Wednesday, August 27, 2008

Pelamin last minute

Pada Khamis lepas aku terima panggilan daripada seorang kakak yg merupakan pemilik butik pengantin di Kompleks PKNS..masa tu aku baru jer nak bgn tiddo..huhuhuhu (kul 12.00 tghari)..jap2 jer terus akak tu tanya leh tak wat pelamin sabtu ni..masa tu aku tak fikir apa dah terima jer..yelah rezeki jgn ditolak..

So akak tu suruh gi jumpa client tu kat butik dia dlm kul 2 ptg...aku apalagi semangat nie terus mandi...tak sabar..hehehhe..padahal masa yg diberi hanya 2 hari jer...tapi masa tu tak fikir apa dah yg penting ada income..hahahaha...tapi bila fikir kali kedua riso gak sempat ke nak beli barang, tempah bunga....erm bertambah persoalan di otak aku nie....

MAsa jumpa client tu segala persoalan terjawap...aku tak perlu nak riso pasal bunga or what so ever sbb dia cuma nak pelamin kosong jer...bunga makcik dia akan sponsor...bila dgr tu legalah...setelah harga dipersetujui dan terima duit secara lump sum terus kami memulakan kerja...cari kain, brg2 yg berkaitan dan yg penting cari lori tuk disewa...mlm baru aku balik...penat gak...tapi puas bila semua dah dibeli...

Tapi aku terlupa beli fairy light...so pada hari jumaatnya selepas solat..aku bergegas ke KL dengan ditemani oleh adik angkat aku Shah (budak Ganu)...ada gak teman tuk wat aku berjaga ketika membawa keta...partner aku ada kat umah wat persediaan terakhir...aku terpaksa bawa adik angkat aku nie sbb aku dari hari Khamis tu tak tido...samapi kat KL hujan turun....semoga hujan itu membawa rahmat kepada semua..itulah yg aku doakan seiap kali bumi ini dibasahi dengan hujan...sejak aku kecil aku berdoa setelah diajar oleh ustazah aku.

Hari sabtu, kami bergearak ke Dewan Sivik MBPJ...agak blur gak dewan ni yg kat mana..bukan setakat aku n the gang tapi brother lori tu pun blur gak pada mulanya...huhuhu..however kami selamat sampai gak ke destinasinya...setelah meng unloading semua barag ...kerja ar apalagi...

nak jadi cerita..sepanjang wat kerja kat dewan tu, haram air cond tak pasang langsung...aku dah kepanasan macma cacing yg terdampar kat atas lantai simen di kala matahri terpacak di atas...aku bila dah jadi macam tu mula...aku ni bukan apa sbb aku memng takleh berada dlm keadaan yg terlalu panas...al kisahnya ak mula sakit kepala..since lately aku bukan setakat sakit kepala sikit tapi kini aku dah mula migrain, so aku colapse..aku tak larat nak wat kerja...sebelum berlarutan, aku dan raaz gi farmasi beli ubat tahan sakit...pas jer makan aku terus baring tuk rest if not..sampai malam aku tak ok


Di sanp oleh adik angkat aku Shah ketika aku ala2 pengsan


Dalam kul 2.00 siap lah pelamin...Pada sebelah malam ni kami semua dijemput untuk hadir ke majlis tersebut..lagipun pada malam selepas majlis tersebut kami perlu menurunkan pelamin tersebut..pada malamnya kami semua beremapat pakai baju bertemankan hitam n silver..huhuhu..kononnya nak support pengantin la..sbb tema dia silver n black..huhuhu...bila tgk yg hadir aku rasa hanya kami berempat jer yg pakai camtu n duk satu table..hahahaha...anyway majlis berjalan dengan lancarnya..n pengantin berpuas hati dengan pelamin dia..alhamdulillah...
Selamat pengantin baru fida & Shah




















Wednesday, August 20, 2008

Lagi satu iklan tv yg aku terpilih tuk dicasting

Dlm iklan ini, aku terpilih untuk casting watak dimana ada seorang lelaki tgh duduk termenung di sebuah bar..malangnya aku tak terpilih sbb aku takleh wat muka sedih.hahaha..masa casting tu client suka tgk aku senyum....

