopeng sbb ada kenduri kawin lagi, aku tak ikut sok aku n Z balik umh jer..so lepak kat umah..lama aku tak jumpa z ni ..lebih kurang 3 tahun or lebih la..dia makin kurus...

Ptgnya famili aku balik dan kul 8pm diorang bersiap g Rawang..aku malas nak ikut sbb aku baru lagi sampai Ipoh n lagipun aku nak rehat tenangkan fikiran sebelum balik sana n hadpai semula dugaan...

So sekarang aku menghabiskan masa seawal pagi Isnin ni kat cc...update apa yg patut...aku keseorangan n tak makan lagi sbb tadi nak g makan aku jadi segan bila org ramai n aku sorang..huhuhu..nak makan pun segan..susah tul aku

So tu jela kisah aku..hehehe..hope aku balik Shah ALam nanti ngan semangat baru...lapar..ada sesiapa org Ipoh nak teman aku pagi2 buta nie..ahakz...



Salam syang,
I am .."W"

Thursday, June 4, 2009

Aku Dikasari

Salam,

Sekali lagi aku dikasari oleh seseorang....yg membuatkan aku makin benci padanya...tapi aku tak pasti kebencian aku itu akan terus kekal di hati aku atau tidak..kerana aku lembut hati...dan aku benci perasaan itu....yg nyata aku akan pastikan aku tidak akan dikasari lagi...

Kerana perkara itu, aku menyendirikan diri...sebarnag panggilan tidak aku jawap..hanya beberapa teman aku jadikan teman mengadu walaupun aku tahu mereka tidak mampu membantu ku...akhirnya aku sendiri....

Malamnya, aku keluar tanpa arah tujuan mengikut gerak langkah kaki ku...dan akhirnya aku terdampar di taman menangis...aku tahu seorang lelaki tidak seharusnya menangis..tapi aku hanya mahkluk tuhan yg lemah...aku akuinya....aku memangis sehingga aku rasakan alangkah elok sekiranya aku tidak dilahirkan untuk menghadapi semua ini....Ya Tuhan maafkan aku kerana tidak bersyukur denganMu....

Aku kalah lagi.....kalah lagi dgn perkara yg sama....

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku bangun dan menghadapi dunia Mu yg sebenarnya indah....dan ko kuatkan iman ku dari sebarang godaan duniawi....MAAFKAN AKU KERANA AKU TIDAK MENJADI KHALIFAH MU YG SEMPURNA......

Aku ingin hidup ku mengikut acuan ku bukan acuan kamu...aku akan membawa diri ini jauh dari mu...

Si Dia?

Salam,

Ahad yg lepas aku keluar bersama sidia...
Aku gembira kerana aku bersama org yg aku sayang
Dia belanja aku makan sempena besday aku yg dah lepas bulan April
2 potong kek dan nyanyian SELAMAT HARI JADI..
Aku terharu dan malu sbb kat tempat public tapi aku gembira
Bertambah romantik bila kami suap kek sesama sendiri.

Tapi, aku tahu yg hakikatnya kami tidak akan bersama,
Dia hanya mampu memberikan kasih sayang kepada ku tapi tidak CINTA,
Aku redha, sbb dgn kasih sayangnya itu aku mampu tersenyum gembira
Terima kasih...aku tetap sayangkan kamu
Walaupun kita hanya sekadar seorang kawan...




Salam sayang,
I am "W"

One Night Stand @ Kuala Terengganu

Salam,

Jumaat yg lepas aku bersama Cham dan juga kekawan dia yg lain, g ke Kuala Terengganu..pada mulanya aku ingat hanya aku berdua yg gi Terengganu rupanya Abg Manap, Rie dan beberapa org kawan mereka turut ada...so barulah aku tahu tujuan ke sana kerana kakak Rie kawin...nasib baik la aku ada bawa persalinan yg sopan sikit....aku ni kan suka pakai suar pendek n kalau leh singlet jer..hehehe...

Aku jumpa mereka semua kat Kl Sentral....ni adalah merupakan kali ke2 bagi aku ke terengganu...yg 1st masa lawatan belajar semasa study kat UiTM...dlm keta aku berkenalan ngan Izat, Fekz dan Abg Amir....Abg Manap n Rie aku dah pernah jumpa sebelum nie....perjalan agak lama...aku tak byk mulut sbb aku tak berapa kenal lagi mereka kecuali Cham, Abg Manap & Rie...tapi aku ketawa melihat gelagat Izat & Fekz yg membuatkan perjalanan lama tu terasa singkat...ada je bend ayg diorang wat...

