Saturday, July 26, 2008

123 POSE Model & Talent Management

Logo




Pada Rabu yg lepas, aku ngan biz partner aku telah mula mengiklankan pencarian model dan talent tuk agency kami..Kami berikan nama 123 POSE Model & Talent Management..Actually aku yg pilih..aku suka..yelah bila ada photoshoot misalnya, model akan di arah..123 Pose...so sebab tu aku ambilnya sebagai nama agency kami.

Bermulanya idea untuk menghasilkan model/talent agency sendiri apabila setiap kali kerja styling yg kami buat untuk iklan tv, pihak production ada bertanyakan sama ada kami ada menyediakan talent..sejak dari itu kami terpikir untuk membuat agency model/talent sendiri..

Sejak di iklan di group2, foreum2 dan kakiseni, ramai yg telah menghantar resume mereka..ada yg newbie dan ada juga yg telah mencipta nama..pada permulaannya kami akan lebih tertumpu menghasilkan talent untuk iklan tv, sekiranya applicant yg diterima layak tuk di masukkan ke kategori high fashion kami akan mula pasarkan mereka keada client yg berkaitan dgn fashion

Diharap cabang perniagaan kami ni akan berkembang maju. dengan itu 123 POSE Model & Talent Management adalah merupakan sister kepada STYLEBY2-Fashion & Wardrobe Stylist.







Print Screen




Untuk keterangan lanjut boleh la layari http://123pose.wordpress.com

Sekiranya sesiapa yg berminat untuk diketengahkan bakat modelling dan talent boleh la emailkan kepada styleby2@yahoo.com untuk mendapatkan borang.

Salam
Adie Waridi

Meeting Ngan JKR Ipoh dan Dekor Kawin kat MATRADE

Jumaat yg lepas, aku balik ke Ipoh pada sebelah paginya sebb nak attend satu meeting ngan JKR Ipoh berkaitan ngan projek bangunan tambahan di Surau Bersia, Gerik. Kelam kabut gak sbb aku dapat bus kul 11.30 pg dan minta dijangkakan kul 3 ptg. Sesampai Ipoh dlm kul 2 lebih, balik umah parent dulu sambil menunggu pakcik kawan aku nie ambil aku kat umah.

Sesampai di JKR dlm kul 3ptg, rupa2nya meeting kul 4ptg..huhuhu..slaah info dah..so apalagi makan la kat kaafe JKR sementara nak menunggu meeting. Meeting nie dgn org JKR termasuk Jurutera Daerah dan konco-konconya..di belah pihak aku lak, aku sebagai Pengiris Sinar Aswan Enterprise, kontaktor, dan juga consultant..Meeting nie lebih kepada melihat design yg telah disediakan oleh pihak consultant aku..dari segi design takde kesalahan dan secara keseluruhan, design kami di terima pakai..huhuhu..dah lama meninggalkan kerja2 construction ni bila tgk design report teringat zaman blaja kena wat design bangunan..pecah kepala tak tido nak siapkan nya..tapi sekarang nie..tiru jer design yg dah sedia ada..lagipun semua nya computerized...

Setelah selsai, aku terus ke Medan Gopeng tuk beli tiket pulang ke KL sbb aku ada job dekor kawin kat MATRADE..erm penat gak..tapi nak taknak tu rezeki..so singgah kat umah lepak dlm sejam lebih then kul 6.30 balik ker KL..huhuhu

Kerja dekor kat MATRADE ni kawan aku punya projek, so aku ngan kawan aku lagi sorang cuma menolong jer..tuk memudahkan kerja...walaupun designnya simple tapi kami selesai kerja dlm kul 5 pagi...aku siap tertido..yelah penat ngan perjalan ke KL-IPOH-KL.

Monday, July 21, 2008

ING TVC : Day 3


Buat2 kemas..huhuhu

Selepas update blog tuk ING TVC Day 2, aku tido lambat, dan hari berikutnya iaitu hari Ahad, kol time aku kat tempat shooting kul 7 pagi...erm tido tak sampai 3 jam...dengan perassan yg sungguh malas n penat tak cukup tido bgn jugalah walaupun kul 6.45 baru nak bgn sedangkan jam dah melalak sejak kul 5 pagi.(kantoi tak solat subuh..huhuhuhu..malunya)

So sampai kat PJ around 7.15..dgn lemah longlainya dan mata mamai lagi...tgk apa yg patut di buat dan breakfast kat lokasi...yeah makan..huhuhu....segar semula...uhukz...hari ini shooting yg sebenarnya..talent yg terawal dijangka dtg kul 8 pagi...segalanya bermula dgn lancar coz talent tak dtg lagi...ramai yg tak dtg lagi..mungkin diorang dah di bgtau waktu yg perlu diorang dtg...walau bagaimaan pun menjelang kul 10 pagi..abis studio kena serbu ngan semua talent..keadaan mula kelamz sikit...ngan pakaian nya nak kena confirm ngan director n kerenah talent..tapi semua ok jer...ytg best sekali melihat kerenah talent si kecil..riuh rendah studio di watnya...kelakr pun ada tgk telatah mereka semua..paling kurang memeriahkan suasana memandangkan talent yg dah dewasa ni semua wat hal sendiri...