Iklan DIGI yg pernah aku gi casting tapi tak dapat..hahahaha

BOSS COFFEE TVC

Iklan tv ni di buat pada tahun 2007..masa tu shoot kat Putrajaya..shoot dari pagi ke paginya..penat..tapi best..talent masa ni yg aku kenal adalah alam n nur dari program realiti "So You Think You Can Dance"..tuk iklan ni kami (aku n biz partner aku) jadi assistant wardobe stylist..sejak dari tu kami sellau dapat invitation dari alam n nur kalau diorang ada aktiviti..tapi selalu gak tak dapat join aktiviti diorang.

Iklan INGEasi For Women dah kuar tv..

Ini adalah hasil iklan tv dimana aku dan partner aku (styleby2) menjadi assistant wardrobe stylist.





Malaysian Artist For Unity

Sekarang dah hampir kul 3 pagi..aku still mengadap pc nie sambil melayari internet..actuallya ku dah tido awal tadi.then dlm jam 12 kau terjaga so itu yg fresh lagi ni...lagipun aku takleh nak tido sgt sbb dok fikrkan bebrapa perkara-umah bersepah sbb barang tak kemas lagi pas kerja wedding aritu, kerja promotion tak settle lagi, student tuk kelas figure drawing aku belum ada lagi...bykla benda...

So aku surf la internet ni untuk mencari tempat yg sesuai untuk aku menge'post'kan iklan pasal kelas figure drawing aku nie....dalam2 aku melayari internet nie..terjumpa la satu site ni..iaitu MALAYSIAN ARTIST FOR UNITY...mungkin tak semua org tau...ntahla aku rasa ramai coz yg meng'download' mps3 lagu 'here in my home' tu pun dah berpaa puluh ribu org..so rmaai la yg dah tau kot kecuali aku yg baru jer tau..aku selalu dgr lagu tu kat radio tapi tak pernah tgk video clip dia...bila tgk video clip tu best jer aku rasa..yelah rmaai artist yg ada..bukan setakat penyanyi tapi semua org yg terlibat dlm dunia seni..semua nya bersatu atas satu nama CINTA....yg penting penyayi favourite aku ada...ning, atilia n jac..huhuhuhu...love their voice so much..teringat masa mula2 ning kuarkan album yg ada gamabr bunga matahri tu..suka sgt...tu la album pertama aku beli...masa tu kaset jer..mana ada cd...sejak tu aku suka ngan ning nie..kira peminat la...minat sgt ngan suara dia tapi yg aku pelik aku ni minat mcm tu jer tapi tak la sampai jadi fan club mana2 artist..erm camno ek..mungkin camtu cara aku...lain org lain cara nya..yg terbaru aku mula suka kat suara n videoclip atilia..

So enjoy la the muzik..sebagai menunjukkan cara anda menyokog industru muzik negara, letaklah videoclip ni kat webpage anada...tak kisah la kat friendster ker, myspace ker apa2 jelahh...cjow



Salam

Adiewaridi

free download

Perkahwinan Azah di Seksyen 19, Shah Alam - 17/08/2008

Hari yg dinanti akhirnya tiba. Perkahwinan Azah...hampir 3 bulan merancang untuk hiasan pelamin, pintu gerbang dan bilik tido. Bertemakan warna maroon dan putih. Segalanya baru tuk perkahwinan Azah ni dari segi platfom, backdrop, fabrik...kira first hand punya barang la khas tuk Azah...Untuk perkahwinan Azah ni, aku merekebentuk pelamin yg agak simple tetapi grand..erm camna tu, simple tapi grand..hahahaaha ayat aku pun dah tak betul....actually memng simple pun tapi nampak cam meriah jer pelamin tu...pelamin yg bersaiz 8' x 6' tu kami pasang pada mlm hari Sabtu..saja masuk malam sbb kami menggunakan fresh flower..so pepaham jela kalu guna fresh flowers nie, bukan boleh buat awal2 sgt..nanti layu...nak jadi cerita, kerja pemasangan mengambil masa yg agak lama walaupun kami dah siap gubah bunga di rumah dahulu...tapi kelewatan itu terjadi mungkin kerana hari dah lewat malam dan kami terpaksa melakukan semua kerja dlm keadaan yg berjaga2 dan senyap agar tidak mengganggu lena tido org umah..huhuhuhu...