Sampai Kuala Terengganu, kami merayau2 dulu then terus cari tempat tinggal...lastly dapat kat hotel Sri Tanjung..Pas check in kat hotel yg terletak depan Dataran Shahbandar, kami terus ke rumah Rie...then merayau lagi....till mlm..then bali hotel tido...

Pagi Sabtu aku dan Cham g bfast kat Kemaman Kopitiam setelah penat berjalan lebih kurang 500m dari hotel..hehehe..yg si Cham ni duk nak makan nasi dagang tapi bangun lambat...nak g Secret Receipe tak jadi sbb jauh lak..so jejalan jumpa la kopitiam ni yg nampak menarik...ternyata makanan dia memng sedap n murah ..bestkan..berbeza ngan hidup d Klang Valley...pas bfast balik htel n berkemas tuk check out n g kenduri kawin kakak Rie..

Ni kalai pertama g kenduri kawin belah pantai timur...memng simple sgt majlis dia...just 2 meja panjang n beberapa kerusi...just like ambil makanan n pepadanai la cari tempat tuk makan...agak awkward tapi dah camtu cara dioarang so terima jela...btw makanan dia sedap sgt...well new experience for me....Rie tak balik KL sekali sbb dia masih dalam cuti so hanya kami ber7 yg balik KL...sempatla kami singgah beli keropok losong, tangkap gambar kat Batu Buruk, g Cherating..hehehe....hari kedua bersama mereka semua aku dah mula serasi n join kepala giler diorang..hehhee..tapi aku suka karakter Izat n fekz..hope aku dapat jumpa diorang lagi....

Sampai KL around 12am...aku terpaksa balik Shah Alam sbb sok ada shooting iklan Maybank...aku dan talent aku terlibat..aku cuma watak xtra jer..tolon kawan...aku penat sebanrnya..kalau ikutkan malas nak g shooting...aku suruh diorang drop by aku kat KL Sentral dan diorang terus g Clubbing....gigih betul..hehehe...Cham bagi aku hadiah besday..besar tapi until now aku tak buka lagi..aku cuma baca kad dia jer...sori Cham (aku sure ko baca blog aku)...ada sbb aku tak buka hadiah tu lagi....

Btw, thanks Cham sbb invite Adie g Terengganu...satu pengalaman baru bersama teman2 baru...

Thanks








Salam sayang,
I am.."W"

Terminator Salvation




Salam,

Gi tgk Terminator Salvation ngan housemate n kawan
Pada awalnya hanya aku ngan housemate saja, at the end Wan pun ikut sekali
Cuba dapatkan tiket area Jusco Bukit Tinggi Klang, tapi akhirnya tgk kat GSC Signature The Garden Mid Valley
Citernya penuh ngan aksi n menarik la bg aku..aku tak pasti sama ada aku pernah tgk citer Terminator yg lain..pernah kot just aku lupa...so aku rasa korang patut tgk citer nie gak
Abis tgk wayang, terus g Asia Cafe..
Sejam kemudian balik umah and aku tido....




Salam sayang,
I am "W"

Silent = Dissappear?

Salam,

Aku semakin menyepi dari dunia blogging...sedar tak sedar hampir seminggu tanpa sebarang entry...ada kala aku merinduinya tapi bila mengenangkan apa yg aku lalui, membuatkan aku hendak menyepi....

Tapi semakin aku menyepi, aku rasakan kesunyian yg begitu mendalam...sedar tak sedar...aku memng keseorangan menghadapi dugaan hidup ini (tidak termasuk keluarga sbb aku tak menceritakan apa yg terjadi pada ku kepada mereka).....

Bila sesuatu terjadi kepada diri ku...aku sebenarnya aku sebenarnya keseorangan...aku tiad a tempat mengadu..dan aku bukanlah pilihan sesiapa...aku hanyalah last resort tuk setiap org di keliling ku....

Dlam seminggu ni, pahit manis aku lalui bersama kekawan...bersama kekawan ker?atau aku hanya sendiri...gelak tawa ku aku rasakan palsu...aku hanya berpura2 melakonkan watak yg diberi mengikut situasi...senyum terukir di bibir tapi fikiran melayang....

Buat seketika, ini bukanlah kehidupan yg aku impikan untuk aku jalani...

Ada ketika aku berharap bahawa aku tidak lahir ke bumi ini untuk menghadapi semua ini....



Salam sayang,
I am.."W"


p/s : Entry berikut adlaah antara ativiti yg aku lalui sepanjang minggu...mungkin nampak happy tapi perasaan aku dikala menaip entry ni ada SEPI....