Johan & Ryan..budak pompuan tu lupa lak

Tapi yg best sekali ada satu masa tu aku ngah berehat sambil melihat keletah si kecil ni nama dia ryan..mat saleh sgt namanya...petah betul berbicara..masa tu dia tgh main ngan one teddy bear yg besar pakai boxer...aku tanya kat dia "what r doing?"..speaking la aku nie walaupun terketar2 bunyinya..huhuhu..mana taknya budak 4 tahun tu speaking lebih hebat dari aku..tapi bukan point aku nak ckp yg dirang ni terror english tapi satu benda nie...aku tanya sbb dia dok sibuk kutip plastik then konyokkan pastu sumbat kat boxer teddy to...so dia jawap " his thing.."..so aku tanya balik "what thing?" ...so budak si ryan nie reply "his pussy..."sambil ketawa n tgn dia duk pegang kat area "kemaluan" teddy...OMG...akupun tersenyum coz budak kecil tu pun tau erti pussy..so camno tu..pikirlah sendiri...yelah budak zaman teknologi ni semua advance so jgn la anggap diorang ni mcm budak sgt..just monitor jer

Ada byk perkara yg mencuit hati tgk gelagat Ryan n kawan dia si Johan ni..best...Shooting berlangsung sehingga kul 5.30 ptg...so okla...setelah packing semua brg n makan petang, kami pun balik la shah alam..tapi bukan terus balik rumah sebaliknya lepak kat studio kawan artis aku kat Galeri Shah Alam till maghrib...lepas2 lepak dlm kul 10mlm bru lah balik rumah..



En. Suzlee sedang berkarya

Ingat nak terus blogging tapi penat sgt..so after mandi tgk citer Chermin kat Astro sampai kul 12.30mlm..aku nie memng peminat citer hantu..stg sorang jer..ekadang tu terbawa2 gak lak perasaan nie pikir benda2 paranormal nie..huhuuhhu..walaupun aku suka tapi sebenarnya penakut gak...hehhehe...sejurus habis akupun zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, July 20, 2008

ING TVC : Day 2














Di kala aku posting post ni pun dah kul 2 am hari Ahad..since semalam balik pun lewat..maca biasala bgn lewat tambahan keadaan aku yg tak mengizinkan semalam membuat kan aku terus tido..dlm sedang diulik tido, hmate aku dapat pangillan dari Abg Dino...bila dapat panggilanadari Abg ni biasalah ada job styling..so pagi sabtu tadi kami diperlukan lagi tuk wat styling..kali ini shooting kat Grey Space, PJ...ala kat Jln 222..mas anak gi sana ikut direstion yg diberikan ..kelamzz la juga mencarinya..tapi bila dah tau rupanya kat situ jer...

So hari ini aku ngan idham kena wat fiting lagi tuk bebrapa talent...arini Abg dino tak dpat nak monitor kami coz ada kerja lain..so kami berdua jer la yg menyelsesaikan semuanya...ada ketika kelam kabut gak bila talent dtg serentak..coz mana nak layan diorang mana nak susun baju..however semua berjalan ngan lancarnya...aku dari pada pakai sweater hingga tak pakai la...just pakai singlet jer..huhuhu...

so hari ini baru tau wat tvc tuk sapa..ni adalah tvc ING...tapi tvc ni simple jer just still photo..so just tangkap pic jer...walaupun bunyinya simple tapi aku tgk ambil masa gak la..kalau tak takdela kul 11 lebih baru aku balik umah..hari ini nak kata penat sgt takde la..tapi aku la tak berapa sihat..semalam sakit kepala hari ini aku kena flu..aduh tension tul..dari pagi aku bersin , gatal hiudng, tersoksek soksek jer..n hingus mengalir..tak selesa betul bila nak wat kerja..nasib baik la ada saputangan...basah kuyup sapu tangan aku kena hingus aku...huhuhuhuh...

so hari ni punya fitting tuk semua talent settle..boleh kata 90 % settle la..so sok sambung lagi..call time tuk wardobe kul 7am hari ahad..iaiitu hari ni..sekarang pun dah kul 2 pagi..so dengan itu aku nak masauk tido.takut sok terlajak lak...tapi sebelum tu nak mandi..bdan melengas..huhuhuhu...so aku bersambung mlm nanti setelah selsai shooting hari ke3...