Dengan tenaga 3 org, akhirnya semua hiasan selamat siap...bukan niat untuk wat lewat tapi paling kurang akan memberikan satu impak kepada keluarga pengantin sbb bgn2 jer pagi sok, pelamin dah tersergam indah ..huhuhuhu...so ada elemen macam surprise la..semalam takde tapi tetiba pagi ni ada lak..huhuhuhu...kami tahu bahwa ramai sanak sedara pengantin menunggu kami memsang pelamin semalam..tapi maafla terlewat...hehehehe

Bab penat jgn cakap, tapi keseronokan membuat sesuatu yg kita suka mengatasi segalanya..segala penat lelah rasa terbayar bila melihat hasilnya...hampir kul 5 pagi selesai segalanya..tapi tugas kami tidak berakhir disitu, sebaliknya kami perlu ke Balakong untuk menghantar kembali van yg kami pinjam sepanjang membuat kerja pelamin ni...sampai balakong dlm kul 6 pagi...selesai jer kami bertiga balik ke Shah Alam dgn menaiki kereta yg memang ditinggalkan di situ..nasib baik la ada member ni yg baru jer kenal (kawan kepada hmate aku)...kebetulan dia dtg tuk tido kat umah, sedang bercerita pasal kerja kawin nie dia mengofferkan diri tuk tolon...apalagi seperti org mengatuk disorongkan bantal, terus kami wat deal...bukan la tolon free bayar k....yg penting ada org tuk kerja2 loadong n unloading..almaklumlah aku ni duk kat umah yg takde lift pastu tingkat 4 lak tu...huhuhu..meng masak la...nampaknya bermuscle la pasni aku...sampai jer kat Shah Alam dari balakong terus breakfast kat Restoran Gembira Seksyen 3,,aku cuma makan roti canai jer, yg lain makan nasi lemak yg famous amos tu...sampai umah terus zzzzzzzzzzz..si Izat dia balik umah dia kat Pdg jawa dan terus zzzzzzzzzzzzzz....

Bangun kul 12 tengahari...penatnya...bangun jer aku terus bersiap untuk gi kenduri Azah..nak tgk gak apa yg terjadi..huhuhuhu...sampai kat sana, pengantin baru je pas bersanding...yg penting makn dulu...secara jujur masakan pada hari tu memng sedap..gotong royong tu...jrg sgt naj jumpa gotong royong kat bandar ni..selalunya katering jer...tapi memng sedap sgt..selera aku makan..mcm makan makanan mak kita sendiri masak la...Di akhir kenduri sempat jugala kami bertemu ngan penagntin yg rock ni, tapi tak sempat nak bergambar..huhuhuhu...anyway kami bersyukur sebb pengantin n semua org sukakan hiasan yg kami wat tuk pelamin, bilik tido dan arch...so thumb up la..alhamdulillah...anyway keesokan harunya kami perlu dtg lagi untuk memunggah semula pelain tersebut...

Gambar tak upload lagi..so bila dah upload aku akan upload kat post nie

Friday, August 8, 2008

ARTisSENI ; Cabang Bisnes Terbaru Aku



Print Screen of the ARTisSENI page at wordpress.com

Setelah hampir 3 minggu aku berusaha mencari bahan rujukan dan segala apa yg patut untuk kelas figure drawing aku nie..akhirnya, dengan rasmi kelas figure drawing aku dapat di realisasikan.. Sejak semalam aku dan bisnes partner aku telah melakukan promosi kelas Figure Drawing di Kakiseni.com dan juga laman web art yang lain. Kami menjangkakan akan memulakan sesi pada bulan September 2008.

Idea ini tercetus apabila aku, bisnes partner aku dan lecturer aku telah berbincang untuk mengadakan kelas Figure Drawing kami sendiri di mana ianya akan diuruskan oleh aku berdua manakala tuk mengajar lecturer aku iaitu En Suzlee Ibrahim. Setelah abisnya kelas akrilik selama 6 bulan, kami ingin melakukan sesuatu yg baru agar kami akan terus berkarya disamping membuat duit poket....yelah nak menghasilkan painting pun memerlukan modal. Setelah semua bersetuju, adalah menjadi tugas aku untuk membuat pertas kerja sikit dan menyiapkan laman web khas untuk kelas tersebut..dan finally lahirlah ARTisSENI.

