Skool time, dear

Salam,

Hari ni bermula sesi persekolahan bagi tahun 2009...so another day for the parent to be a little bit more wacko...hwa3...kelamzz...kat area umah aku jalan jam jap sbb, semua parent dok park keta diorang tepi jalan berkilo2 tu tuk hantar anak2 mereka g sekolah terutamanya yg baru masuk darjah 1...teringat masa aku mula2 masuk darjah kat Sekolah Kebangsaan Sg. Rokam, Ipoh...aku pun tak ingat sangat la zaman tu tapi yg pasti pas daftar semua...parent aku tak tunggu pun sehingga aku habis sekolah...kebetulan juga abg aku di sekolah yg sama...tapi dia pergi dan balik sekolah naik basikal manakalau aku naik bas....

Tak byk yg aku ingat pasal zaman sekolah rendah aku kerana aku ni bukan jenis yg peramah...pasif giler cuma bercakap dgn org yg tegur aku jer..huhuhu..nak femes jauh sekali..n aku rasa sepenajang aku sekolah rendah tu takde sapa kot notice aku nie...tapi aku ada la ingat sikit apa yg aku rasa menarik berlaku dlm hidup aku semasa kat primary skool..so aku list la since aku nak panjang lebar citer pun aku bukan ingat sgt..

Perkara2 yg aku rasa menarik+memalukan semasa aku sekolah rendah

1. Di senarai pertama, aku berak dlm seluar (aku telah pecahkan rahsia yg tak pernah aku citer kat org lain..ni pulak secara open..) Alkisahnya aku terlalu takut untuk bersuara meminta izin nak ke tandas kerana cikgu yg ngajar aku tu garang

2. Aku telah menyebabkan seorang cikgu wanita, Cik Azizah kena buang sekolah dlm masa 24 jam. Alkisahnya, dia telah mencederakan telinga aku sehingga luka dan berdarah..tapi rahsai ni terbongkar setelah sebulan aku tak g sekolah kerana takut ngan cikgu tu..tapi parent aku ingat aku ni malas..sbbnya aku tak bgtau diorang yg aku kena dera..tgk baiknya aku sampai kena dera pun tak ngadu..padahal takut sebenarnya...terbongkar kerana kakak aku nampak telinga aku berdarah dan luka, baru aku citer

3. Aku kena pukul ngan mak sampai senduk patah-semuanya kerana pasal Cik Azizah tu. Sepanjang tak g sekolah tu sebulan , mak aku la jadi cikgu kat umah. (masa tu diorang tak tahu kisah sebenar). Thanks to my mum, kerana aku kena pukul ngan teruk tu, otak aku terangsang dan menjadi pandai.

4. Aku di kejar oleh 2 org budak pompuan hanya kerana diorang berkenan ngan aku dan ingin membuat aku adik angkat diorang (budak pompuan ni kelas lain). Tapi yg aku tak faham, diorang tu sama baya ngan aku..nak jadikan aku adik angkat?

5. Aku telah membuatkan rakan kelas aku melarikan diri dari sekolah. Alkisahnya aku mengadu kat kawan pompuan aku (pengawas ketika itu-Nurul namanya), bahawa kawan aku, Hanif telah memanggil aku Babi. ketika itu kami bergurau dan aku hanya sekadar bercerita kat Nurul ni tapi tak sangka lak si Nurul ni repot kat cikgu kelas..apalagi Hanif ni kena panggil, dan kerana tak puas hati di menyorok dlm tandas dan memberikan nota rahsia (nota rahsia yg mana tulisannya tak nampak dan hanya leh dibaca dgn cara tertentu jer) berbunyi "Aku tak bersalah"-persoalannya betul ker tak bersalah. the next thing we know, dia telah lari ke pagar sekolah...beramai2 pergi kejar tapi tak dapat...yg peliknya aku ni duk jer dlm kelas sambil memerhatikan apa yg berlaku..bila di fikirkan aku mcm karakter budak citer 666..langsung takde perasaan ketika tu...in fact aku tak menghalang pun agar cikgu tidak salahkan dia sedangan aku tahu kami hanya bergurau ketika itu....aku pun tak tahu kenapa aku begitu.

6. Kebanyakkan masa aku di habiskan dgn budak pompuan..bila waktu rehat aku main batu remeban ngan kekawan pompuan kat belakang kelas...masa tu memng budak2 pompuan ramai rapat ngan aku..hhehehe...

7. Aku selalu lepak kat sebuah pokok yg rendang dan besar di padang sekolah bila aku rasa nak bersendirian..jiwang lak..

8. Aku suka cikgu bahasa English aku...Miss Chong namanya...selalu pakai skirt pendek n lawa bg aku ketika itu...kerana dia juga aku pandai English masa sekolah rendah..selalu dapat gred bagus..tapi sekarang harammmm....broken English leh la

9. Aku sebenarnya fail paper musik..aku dapat 34% jer, tapi cikgu tu terslah letak markah jadi 66%..aku senyap jer..huhuhuhu..jahat aku nie

10. Aku pernah flying kick member pompuan aku kat perut dia, melanting kat dinding..aku tak ingat sebb apa..tapi adalah sbbnya...aku rasa sejak tu kami tak rapat....

11. Aku selalu berlawan ngan member aku budak pompuan ni, Azura untuk dpat tulisan terbaik..api selalunya memng kami berdua jer yg akan dapat elok dlm tulisan

Akurasa itu jer yg aku teringat wat masa ni zaman sekolah rendah aku...nak kata menarik ntahla tapi aku rasa biasa jer..mungkin sbb aku ni tak berperasaan sgt...even sekrang pun aku ni kurang berperasaan...always take for granted tuk semua hal...kurang pernghargaan terhadap sesuatu...n stil pemalu ...ntahla....korang lak apa citer zaman sekolah rendah dulu?


Salam sayang,
Adiewaridi

Comments

lavidalabelle said…
bestkan zaman sekolah dolu-dolu..

ahaha.. tak sangka adie ingat benda lama-lama tuh. kalu sis- lah, yg sis hingat, sis selalu sgt gaduh dgn budak lelaki. mcm gangster kmpung pandan la aku ni.. ahaha.

hmmm, best jadi budak kecik dari budak besar. kita ni makin byk umur makin byk masalah problem. ahaha... sabar jelah kan.
Unknown said…
wah, kejar mengejar. ko memang femes dulu kan. ha ha
Adie Waridi said…
sis belle:
adie ingat sikit2 la..yg memberi kesan mendalam ingat la..best zxaman kanak2..free

helmi:
femes ker..hehehe
hahah...failed paper musik...samalah kita.

kena praktis hari2 main recoder tu..
Adie Waridi said…
paklan:

adie ni suka musik, tapi tak reti baca note dia..hehehe

Popular Posts