ING TVC : Day 1





Semalam iaitu pada hari Jumaat, aku n partner aku ada job styling. Pada mulanya memng tak tau pun styling tuk apa..tak di bagi tau oleh kawan kami Abg Dino..yg pasti kami dikehendaki berada di Damansara Perdana jam 3.00 ptg.

Sesampai kat Damansara Perdana, ada fitting tuk tvc (iklan tv)..fitting tu wat kat THE OXYGEN CHANNEL..nice opis diorang..serba putih n moden..sampai jer kat meeting room tgk kat lantai penuh dgn pakaian...erm mcm biasalah..so bermula kerja kami..mencari pakaian mengikut kehendak client..menggagau la jugak...coz kami ni just wardrobe assistant..so takde briefing apa pun...so wat kerja on the dot...


Sepanjang fitting diadakan..aku tertarik ngan talent kecil ni..so comel giler...namapun ala2 pemain bola sepak...nama dia Zidane..kat bawah ni la pic dia..cute tak...si Ryan pun coeml gak...so petah bercakap..speeking jer..huhuhu..lebih lancar speaking English dia dari aku..camno tu...



Lebih kurang 2 jam kemudiannya, aku tetiba sakit...sakit dibahagian tengah dahi aku antara kening mata..ni adalah kejadian ketiga dlm tahun nie...mula2 masa kat Midvalley sehinggakan aku terpaksa berehat kat Carl's Junior Burger hampir sejam lebih..coz aku tak leh nak berjalan..aku tak leh nak stabilkan badan..kejadian kedua masa kat central Market..aku lepak kat restoran mamak sejam lebih juga tuk aku pulih semula walaupun bukan seratus peratus tapi tuk aku gagah berjalan balik...so semalam kejadian itu berlaku lagi...bila dah ada tanada2 camtu aku terus jer keluar dari opis tu cari panadol dan air...dan terus berehat dlm kereta..tinggalkan segala kerja..so kawan2 aku la yg menguruskan semuanya.. nak 2 jam gak aku rasa..tu pun aku tak pulih sgt..sakit sungguh..loya semua ada...dah macam org ngandung lak bila kat loya..huhuhuhu..yg nyata aku sakit sgt la...aku cuba gak merehatkan diri..bila aku dapat memeditasikan diri ok la jap tapi bila aku terjaga dek kerana bunyi bising kat luar, kepala aku sakit semula...mas atu aku asyik tanya bilalah nak habis kerja fitting nie..coz aku tak tahan ..nak balik umah jer n rehat..tapikan sakit2 tu sempat gak aku self captured pic aku masa ngah menidurkan diri..






Akhirnya dalam kul 8 fitting pun abis..but aku still tak ok..apapun balik shah alam..balik umah...dipendekkan citer..sampai umah aku zzzzzzzzz setelah hmate aku tolon sapu balm kat bdn aku n bagi aku makan..samapi makanpun kena suap..bayanglah sendiri keadaan aku mcm mana masa tu...lu pfikirlah sendiri..huhuhu ..ttiba trademark nabil la pulak...

Friday, July 18, 2008

Katalog Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2008


Cover katalog


kat muka surat nie lah hasil karya aku d pamerkan..tekalah yg mana satu



Hari ini aku menjengah ke Galeri Shah Alam untuk ambil katalog Pameran Terbuka 2008. katalog ni free jer..free sebab lukisan aku terpilih tuk menyertai pameran tersebut..kalau nak beli kena bayar RM10..tapi aku tak pasti itu harga org luar or harga tuk artis yg sertai pameran tersebut sekiranya mereka mahu salinan kedua..

Bercerita pasal katalog nie, sebenarnya aku dan bisnes partner aku ada masuk sebut harga tuk wat printing katalog nie...tapi nampaknya tak rezeki..projek tu dapat kat printer lain..takpela..maybe next time ker..

Tapi tak sanga lak, katalog ni lambat siap sehingga tak sempat nak disiapkan semasa perasmian pameran (3 Julai 2008) tersebut. Akibatnya, para hadirin terutamanya artis yg hadir pada hari perasmian tersebut tak dptla katalog tersebut...nasibla (kalau aku yg dapat pojek tu sure siap punya..hehehehe)..lagipun masa perasmian tu aku tak dapat hadir kerana ada perkara yg tidak dapat di elakkan

Tuk tahu dengan lebih lanjut pasal penglibatan aku dlm Pameran Terbuka 2008 ni leh klik kat
http://wadiwaridi.wordpress.com


Salam

AdieWaridi


Thursday, July 17, 2008

Perasmian Pameran "Disclosure" di Galeri Petronas










Pada hari Selasa yg lepas (15.07.08), aku bersama rakan-rakan pelukis ( 5 org)g ker perasmian pameran lukisan Ahmad Zakii Anwar yg bertajuk "Disclosure". Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah.