ARTisSENI buat pada masa ini akan hanya memulakan kelas figure drawing jer. Tapi perancang jangka masa panjang aku unuk menjadikan ARTisSENI sebagai sebuah sekolah art yg lebih menjurus kepada pendedahan dunia nyata sebagai seorng pelukis dan yg berkaitan. Untuk figure drawaing class ini, kelas akan berlangsung selama 4 bulan. Diadakan pada setiap minggu hari Ahad. Yuran kelas dikenakan iaitu RM200 setiap bulan. Setelah abis tempoh pengajian, para pelajar akan berpulang mengadakan pameran di galeri seni yg telah kami pilih untuk bekerjasama disamping akan diberikan sijil penyertaan. Di sini aku nampak, ianya adalah sebuah platform yg bagus untuk sesiapa saja terutama yg ingin menjadi pelukis dan pelukis yg baru, untuk membuat portfolio. Melalui pameran secara berkumpulan yg akan diadakan, ianya akan memberi pendedhan yg bagus bagi pelukis baru ini kerana secara logoknya, adalah amat sukar bagi pelukis yg belum ada nama untuk mengadakan pameran di galeri kerana pada kebiasaannya, galeri akan menilai dari segi pengalaman dan pameran2 yg pernah disertai sebelumnya sekiranya galeri tersebut ingin membuat pameran untuk pelukis tersebut. Apa yg aku nampak ianya adalah amat sukar bagi pelukis2 baru dan dgn adanya inisiatif seperti ini aku harap ARTisSENI dapat memudahkan proses tersebut. Selain daripada itu aku berharap ARTisSENI akan ada galerinya sendiri pada masa akan datang.

Dengan lahirnya "anak" aku yg terbaru ini, bertambahlah kerja aku selain daripada menguruskan kerja2 aku yg lain dari segi marketing dan juga mengendalikan web. Pengsan...dusssss

Salam,
Adie Waridi

Tuesday, August 5, 2008

Yeah dapat gak beli pokok bunga hiasan

Pagi Isnin tadi, aku bgn awal..pas hantar kawan, aku terus ke tesco tuk beli barang dapur bersama hmate aku. Aku dah lama nak beli pokok bunga hiasan. Pokok2 yg sedia ada kat koridor umah aku tu semuanya warna hijau..bosan gak..so aku memang teringin sgt nak tgk ada bunga..mula2 nak beli pokok bunga ros tapi fikirkan pokok tu berduri dan kat rumah aku ada budak2 kecil..nanti tercedera lak budak2 tu...tak pasal2 aku kena saman kerana kecuaian...

So since kat luar tesco tu ada org jual pokok hiasan, apalagi menyinggah ler jawapnya..aku cuka cari pokok yg renek n lebat bunga nya..huhuhuhu n yg dlm budget aku..hahahaaha..budjet dlm rm5 jer sepokok...n kebetulan memng ada satu pokok rm5 dan siap ada promosi 3 rm12..apalagi membeli belah lah jap aku pokok2 bunga kat situ..wah bunyi cam byknye jer aku beli padahal aku cuma beli 6 pokok jer...aku beli 3 jenis yg berbeza dan juga warna yg berbeza...kuning, putih dan merah...aku tak sure lak apa nama pokok hiasan yg baru aku beli tu...apapun wat masa nie aku puas hatilah..mungkin ada rezeki sikit aku nak beli pokok bunga yg jenis gantung lak...suka tgk bunga tapi malas nak jaga..hahahaha

Balik jer dari Tesco terus bercucuk tanam..sbb aku ada 3 lagi bekas bunga yg kosong...benih bunga yg aku tanam sejak seminggu lepas tak juga2 tumbuh ..aku rasa mati lah tu..tu yg geram terus aku beli pokok yg dah siap berbunga..puas hati aku..hahahahahaha..sekurang2nya aku dah ada aktiviti tambahan..menyiram pokok bunga tu dan menjaganya agar tidak mati..

Monday, August 4, 2008

Ahad yang memenatkan

Arrrggghhh...penatnya..org selalunya bila hari ahad waktu tuk beristirehat tapi aku terbalik gak..pada pukul 11.30 tadi aku dah keluar bersama hamate aku menuju ker keponh..umah kakak aku sebab aku nak g kenduri kawin sepupu ku di TTDI HILL...tapi sebelum tu g puncak perdana sbb kena hantar adik angkat kat UiTM sana..sejuru hanatr jer terus bergerak ke Kepong...

Hari ini sepupu aku Omar kawin aku rasa lebih 10 tahun tak jumpa sepupu aku nie..huhuhuhu..apa nak jadi gamaknya...ntahla..so semua keluarga aku ada kecuali kakak aku yg pertama sbb masih dlm pantang selepas melahirkan anak yg kedua. So sonok rasanya bila dapat berkumpul semula..yelah aku ni jarang balik ipoh..lagipun dulu ada kes sikit ngan family nie..huhuhuhu...

Parent aku dari Ipoh samapi lewat sikit sbb Kat MMR2 Kepong jam teruk coz ada rekahan kat jambatan yg pernah ada kontroversi tu retak n rekahan dia jatuh ke bawah..jam apalagi..panjang ler..aku pun tersangkut gak tadi tapi tak la lama sgt menunggu coz berjaya membolosnya mengikuti jln belakang...

Settle jer makan2, balik ke Kepong semula n lepak2 bersama keluarga tercinta..dlm kul 6.15pm aku blah balik ker Shah Alam sbb kul 8.30pm nanti aku ada appointment ngan client pasal wedding kat Kota Damansara..samapi umah dlm kul 7.30pm...mandi2 terus g Kota Damansara..lepak kat OLDTOWN KOPITIAM dari kul 8.30 till 11.30pm..perbincangan berjalan dgn lancarnya..alhamdulillah...aku ingatkan pastu tu aku leh terus balik Shah Alam..rupanya kena g Seksyen 4 Kota Damansara coz member aku nak g jumpa kawan zaman sekolah dia yg tak pernah jumpa hampir 13 tahun yg lepas...lama giler..huhuhuhu...Jumpa2, borak2...jam 1.00am baru lah aku samapai kat Shah Alam dan terus meng update blog nie...huhuhuhu..penatnya lebih 12 jam kuar umah..nak wat camna ni la kerja seorang self employed..kena usaha lebih..apapun aku tetap bersyukur

Perkahwinan Shahrizal & Zakiah : Felda G. Besout, Sungkai Perak - 02 August 2008


Selamat Pengantin Baru buat sahabat aku Shahrizal a.k.a Toyol..Akhirnya kawin gak member aku nie. mamat nie merupakan roomate aku masa blajar di UiTM Arau..dia la jam loceng bagi aku setiap kalai masuknya waktu solat 5 waktu..baguih budak nie..anak sapa la..hehehehe...so tahniah buat Zakiah coz dapat husband yg bagus..hehehehe

Aku sebenarnya lupa bila mamat ni bersanding, tapi nasib baik la kawan2 yg lain ingatkan...so kebetulan aku ada kat Ipoh, aku pun bergerak la dari Ipoh. So aku leh singgah since aku memang otw balik ke Shah Alam pada hari Sabtu tu..

Nak kata excited sgt mamat ni kawin takdela..hehehehe...yg best bagi aku bila dapat jumpa kawan2 masa belajar dulu...so masa nak g serbu umah mamat ni yg kami semua pun tak pernah g (dia tak pernah ajak sejak kenal pun..huhuuh), kami berkumpul di simpang masuk ke felda tersebut. So semua sekali 6 buah kereta..Dapat juga jumpa member2 lama, Shah, Zack, Dell, Dyla, Paklah, Rem n Atok...rindu ooo walapun diorag nie duk dekat area KL tapi hampeh tak jumpa..dah masing2 bz katanya...