Pameran "Disclosure" ini menghimpunkan lebih 100 karya dalam menyusuri kerjaya pelukis tersebut. Terdapat 6 bahagian di galeri, masing-masing memaparkan sebuah karya yg representatif dari siri Still Life, Smokers, Bali, Nudes, Meditation, Charcoals dan Pulp & Paper Works mengikut susunan kronologi. Enam karya yg representatif tersebut, dari pelbagai siri ikonik beliau, diselangi dengan karya beliau yg lain untuk mewujudkan interaksi yg dinamik dan dialog yg bermakna antara subjek dan pelaku di antara satah gambar serta siri masing-masing. Hasil karya yg dipamerkan kebanyakkan nya di pinjamkan semula dari pemilik karya tersebut.

Di anggarkan lebih dari seratus tetamu jemputan termasuk pihak media yg hadir pada perasmian tersebut yg mana pada pandangan aku adalah merupakan sebuah perasmian pameran yg begitu berjaya kerana berjaya mendapatkan crowd sedemikian rupa..bagi aku ini adlah pengalaman yg bagus sebagai pelukis yg baru nak menceburi bidang ini dengan serius kerana pada ketika itulah aku dapat bertemu dengan pelukis- pelukis Malaysia yg lain dan juga penggemar-penggemar lukisan.

Secara peribadi aku begitu suka pada Siri lukisan Bali beliau yg memaparkan figura-figura penari bali..Ia berjaya menarik perhatian aku sepanjang pameran tersebut..Segala butiran figura tersbeut jelas dipamerkan..

Sedikit mengenai pelukis..beliau merupakan sebahagian daripada kronologi terkini dalam tradisi catan figuratif yg telah mempunyai termpat yg unggul dalam sejarah seni Malaysia sejak permulaanya pada awal abad yg lalu dan telah kekal relevan sejak realisme nasionalis yg diamalkan oleh pelukis sebelum Merdeka seperti Hoessin Enas. kini beliau serta pelukis kontemporarina seperti Jalaini Abu Hasan, Kow Leong Kiang, Bayu Utomo Radjikin dan Noor Mahnun Mohamed antara lain, masih menggunakan figura untuk mendekati isu-isu sosial, keagamaan dan politik sambil menerokai idea tentang diri dan identiti melalui kepelbagaian naratif dan gaya.

Sekiranya anda berminat, silalah berkunjung ke Galeri petronas di aras 3, KLCC. Pameran akan berlangsung dari 10.07-24.08.08.

nak tahu waktu operasi Galeri Petronas sila layari www.galeripetronas.com.my

Salam,

AdieWaridi

Me at Blogspot now

Akhirnya..aku ada blog kat Blogspot nie...Blog yg aku berikan nama “THE TRUE COLOR OF MY LIFE” ..tapi sebenarnya sebelum ni aku memang ada blog kat Blogspot ni tapi keran dek lama tak buka aku dah lupa semua passwordnya..yela masa tu kalau nak blogging kena g cc...tapi sekarnag tidak lagi..semuanya dari rumah jer..huhuhu..dah sebulan lebih masuk Streamyx...Yeah go Streamyx...huhuhuu...sebagai permulaan ni aku hanya nak nyatakan bahawa kat sini aku akan ceritakan semua perkara(yang tak censored la..hahahaha) yg aku lalui sepanjang aku bernafas di bumi bertuah ini..aku rasa byk yg aku lalui coz (wah ckp org putih lak..hahahaha) kerana pertamanya aku rasakan bila aku memblog ni aku dapat salurkan kebosanan dan ketensionan yg aku rasakan dlm diri aku ni..dan juga sebagai peringatan dan kenangan aku (aku ni cepat pelupa) so bila ada blog ni aku leh refresh la org kata

Dlm blog ni aku akan luahkan sejujur yg mungkin segala apa yg aku lalui ..pasti penuh ngan citer kot sbb aku ni pun dah penuh ngan benda yg aku wat tuk hidup..yelah, aku berkerja sendiri sebagai wedding planner, freelance fashion stylist, graphic designer dan g terbaru menjadi seorang pelukis...aduh byk tu..tapi duit selaluu takde..sbb pojek tak msyuk..senang jer jawapan aku nie..tapi walaupun sentiasa dlm kesempitan wang tapi aku tetap seronok..bukannya sonok bila takde duit tapi aku rasa puas kerana melakukan kerja yg aku suka....so takde la nak pening2 sgt pasal kerja..kalau seteruk mana kerja tu kalau dah suka pasti akan siap juga....betul tak...wokeh la..wat masa ni.ni jela lah dulu sebagai intronya....


Salam

AdieWaridi