Yg best lagi bila aku dapat jumpa anak2 diorang yg baru lahir seperti Z dgn anak lakinya; Zainal Arif, Paklah dgn anak lakinya; Ahmad Khaisyan (aku tak sure sgt tapi bunyi camtu la) dan Rem dgn anaknya yg aku lupalak nak tanya namanya..teruk tul aku nie...geram tgk anak diorang..comel belaka...tak sabar nak ada anak tapi takde sapa nak dtg minang aku...huhuhuhu...camano tu giler apa? Tapi aku rasa aku kawin lambat kot...nasib badan daaaa

Akhirnya berjumpa juga dgn si Zakiah nie yg menjadi tanda tanya antara kami semua (ada cerita disebaliknya)...itulah dinamakan jodoh..Apapun diucakan Tahniah n semogoa kekal ke akhir hayat mereka...AMIN

Friday, August 1, 2008

Bercuti 3H2M:Selama dan Ipoh

Aku mula cuti suka2 sejak hari Isnin yg lepas. Tapi aku tak terus balik ke kg halamanku di Ipoh tapi sebaliknya terus balik ke rumah hmate aku di Felda Ijok, Perak...Perjalan yg sungguh jauh..bukan sebab tempat tu jauh tapi sbb kami singgah beberapa tempat sehinggakan tempoh perjalanan kami mengmabil masa hampir 12 jam..erm cam g oversea lak...huhuhu

Selama berada di Felda Ijok, byk pengalaman yg aku tak dapat di kota...secara tak langsung byk juga benda yg aku tak tahu mengenai kehidupan kg setiap kali balik umah kawan aku nie..jauh berbeza dgn kehidupan keluarga aku di tengah2 pekan ipoh tu..lagipun kg halaman aku di kawasan perumahan..huhuhuu

Tapi benda yg aku cari selama berada di Felda Ijok ada untuk pergi ke pekan Selsa di pekan Batu Kurau, semata2 untuk mencari sejenis ubat resdung...al kisahnya aku dah pergi ke pekan Selasa pada satu ketika dulu dan terlihat lah akak ni wat demo resdung...yg menarik minat aku adalah pabila kapas yg disumbat ke hidung di letakkan ke dlm bekas air...pabila diletakkan di dlm bekas air itu kita akan nampak ulat resdung tu terapung dgn byknya...tapi masa tu aku tak beli..so bila ada kesempayan untuk pergi ke Pekan Selasa ni lagi, aku bercadang membelinya tapi hampa yg aku dapt chewah...kerana akak tu takde..aduh tension gak...ubat resdung lain ada byk tapi aku tetap nak yg akak tu punya....erm nampaknya takde rezeki aku juga la.....hingung ku terus soksek soksek..huhuhuhu

Kini aku telah berada di Ipoh, pulang ke ipoh pada hari Rabu malam..dan kini sudah hari Jumaat. Aku bercadang tuk pulang ke Shah Alam pada petang ni..kerana pagi hari Sabtu aku kena jumpa client. Kat Ipoh takde wat aktviti apa sgt cuma pagi tadi g berjalan2 di Taman Rekreasi Abdul Aziz..aku pun tak Sure nama tempat tu tapi lebih dikenai dgn PAdang Polo oleh org Ipoh..Ramai gak org terutamanya Cina...wealaupun tak bawa kasut jogging tapi aku dan member kau cuma berjalan keliling taman tersebut..penat jugala babe..huhuhuhu.

Semalam cuma pergi ke Manjoi menjenguk rumah sedara hmate aku ni...Erm bila bab masuk ke Manjoi ni main gamble jer coz byk sgt simpang..kalu tak tahu jalan sure sesat n tak kuar dari perkampungan tu..huhuhuhu..kira aku terror sikitla...Sempat juga menjengah ke pasar malam di Silibin..kebetulan lalu disitu..so apalgi nak tgk apa yg ada kat Pasar malam di Ipoh nie...ternyata still sama jer macam pasar2 malam di KL..tapi kali ni penuh ngan buah-buahan rambutan, manggis dan durian..yelah ngah musim katakan...so slah satu aktiviti aku sepanajng bercuti ni makan durian..heheheh yeah sedap...tapi tempoyak taklayan..camno tu...sedang berjalan tu kat pasar malam teserempak lak ngah adik angkat ku yg lama gak menyepi sejak bekerja nie...di menolong ayahnya berniaga jagung rebus..teringin nak beli tapi apakan daya sejak dari hari Isnin , gusi di geraham aku membengkak menyebbakan aku susah untuk mengunyah...dah rasa mcm org tua yg takde gigi jer bila nak menjamah makanan

Nampaknya dah nak kul 1..kena bersiap sedia tuk e masjid..bersambung lagi bila aku dah balik Shah ALam nanti


Salam

Adie Waridi